Thursday, March 17, 2011

Winter Sonata di Bumi Korea ~ Day 3: Gwanghwamun Square, Gyeongbok Palace, Naminara Republic Office, Myeongdong Shopping Street & Seoul Tower

Monday 14th February 2011

It's day three!! Baru tiga hari. Tapi rasa macam dah seminggu lebih aku kat Seoul ni. Mungkin sebab non-stop berjalan satu hari dari pagi sampai ke malam. Kaki pun rasa ala-ala lembik dah. Sikit lagi boleh patah ni kalau tak jaga betul-betul. Hehehe..

So, pagi ni kami siap-siap breakfast dan terus bergerak keluar. First destination ialah Gyeongbok Palace. Dari Sunshine Guesthouse ni setakat satu stop je kalau naik train. Malas nak menapak punya pasal, kami pun naik train lah stop di Gwanghwamun Station. Sebenarnya kami tersalah naik train ni. Sebab station yang terdekat dengan Gyeongbok Palace ialah Station Gyeongbokgung. Dah balik baru perasan. Hehehe.. Well, dari station Gwanghwamun tu ala-ala sesat lah pulak. Tak tau nak gerak ke mana. Ikut instinct, kami bergerak ke depan. Bertemu lah kami dengan Gwanghwamun Square. Betul lah ni jalannya. Well, Gwanghwamun Square ni satu dataran yang agak besar. Kami tiba kat bahagian hujung dataran dah. Kalau dari depan sana, boleh jugak feeling-feeling ala-ala drama Iris. Alah, scene tembak-tembak kat tengah-tengah bandar Seoul tu. Kat sini lah. Chaos gila scene tu. Kat depan-depan sana lah yang happening. Ni dah dekat hujung ni tak ada apa dah.


Gwanghwamun Square.. Aku rasa ni statue King Sejong..


Kat sebelah kanan kami Gwanghwamun Square. Kat sebelah kiri Sejong Centre. Kalau nak belajar pasal sejarah Korea boleh lah pergi kat Sejong Centre ni. Sejong Centre ni tak masuk dalam itinerary kami. So tak singgah lah. Kalau semua tempat nak singgah, sebulan duduk Seoul pun belum tentu habis cover semua tempat.

Penyambut tetamu Sejong Centre.. Statik je dia duduk atas bumbung..

Gwanghwamun Gate.. Pintu masuk ke Gyeongbok Palace..

Setelah lebih kurang 10 minit berjalan (dan beberapa minit lagi berhenti untuk berposing) kami pun sampai di Gwanghwamun Gate. Nak masuk ke dalam Gyeongbok Palace lah ni. Kat depan gate, beberapa orang guard siap berpakaian zaman dahulu kala lagi sedang berkawal. Tinggi-tinggi diorang ni. Ada yang handsome-handsome jugak. Hehehe.. Aku memang suka betul ambik gambar dengan palace guard macam ni. Teringat aku kat Bangkok dua tahun lepas. Kesian guard seorang ni, kami main-mainkan dia. Tapi tetap je statik dia berdiri kat situ. Yang ni, huk aloh. Sempat lagi sengih. Yang tidur pun ada. Kagum betul boleh tidur sambil berdiri.

Renungan memikat lagi.. Hehehe..

Gyeongbok Palace. One of the palace yang ada kat Seoul ni. Actually banyak palace, tapi tak mampulah kami nak pergi semua sekali. Pergi satu ni kira dah cukup lah kot kan. Gyeongbok Palace ni asalnya memang one of the important palace lah zaman dulu kala. Sebahagian daripada bangunan yang ada dalam kawasan istana ni adalah merupakan bangunan asal. Tapi banyak jugak yang dah dibaik pulih dan dibina balik disebabkan habis hancur musnah ketika serangan Jepun pada kurun ke-16 dulu..

Price untuk masuk ke palace ni cuma KRW3000. Tutup mata anggap RM3 je. Hehehe.. Tapi KRW3000 tu tak lah mahal mana. Dalam RM9 je. Sama harga dengan hotdog AirAsia. :p Kami lepak kat tepi Information Counter menunggu free English-speaking guide. Senang lah kami nak paham sejarah setiap bangunan. Cuaca memang sejuk. Sekejap-sekejap masuk ke dalam bangunan Information Counter tu. Sekadar nak panaskan badan. Orang kat kaunter tu pulak sedia menanti kot-kot kami ada soalan nak tanya. Hehe..

Pintu masuk ke Gyeongbok Palace..

Tiket masuk..

Awal-awal lagi, belum apa-apa, kamera aku dah buat pasal. Entah kenapa bateri ni tinggal satu bar je. Padahal dah charge malam tadi. Ke aku tak charge ye? Hahaha.. Biol pulak nak memikirkannya. Ye kawan-kawan. Kalau pergi melawat negara-negara sejuk macam ni, better bawak extra battery for your camera. Cepat habis! Nak-nak camera macam aku yang touch screen ni. Hehe.. Nak jugak cakap touch screen tu. Tapi seriously. Bawak extra. Kalau tak meraung!! Macam aku masa ni. Memang aku ada bawak extra, tapi yang satu tu tengah charging kat bilik. Angin kuskus tak tentu pasal jadinya. Mood nak bergambar semua hilang. Tak boleh jadik ni! By hook or by crook, lepas habis merewang kat palace ni kena balik Sunshine ambik extra bateri tu!

Our guide namanya Hyewon. Masa mula-mula dia bukak mulut aku tak tau dia ni cakap English ke cakap Russia. Hahahaha.. Memang susah nak paham English dia sebab bukan English-English tapi Korean-English. Kena dengar betul-betul. Boleh lah paham jugak. Apa yang nak disampaikan tu meresap jugaklah masuk ke dalam kepala. Kami melangkah dari satu bangunan ke satu bangunan. Setiap bangunan ada purpose dia, dan kenapa dibina sebegitu rupa. Kenapa lantai macam ni. Kenapa laluan macam tu. Kenapa tempat tidur Raja sempoi je tak ada barang-barang mewah? Kenapa itu. Kenapa ini. Fuhhh!! Banyak info aku dapat. Tapi semua dah ala-ala lupa dah sekarang ni. Hahaha..

Apa kita panggil ni ye? Balai Mengadap? Ni takhta raja ni..

Gambar kat atas ni ruangan utama raja jumpa para menteri-menteri dia. Semua menteri duduk kat sini untuk mendengar amanat raja, untuk discussion dan sebagainya. Ini yang general punya. Kalau ada perbincangan rahsia, pakai bangunan lain pulak. Kat belakang takhta raja tu ada satu lukisan. Yang aku ingat lukisan tu ada 5 gunung, matahari dan bulan. Ada benda-benda lain jugak lah dalam lukisan tu tapi aku tak ingat dah apa dia. Setelah digoogle, nama lukisan ni ialah Irworobongdo. Hah. Ambik kau! Macam nama pahlawan Jawa. Hehehe.. Lukisan ni ada kisahnya. Apa yang aku kagum sangat-sangat dengan lukisan ni ialah, ia ikut ke mana-mana raja pergi. Raja pergi outstation, lukisan ni mesti ada sekali. Raja pergi hot spring, lukisan ni ikut sekali. Lukisan ni lambang kemakmuran, fertility etc. etc. Itu sebab mesti sentiasa ada dengan raja. Supaya kena tempias-tempiasnya. Berbalik kepada yang tadi kenapa bilik tidur raja sempoi je? Sebab raja zaman ni ikut ajaran Confucious. Hidup mesti bersederhana. Bagus raja zaman ni. Raja zaman sekarang?

Mengikut kata Hyewon, ini library..

Kata Hyewon lagi, library kat atas ni tempat King Sejong cipta hangul. Hangul tu tulisan Korea lah. Segala alphabet tu. Kalau tak, sebelum ni memang based on Chinese characters. King Sejong lah yang mula-mula perkenalkan tulisan Korea ni. Hangul ni sangat senang nak baca. Macam baca ABC jugak lah ni. Bukan macam Chinese character, satu character melambangkan benda dan ada maksud tertentu. Nak belajar Hangul ni tak lah susah mana. Setiap minggu aku berguru dengan Simon Lee sampai kesengalan dibuatnya. Kalau tak terer jugak tak tau lah. Kiranya, pandai jugak lah aku nak baca teks panjang-panjang dalam Hangul. Cuma pahamnye idak ler. Hehehehe..

Hyewon sakan bagi penerangan tentang Banquet Hall kat belakang nun..

Banquet hall ni boleh dikatakan tempat party ler. Kalau ada keramaian ke hapa, nak menari-menari ala payung lah payung hai ketipang payung, semua buat kat sini. Senibina banquet hall ni pun ada sejarahnya. Berkaitan dengan musim lah, penanaman lah dan banyak lagi. Tak adanya raja dulu-dulu suka suki nak cacak bangunan macam tu saja. Mesti ada maksudnya. Kenapa ada 24 tiang. Kenapa bumbungnya macam tu. Semua ada reasons hokkay!! Selain untuk majlis keramaian, banquet hall ni jugak digunakan sebagai dewan peperiksaan. Siapa-siapa nak jadi pegawai kerajaan zaman-zaman dulu tu kena ambik exam kat sini lah. Teringat aku kat Sungkyunkwan Scandal. Tapi tu exam nak masuk universiti. Hehehe..

Queen quarters. Aku lupa nak ambik gambar King punya quarters..

Raja dengan permaisuri bilik lain-lain ye. Kalau diorang nak together-gether, raja yang akan pergi ke bilik permaisuri. Permaisuri dok diam-diam je kat bilik. Tak pergi mana-mana. Jalan-jalan area istana pun jarang. Untuk mengelakkan keboringan, ada taman khas untuk permaisuri ni pegi main-main kat belakang kuarters dia. Ye lah. Nak buat apa tak boleh dah kan. Haruslah ada tempat dia nak bersuka ria dengan dayang-dayang dia. Kira macam taman larangan jugak lah ni.

Kuarters raja mengikut kata Hyewon ada 9 bilik. Macam game tic-tac-toe rupa bentuknya. Bilik raja kat tengah-tengah. Keliling tu semua bilik dayang-dayang dia. Dayang ye. Bukan gundik. Gundik rumah lain. Ada kuarters masing-masing macam permaisuri jugak. And then, lagi satu menarik pasal raja zaman-zaman dulu ni, diorang tak pergi toilet. I mean, tak masuk bangunan yang bernama toilet atau hwajangshil atau apa-apa yang seangkatan dengannya. Kedudukan raja sangat tinggi, and masuk ke dalam toilet tu satu perbuatan yang hina gitu. Jadinya raja pakai potty. Err.. Apa nama benda alah tu? Chamber pot ke hapa. Mandi pun kena angkat besen besar ke bilik. Ni semua kerja dayang-dayang kat keliling dia lah tu.

Crown Prince quarters.. Tak singgah pun sini..

Ermmm.. Maharani punya kuarters.. Maharani ni mak raja..

Kami malas nak menyinggah kat kawasan kuarters crown prince dengan maharani. Malas nak menapak sebenarnya sebab kaki dah keras kejung kesejukan. Kalau tengok, kuarters maharani ni sangatlah besar. Lagi besar dari kuarters permaisuri. Simple je. Sebab maharani paling berkuasa. Kalah kuasa raja. Raja wajib ikut apa maharani cakap. Dah macam puppet pulak raja ni kan.

Ni nak ambik gambar Blue House sebenarnya.. Tapi tak nampak..

Dah habis merewang kat palace ground ni, kami balik ke Sunshine through Gyeongbokgung Station. Ni baru betul. Tepi Gyeongbok Palace je stationnya ni. Dua stop jugak untuk ke Jongno 3 Station. Cepat-cepat ambik bateri kamera and keluar balik. Kami menghala ke Insadong.

Semalamnya sebelum kami pergi menjemput K Abid di Gimpo, kami pergi ke Information Centre dekat area Cheonggyecheon Stream. Nak dapatkan info macam mana nak ke Nami Island. Well, peeps. Jalan-jalan Korea time winter. Mesti laa nak feeling-feeling Winter Sonata kan? Hahaha.. The information guy suruh kami ke Information Centre di Insadong. Bila tengok peta tak lah jauh mana. Jalan kaki dari Sunshine Guesthouse dalam 10 minit je.

Berpusing-pusing kami cari Information Centre kat Insadong tu. Some pakcik and makcik senyum je tengok kami. Ada yang berani approachkan diri. Siap tanya lagi "Indian?" Wakakakaka.. Nasib lah. Dah dua orang dah ingat kami orang India. Lantak lah labu. Pakcik tu tak dapat nak tolong. Kami pun bercadang untuk melintas jalan. Ada pakcik-pakcik lain pulak dah sekali nak lintas jalan. Senyum-senyum seorang pakcik tu. Then dia bisik kat kawan sebelah dia. "Malaysia.." YE BETUL!!! Pakcik memang terer!! Hahahaha..

Dekat 20 minit jugak lah kami macam orang tak betul kat area Insadong tu. Last-last jumpa jugak dengan Information counter tu. Aishh.. Tersorok rupanya. The lady there suruh kami ke pejabat Naminara Republic untuk buat booking ke Nami Island. Berjalan lagi kami meredah Insadong mencari pejabat tu. Nasib baik tak susah mana. Sampai jugak. Pejabat Naminara Republic ni dalam bangunan kedai. Kena naik Level 1 ke level 2 ekk. Tak ingat pulak aku. Ground floor penuh dengan kedai-kedai souvenir. Boleh singgah lepas ni.

Naminara Republic Office..

Office Naminara Republic ni besar jugak. Selain jual tiket, ada jual merchandise. Merchandise artis-artis lah especially yang berkaitan dengan drama Winter Sonata tu. Ada mug, stationaries, calendars and so on. Aku cuci mata je lah. Tak ada keinginan nak beli benda-benda ni.

Ehem.. Ehem..

Mengikut itinerary asal kami, kami nak gamble pergi Nami Island ni sendiri. Nak naik public transport lah kiranya. Tapi, ada seorang member from CARI kata nak pergi tu boleh gamble. Nak baliknya tu macam susah sikit. Sebab public transport macam kureng dari Nami Island tu. So, takut tak boleh nak balik Seoul balik, kami ambik package lah kat Naminara Republic ni. Tiket bas pergi balik + tiket feri masuk ke Nami Island costs KRW24000. Jangan sekali-kali convert duit tu. Memang tak pergi kalau macam tu!! Bas dari Insadong pukul 9.30 pagi. Ada satu trip je. Baliknya pulak pukul 4 petang dari Nami. Kami bookinglah siap-siap. Perginya hari Sabtu nanti. Not today ha.. Sempat lagi minta pekerja di situ tuliskan dalam hangul untuk perkataan seafood. Kekeke.. Senang kami nak cari makan nanti.

Sebelum bergerak ke next destination, ahjumma souvenir kat ground floor tu tarik kami. Suruh beli dengan dia kekdahnye. Bagi diskaun kaw-kaw. Memang borong jugak lah ni. Aku tak borong banyak sangat sebab memikirkan nak pergi Jeju lagi. Nak bawak ke hulu ke hilir macam susah lah pulak. Aku bercadang nak borong hari Sabtu nanti. Singgah sini sekejap lepas balik dari Nami Island nanti. Dah settle semua, kami bergerak ke Myeongdong. Aku selalu dengar cerita orang pasal Myeongdong ni. Kalau tengok drama pun, mostly mesti ada scene shooting kat Myeongdong ni. Myeongdong ni tempat hapa? Meh kita skodeng.

Satu je perkataan aku bila sampai Myeongdong. HAPPENING!! Wow. Lagi dahsyat dari Jongno ni. Mostly, yang ada kat sini semua kedai-kedai produk kecantikan. Kita layan je lah gambar-gambar kat bawah ni.

The Face Shop

Etude House

Nature Republic

Banyak lagi kedai-kedai macam ni tapi aku tak adalah nak snap semua sekali. Yang kagumnya, bukan setakat satu je kedai macam tu kat situ. Ada sampai tiga empat bijik kedai yang sama. Ada 3 Etude House. Ada berlambak Nature Republic. Ada yang sederet kedainya. Ada yang kat jalan sebelah. Fuhh.. Dah macam 7 Eleven kat Khaosan Road Bangkok pulak dah. Hehehe..

Kedai-kedai lain..

Kami stop sekejap tengok pakcik ni demo buat kuih traditional zaman Joseon. Kagum aku menengoknye. Setakat pakai madu dengan tepung kacang je. Ditarik-tarik macam buat mi gitu. Tapi padahal buat sweets. Dari sekeping madu yang dah dijemur dan dikeraskan, bila ditarik-tarik dan diadun dengan tepung kacang boleh jadi beratus-ratus strands halus. Perghh.. Rasanya pun sedap!

Pakcik demo kuih

Dah penat meroyan kami cari tempat melantak. Tak makan apa-apa lagi ni sejak breakfast pagi tadi. Penat betul mencari. Tak jumpa satu pun signboard tulis HaeMul = Seafood. Nak baca tulisan kat signboard kedai tu boleh lah. Nak pahamnya macam mana? Tapi last-last jumpa jugak. Nak mengorder pun bukan main susah. Pekerja kedai tu tak cakap english langsung. Kami setakat tunjuk menu je lah. Bahasa isyarat memainkan peranan penting kat sini. Dan yang penting NO KOGI!! (Takmo daging maging). So, kami dicadangkan untuk makan Oyster Bibimbap. Yum yum..

Ni la rupanya bibimbap tu. Kena godek ye..

Apa lah bibimbap ni? Korang yang tak tau tu, pernah tengok cerita Full House tak? Part Rain makan "nasi anjing" dalam besen tu. Nasi anjing tu bibimbap ler. Kekeke.. Kebetulan pulak dah, masa kami makan ni tak ada customer lain. Ahjumma-ahjumma yang ada semuanya tengok kami makan. Dalam hati masing-masing tu mesti tertanya-tanya, pandai ke mereka-mereka ni makan? Aku rasa macam tak selesa pulak bila orang-orang ni tengok aku makan. Dia ingat aku tak pandai nak makan ke? Aku terer hapa makan nasi. Makan kimchi pun terer. Hehehe..

Side dishes.. Ada kimchi cabbage + radish, seaweed soup, cili and fishcake..

Well, licin! Mesti kagum makcik-makcik tu. Kos makan ni, KRW7000 seorang. Dah kenyang boleh la sambung jalan-jalan balik. Kami jalan straight je dari kedai makan tadi tu. And jeng jeng jeng.. AKU NAMPAK..

SPAO!!

Hahahaha.. Jakun gila aku ni. Memang dah aim dari dulu nak datang sini. Baju cantik-cantik and boleh tahan murah. Tapi takde lah pulak aku nak beli. Cuci mata je. Semua tingkat aku pergi. Sampai ofis-ofis diorang pun aku skodeng. Kekeke..

Yang mana satu.. Idaman kalbu??

Disebabkan angau dek kena panahan Super Junior (gambar + poster je, belum orangnya lagi depan mata), geng-geng aku tinggalkan aku. Meroyan aku cari diorang. Hampir satu Myeongdong tu aku tawaf. Telefon pun tak berangkat. Ni kalau tak jumpa betul ni, aku balik Sunshine je lah terus. Tapi nasib baik jumpa jugak. Depan SPAO jugak diorang menyorok. Hahaha.. Sengal betul.

Hari dah petang. Dah nak gelap dah. Kami cepat-cepat bergerak ke arah Namsan Tower. Konon-konon kalau dapat tengok sunset cantik jugak ni dari Namsan Park. Plan nak naik cable car untuk naik ke Namsan Park. Tapi sengal, tak tau jalan. Hahaha.. Semuanya ikut instinct. Main belasah je ikut orang yang lalu lalang. Nak ke cable car station tu, punyalah tinggi kena naik bukit. Semput aku dibuatnya. Sampai kat atas macam nak surrender dah. Sekali, bila pergi kat entrance, baru aku nampak ada elevator senget dari jalan bawah tadi untuk ke atas. CHETT!! Buang karan betul. Dah lah baru lepas makan. Senak..

Entrance masuk untuk naik cable car..

Kos untuk naik cable car ni KRW7500 return. Kalau one way KRW6000. Jimat kalau ambik pergi balik. Nak menapak jalan kaki naik atas memang boleh. Tapi tak kuasalah aku. Naik cable car boleh nampak panorama Seoul. Chewah! Boleh berangan-berangan some more.

Tiket cable car..

Pemandangan yang tersekat..

Ok, tipah kena tipu! Khuntoria naik dua orang je dalam satu cable car. Gu Junpyo dengan Jandi pun naik dua orang je dalam satu cable car. Tapi kenapa aku kena kena penyek-penyek macam sardin neh? Tension betul. Boleh ramai pulak orang nak naik cable car hari ni. Oh.. Lupa. Hari ni Valentine's Day. Nak berjiwang karat lah diorang ni kat Namsan Tower sana. Cis!

Biasa tengok scene macam ni? Kat dalam drama banyak. Main paper rock scissors sambil naik tangga. Tengok siapa sampai dulu kat atas. Ni couple-couple sengal je buat macam ni. Hehehe..

Dah sampai kat atas kami relaks-relaks and posing-posing dulu. Sekejap je dah gelap. Sunsetnya entah ke mana. Tak nampak pun. Hehehe..

Pavillion yang ada.. Biasa tengok dalam drama..

Seoul tower. Tak pandai betul aku nak ambik gambar..

Boleh lahh..

Penat tau nak posing dengan Seoul Tower ni. Macam-macam angle try nak dapat shot yang paling best tapi hampeh jugak. Sampaikan hampir-hampir meniarap lagi kat lantai. Kalah fotografer profesional. Hehehe..

Haechi!! Mascot Seoul ni.

Dah puas posing kat luar, kami masuk ke dalam kedai souvenir. Sejuk woo.. Cepat-cepat cari tempat panas. Kat sini adalah sikit-sikit aku beli souvenir. Bajet kecik. souvenir pun kecik jugak lah. Siapa yang dapat tu dapat lah ye. Yang tak dapat tu sorry banyak-banyak.

Heart shaped oranges..

Kami tak bercadang nak naik ke observatory Seoul Tower. Cukup kat bawah-bawah ni je. Tapi last minit punya change of plans. Dah alang-alang tu, naik je lah kan? Entah bila nak sampai sini lagi. Tiket naik ke atas KRW8000 seorang. Dalam barisan nak ke lif ada satu ruangan untuk bergambar. Sila posing depan skrin hijau. Nanti pandai-pandailah diorang tepek Seoul Tower kat belakang. Nak beli ke tak gambar tu, lain cerita. Dua kali kami berposing kat situ sebab percubaan pertama gagal. Kami ni cun sangat sampai kamera gagal berfungsi. Hahaha.. Kali kedua baru jadi.

Beratur nak naik lif ke atas..

Sekejap je lif tu shoot naik ke atas. Tak sampai seminit pun. Bila dah kat atas, fullamaaakk. Ramainya manusia. Berasak-asak jugak lah kami kat atas. Actually besar jugak kat atas ni. Tapi disebabkan ramai orang, nampak sempit sikit. Kat setiap cermin tingkap ada tunjuk arah negara-negara kat donia ni dari Seoul Tower. Malaysia tak terkecuali..

Masa ni tak teringin pun nak balik Malaysia. Hehehe..

Layan jugak pemandangan Seoul di waktu malam. Meriah!!

Seoul at Night..

Dah posing, dah relaks sampai terbaring-baring, dah hilang penat, kami pun bergerak turun. Kena turun ikut tangga dulu ke level lain untuk ambik lif. Ada cafes, kedai and macam-macam lagi kat sini. Visitors yang datang boleh tinggalkan note kat dinding macam kat bawah ni. Tulislah atas tile and tepek kat sini. Kena bayarlah. Berapa harga tile tu aku tak ingat pulak.

Wall of tiles..

Aiseh, calon-calon menantu mak aku neh..

Dah agak-agak habis meround, kami turun ke bawah. Kat bawah dah mula bising sebab ada live band perform kat perkarangan Namsan Park tu. Gigih betul diorang perform. Yang jadi penonton pun gigih duduk kat lantai tengok performance. Sejuk banget neh! Tak sanggup lah aku nak tunggu lama-lama walaupun performance diorang sangat best. Beli kopi and lepak sekejap. Dah tu meround lagi buat kali terakhir.

Ingatkan tadi nak balik terus. Tak nak round dah. Tapi kalau tak round, tak jumpa pulak aku dengan tempat ni. Mau menyumpah-nyumpah nanti. Hehe.. Tempat apa lah tu? Tempat ni lah. Tempat mangga banyak-banyak ni. Dulu kat Amazing Race Asia kan ada. Sakan diorang nak kena bukak lock satu mangga antara beribu raban mangga yang ada kat sini. Malam ni ramai jugak orang kat sini. Sempena Valentine kot. Masing-masing "lock" janji masing-masing to be together forever. Wakaka..

Penuh dengan lock..

Kami naik cable car balik untuk turun ke bawah. Dah sampai bawah baru teringat yang Khuntoria ada pasang lock yang sangat besar kat sini. Cis!! Kenapa aku lupa? Kalau tak boleh aku cabut lock tu bawak balik. Hahaha.. Berangan sangat. Diorang dah kaw-kaw lock punya. Siap pakai rantai gedabak lagi. Confirm tak ada orang boleh ambik. Bila guna cable car ni, tak lalu pulak aku kat scene shooting My Lovely Samsoon tu. Yang ending scene, kiss kat tangga tu. Entah belah mana la tempat tu. Aku rasa tu kena turun jalan kaki baru nampak.

Dah sampai station cable car kat bawah, kami guna elevator senget tu untuk turun ke jalan bawah. Tak kuasa nak menapak dah. Tapi bila dah sampai bawah entah kat mana kami dibawanya. Sesat lagi! Hahaha.. Macam biasa. Jalan ikut instinct lagi. Jumpa lah kami dengan Myeongdong. Aishhh.. Senangnya kalau jalan-jalan macam ni.

Kuih.. kuih!!

Ni namanya Hoddeok..

Sebelum balik ke Sunshine, melantak hoddeok dulu. Sedap betul. Sampai comot-comot aku makan. Hehe.. Berakhirlah sudah hari ketiga kami kat Seoul. Besok pagi nak kena bangun awal sebab nak ke Jeju pulak. Yey!!

Kos perbelanjaan hari ni termasuk souvenir :- KRW70500


Till next entry!!

4 comments :

erniedah said...

wah.. Bestnya cite ko.. Ni br la melancong namanya..

CikSengal said...

ehehehee.. nak jalan2 kena bersungguh2.. :p

kak maziah said...

seronok baca entry adik ttg korea. Insyallah ofis akak trip ke korea utk 1 minggu bulan mac ni. Nanti akak recommend kat kawan2 utk baca blog adik. Ingatkan susah nak cari makanan yg boleh dimakan kat sana. Thanks, ya...

CikSengal said...

thanks kak maziah sudi singgah..

kat sana ada je tempat yang boleh makan.. cuma nak kena pandai cari je.. ^__^