Tuesday, October 11, 2011

Summer Scent di Bumi Korea ~ Day 2: Changdeok Palace, Secret Garden, Changgyeong Palace, Jongmyo Shrine, Cheonggye Stream, Jeonju Jib Grilled Fish Restaurant & Dongdaemun Market

Saturday, 2nd July 2011


The first day of jalan-jalan di musim panas. Yey!! Bahagianya hidup bila dapat jalan-jalan macam ni. Tak menggigil kesejukan. Hehehe.. Ok. Hari ni bangun agak lambat jugak lah. Sebab tidur pun dah lambat kan. Subuh pun hampir-hampir terbabas sebab pukul 5.15 pagi dah terang benderang dah you know. Terkezut makcik! Kalah subuh kat KK. Hehehe.. Dah lepas subuh tu, tidur balik. Hambik kau. Pukul 8 baru bangun. Konon je nak keluar awal jalan-jalan. Tapi dekat pukul 10 jugak baru kami keluar.

Anguk, Jongno

Hari ni plan nak berjalan-jalan melawat istana. Previous trip, aku pergi ke Gyeongbokgung. Kali ni kami pergi ke Changdeokgung pula. Kalau ikut peta Jongno yang berada di tangan masa tu, Gyeongbokgung dan Changdeokgung ni berdekatan je. Tak jauh mana. Dulu-dulu gigih lah nak naik train ke istana Gyeongbokgung. Kali ni, sebab cuaca sangat best, kami jalan kaki je dari Sunshine. Sangat gigih!


Menyusuri jalan di Jongno menuju ke Anguk Station.


Berjalan kaki di sekitar Jongno ni memang best. Aku suka sebab Jongno ni one of the oldest area in Seoul. Kalau nak tengok Seoul zaman dolu-dolu datang lah ke Jongno ni. Kebanyakan bangunan masih lagi style zaman dulu-dulu. Very well preserved. Dan paling menarik bila bangunan lama dan baru duduk bersebelahan. Sebelah kiri istana lama, sebelah kanan bangunan modern yang kaw-kaw lah modernnya. Hahaha..

Unhyeongung

On the way nak ke Changdeokgung tu kami ada melintasi Unhyeongung. Another palace. Tapi kami tak masuk lah. Pengsan kalau nak pergi semua palace yang ada kat Jongno ni. Seminggu pun tak habis meround!

Tepi jalan je Unhyeongung ni..

Nak menyelit jugak aku ni.. Konon cun lah tu.. Hahaha..

Pintu masuk ke Unhyeongung..

Mak inang ke mak dayang ni? :p

Lebih kurang 15 minit berjalan, kami sampai ke persimpangan Changdeokgung. Terus terjah ke booth tiket. Haruslah kena beli tiket kan nak masuk ke dalam. Ramai juga orang di perkarangan Changdeokgung ni. Ada event ke?

Changdeokgung

Bengong aku dibuatnya time nak beli tiket ni. Sebab tak tau nak ambik tiket mana satu. Ahjumma jual tiket tu pulak asyik cakap welcome, welcome je. Hehehe.. Last-last dia recommend Intergtrated Ticket. Wohh.. Dia dah rekemen, ambik je lah kan?

Pintu masuk Changdeokgung..

Signage Changdeokgung..

Peta Changdeokgung..

Taadaaa!! Tiket kami..

Kisahnya, harga tiket untuk masuk ke Changdeokgung ni ialah KRW3000. Tapi betul kata ahjumma tu, dan kami recommend sangat-sangat pada korang-korang yang nak melawat istana ni untuk beli Integrated Ticket yang berharga KRW10,000. Dengan harga 10K tu, kita boleh masuk ke Changdeokgung, Gyeongbokgung, Changgyeonggung, Deoksugung and Jongmyo Shrine. Whohh!! Banyaknya? Yep. Boleh masuk 4 istana dan 1 shrine. Kalau tak sempat nak habiskan dalam satu hari, no worries, sebabnya tiket ni valid for one month. Tak sempat pergi hari ni, pergi lah besok. Sangat-sangat menjimatkan kos kan? Untuk integrated ticket ni aku tak sure pulak boleh dapatkan kat mana-mana palace atau pun cuma kat Changdeokgung ni je. Hari tu masa pergi Gyeongbokgung macam tak perasan pulak integrated ticket ni. Mungkin ada. Aku je yang tak nampak.

Masuk lah kami ke dalam. Istana ni semuanya lebih kurang sama je, cuma ukiran-ukiran dia tu ada lah berbeza sikit. Kami tak pakai guide, so assume sendiri-sendiri je lah. Hehe.. Suasana dia agak lain jugak. Changdeokgung ni tak sama dengan Gyeongbokgung dari segi susun aturnya. Layan je lah!

Sebenarnya cun sangatlah timing kami ni. Pukul 11.30 nanti ada English guided tour untuk masuk ke Huwon (Secret Garden). Huwon ni letaknya kat belakang Changdeokgung. Ada special entrance nak masuk ke sana. Tempat ni tak boleh nak masuk sesuka hati. Kena ada guide. Nak masuk kena bayar KRW5000. Tapi disebabkan kami pemegang tiket integrated tu, kami masuk for free. Berbaloi-baloi! Sementara nak tunggu tu, kami ronda-ronda dulu sekitar Changdeokgung.

Karpet merah tarak!!

Injeongjeon - The Main Hall

Dalam Injeongjeon..

Taman Larangan?

Ok. Done! Dah habis dah pusing. Sekejap je. Aku pun tak banyak ambik gambar kat sini. Hehehe.. Jadinya kami bertenggek lah kat pintu masuk Huwon tu. Apalah yang secretnya ye. Apa-apa pun nanti kita tengok. Sementara menunggu ni aku berkenalan dengan seorang pakcik dari Austria. Gigih dia jalan sorang-sorang dengan kamera dia tu. Katanya, dia datang Korea untuk belajar bahasa Korea untuk 3 bulan. Waaahh.. Baguslah pakcik. Saya tabik! Bila saya boleh buat macam tu? Escaping work for 3 months? In my dreams lah kan?

Kaya dengan tiket..

Huwon (Secret Garden)

11.30am. It's time to go! Our guide ni aku dah remember-remember-forgot dah namanya apa. Kecik molek je orangnya. Jalannya berdesup laju. Kami ni kena tinggal je kat belakang. Hehehe.. Masuklah kami ke dalam Secret Garden ni. Ala-ala seram jugak, sebab masuk hutan kan. Bacalah apa-apa yang patut. Hahaha..

Guide kami.. Belum apa-apa dah kena daki bukit..

Laluan dalam Huwon ni sangat berbukit-bukau. Sekejap naik. Sekejap turun. Nasib baik pakai flat shoes. Ada makcik orang putih ni pakai heels pulak. Masak lah kau makcik. The scenery was nice. Menurut guide kami, tempat ni tempat kerabat raja buat aktiviti leisure diorang. Relaks-relaks. Dating. Hehehe.. Betul. Part dating tu tak tipu!

Kat atas tu tempat istirahat king kalau tak silap..

Our guide..

Tempat lepak..

Duduk relaks..

We had a good 10 minutes break sebelum berjalan balik. Oh ya. The guided Huwon Tour ni mengambil masa 2 jam. Tempat kami stop ni, satu-satunya tempat yang ada toilet. So, kalau ada apa-apa yang patut dibuang, kenalah buang kat sini. Kat dalam hutan nanti jangan harap nak jumpa tempat membuang. Beranilah kau buang dalam semak. Kena sumpah 7 keturunan nanti. Hahaha..

Jalan dan jalan lagi, kami jumpa satu tempat lapang ni. Tenang je. The guide dok explain tentang tempat ni. Ada tempat crown prince belajar, ada pond tempat dating, and ada satu eternal youth gate ni. Siapa yang lalu through this gate akan kekal muda selama-lamanya. Wahh.. Berpusu-pusu kami masuk ikut gate ni. Hehehe.. Our guide kata, raja-raja zaman dulu kebanyakannya mati muda. Jadinya, gate ni dibina dengan harapan raja-raja ni boleh hidup lama sikit. Tempat Crown Prince study ni buruk je binaannya. Bukan buruk, buruk. Tapi warnanya pudar sikit berbanding dengan warna bangunan-bangunan kat main palace. Raja kata untuk kesederhanaan. Nak belajar tak boleh dalam keadaan mewah sangat. Ikut ajaran Confucius katanya.

the eternal youth gate..

Ini tempat dating. Sumpah. Tak tipu!

Tempat Crown Prince study..

The lotus pond..

Kami bergerak lagi. Kali ni menuju ke kuarters kediaman yang ada kat dalam Huwon ni. Tak besar mana. Tapi lengkap lah dengan kuarters raja, permaisuri, ada rumah hamba, kandang kuda, etc. etc. Kat sini ada dua pintu berbeza untuk lelaki dan perempuan untuk ke dalam kuarters ni. Kami ni tak adalah nak kena masuk asing-asing lelaki perempuan kat sini, tapi zaman dulu-dulu harus tau. Pintu gerbang lelaki lagi tinggi dari pintu gerbang perempuan. Nak menunjukkan lelaki lagi berkuasa lah tu. Relaks sekejap, jalan-jalan tengok kuarters sebelum bergerak ke tempat seterusnya.

Lepak kat luar kuarters..

Tempat bakar arang for the heating system..

Bilik yang ada heating system.. Lantai dia lain sikit..

Then it's time to move on. Naik bukit. Sesak nafas aku. Dah lah curam. Dah tu turun balik. Curam lagi. Hahaha.. Bengong aku dibuatnya. Sampai lah kami kat satu stream ni. Ada ceritanya jugak disebalik stream ni. Tapi aku tak pay attention sangat pada apa yang guide to cakap. Jadinya aku tak tau apa-apa. Then jalan lagi naik bukit. Yang ni betul-betul curam. Kalah tahap kecuraman naik Mount Sibayak dulu-dulu.

Naik...

the stream..

Naik bukit curam..

Penat berjalan dalam Huwon ni. Dah lah besar. No wonder lah boleh sampai 2 jam untuk jalan-jalan kat dalam ni. Kami sampai kat satu tempat yang dipanggil Ongnyucheon. Tempat ni sangat-sangat peaceful. Guide kata, raja dan pembesar-pembesar selalu main satu game kat sini. Game apa aku dah lupa. Tapi ada melibatkan minum-minum lah. Ni kalau nak cari ilham ni memang best duduk kat sini. Cepat je boleh dapat.

Ongnyucheon.. Pakcik Austria terselit masuk..

Ada sawah padi kat sini..

naik tangga lagi untuk balik ke civilization.. ehhehe..

Fuhh.. Gigih berjalan. Akhirnya sampai jugak ke kawasan Changdeokgung. Daripada 100 yang ikut, tinggal 20 orang je yang betul-betul ikut tour Huwon ni sampai habis. Yang lain semua tak mampu, patah balik ke pintu masuk awal-awal tadi. Mana taknya. Laluannya kemain naik turun curam segala.

Sebelum sampai ke perkarangan utama Changdeokgung, kami melintasi pintu 'sedih' dan pokok yang berusia ratusan tahun. Pintu sedih ni menurut ceritanya, merupakan pintu terakhir yang dilalui oleh dayang-dayang sebelum meninggalkan istana. Korang biasa tengok kan drama-drama saeguk, cerita-cerita raja zaman dulu-dulu ni. Dayang-dayang masuk ke istana dari kecik dan sampai tua duduk kat dalam istana. Diorang akan keluar dari istana bila sakit dah nak mati. Jadinya, once diorang keluar dari pintu yang satu ni, tak ada harapan lah nak datang balik. Tu yang ada dalam cerita Dae Jang Geum tu, ramai yang meratap hiba bila ada yang keluar ikut pintu ni. Dah duduk dalam istana hampir seumur hidup kan. Maunya tak sedih.

Pintu Sedih..

Pokok ni umurnya beratus tahun dah..

Macam rupa monyet kan dahan pokok ni..

Pokok ni pun ada ceritanya. Tapi aku dah lupa. Hehehe.. Kebetulan time ni baru lah perasan ada mamat Malaysia join sekali Huwon Tour ni. Mana nak perasan. Spesis sepet macam Korean jugak. Hehehe.. Tu pun dia yang tegur dulu. Senang je kan nak kenal orang Malaysia ni. Especially yang pakai tudung macam kami ni.

That's it! Habis dah jalan-jalan Changdeokgung and Huwon. Lepas ni ke mana pulak? Kita terjah Changgyeonggung. Yey!!

Changgyeonggung

Another palace. Changgyeonggung ni letaknya betul-betul bersebelahan dengan Changdeokgung. Nak masuk ke Changgyeonggung ni ada dua cara. Satu cara ialah keluar dari Changdeokgung, dan masuk ikut pintu depan Changgyeonggung. Satu lagi cara ialah masuk ikut jalan belakang Changdeokgung. Jalan belakang ni merupakan entrance yang sama nak masuk ke Huwon tadi. So, tunjuk tiket and whooff masuk dalam.

Pemandangan Changgyeonggung dari atas..

Changgyeonggung ni macam tak ramai sangat visitor. Suasana pun senyap je. Kelihatan sekumpulan atuk-atuk dan nenek-nenek duduk berehat di bawah pokok. Best untuk lepak-lepak rasanya ni. Aku pun sekadar mengambil angin je kat sini. Gambar pun tak banyak yang aku snap.

Sundial..

Kawasan redup yang sangat best untuk jalan-jalan..

Kawasan lapang..

Sedang aku berjalan layan blues kat kawasan lapang ni, aku ditegur oleh dua orang budak sekolah. "Hey, we're having a tea party, please come and join us!" Terkejut beruk mak yeh aku. Mana taknya. First time, aku jumpa Korean yang berhabuk speaking slang US. Perghh.. Ada juga rupanya yang boleh cakap English ya. Hahaha.. Memang lah ada. Cuma aku baru jumpa je ni. So, bergerak lah kami pergi ke tea party tu.

Aku ni kalau orang sebut tea party je, terus straight away teringatkan Mad Hatter. Party macam tu ke? Sewel-sewel gila-gila macam tu? Hahaha.. Yang aku biasa dengar English people je yang ada tea party macam ni. Korean pun ada jugak ek. Full of curiousity, kami pergi jugak. Rupanya Tea Ceremony daa! Korean style. Wahh.. Bertuah kami dapat involve dengan acara ni. Bukan senang nak belajar kan?

What to say. Memang complicated. Kena tau step, kena tau adab, tangan mana nak angkat teko, tangan mana nak pegang sudu. Duduk pun ada cara. Walaweii.. Pening kepala aku. Cikgu yang mengajar tu of course lah skeeping Korean kan. Tapi budak-budak sekolah tadi tu dengan senang hatinya duduk kat sebelah jadi interpreter. Bagus. Bagus. Tergedik-gedik terkial-kial aku. Sampai nak tertonggeng pun ada aku dibuatnya. Budak-budak ni dah terkekek-kekek dah gelakkan aku. Hahaha.. Sabor je lah ye.

Cik Dila isi borang mencari calon menantu..

Sesi pembelajaran bermula!!

Sebelah kanan aku ni dari Jepun, tapi sengal jugak interpreters ni duduk sebelah kami je. Kami cun kah? Wakakaka..

Our young interpreters.. English mereka sangat gempak!!

Overall, sangat menarik sesi minum teh ni. Sempat aku bergambar dengan budak-budak ni. Mana tau dah besar nanti jadik artis. Boleh aku berlagak. Wakakakaka.. Bengong.

Habis je sesi minum teh, kami terus keluar dari Changgyeonggung. Bersemangat untuk pergi ke destinasi seterusnya iaitu Jongmyo Shrine. Jomoshhh kita pergi!!

Jongmyo Shrine

Dari Changgyeonggung kami berjalan ke Jongmyo Shrine. Kata orang dekat-dekat situ, Jongmyo Shrine tak jauh mana. Tapi masak jugak lah kena jalan lebih kurang setengah jam. Tak apa. Cuaca redup, ada angin some more. Tak terasa penat sangat. Sampai-sampai je perkarangan Jongmyo Shrine tu, aku dikejutkan dengan perhimpunan warga-warga tua. Kebanyakkannya pakai baju warna putih. OPS Bersih ke ni? Hehehe.. Tapi tak ada pulak buat apa-apa. Setakat duduk lepak-lepak je.

Sesi melepak bersama warga tua..

Ni tak tau jual apa..

Jongmyo Shrine ni sebenarnya tempat untuk buat memorial services untuk raja-raja dan permaisuri-permaisuri zaman dulu-dulu. Kiranya tempat ni digunakan untuk upacara keagamaan lah. Jongmyo Shrine ni pun tourist tak boleh nak masuk sesuka hati. Kalau hari-hari biasa kena ikut tour. Cuma hari Sabtu je boleh masuk sesuka hati. Kebetulan pulak lah kan hari ni hari sabtu. Dapat lah kami masuk buat hal kami sendiri.

Some penerangan..

Antara upacara keagamaan yang dilakukan..

Group of budak sekolah dan cikgu mereka..

Aku perhatikan kat tempat-tempat tourist spot ni ramai budak-budak sekolah dalam kumpulan lima enam orang jalan together-gether dengan cikgu mereka. Cikgu pulak gigih menerangkan setiap satu bangunan yang ada kat situ. Bagus kan? Boleh cadangkan sekolah-sekolah kita buat macam tu jugak. Tak payah nak tunggu cuti sekolah, weekend pun boleh. Cumanya mungkin tempat kita ni tak banyak historic sites untuk dikunjungi. Lagi pun gigih ke cikgu-cikgu nak bawak anak murid pergi Lembah Bujang? Pergi A Famosa lagi senang kan? Hehehehe..

Jongno..

Dah habis meronda kami balik semula ke Sunshine. Penat weh berjalan kaki satu hari ni. Hari dah petang, so lepak-lepak, solat sebelum meneruskan aktiviti seterusnya iaitu MAKAN. Gigih satu hari tak makan. Makan roti je untuk breakfast pagi tadi. Tapi sempat lagi duduk lepak-lepak tengok TV tu. Layan Inkigayo and Running Man Thailand sampai habis. Walaupun tak paham apa, tetap gelak guling-guling aku tengok Running Man ni.

Cheonggyecheon

Dah habis layan TV baru lah kami keluar. Jalan kaki dari Jongno menyusuri Cheonggyecheon sampai lah ke Dongdaemun. Jauh tau tu berjalan. Ada lah dalam 30 minit lebih kurang. Disebabkan cuaca pun baik, jadinya tak terasa sangat lah jauh Dongdaemun ni.

Keluar dari Sunshine..

Sebelum turun ke Cheonggyecheon, kami singgah dulu kat Information Center yang ada kat area situ. Sibuk aku nak mintak kad diskaun for Seoul Summer Sale. Alah. Bukannya aku nak shopping pun. Cuma kad tu je yang menarik. Hahaha.. Hah. Bersepah-sepah Kad Diskaun tu kat sini. Selamat aku rembat dua. Tiga. Empat. Ehh.. Ambik semualah!! Hahaha.. Boleh bagi-bagi kat orang buat souvenir. Buruk kan perangai aku. Tak dilupakan ambik peta sebarang dua. Peta Bukchon to be included. Aku nak jugak buat tour Bukchon 8 Spots tu. Sebab nampak macam best je tengok kat 1 Night 2 Days.

Cheonggyecheon..

Lintas jambatan..

Jalan sampai Dongdaemun..

Dah sampai Dongdaemun..

Dongdaemun

Sebenarnya nak skodeng tempat shopping kat Dongdaemun ni. Tapi baru pukul berapa semua kedai dah tutup. Motiplah kan? Diorang punya operating hours ni pukul berapa sebenarnya? Mana yang diorang kata meniaga sampai ke pagi tu? Salah timing ke kami ni ye? Tak ada rezeki lah nampaknya nak cuci-cuci mata tengok barang.

Melilau mata kami tengok ke sana ke sini. Then aku perasan seorang pakcik ni dok perhatikan kami je dari tadi. Dia pun jalan melintasi kami. Dah jalan jauh tu, dia datang balik. "Can I help you?" tanyanya. Wahh pakcik!! Uolss perhatikan weollss ke dari tadi? Hahahaha.. Adoi laa pakcik. Kami ni konpius dengan map kat tangan ni. Tak dapat nak detect kami berada kat mana sekarang. Hahahaha.. Sakan tau pakcik ni tolong dengan english dia yang berapa kerat tu!

Jalan-jalan jumpa underground shopping, sempat lah beli souvenir seketul dua. Kira murah jugak lah kat sini. Beli sikit-sikit je. Mana tau kat tempat lain lagu murah kan.

Dah alang-alang sampai Dongdaemun ni, aku nak cari jugak satu kedai ikan bakar ni. Aku pernah baca kat sini. Macam best je dapat makan ikan bakar kan. Hari tu makan kat Dae Jang Geum Theme Park terbayang-bayang sampai ke hari ni. Mula-mula agak complicated jugak nak mencari tempat ni. Siap tanya orang kat mana nak cari kedai ni. Nasib baik lah aku ni tau basic Korean kan. Setakat tanya tempat itu ini letaknya kat mana, senang aja. Cuma senak sikit lah nak digest kalau orang yang ditanya tu bagi penerangan panjang lebar. Sudahnya aku kamsahamnida kamsahamnida je lah. Hahahaha..

At last jumpa jugak. Jeonju Jib. Nasib baik pandai baca hangul jugak kan. Hahahaha.. Adoilah. Nak pergi Korea ni mesti kena tau lah basic Korean. Kalau tak, ternganga lah kau dibuatnya. Mula-mula tak perasan kedai ni, tapi owner kedai tu beria ajak kami masuk. Tersenyum-senyum lagi pakcik ni. Aku pun masuk je lah. Kedainya ni kecik je. Aktiviti membakar ikan semuanya dibuat di depan kedai. Baunye sedap ko. Apa lagi. Moh makan Samchi and Kodengo!!

Green Tea..

Antara pelanggan yang ada..

Kami order Samchi and Kodengo. Tapi pakcik tu punyalah baik hati, dia bagi seekor lagi ikan FOC. Fullemek.. Saranghaeyo Ahjusshi!! Hehehe.. Gigih kami makan. Sedap. Sedap..

Samchi n Kodengo plus Nasi and side dishes.. Nyum nyum..

Hahaha.. LICIN~!!

Harga pun kira ok jugak. KRW6000 seorang. Senyum-senyum pakcik tu. Sempat lagi tanya dari mana, buat apa kat sini. Kami jalan-jalan cari pasal pakcik! Hehehe.. Nasib baik dia tanya benda basic. Paham jugak lah aku kan. Dia suruh kami datang lagi. Harus! Nanti kalau kami ke Korea lagi, kami singgah ye pakcik ye!

Dah tu jalan-jalan lagi kat Dongdaemun. Dah macam pekan koboi dah sunyi sepi. Kedai kebanyakannya dah tutup. Jalan-jalan gitu-gitu je lah..

It's already 8pm.. Masih terang lagi..

Ni tak tau apa..

Tengah jalan-jalan tu ada bunyi bising-bising dari arah Chonggyecheon. Turun lah kami ke bawah. Ada ramai orang and ada pentas atas stream tu. Fashion show gamaknye ni. Sakan ekk buat runway atas air.

Lepaking..

Yep.. It's a fashion show alright. Konsep baju pengantin kekdahnya. Sebelum model-model masuk ada persembahan tarian. Sakan penari-penari ni. Pakai mangkuk tali je. Huhhuhuh..

Ala-ala Hawaiian pulak dah..

Model hensem..

Shinlang & Shinbu.. hehehe..

More..

Lagi dan lagi..

Tak tunggu fashion show ni sampai habis. Jalan-jalan kat Dongdaemun Underground and then off balik ke Jongno! Balik naik train lah. Nak jalan semput, baru lepas makan. Hehehe..

In progress..

Sapo nak beli comforter??

Baju ini sangat chantekk.. Harga pun chantekk.. ㅠ__ㅠ


The new daily drama.. HARUS LAYAN!!

Kat underground station ni sempat aku rembat majalah W untuk Kia n Fieza. Beratnya ya ampun! Pakai kertas besi ke apa majalah diorang ni. Sebab nak kata tebal, tak ada lah tebal sangat. Ala-ala majalah Nona, majalah Wanita tu. Tapi humang aihh.. Tak larat nak pikul! Ada apa dalam majalah ni? Ada gambor-gambor Super Junior lah. Itu ler pasal mau kena rembat!

W Magazine

At last. Sampai jugak Sunshine. Fuh!! Penuh dengan aktiviti hari ni. Memang kelepakan lah. Tak tunggu lama. Lepas mandi, solat, belek-belek kad diskaun, aku pun terus zzzzzzzzzz...

Seoul Summer Sale 2011 Discount Card..

Tamat sudah second day. Third day is coming soon! Tu pun bila dah sampai seru untuk mengarang. Lately ni saya sangat malas. Huhuhu..



Kos Perbelanjaan hari ini :- KRW32,200

5 comments :

Faiznadia said...

Choopp. Gambar mak inang tu macam gamba dulu-dulu je. Hantu ke ape? Ahahaha.

CikSengal said...

orang ler.. :)

e.l.i.z.@ said...

Mcm penat je nk round 2jam dlm istana tu hahah
Eh samchi tu apa? Kodengo?

CikSengal said...

aku suka jalan2 camni..

tu spesis ikan..

e.l.i.z.@ said...

Hihi aku beli integrated ticket tu kt Gyeongbokgung...br pegi 1 je palace...haini sambung kot..lg 3palaces n shrine tu..haihh cukup masa ke tidak ni...aku terbgn lmbt..subuh pun missed..dh tu awal sgt siangnya waaaaaa