Aku ni dah biasa homeless kat airport. Tidur tergolek kat lantai LCCT, tidur dengan selesa kat kerusi KLIA, no problem lah bagi aku. Cumanya, pagi besoknya tu antara rajin tak rajin je nak mandi pagi sebelum menuju ke destinasi yang seterusnya. Hehehe..
Oklah, entri ni ditujukan kepada sesiapa yang tak larat nak homeless kat airport lah. Nak duduk Tune Hotel mahal kemain kan? Nak duduk Concorde Inn, ok je tapi macam tak berbaloi je kalau setakat buat tidur. Nak duduk Sama-Sama Hotel lagi lah tak mampu kan? So, kat sini aku cadangkan satu hotel yang sesuai untuk dibuat landing oleh sesiapa yang on transit ni. ^___^
It's youniQ Hotel! Memang lah sangat unik hotel ni. Sesuai dengan namanya. Aku sampai pun dah malam. Humang aih. Dari jauh nampak striking.
Hambik kau. Pepel~!!
Masuk-masuk je memang ternganga sekejap lah aku. Ni hotel ke spa ke lounge club ke hapa ni. Hahahaha.. Sebab lain dari yang lain kan. Memang striking habis.
Bilik yang ada kat hotel ni ada macam-macam jenis. Ikut saiz lah. Kami ambik yang saiz kecik. Makanya satu malam tu harganya RM100 je. Kongsi dua orang baru RM50. Sangat berbaloi-baloi lah jugak. Kita tengok nanti biliknya macam mana.
Kaunter check in / check out..
Lepak-lepak kat lobby..
Elevator..
Corridor..
Menonong gila aku macam orang tak betul cari bilik tak jumpa. Bukan tak jumpa sebab apa, sebab setiap bilik yang ada tu tak ada nombor bilik. Aku ni rabun tahap gaban ke memang diorang suruh main teka-teki ke hapa ke aku pun tak tau. Sekali, aku rasa nak maki hamun pun ada. Punya lah besar nombor bilik tu kan. Tapi kat belah bawah dia letak. Hurrrrrrrrrrrrrr...
Bilik no 301.. Demmittt tak nampak~!!
Masuk ke dalam bilik, aku rasa puas hati jugak lah. Memang berbaloi-baloi RM50. Segala basic amenities ada je dalam bilik ni. Aircond ada, TV ada. Kalau Tune hotel kena bayar extra kan? Hehehe..
TV, kettle..
The bed.. Nice and comfy..
Pintu ke toilet..
Jamban..
Sinki..
Okeh. Nice! Pagi-pagi ada disediakan breakfast. Light breakfast lah. Roti dengan macam-macam jenis sapuan serve with coffee and tea. Ok lah kan? Simple yet nice yet berbaloi-baloi. Boleh jugak mengalas perut sebelum pergi ke airport.
Tempat breakfast..
Coffee in the morning..
Allright! Aku suka tempat ni. So? Macam mana nak ke sini? Kalau kita dari airport, ada transportation disediakan. Aku hari tu turun kat LCCT. Makanya, tunggu kat depan Coffee Beans. Nanti ada staf dari youniQ Hotel ni akan datang jemput naik van. Bayaran yang dikenakan cuma RM5 je. Ok sangat lah tu. Cuma kalau perlukan airport transfer ni, kena maklumkan awal dengan pihak hotel.
Lokasi youniQ Hotel.
Alamat..
Kemain aku promote macam aku kerja sini pulak. Hahahaha..
1 comments :
laluan aku saban minggu. tapi siyes tak brani singgah. memang mcm pub. hahaha
Post a Comment