Huangpu River Cruise, Shanghai

Menyengal 5 hari 4 malam di Shanghai..

Hallasan, JEJU!

One of my favourite place on earth..

Madinah, Saudi Arabia

CikSengal jadi budak baik bila pergi ke sini..

The Peak, Hong Kong

Ni tahun depan baru update entries..

Showing posts with label Chonggyecheon. Show all posts
Showing posts with label Chonggyecheon. Show all posts

Wednesday, March 6, 2013

Spring Waltz di Bumi Korea ~ Day 2: Handel n Gretel, KBS Building, Hangang Park Biking, Seoul Museum of History, Gyeonghui Palace, Gwanghwamun Square, Cheonggye Stream, KTO, Insadong. & Olympic Park

Deyyy... Baru nak update..

Saturday, 26th May 2012

Hari kedua edisi spring yang tak berapa nak spring sangat ni. Ambik feeling je lah. Tempias-tempias sikit. Nak kata summer pun tak jugak sebab cuaca tak berapa panas. Just nice lah untuk pergi jalan-jalan. Kami keluar agak pagi jugak lah. Nak pergi merewang ke Yeouido. Tapi belum apa-apa lagi aku dah buat lawak sarkas terkunci pintu bilik dari luar. Berapa banyak kali dah Ahjumma tu pesan jangan kunci satu lock ni sebab tak ada kunci nak bukak, tapi aku sengal sangat pergi kunci. Kan.. Memang cari nahas lah. Dengan muka sebiknya aku pergi mengadu kat Ahjumma. Ahjumma geleng kepala dan suruh aku tunggu kejap. Sekali Ahjumma datang acu pisau kat aku. HOHHH!! Makcik ni nak membunuh ke hapa. Ada yang masuk front page paper kang besok. Rupa-rupanya dia suruh godek pintu yang terkunci tu pakai pisau. Hahahahaha.. Serious lawak lah kau Ahjumma. Tapi berkesan sungguh pakai pisau tu. Sekali godek je pintu tu dah terbukak. Macam-macam... 

Off to Yeouido. Banyak aktiviti nak buat ni. Sebelum pergi buat aktiviti kita singgah dulu breakfast kat kedai favourite kami. Favourite lah kononnya ni kan. Favourite sebab boleh cuci mata. Tapi orang yang nak dicuci mata tu tak ada pulak kat kaunter. Tak datang lagi kot. Kita duduk makan diam-diam je lah ye. Sayang. Kedai ni dah tutup dah sekarang. Tauke dah dapat tempat lagi besar dan selesa. Lain kali kalau datang lagi harus terjah itu kedai pulak!

Kedai Favourite..

Monday, May 21, 2012

Autumn in My Heart di Bumi Korea ~ Day 5: Gwanghwamun Square, Cheonggye Stream, Itaewon, Myeongdong & Olympic Park

Wednesday, 23rd November 2011

Hari kelima jalan-jalan. Hari ini, aku tak ada specific tempat yang aku terkinja-kinja nak pergi. Dah dua tiga hari terakhir ni, aku sekadar bawa Aida, K Yati dan Fieza jalan-jalan je. Semuanya ke tempat yang aku dah pernah pergi. Jadinya tak ada apa yang menarik nak diceritakan sangat lah.

Kalau diikutkan, memang ada itinerary untuk hari ni. Cadangnya nak ke Lotte World. Tapi K Yati and Aida malas nak berjimba-jimba kat sana. Aku pun sekadar kalau pergi ye pergi kalau tak, tak apa. Tak menyesal pun. Optional lah kiranya tu kan. Lagi pulak memandangkan poket yang semakin nipis ni, kena lupakan dulu kot? Haha..

Stop pertama, kami ke Gwanghwamun Square. Sejuk pagi-pagi ni. Menggigil aku dibuatnya. Angin toksah cakap lah kan. Tu yang membuatkan cuaca semakin sejuk. Yang lain-lain sakan bergambar. Aku pulak dok menyangkung kat tepi. Cari dinding untuk menghalang dari ditiup angin. Kekeke.. 

Nun dihujung sana Gyeongbokgung sedia menanti. Diingatkan di sini! Kalau dah sampai Seoul ni, mesti pergi sini! Jangan tak pergi tau!!

Pintu masuk ke Gyeongbokgung..

Tuesday, October 11, 2011

Summer Scent di Bumi Korea ~ Day 2: Changdeok Palace, Secret Garden, Changgyeong Palace, Jongmyo Shrine, Cheonggye Stream, Jeonju Jib Grilled Fish Restaurant & Dongdaemun Market

Saturday, 2nd July 2011


The first day of jalan-jalan di musim panas. Yey!! Bahagianya hidup bila dapat jalan-jalan macam ni. Tak menggigil kesejukan. Hehehe.. Ok. Hari ni bangun agak lambat jugak lah. Sebab tidur pun dah lambat kan. Subuh pun hampir-hampir terbabas sebab pukul 5.15 pagi dah terang benderang dah you know. Terkezut makcik! Kalah subuh kat KK. Hehehe.. Dah lepas subuh tu, tidur balik. Hambik kau. Pukul 8 baru bangun. Konon je nak keluar awal jalan-jalan. Tapi dekat pukul 10 jugak baru kami keluar.

Anguk, Jongno

Hari ni plan nak berjalan-jalan melawat istana. Previous trip, aku pergi ke Gyeongbokgung. Kali ni kami pergi ke Changdeokgung pula. Kalau ikut peta Jongno yang berada di tangan masa tu, Gyeongbokgung dan Changdeokgung ni berdekatan je. Tak jauh mana. Dulu-dulu gigih lah nak naik train ke istana Gyeongbokgung. Kali ni, sebab cuaca sangat best, kami jalan kaki je dari Sunshine. Sangat gigih!


Menyusuri jalan di Jongno menuju ke Anguk Station.

Monday, August 1, 2011

Winter Sonata di Bumi Korea ~ Day 8: Nami Island & Cheonggye Stream

Woot!! Lagi dua hari lagi neh. 19hb & 20hb. Palli-palli. Kena siapkan cepat-cepat!

Saturday, 19th February 2011

Hari ni kami ke Nami Island. Kami naik ikut tour bus dari Insadong. Lokasi menunggu bas adalah di tepi Tapgol Park. Tak susah nak cari tempat ni. Bas nya pun senang je nak detect. Ada gambar Nami Island kat badan bas. First time kan, and masih ada rasa taku t-takut nak keluar jauh dari Seoul. Jadinya kami ikut je lah naik bas ni. Kalau dah terer lain kali boleh pergi naik train.

Awal pagi lagi kami dah bergerak keluar dari guesthouse. Almaklumlah nak kena jalan lagi ke subway, lepas tu nak kena tukar train lagi balik ke Jongno 3(sam) ga. Makan masa! Kami sampai di Tapgol Park lebih kurang pukul 9.15 pagi. Gitu gini chot chet chot chet kami pun naik lah bas persiaran yang dah sedia ada menunggu tu. Kat tangga bas, ahjusshi driver tu bagi kami tiket bas (return) dan tiket feri untuk masuk ke Nami Island nanti. Tak perlu lah nak risau-risau tentang apa-apa lagi. Jalan saja. Hampir penuh juga kat atas bas ni. Kebanyakannya pelancong macam kami jugak.

Tiket bas & tiket feri..