Deyyy... Baru nak update..
Saturday, 26th May 2012
Hari kedua edisi spring yang tak berapa nak spring sangat ni. Ambik feeling je lah. Tempias-tempias sikit. Nak kata summer pun tak jugak sebab cuaca tak berapa panas. Just nice lah untuk pergi jalan-jalan. Kami keluar agak pagi jugak lah. Nak pergi merewang ke Yeouido. Tapi belum apa-apa lagi aku dah buat lawak sarkas terkunci pintu bilik dari luar. Berapa banyak kali dah Ahjumma tu pesan jangan kunci satu lock ni sebab tak ada kunci nak bukak, tapi aku sengal sangat pergi kunci. Kan.. Memang cari nahas lah. Dengan muka sebiknya aku pergi mengadu kat Ahjumma. Ahjumma geleng kepala dan suruh aku tunggu kejap. Sekali Ahjumma datang acu pisau kat aku. HOHHH!! Makcik ni nak membunuh ke hapa. Ada yang masuk front page paper kang besok. Rupa-rupanya dia suruh godek pintu yang terkunci tu pakai pisau. Hahahahaha.. Serious lawak lah kau Ahjumma. Tapi berkesan sungguh pakai pisau tu. Sekali godek je pintu tu dah terbukak. Macam-macam...
Off to Yeouido. Banyak aktiviti nak buat ni. Sebelum pergi buat aktiviti kita singgah dulu breakfast kat kedai favourite kami. Favourite lah kononnya ni kan. Favourite sebab boleh cuci mata. Tapi orang yang nak dicuci mata tu tak ada pulak kat kaunter. Tak datang lagi kot. Kita duduk makan diam-diam je lah ye. Sayang. Kedai ni dah tutup dah sekarang. Tauke dah dapat tempat lagi besar dan selesa. Lain kali kalau datang lagi harus terjah itu kedai pulak!
Kedai Favourite..
Sini ler..
Breakfast kami..
Ini abah dia..
Kami makan lambat-lambat, kot-kot sampai lah tuan punya badan. Tapi sampai ke sudah tak nampak batang hidung. Mak bapak dia je yang ada. Orang lain datang ke sini sebab nak jumpa abangnya. Tapi kami datang nak jumpa adiknya. Hihihi.. Pedo noona..
Dah kenyang, kami jalan-jalan di sekitar KBS Building. Hari ni hari Sabtu. Tak adanya nak jumpa artis mana-mana. Kalau datang hari Jumaat memang sesak lah kat sini berduyun-duyun artis datang untuk rakaman Music Bank. Hari Sabtu lengang je. Jalan-jalan pergi menghala ke konti radio Cool FM. Wah, dah lain dah area ni. Dah ada pintu baru kat sebelah kiri konti. Kalau macam ni, semakin kurang lah artis berlegar kat lobi utama KBS tu. Nasib lah kan.
Skodeng retis..
Pintu baru..
Dah habis buat lawatan sambil belajar kat KBS, kami pergi jalan-jalan naik basikal. Weehuuuu.. Dah lama tak naik basikal ni. Kekok pun ada. Tapi lama-lama tu oklah jugak. Jalan-jalan kayuh basikal sekitar Hangang Park. Seronok jugak aku dibuatnya. Sewa basikal ni satu jam KRW3000. Pusing-pusing lah sampai senak perut.
Ada beberapa tempat nak sewa basikal ni. Kami sewa kat tempat yang paling dekat lah. Yang berhampiran dengan KBS building.
Mari sewa basikal!
Ready!
Meh kejar budak-budak ni..
Mula-mula pusing-pusing kat taman depan KBS ni. Dah tu kami masuk lorong bawah tanah dan tembus ke tepi Han River. Ramainya umat kat sini. Nak bawak basikal ni pulak kena hati-hati. Tengok kiri kanan depan belakang. Kalau tak, confirm kena langgar. Selain aktiviti naik basikal, ramai yang dok main air kat situ. Aku kalau tak waras memang dah join dah masuk main air.
Main air..
Dah penat mengayuh, kami cari port lepak. Kat bawah jambatan. Duduk-duduk sambil skodeng orang lalu lalang. Jambatan tempat kami lepak ni macam familiar je. Mungkin banyak masuk dalam drama kot. Drama Korea kan. Asal frust je menebeng kat tepi sungai. Asal marah je menjerit kat tepi sungai. Asal sedih je, menangis kat tepi sungai.
Lepak-lepak..
Then back to taman depan KBS. Pusing-pusing lagi seround dua. Then kami spot satu tempat yang sangat familiar ni. Kalau kaki tengok daily drama kat KBS World memang tau lah tempat ni. Dalam drama-drama lain pun ada jugak. Dalam rancangan We Got Married pun ada jugak. Episode mana tak ingat tapi scene tempat Leeteuk skodeng Kang Sora tengah shooting daily drama.
Family Potrait..
Ada piket..
Then it's time to return the bikes and move to our next location. Kami berpecah kepada dua kumpulan. Aku, Queen, Leen and Idie pergi ke arah Jongno. Sementara yang lain ke arah Chungmuro.
The past trips, aku dah pergi ke Gyeongbokgung, Changdeokgung, Changyeonggung, dan Deoksugung. Kali ni aku ke Gyeonghuigung pulak. Dah. Complete sudah jalan-jalan ke The 5 Grand Palaces of Seoul. Senyum lebar ler aku. Memang dah jadi misi dah dari dulu nak completekan kesemua istana yang ada kat Seoul ni. This is the last one lah. Nak ke Gyeonghuigung ni, turun kat station subway Gwanghwamun and jalan kaki lebih kurang 10 minit.
Sebelum sampai Gyeonghuigung, kita akan jumpa dulu Seoul Museum of History. Dah alang-alang sampai, skodeng lah sekejap. Seoul Museum of History ni pernah jadi shooting location untuk Running Man. Kalau tak silap aku, episode yang awal-awal. Lee Joon & Victoria jadi guests.
Seoul Museum of History..
Bestnya kalau mandi ni..
Dalam Museum..
Kami sekadar jalan-jalan skodeng di tingkat bawah museum je. Malas nak naik ke atas. Tak larat dah sebenarnya. Kaki dah mula sakit-sakit. Baru je jalan sekejap. Huhuhu.. Lepas setengah jam lebih kurang, kami terus menghala ke Gyeonghuigung.
Lalu sini..
Urffff.. Naik bukit!
Sampai!!
Aku rasa, masuk ke Gyeonghuigung ni FOC. Ke ada bayaran ye? Tak ingatlah pulak. Tak ada rasanya kot. Kat sini pernah dua kali jugak lah jadi shooting location untuk Running Man. Tak besar mana pun dalam dia. Jalan pusing-pusing, boleh dikatakan 15 minit dah siap. Hairan jugak aku macam mana diorang boleh main lari-lari menyorok kat dalam tempat ni. Tak banyak tempat boleh menyorok. Memang terer lah mereka-mereka tu.
Pintu masuk..
Kat sekitar Gyeonghuigung ni, aku tengok ramai budak-budak sekolah. School trip maybe? Rajin cikgu-cikgu ni bawak anak murid diorang pergi istana macam ni. Lawatan sambil belajar lah kan. Boleh belajar pasal sejarah, pasal senibina, pasal budaya. Sangat-sangat menarik. Kalau kat Malaysia, kat istana mana yang boleh kita buat aktiviti macam ni?
School kids..
Kat satu sudut kawasan istana, ada satu lubang seakan-akan gua. Kat situ, adalah sekumpulan manusia yang tengah dengar penerangan yang diberikan oleh guide yang ada. Saja je aku merapatkan diri ke guide tu nak dengar apa penerangan dia, tapi haramjadah, laju sangat dia cakap, aku tak boleh nak tangkap apa. Masuk gua ni boleh time travel ke? Hahahaha.. Dah mereng terbayangkan drama Rooftop Prince & Queen Inhyun's Man. Then, mereka pun beredar. Bila diorang blah, tetiba aku rasa seram sejuk kat situ. Dah ler. Takmo lah aku dok situ. Kang kena sedut masuk dalam lubang tu, aku tercampak ke zaman Joseon. Harharhar..
Gua misteri lah kononnya kot..
Then it's time to go! Berjalan balik menghala ke Seoul Museum of History. Sempat lagi skodeng sana-sini. And finally, keluar dari kawasan tu.
More school kids..
Kami berjalan menuju ke arah Gwanghwamun Square. Now, now. Sebelum ni aku jalan-jalan kat Gwanghwamun Square ni on weekdays. So lengang tak ada orang. Hari ni hari Sabtu, perghhhh.. Penuh dengan orang! Beriadah kekdahnya. Kebetulan air pancut dipasang hujung-hujung minggu macam ni. Ramai lah yang dok membasahkan diri, main air. Budak-budak lah seronok dapat main air.
Hurr apa ni?
Ramai orang!
Dari Gwanghwamun Square, kami berjalan menuju Cheonggyecheon. Kali ni pun meriah jugak. Ada lantern festival ke apa kali ni. Macam-macam jenis lantern ada. Yang besar, yang kecik, yang tergantung, yang tergolek kat tanah, yang kat dalam air. Orang pun ramai kat sini. First time jugak lah aku tengok tempat ni sesak. Almaklumlah sebelum-sebelum ni aku pergi on weekdays.
Cheonggyecheon..
Kami jalan kaki menyusuri Cheonggyecheon menghala ke Korean Tourism Organization (KTO). Singgah sini untuk solat. Siapa-siapa yang tak tau, kat KTO ni ada disediakan surau. Mudah dan senang. Ni kali pertama jugak lah aku nak pergi mengskodeng. Nak tau jugak keadaan suraunya macam mana.
Kena turun kat basement..
Konon nak cari surau lah kan. Tapi, bila jalan masuk je ke pintu masuk KTO, aku dah ternampak benda lain. Singgah sana lah kejap sebelum tanya kat kaunter surau kat mana. Hahahhaa..
Aku nampak ni!
Kohkohkoh..
Kecik nau tangan pakcik Eric ni..
Ngehngeh..
Pusing-pusing tengok apa yang ada kat area tu. Ada lah jugak kedai-kedai yang jual merchandize artis-artis Korea ni. Aku tengok-tengok je lah sebab tak mampu nak beli. Huk..
Dah tu baru lah misi mencari surau. Surau ni kalau dari luar tak nampak ye. Kena tanya dengan staff kat kaunter. Bila kita cakap nak guna prayer room, baru dia bangun and bukakkan pintu surau tu. Surau ni letaknya kat bahagian kanan basement KTO tu.
Surau..
Selesa jugak..
Surau ni tak ada male/female. Kongsi ye. Kat dalam tu agak selesa lah jugak. Bagus diorang sediakan kemudahan macam ni. Nak ambik wuduk kat mana pulak? Kat toilet. Tapi bertentang arah kat hujuuuuuuuung sebelah sana. Jalan lah sikit. Tempat wuduk ialah toilet orang kurang upaya. Dah dimodified.
Ambik wuduk kat sini..
Dah habis solat, kami berjalan keluar menuju ke Insadong. Jalan-jalan cuci mata menghala ke Jongno-3-ga station. Dah lama rasanya tak jalan-jalan kat area sini. Then guess who I saw? Ahjumma udang tempura! Wuwuwuwuw.. Ahjumma ingat saya lagi tak? Hahaha.. Dia senyum. Tak tau lah dia ingat lagi ke tak. Muka aku yang menebeng depan gerai dia di satu winter dahulu. Kemain Ahjumma sekarang ye. Dah naik harga udang tempura ni!
Near to Jonggak Station..
Ahjumma long time no see..
Kat situ, makan lah kami udang setapau dua. Dah makan, tapau lagi untuk dibawa ke destinasi seterusnya, Olympic Park untuk aktiviti meronggeng dan meroyan. Hehehehe..
Meroyan kat sini..
Habis sudeyy hari kedua edisi spring konon-konon. Total perbelanjaan hari ni tak ingat berapa. Nak kena godek buku nota dulu. Dah ada nanti baru tepek. Sekian, till the next entry!
0 comments :
Post a Comment