Huangpu River Cruise, Shanghai

Menyengal 5 hari 4 malam di Shanghai..

Hallasan, JEJU!

One of my favourite place on earth..

Madinah, Saudi Arabia

CikSengal jadi budak baik bila pergi ke sini..

The Peak, Hong Kong

Ni tahun depan baru update entries..

Showing posts with label Hangang Park. Show all posts
Showing posts with label Hangang Park. Show all posts

Wednesday, March 6, 2013

Spring Waltz di Bumi Korea ~ Day 2: Handel n Gretel, KBS Building, Hangang Park Biking, Seoul Museum of History, Gyeonghui Palace, Gwanghwamun Square, Cheonggye Stream, KTO, Insadong. & Olympic Park

Deyyy... Baru nak update..

Saturday, 26th May 2012

Hari kedua edisi spring yang tak berapa nak spring sangat ni. Ambik feeling je lah. Tempias-tempias sikit. Nak kata summer pun tak jugak sebab cuaca tak berapa panas. Just nice lah untuk pergi jalan-jalan. Kami keluar agak pagi jugak lah. Nak pergi merewang ke Yeouido. Tapi belum apa-apa lagi aku dah buat lawak sarkas terkunci pintu bilik dari luar. Berapa banyak kali dah Ahjumma tu pesan jangan kunci satu lock ni sebab tak ada kunci nak bukak, tapi aku sengal sangat pergi kunci. Kan.. Memang cari nahas lah. Dengan muka sebiknya aku pergi mengadu kat Ahjumma. Ahjumma geleng kepala dan suruh aku tunggu kejap. Sekali Ahjumma datang acu pisau kat aku. HOHHH!! Makcik ni nak membunuh ke hapa. Ada yang masuk front page paper kang besok. Rupa-rupanya dia suruh godek pintu yang terkunci tu pakai pisau. Hahahahaha.. Serious lawak lah kau Ahjumma. Tapi berkesan sungguh pakai pisau tu. Sekali godek je pintu tu dah terbukak. Macam-macam... 

Off to Yeouido. Banyak aktiviti nak buat ni. Sebelum pergi buat aktiviti kita singgah dulu breakfast kat kedai favourite kami. Favourite lah kononnya ni kan. Favourite sebab boleh cuci mata. Tapi orang yang nak dicuci mata tu tak ada pulak kat kaunter. Tak datang lagi kot. Kita duduk makan diam-diam je lah ye. Sayang. Kedai ni dah tutup dah sekarang. Tauke dah dapat tempat lagi besar dan selesa. Lain kali kalau datang lagi harus terjah itu kedai pulak!

Kedai Favourite..

Thursday, December 22, 2011

Summer Scent di Bumi Korea ~ Day 6: Itaewon, Seoul Central Mosque, 63 Building, Hangang Park & KBS Building

Wednesday, 6th July 2011

Hari ni kami memulakan perjalanan kami ke Itaewon. Of course lah, hari tu dah pergi. Ni pergi lagi bawak Cik Dila. At the same time, kita tengok ada beza ke tak Itaewon di musim panas dengan Itaewon di musim sejuk. Hahahaha.. Poyo.

Itaewon station..

Itaewon ni tempat paling international lah katanya kat Seoul. Banyak restoran asing, nak tengok orang asing, makhluk asing pun banyak kat sini. Nak pergi Itaewon ni senang je. Turun kat Itaewon Station. Memang terus keluar kat tengah-tengah Itaewon lah. Itaewon Station ni letaknya kat subway line no 6 yang berwarna ala-ala warna oren-coklat tu. Dah alang-alang pergi Itaewon ni, kami singgah jugak ke Masjid Seoul.