Tuesday, March 5, 2013

Panic Attack

Disebabkan isu semasa yang tengah hangat sekarang ni, keadaan kat KK agak huru-hara jugak lah. Bukan huru-hara sebab apa. Huru-hara sebab lengang! Magik sungguh. Tak pernah aku jalan-jalan kat bandar KK dengan tenang, tak ramai orang. Mungkin ramai yang takut nak keluar. Takut terjadi apa-apa.

Lagi kita menyorok, lagi lah diorang suka nak menerjah kan? Lagi senang diorang nak buat strategi. So the best way, kita buat macam biasa. Tak perlu rasa takut apa-apa.

Beras kat Giant..

Jalan-jalan kat supermarket, aku tengok je customers yang ada merembat beras like there's no tomorrow. Ye lah, masing-masing panik kan takut bekalan beras tak mencukupi. Tapi aku boleh pulak relaks je. Macam takde apa-apa. Entah ye. Mungkin aku boleh lagi survive tanpa makan nasi. Stok kat rumah pun masih banyak lagi. Aku hold dulu lah. Bila dah terpaksa nanti, baru boleh shopping kaw-kaw.

Apa-apa pun, harap-harap isu ni cepat selesai. It's not good you know. Program Infosys aku pun dah macam terumbang-ambing disebabkan isu ni. Le sobs..

0 comments :