Monday, April 16, 2012

Autumn in My Heart di Bumi Korea ~ Day 1: Deoksu Palace, Namsangol Hanok Village & Olympic Park

Saturday, 19th November 2011

Kami tiba di Incheon Airport lebih kurang pukul 6.30 pagi. Masing-masing muka sendu je baru bangun tidur. Tapi bersemangat nak mengharungi hari-hari yang mendatang di Seoul. Aku pun excitednya macam apa walaupun dah 2 kali aku datang sini. Sentiasa rasa happy tiap kali menjejakkan kaki ke bumi Korea. Tak tau kenapa. Yang dah datang 5 6 7 kali pun masih rasa excited. Kiranya aku ni boleh dikatakan normal laa. Kekekee..

Perkenalkan ahli rombongan kami. Geng Karatz – Mulan, Asue, Aleng, Queen, Fieza, my officemate – K Yati, my sister – Aida and myself. 8 orang semuanya yang bakal meroyan kat Seoul. Hehehe..


Geng Karatz and kuncu-kuncu..

Setelah selesai immigration check, mengambil luggage, dan buat apa-apa yang patut seperti membeli T-Money, menyewa telefon dan sebagainya, kami terus bergerak ke Seoul dengan menaiki bas. Untuk trip kali ni, kami akan stay di area Namdaemun. Di sebuah hostel yang di recommendkan oleh K Jel. Another of our CARIan friend. Keadaan hostel tu aku tak tau macam mana. Nanti dah sampai baru boleh tau selesa atau pun tak. Harga tiket bas dari Incheon Airport ke Namdaemun adalah berharga KRW10,000.



Hujan renyai-renyai mengiringi kedatangan kami ke Seoul. Cuaca memang sendu yang amat. Sejuk pun ya. Agak dahsyat jugak ni. Walaupun tak sesejuk cuaca ketika pengembaraan Winter Sonata aku dulu tu, tapi cuaca ni boleh tahan sejuk jugak ni. Hujung musim luruh kan. Dah nak masuk ke musim sejuk. Terpaksa bertabah sajalah.


Hujan...

Kami stop di perhentian Namdaemun Market, dan menapak lah kami ke Hostel. Kami refer hostel yang bakal kami stay ni sebagai Hostel Ahjumma. Tak tau kenapa namanya Hostel Ahjumma. Memang dah dapat nama tu dari K Jel. Maybe yang mengurus hostel tu terdiri daripada spesis ahjumma? Hehehehe.. Wait and see lah nanti. Berderet-deretlah kami seramai 8 orang menyorong beg tarik menghala ke hostel. Macam lawak pun ada jugak. Orang kiri kanan pandang je. Nasib baik masih awal pagi. Jadi tak ramai orang yang jakun memerhatikan kami.

Walaupun masih awal pagi, kami dibenarkan untuk check in masuk ke bilik. Walawei. Sangat best. Kalau tempat lain, tak adanya. Harus kena tunggu waktu check in. Mungkin sebab banyak bilik kosong kat hostel ni. Tu yang boleh je kami masuk. Cuma bilik aku dan Aida je lah yang belum siap. Yang lain-lain selamat dah terbongkang buat seketika. Aku dan Aida menumpang kasih di bilik Mulan dan Asue. Freshen up dan makan Maggi untuk mengalas perut.

The room is actually quiet spacious. Sayang aku tak ada pulak ambik gambar bilik hostel ahjumma ni. Yang penting ada katil. Tak lah tidur atas lantai macam kat Sunshine Guesthouse. And to my shocking disbelief, harga satu malam Cuma KRW40,000 je. Whatt?? Sama harga dengan Sunshine! Tapi kat Sunshine Cuma dapat toto nipis je. Bilik kecik. Dah tu kena menapak tingkat 5 pulak tu. Compare dengan hostel ahjumma ni memang jauh beza lah. Sangat berbaloi. Lain kali boleh datang duduk sini. Hurmm.. Lain kali? Hehehe..

We met up with another two Geng Karatz, Leen and her sister Idie kat hostel ahjumma ni. Diorang dah sampai dua hari lebih awal dan dah merayap ke mana-mana yang patut. Lepas ni kami akan merayap bersama-sama.

Setelah melantak dan menyegarkan diri (tak mandi pun :P) kami pun keluar. We went separate ways. One group consists of Aleng, Queen, Leen and Idie. Yang lebihnya masuk group lagi satu. Group Aleng terus bergerak ke Olympic Park manakala group yang lain termasuk aku pergi melencong ke tempat lain. Our first destination was Deoksugung Palace. Kisahnya aku dah pernah pergi ke Gyeongbokgung, dah pernah pergi ke Changdeokgung, dan dah pernah pergi ke Changgyeonggung. Jadinya kali ni aku nak pergi Deoksugung pulak. Cukup 4 palace aku pergi. Tinggal lagi satu je. Gyeonghuigung. Next trip lah ye. Why Deoksugung? Kami sebenarnya nak tengok Royal Guard Changing Ceremony yang berlangsung kat sana. Nak tengok lah jugak apa ceremony yang dijalankan tu. Dari hostel, kami menuju ke station Heohyeon (Namdaemun Market), ambil subway train dan turun di station City Hall. Dari station kami menapak ke Deoksugung. Kebetulan kami sampai, ngam-ngam ceremony pun dimulakan.


Paluan gong sebagai pembuka acara..


Ceremony bermula..


Yang ni pancaragam kot..


Guards berarak balik menuju ke Deoksugung..

Tercongok lah kami kat situ menonton ceremony ni. Guard-guard yang berbaris ni boleh tahan comel-comel jugak yang muda-muda tu. Cuci mata dowh! Hehehehe.. Dah habis ceremony, kami tak lepaskan peluang untuk pakai hanbok tradisional. Ada satu booth kat luar pagar Deoksugung tu menyediakan Traditional Clothing Experience for free! Apa lagi. Sarung je lah. Orang dah bagi free kan. Kemain excited kami ni. Posing maut sana sini. Dengan guard, dengan drum besar, dengan abang polis pun kami bergambar. Abang polis tu saja je. Pandang-pandang kami dari tadi. Lagak gaya macam nak join kami berposing. Bila diajak, terus tak segan silu join. Hehehe.. Agak-agak dah puas hati, kami pun masuk ke dalam Deoksugung.


Sibuk je polis-polis neh..


Deoksugung..

Entrance fee ke Deoksugung adalah sebanyak KRW1,000. Kami masuk ke dalam sekadar cuci mata tengok bangunan yang ada serta menjakunkan diri dengan autumn leaves yang bertaburan kat tanah. Hehehe.. Cantik tempat ni. Bergambar lah apa-apa yang patut. Yang comel, yang serius, yang sengal. Semua jenis pose ada. Then it’s time to leave. Destinasi seterusnya Namsangol Hanok Village.

Tiket masuk Deoksugung..


One of the buildings..

Kaki je..

Dari City Hall kami turun di station Chungmuro. Keluar exit no 4 dan terus menapak ke Namsangol. Masuk ke Namsangol free of charge. Dari jauh nampak Namsan Seoul Tower. Nice. Ramai juga orang kat sini. Kebetulan kami sampai, pekerja-pekerja yang ada tengah set up satu wedding ceremony. Traditional wedding ni. Tapi ceremony nya start lambat. Tak sempat lah kami nak menonton sebab kami kejar masa. 


Peta Namsangol..

Main game..

Berlatar belakangkan Seoul Tower

Wedding Ceremony..

Other activities..


Selain pusing-pusing cuci mata, kami main traditional game dan sekali lagi try traditional hanbok. Gila pakai hanbok kami ni. Yang ni tak free. Kena bayor. Hehehe.. Ahjumma yang jaga hanbok tu kemain masam je. Macam tak user friendly langsung. Dia boleh cakap broken English. Sekadar cukup untuk menguruskan hanbok tu je. Tempoh yang diberi adalah selama 30 minit untuk pakai hanbok tu dan berposing. Cepat-cepat dia suruh tourist yang datang tu tanggalkan hanbok yang dipakai bila dah sampai masanya. Bila tiba turn kami, dan Mulan pun mempamerkan ilmu hangul dia, terus meleret sampai ke telinga makcik tu senyum. Sampai sejam jugak dia bagi kami berposing! Hahahaha.. The moral of the story, kau belajar lah cakap Korea ye untuk mendapat layanan yang istimewa. Kekekek..

Scary Ahjumma menyelit.. Kekeke..


Autumn Leaves..

Dah tu kami pun bergerak balik ke hostel. Bilik aku dan Aida pun dah ready. Sesi mengangkut barang dari bilik Mulan ke bilik kami. Tengahari merangkap petang tu kami makan kebab yang dibeli kat Namdaemun. Setelah selesai buat aktiviti yang sepatutnya kat Hostel, kami pun bergerak ke aktiviti kami yang seterusnya di Olympic Park. Tinggal lah Aida dan K Yati kat hostel jaga bilik. Lagi pun masing-masing macam dah tak bermaya je masa kat Namsangol tadi. Boleh lah diorang rest. Kami pulak? Tenaga masih ada. It’s time untuk berhuha-huha dengan jayanya~!!



Habis dah cerita hari pertama.

11 comments :

-NAI-sengal... said...

assalamualaikum kak....er~ jelesnye saya pown nak pegi melencong cam akak jugak...waaa~~~~~~ jeles jeles jeles..

CikSengal said...

ada duit, book tiket terus jalan.. tak payah pikir panjang2.. ^^

~~~ana121~~~ said...

salam..
kak, nak tanya yg hostel ahjumma tu mcm mana nk contact tuk book eh, ada website dia x?


~~kwn utm aida~~

CikSengal said...

ana121,
bila nak pergi? nanti tanya member sebab dia yang book kan..

Anonymous said...

Hi...

Aah cmne nk book ek?

me n my friends will depart on 18 sept-23 sept...

any idea?

CikSengal said...

i'm going again this thursday.. nanti tanya ahjumma tu camne.. selalunya kami mintak kakak nama k jel tu tolong bookkan sebab dia geng baik dengan ahjumma tu..

e.l.i.z.@ said...

Alaaaa..ptt la ko x reply sms aku..lupa ko skang kt korea...ishhh br baca travelog yg ke3 ko ni, aku dh selamat booked sunshine..tdo atas toto nipis la aku gamaknya

CikSengal said...

best kan dok sunshine?? kekekeke..

mazura yuslaili said...

Konpius la..tgk date tu nov 2012.. Tp xsmpai ms g..hu2.. Sy p gak this coming nov 18/11-23/11.. Ad x yg p time tu..nk join jln bleh..he? 1 st time nk redah korea ni..

CikSengal said...

ahahhahaaa.. typo.. tak perasan.. dah ubah dah..

mazura yuslaili said...

owh..p last year la yer..