Sunday, March 3, 2013

Muar Outing

Sempena balik JB baru-baru ni, aku berkesempatan pergi ke Muo. Yay! Dah lama betul aku tak ke Muo ni. Kali terakhir aku datang sini, tahun 2007. Wow. Dah 6 tahun dah. Mesti banyak dah berubah Muo ni.

Kenapa jalan-jalan ke sini? Cik Ina ajak. Kawan sekolah dia yang dah lebih 30 tahun tak jumpa, jemput makan nasi minyak. Anaknya kahwin ler. Anak Cik Ina entah bila lagi kan? Kohkohkoh..

Welcome to Muar..

Huru-hara jugak lah nak cari lokasi majlis kahwin tu. Nasib baik ada GPS kan. Aku dah tak kenal dah jalan-jalan kat Muar ni. Lain bebenor dah. Kat rumah pengantin, aku tengok sesi jejak kasih. Hehehe.. 

Makan!!

Dah lepas makan nasi pengantin, buat apa? Yoshh.. Tak kan lah nak balik terus kan. Marilah kita ronda-ronda Muar ni sekejap. Tengok apa-apa yang patut.

Ni boleh jumpa kat Muar je.. Hehehe..

Lokas pertama? Lepak kat Tanjung Emas. Lepak-lepak sambil ambik angin laut. Laut ke? Sungai ye lah. Hehehe.. Lepak-lepak. Kalau dah lepak-lepak ni tak sah lah kalau tak melantak kan? Teruk nau. Dah makan nasi pengantin pun, masih besar lagi tembolok ni. Kita makan yang ringan-ringan je lah. Rojak petis & ABC special. Slurpppp.. Sedap..

Lepak kat Tanjung..

Menketedarah!!

Ingatkan nak pekena mi bandung. Tapi perut ni macam rasa tak muat pulak lah kan. Makanya, kita beli je perencah dia. Nanti bila-bila nak merasa mi bandung boleh lah masak. Ni orang malas punya style ni. Campak-campak je dalam periuk.

Perencah Mi Bandung..

Dah melantak? Ronda-ronda lah. Sampai ke Tanjung Agas sana. Nostalgia sungguh Tanjung Agas ni. Banyak kenangan kat sana. Yang sedih, yang gembira, yang gedik-gedik. Hehehehe.. Kat sini lah aku bertapa selama 2 tahun.

Here!!

Oh My School!

Rindunya aku kat tempat ni..

How I missed this place. Kalau ikutkan hati, nak aja aku masuk dalam, layan blues kat sini. Hurmm.. Kengkawan seSAMURA, bila kita nak buat reunion?

Balik semula ke Bandar Muar..

On the way nak ke exit Pagoh, singgah lah sekejap kat Ladang Nasuha ni. Ladang ni dah wujud sejak zaman aku sekolah lagi. Tapi tak pernah sekali pun terfikir nak singgah. So kali ni kita singgah. Banyak lagi masa nak dibuang.

Ladang Nasuha..

Ladang ni besar sebenarnya. Ada macam-macam jenis tanaman kat sini. Cuma aku takde lah gigih sangat nak skodeng satu persatu. Kita pergi kat centre dia je lah..

Centre dia ni..

Some of the product..

Cuba teka buah apakah ini?

Pusing-pusing tengok produk yang dijual. Nampak semua macaam best je. Tapi aku takde hati pulak nak membelinya. Cik Ina adalah beli seketul dua. 

Dah! Next destination? Skudai ler. Kita balik rumah. Tamatlah sudah jalan-jalan ke Muar. ^___^

Related Posts:

  • Mariners Cafe & Bistro, Johor Bahru Mari kita sambung lagi edisi cafe hunting dan cafe hopping sekitar JB ni. Dua tiga bulan aku tak balik, ada saja cafe baru yang muncul. Kali ni kita ronda-ronda town lah ye. Cafe pertama yang kami terjah ialah Mariners Cafe… Read More
  • Pontian Day Trip: Pulau Kukup & Tanjung Piai Saturday, 2nd Nov 2013 Salam 1 Johor. Ekekeke.. Aku ni orang JB. Tapi seumur hidup aku, aku baru tinggal selama 8 tahun kat JB ni. Tahun lain-lain aku berpindah randah dan 8 tahun kebelakangan ni aku tinggal di KK. Balik… Read More
  • South Gate Restaurant, Johor Bahru A few days ago, kami pergi melantak. Melantak kat mana? Melantak kat sini~!! Sini tu South Gate Restaurant. Restoran makanan Korea uols. Dah lama berangan nak makan makanan authentic Korea kat Malaysia ni, tapi belum p… Read More
  • The Ice Cream Project, Johor Bahru Dah lepas jalan-jalan pusing tengok bandar JB yang semakin hip katanya ni, akhirnya kami pun singgah ler ke cafe yang terakhir untuk hari ni. Namanya The Ice-Cream Project. Kedai aiskrim! Tapi kedai aiskrim ni lain daripada… Read More
  • Pot's Kitchen, Johor Bahru *Updated on 3rd Aug 2015, katanya cafe ni dah tutup! Tak dapat nak sahkan. Nanti balik JB aku tengok. Huhu.. Dah selesai mengonyel kat Mariners Cafe & Bistro kami melompat pula ke Pot's Kitchen. Pot's Kitchen ni aku … Read More

0 comments :