Friday, March 8, 2013

Kia Ora, Aotearoa! ~ Day 5: Portobello, Sandfly Bay, Te Anau & Knobs Flat

Hurkkk!! Mari update lagi entry jalan-jalan yang dah basi ni..

Monday, 30th April 2012
Portobello --> Sandfly Bay --> Te Anau --> Knobs Flat

Malam tadi hujan. Makanya cuaca jadi sejuk. Nasib baik tidur kat power-site. Dapat jugak tidur bertemankan heater. Tak larat dah lah nak membeku kan diri lagi. Huhuhu.. So pagi-pagi ni bangun, dan terus siap-siap buat breakfast. Malam tadi dah mandi, kira aci lah, pagi ni tak payah mandi dah. Harharhar.. Breakfast pagi ni pun sempoi-sempoi je. Menghabiskan stok maggi yang ada.

Breakfast yang lazat..


Dah lepas breakfast, kami mula packing. Kemas apa-apa yang patut, buang apa-apa yang patut. Kain kat laundry dah diambil, dan dilipat cantik-cantik tapi main campak je ke dalam beg. Huhihuha.. Dah tu relaks-relaks ambil angin kat kawasan sekitar campsite. Cantik tempat ni. Semalam petang sampai dah nak gelap so tak nampak sangat rupa paras kawasan ni. 

Sesi mengemas van..

Haaa.. This is how we get electricity.. 

Tempat ni agak besar jugak lah. Selain main building, ada campsite, powersite, ad cabin room. Siapa-siapa yang tak bawak campervan macam kami ni, boleh lah duduk kat cabin room. Tapi tengok harga pun mahal ratus-ratus dolar. Tak mampu lah makcik. Duduk dalam campervan lagi murah.

The campsite main building..

Jiran kami..

Tempat lepak..

Cabin room.. Mahal..

Tengah lepak-lepak nampak seorang ibu tengah berjalan sambil memikul anak dia kat belakang. Lengkap dengan hiking gear ibu tu. Wowweeee.. Betul lah. Di mana ada kesungguhan, disitu ada jalan gitu. Gigih sungguh dia bawak anak dia hiking sama-sama. Kami menegur dari jauh. Lambai-lambai tangan macam dah kenal 10 tahun. Hehehe.. Benda yang aku belajar bila jalan-jalan kat New Zealand ni, bila jumpa traveller lain, kita boleh otometik bersembang, berborak macam dah kenal forever gitu. Dari tak ramah, tak pandai nak start berbual, terus jadik minah becok tak reti duduk diam. For some cases lah. Tak semua. Kalau jumpa yang hensem, terkedu jugak aku dibuatnya. Hehehe.. Poyossss..

The mom and her baby..

Dah agak-agak siap tu, mula lah kami bergerak. Bye-bye Portobello! Itinerary perjalanan kami hari ni agak jauh jugak. Non stop driving ni. Jadi tak banyak tempat yang kami pergi hari ni. Banyak masa dihabiskan kat jalan je. Kita tengok pemandangan sekeliling je lah ye.

Today's Itinerary.. K: Portobello, L: Sandfly Bay, M: Te Anau, M: Knobs Flat.. Total journey of 374km..

Sebelum gerak dengan lebih jauh, kami singgah dulu kat Sandfly Bay. Katanya kat sini boleh tengok penguin. Excited lah kekdahnya kan. Penguin kat sini spesis lain daripada penguin kat Oamaru. Meh la kita pergi check it out kan.

Sepanjang jalan dari Portobello ke Sandfly Bay, kami disajikan dengan kambing. Bertuah sangat lah kalau kambing yang disajikan tu kambing panggang depan mata. Tapi malangnya, kambing tu kambing yang bersepah-sepah di kiri kanan jalan. Bilangannya ya ampun banyak tak terkira. Ni ada tuannya ke tidak ni. Kalau hilang seekor pun mesti tuannya tak perasan kan?

Kamben!

Sedara Siwon pun ada..

Selepas lebih kurang 20 minit bergerak, sampai lah kami kat Sandfly Bay. Tak lah jauh mana pun. Tapi malangnya, setibanya kami kat sana, hujan mula turun. Rintik-rintik je. Tapi angin kuat. Dah jadi ala-ala ribut jugak lah. So, no choice. Pakai baju hujan lah kita. Dah.. Macam mak penguin dah rupa aku ni. Harharhar..

Mak penguin balik ke sarang..

Tempat ni cantik sebenarnya. Kawasan tebing tinggi tepi pantai kan. Nak terjun bunuh diri pun boleh. Dari tempat letak kereta, kami berjalan lebih kurang 10 minit ke bawah. Tibalah kat ala-ala pintu masuk turun ke pantai. 

Kat pintu tu, ada beberapa informasi tentang penguin yang naik ke darat ni. Bila dah baca tu, HUMANG AIHHH.. Jauh banget lah pulak nak kena jalan nak pergi ke tempat penguin tu. Ya Ampun! So amacam? Kita try lah dulu. Jalan slow-slow. Biar lambat asalkan selamat gitu. 

Ni lah penguin kononnya..

Haaa.. Tu dia. Penguin menyorok kat area tu ye.. JAUH!!

Let's go!

Jalan punya jalan menuruni cerun ke pantai ni sangat lah challenging. Lutut kena kuat ye. Mula-mula ok. Tapi bila sampai kat satu tahap tu, ternganga aku dibuatnya. Trek yang ada buat aku hilang confident. Boleh ke aku turun bawah ni? Tak adanya jalan kaki slow-slow turun ni. Ni dah lebih kepada guling-gulingkan-diri-anda-sampai-bawah. Nak turun tu mungkin tak ada masalah. Nak naik balik? Sanggup ke Mak Temah? Aku macam tak sanggup je. Waaaaaaaaaa.. Makanya, sebulat suara, kami cancel lah nak mengskodeng penguin ni. Nak-nak dengan hujan yang makin lebat ni. Dengan kami yang jalan terkedek-kedek macam ni lagi ni. Say bye bye lah. Tak ada rezeki kami nak pergi tengok korang, penguin oii. Huhuhuhu.. 

Tapi ada yang sanggup pergi tu.. Mat Saleh dua orang yang ada kat belakang kami tadi..

Bomoh hujan..

Dah ler. Marilah kita gerak. Perjalanan masih jauh lagi ni. Hujan sepanjang jalan keluar dari kawasan Sandfly Bay. Tapi lama-lama tu bukan hujan lagi dah. It was snowing! Yikes. Kejakunan sekejap. Dah lama tak fefeeling main snow kan. Huhuhuhuh..

Selepas lebih kurang sejam perjalanan, kami berhenti kat tepi jalan. Sebabnya, nampak kedai runcit. Hehehe.. Bekalan makanan dah nak habis. So kita topup lah apa yang patut. Nama kedai ni Waihola Store. So, kita berada kat Waihola lah sekarang ni ye? Entah kat belah mana dalam peta lah Waihola ni. 


Keadaan sangat sejuk kat luar. Aku kat dalam van dah sedap-sedap melepak bukak kasut bagai, bila nak keluar ni memang payah sikit lah. Konklusinya, aku rembat pakai selipar jepun je dan berlari masuk ke dalam kedai. Barang-barang kat sini agak mahal jugak lah. Ye lah. Kedai kecik kat tengah-tengah kampung ceruk tuk kun mana lah kan. Haruslah mahal sikit. Jadi beli yang penting-penting je. Tak banyak mana pun. Time nak bayar tu aku kena tegur dengan shop owner. Dia marah tengok aku pakai selipar jepun je. Go! Wear your shoes! Katanya. Wah makcik ni sangat mengambil berat. Aku cakap it's ok, dia dah buat muka risau, you'll catch cold darling.. Wallahh.. Ni yang aku suka makcik-makcik omputih ni. Dah tua-tua macam ni pun kena panggil darling. Tu belum lagi kena panggil sweetheart lah, pumpkin lah, love lah. Ngeeeeeee.. Takmo balik lah macam ni. Hahahaha.. Sempat lagi berborak sambil-sambil bayar tu. Excited dia bila dapat tau kami dari Malaysia. Selalu dengar pasal Malaysia tapi belum berkesempatan lagi nak pergi.

Dah masuk van tu, kami melencong sekejap ke kawasan tasik yang ada berdekatan situ. Then mata terbuntang bila nampak signboard public toilet. Apa lagi! Sejuk-sejuk macam ni memang rajin sangat nak terkucil. Bila masuk jamban tu, terbangak aku dibuatnya. Tandas metal! Hahahahahahhahahahaha.. Nangis lah wei. Nasib baik seat dia ada penebat. Kalau tak.. Kuss semangaaatttt.... Dah settle, lepak-lepak kejap merenung tasik sambil makan jajan. Tenang betul kawasan ni.

Hambik kau!

Black swans. First time nampak..

Ok! Back on the road. Jalan punya jalan punya jalan, tak sampai setengah jam, kami jumpa supermarket. Apa lagi, berhenti lagi! Kali ni borong lagi banyak. Sebab harga jauh lagi murah dari kedai runcit tadi. Tadi tak sabar sangat kan. Punya lah takut tak jumpa kedai dah lepas tu. Nasib baik tak beli banyak sangat tadi. Kat sini, kami beli apa-apa yang patut. Buat stok untuk the next 3 days. 3 days lah kononnya. Hehehe..

Meriah!!

Nasi Goreng pun ada..

Hasil rampasan.. Banyak jajan je..

Dah jumpa supermarket, jumpa stesen minyak pulak. Terpaksalah mengisi. Ni dah jumpa ni, kita isi je. Karang tak jumpa lepas ni mau nangis tak berlagu. Harga petrol kat luar bandar ni boleh tahan mahal. Terpaksa tutup mata je lah.

Lebih kurang sejam setengah kemudian, kami tiba di pekan kecil bernama Gore. Pekan Gore ni boleh dikatakan persimpangan perjalanan jugak lah. Simpang tiga gitu. Kalau ke kiri pergi ke Invercargill, kalau ke kanan pergi Queenstown, Te Anau dan Milford Sound. Kami tak masukkan Invercargill dalam itinerary kami sebab kesuntukan masa. Lagi pulak, geng rombongan macam tak jumpa benda-benda yang menarik boleh dibuat kat Invercargill. Kalau ada, bagitau lah ya. Boleh kami pergi lain kali. Hahaha.. Makanya tanpa membuang masa lagi, kami ke kanan dan terus ke Te Anau. 

Gore Roundabout..

Selepas setengah jam kami tiba di pekan Lamsden. Tak besar mana pekan ni. Lepas beberapa minit keluar dari pekan Lamsden, kami nampak simpang tiga. Kalau ke kiri pergi ke Te Anau. Kalau straight terus menghala ke Queenstown. Ke kiri lah kita. Masih jauh lagi Te Anau ni..

Te Anau masih jauh..

After 40 minutes on the road, kami tiba kat satu tempat yang sangat cantik. Memang selamba kodok je emergency break tiba-tiba, parking tepi jalan, lompat keluar van dan ambik gambar. The scenery was just so breathtaking. Dengan pemandangan gunung yang diliputi salji, matahari lagi. Dah tu ada kambing pulak merata kat padang. Wah wah.. Sangat cantik. Mula-mula kami je makhluk-makhluk yang ada kat situ. Tak lama tu ada beberapa buah kereta turut berhenti jugak tepi jalan dan ambil gambar. Banyak gambar yang diambil tapi still tak boleh lawan dengan apa yang kita nampak dengan mata kepala kita sendiri. Lain tau. Kena pergi sana sendiri baru boleh experience..

Ini lah secenery nya..

Almost an hour later, sampai lah kami kat Te Anau. Tak buat banyak benda kat sini. Stop sekejap, solat dalam van, jalan-jalan tengok information center, pergi skodeng kedai souvenir. Itu je. Lagi pulak dah lambat. Perjalanan kami masih jauh lagi. 

Kami memilih untuk bermalam kat Deer Flat. Kawasan DOC lah ni. Hari ni giliran bermalam tanpa heater pulak. Nak jimat kos punya pasal lah kan. Deer Flat ni just a normal camping ground with public toilet lah. Belasah je lah. Janji ada toilet kan. Harap-harap kawasan tu ok, dan ada jugak orang bermalam kat situ. Jalan punya jalan punya jalan tak jumpa lagi Deer Flat ni. Jauh betul. 

Kami melewati satu kawasan yang agak terang benderang. Macam tempat accomodation jugak lah. Kami lalu je, on the way nak cari Deer Flat tu. Bila dah sampai Deer Flat, ternganga aku. Kawasan tu gelap gelita. Tak ada lampu langsung. Bertemankan cahaya bulan je lah. Tu pun bulannya malu-malu kucing tak nak keluar. Yep, Deer Flat ni kawasan dataran yang agak luas jugak. Toilet pulak kat mana? Kat celah-celah hutan. OMG. Nak nangis! Nak jalan ke toilet tu kemain jauh jugak tu. Takmo duduk sini boleh tak? Serious kalau nak kena tidur sini, memang aku takkan jejakkan kaki ke jamban lah jawabnya. Dah tu sunyi sepi tak ada orang. Eii seram aku dibuatnya. Jom lah kita duduk tempat lain heh?

Discuss punya discuss kami mengambil keputusan untuk patah balik ke kawasan yang terang benderang tadi. Dah sampai sana baru dapat tau tempat tu namanya Knobs Flat. Oklah. Memang tempat tidur pun. Tapi tak ada power site. Orang yang jaga kat situ amat friendly. Bila tengok dia, aku terus teringatkan Wally. Sebijik je aku tengok dia. Without the hat lah. Kurus, tinggi with specs gitu.

Just nice lah ni. Ada dapur, ada toilet. Kemudahan asas ada. Boleh mandi-mandi. Dah tu boleh masak-masak. Kawasan dapur luas jugak. Kami bentang tikar, solat dalam tu. No worries. Kami je yang bakal bermalam kat sini malam ni. 

Nice toilet..

Hot Shower..

Dapur..

Cooker..

Meja makan..

Boleh guna je..

Asingkan..

Marilah berperang kat dapur ni. Masak nasi, then lauknya, sup sayur + ikan, telur dadar dan bawang goreng tepung. Sedap sehingga menjilat jari. Nak-nak cuaca sejuk macam ni. Perghh.. Dah siap makan tu, kami buat cok kodok pulak dah. Tembolok spesis hapa lah ni. Hehehe.. Buat siap-siap untuk bekalan hari esok kononnya. Besok nak gerak awal. Takut tak sempat nak pergi goreng-goreng. Bau cok kodok tu hulalalala amat menyelerakan sampai person in charge tu datang jenguk kami. Hehehehe.. Kami pun pelawa lah dia makan cok kodok. Dia kata wow this is interesting. And nice too! Hahaha.. Sedap tau cok kodok!

Dinner tonight..

Owh, lupa nak mention. Kawasan ni pakai generator. So basically, pukul 10 malam, takde bekalan letrik. So, cepat-cepatlah buat apa-apa yang patut. Pergi jamban dan charging segala gadget yang ada. Sementara tu, layan blues lepak-lepak je kat dalam dapur ni. Warm and cozy. Mentang-mentang ada heater kat dalam ni kan. Nanti dah balik ke van harus lah membeku sampai ke tulang. Nak-nak cuaca malam ni agak sejuk jugak.

Charging..

Lebih kurang pukul 10 kami masuk ke van. Korek-korek selimut dan bantal, cari position yang dirasakan paling best, dan zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz.. 

Besok nak pergi Milford Sound!


Keseluruhan perbelanjaan hari ini (seorang):- 
Groceries = NZD9.55
Minyak Petrol = NZD15.00
KnobsFlat Campsite Fee = NZD15.00
Total: NZD39.55

0 comments :