Huangpu River Cruise, Shanghai

Menyengal 5 hari 4 malam di Shanghai..

Hallasan, JEJU!

One of my favourite place on earth..

Madinah, Saudi Arabia

CikSengal jadi budak baik bila pergi ke sini..

The Peak, Hong Kong

Ni tahun depan baru update entries..

Sunday, November 30, 2008

I'm Baaackk!!

Sampai juga aku di KK akhirnya. Suka betul aku. Tak pernah-pernah rasa macam ni. Kalau tidak, maunya muncung aku ni panjang sedepa bila pikir nak balik KK. Entah kenapa kali ni seronok betul. Hahaha.. Ada benda yang menarik rupanya kat KK ni. Miahahaha..
Anyways, the Satyam Faculty Development Program was excellent. Mata aku dibuka seluas-luasnya tentang keperluan industri. Geng, kita kena tukar silibus lah! Banyak benda kena switch around. Bala kata jangan ajar programming first semester. The students will cry. Dia kata ajar SE dulu, then Database, then baru lah programming. Baru betul caranya. So, programming language in the 2nd year? Hmm... Mau ke pengurusan kita tukar ye?
Well, sepanjang kursus ni aku diperkenalkan dengan beberapa buku yang aku pernah kata aku takkan baca satu masa dulu. Buku Motivasi! Sikit-sikit, Who Moved My Cheese? Then ada The World Is Flat. Lagi ada apa entah. Nampak gaya lepas ni aku kurang lah kot baca novel-novel Alaf 21. Hehe..
Duduk di KL 5 hari aku terasa rimas. Asal balik training je hujan. Lebat pulak tu. 3 hari aku basah lenjun kena hujan. Sakit kepala jangan cakaplah. Nak jalan-jalan? Huh. Forget it. Baik aku tidur je kat hotel. Memang tak ke mana-mana lah aku ni.
Dalam serabut-serabut tu, I managed to meet Zaza. Lepak sama-sama, borak-borak. Malamnya aku tidur kat rumah dia. Syok jugak lah. My other plans with Yusz, Payart and Erma totally ruined disebabkan hujan dan masa yang singkat. Next time lah geng! Time kerja macam ni tak ada feel nak meroyan.
The program ended on Friday. Lambat pulak tu. Ada closing ceremony and hi-tea. Ceremony je habis 5.30. Aku tak sempat nak tunggu makan. Terus pecut balik hotel, ambik barang yang banyak gila + berat tu, naik monorail pi kl central, check in and naik ERL pi KLIA. Pheww.. Penat beb! Rasa nak patah pinggang aku pikul beg sebeban macam tu. Huhu..

Arrived safely in KK early saturday morning. Zul and K Leen datang menjemput aku kat airport. Yes, it's good to be back again. Yey! Kekeke..


*will upload some photos later.. (^__^)V

Wednesday, November 26, 2008

We're The Satyamese

Yeah. Satyamese. Macam kucing siam bunyinya kan? Tapi tak apa lah. Janji, working again with the Indians. Warghagahwghgaa.. Boleh muntah hijau macam ni.

Anyways, we're stuck here for 5 days di APIIT, Techno Park. Aku stay di Vistana. So everyday aku jadi orang KL naik turun LRT pegi ke tempat kerja. Agak serabut la kepala otak aku ni. Tak biasa tengok kesesakan KL dengan orang ramainya. Tiba-tiba je aku rindu KK. Miahaha..

Sebenarnya aku attend Faculty Development Program. Ramai lecturer dari various IPTs kat Malaysia ni. Banyak betul familiar faces kat sini. Ada dua orang bekas lecturer aku kat sini and 2 former Infoscions yang 'tamak', si Aizat and Hema. Yey!

Setakat tiga hari kat sini, aku rasa program ni sangat-sangat la menarik. Ia lebih kepada bagaimana kita sebagai pendidik nak serapkan keperluan industri ke dalam silibus. Memang mencabar minda mental dan fizikal. Sakit kepala pun ada juga.

Ada 2 orang main trainers. Seorang diimport khas dari Hyderabad, Mr Daleep George dan seorang lagi dari Chennai, Mr Bala. Mr Bala dah 9 tahun kat Malaysia ni. Memang boleh la cakap melayu. Cara penyampaian memang best. Bukan setakat slide presentation, ada games, interactive sessions, dan banyak lagi. Nampaknya aku kena buat macam ni dalam kelas, baru students tak boring.

The training went very well, cuma most of the time tu, the trainers were interrupted by this one lecturer yang tahu segala-galanya. Quite annoying jugak lah. Kita nak dengar apa trainer tu cakap. Bukannya explanation dia yang berjela-jela yang dia rasa dia je betul. At one time, Mr Bala sampai cakap "I'm really pissed off right now", bila orang lain yang tanya soalan, the 'tahu segala-galanya person' tu menyampuk dan terus menjawab bagi pihaknya. Geram betul aku tengok!

Another 2 days to go. Then aku akan balik ke KK. Seriously, aku rindukan KK....

Friday, November 21, 2008

A Brand New Day

Yep, I'm 27 today. Thank God, Alhamdulillah, I'm still here alive and kickin'. Terima kasih kepada semua yang mendoakan kesejahteraan aku, complete dengan 3D - dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki dan dipertemukan jodoh. Ngehngeh..

It's been a blast. Semalam, di hari terakhirku sebagai 26-er, aku mengalami hari yang menyakitkan. Diri terasa diperbodohkan. Apa aku ni bola? Suka-suka ditendang ke sana sini? Tapi bila difikirkan, itulah kehidupan. Terutamanya bagi warga *** seperti aku ni. No matter what, you've got to face it. Deal with it and move on.

Hari ini aku mulakan hidup dengan semangat baru. It's a new day. Start with a smile and a happy heart. Lucky I have all my friends around to support me. Thank you guys. I really, really do appreciate it.



Thank you K Rafidah, Pn CT, Nurul, K Sal, Chung, Dr Rayner, K Wan, Zyka, Neni, Murni, Abg Latif, K Dewi, K Yati, Carol, K Jane and Dr Farrah for celebrating with me today. And not forgetting, K Leen & Zul for celebrating with me 2 days in advance. Thank you once again!




**Update

Baru dapat gambar ni dari Zyka. Bertuah sungguh mereka-mereka ini (my housemates) mengejutkan aku di kala aku tengah biol dengan marking exam papers! Anyways, terima kasih banyak-banyak! Love you guys!



*maafkanlah bilik aku yang tak terbela sejak minggu exam bermula.. huhu..

Thursday, November 20, 2008

Di Kala Bosan Mengadap Kerja



Tag dari k awa. Nasib baik masih awal pagi. Tudung masih cun, mekap masih ada. Hehe.. Tapi, tengah takde mood lah pulak. Muka pun tengah sembab. Tunjuk versi magibon je la.

The PURE Picture ~
The rules:

1) Take a recent picture of yourself or take a picture of yourself right now.

2) Don't change your clothes, don't fix your hair...just take a picture.

3) Post that picture with NO editing.

4) Post these instruction with your picture.

5) Tag 10 people to do this
Siapa2lah yang nak buat.. Rasanya, semua orang yang aku kenal dah kena tag dah..



-----------------------------------------------------
Cerita-cerita lain:-

1) The security door is not fixed yet. Dah tak larat dah nak menyumpah-nyumpah. Redha je lah. Excercise pagi-pagi. Ok jugak la kan.

2) The poster didn't help at all! Masih juga yang terjah masuk dengan tak mandinya.

DAMN! YOU WANT ME TO DIE IN HERE?

Orang mati sebab eksiden, sebab sakit, sebab kena bunuh, sebab dah tua. Tapi ni, aku boleh mati sebab bau busuk orang tak mandi. Gila..

Wednesday, November 19, 2008

Menternak Lemak

Ok.
Nothing to do over the weekend.
We went for 'melantak' at Hyatt Regency, KK.
Fuhh.. Sangat-sangatlah mencabar.
Kekeke..


Fish Fingers, Onion Quiche, Roasted Potatoes, Chicken + Rosemary Sauce, Vegetable Pasta dan sejemput Tartar Sauce..


Roasted Lamb with BBQ Sauce

Satay Ayam & Daging with Nasi Impit, Timun and Kuah Kacang..


Pizza. Hawaiian kot?


Sushi. Yeah!


Egg Udon + Fish Tempura..

Japanese makan: "lembut, melts in your mouth, tepung nya sedap, crunchy, makan terasa seperti di awang-awangan.."
Malay makan (aku): "eh, tawarrr lah.."


Err.. mostly CHEESEEEEEEEEE.. Gemuk la aku!


Caramel Pudding


ABC


DIY Ice Cream

Banyak lagi yang terhidang macam Nasi Putih dengan lauk-lauk kampung, Pasembor, Murtabak, all kinds of soups, salad lagi, adik beradik pisang goreng, and macam-macam lagi lah. Tapi perut kami kecik je, cannot tampung so many things. Huhu..


Yeah right.. Baru je makan sedap for two days kat Le Meridien. Like this ahh, got to fast for two months lohh. Aiyahh..

Tuesday, November 18, 2008

Cerita Petang Selasa

Dah pukul berapa la ni. Dari tadi buat skema jawapan tak siap-siap lagi. Bilalah agaknya aku boleh start marking semua exam paper yang bertimbun tu. Padan muka aku! Dulu masa buat soalan tak reti nak sediakan jawapannya sekali. Sekarang baru nak terhegeh-hegeh. Besok ada lagi satu exam. Yang tu pun tak ada skema jawapan lagi. Masak la aku macam ni!



ARGHHHHH!!!!

Friday, November 14, 2008

Sabah ICT Month 2008

We attended The Broadband Opportunities Talk Series for 2 days in Le Meridien, KK. Malas nak cerita panjang. Let the pictures do the talking..


The Officiater:-


YB Datuk Dr Yee Moh Chai


The Goodies:-

Paper Bag from Celcom. I thought we're gonna get free broadband.. :(


The Speakers:-

Mr Bruno Vun from Unit Kemajuan IT Sabah on "Social Projects for the People".


Mr Sahrimin Mohd Iman from TM Bhd Sabah on "TM Leverage on Broadband".


Mr Mohd Faizal Ariffin from RedTone Telecommunications Sdn Bhd on "WiMax: The Next Possibilities".


Mr Vernon Fernandez from MDeC on "Bringing Malaysian Content to the Global Treshold"


Mr Roslan Mohamad from MCMC on "Networked Content Development Grant".


Mr Khairul Anuar from TIME on entah ye.. aku tak ingat..


Pn Eneng Faridah Iskandar from MCMC on "Freedom of Speech vs. the Law".


ASP Hazizi A. Samad from Bukit Aman on "Cyber Crime in Malaysia".

Garang betul pak polisi ni. Gaya bagi presentation macam nak interrogate orang je. Huhuhu..
Oh, lagi dua orang speaker aku lupa snap gambar. Duh!


The 'Mengantuk Preventer':-




The Presentation Slides:-

MCMC kaw-kaw habiskan stok ink untuk tahun ni.


The Hearty Lunch.. Yum Yum!!
Disclaimer: All of the below belongs to our "ahli menketedarah".. BUKAN aku sorang. Hehe..





Decorate-It-Yourself Ice-Cream. Slurpp!








The Magibon Wannabe..

Dalam toilet pun jadi. Tihihihihiii...


The quiz session..

I got this for answering something on Ku-Band VSAT.


A Mengkuang Pencil Case with TM printed on it..

Got some notepads for answering "Bilakah TV3 dilancarkan?". Lupa ambik gambar..

And a crypto challenge..



Yes. Me again. I won this!


Banyak betul aku sapu...

Overall, banyak knowledge aku dapat. Dapat banyak info on crimes and laws yang aku boleh apply untuk case study in subjek Etika & Undang-Undang ICT next sem. Dan paling penting, makan free yang sedap-sedap! Hehe..

Thursday, November 13, 2008

Si Bulat

Our youngest penghuni, Nuha. She's 2 months today!



Cute kan? Bulat-bulat gitu. Geram aku tengok!

Tuesday, November 11, 2008

Komen Pun Kena Spam?

Diambil dari blog friendster aku yang dah lama terbiar..



Agreed with author tengkorak dia!

Morning Sickness?

Semalam, tension pasal pintu canggih tak habis lagi, aku dilanda pulak morning sickness yang maha dahsyat. Don't get me wrong. Rasa loya nak muntah terbit akibat terbau budak yang tak mandi pagi yang tiba-tiba datang melepak di bilik aku. Siot betul! Budak-budak ni memang tak makan saman. Ye lah. Diorang makan nasi. Mana nak paham. Aku dah pesan banyak kali. Even dalam kelas pun aku dah berbuih ingatkan, TOLONG MANDI SEBELUM DATANG JUMPA SAYA! Boleh pulak diorang buat dekkkkkkkk je. Siap ketawa lagi. Apa aku ni buat lawak? I'm damn serious man!

Sebelum ni aku tahan je. Tapi semalam memang tak dapat tertahan-tahan lagi. Dek kerana bau yang tak senonoh tu, tiba-tiba aku diserang sakit kepala yang teramat sangat sampaikan aku tak dapat nak berfikir. Memang kronik! Sebelum aku pengsan, aku suruh budak tu balik dulu. Teringin aku sound dia "kenapa kau tak mandi setaaaaannn?" Apakan daya, tu pun aku tak larat. Budak tu keluar, baunya ditinggalkan kat belakang. Melekat dalam bilik sampai sesak nafas aku. Terpaksa aku bukak tingkap dan pintu bagi udara masuk.

Itu baru sorang. Kalu beramai-ramai datang? Harusnya aku terus pengsan kat situ.. Oleh sebab itu, aku nekad. Aku harus buat sesuatu. Setelah berhempas pulas cari idea, ini yang aku dapat..



jeng.. jeng.. jeng..

:
:
:
:

kasi close up sikit!


Err.. Gambo ni aku rembat kat internet. Aku cuma tambah sign pangkah tu and wording kat bawah. Harap Maklum..

Ni kalau tak paham-paham jugak, terpaksa la aku sound direct depan-depan. GET OOOUUUUUTTTT YOU BLOODY FOOOOOL!! Hehehh.. Melampau tak?



P/S : Aku dah kata dah.. Pintu canggih tu belum dibetulkan lagi pagi ni. Pfrttthhh..

Monday, November 10, 2008

Canggih Korokmu!

So much of the technology. Orang nak canggih, kita nak canggih jugak. Orang dah maju, kita nak maju jugak. Orang dah pakai security, kita nak pakai security jugak. Orang dah pakai what-so-ever biometric identification, kita nak pakai jugak. Tapi tu orang. Kita ni belum layak lagi. Tapi kita nak buat jugak. Apa jadi? Setakat hangit-hangit taik ayam je. Penghabisannya, all of the technologies tu menyusahkan orang. Aku lah antara orang yang disusahkan tu.

Pagi-pagi ni aku dah angin. Sebabnya, aku tak dapat masuk main office through the "so much of the security biometric identification door". Kenapa? Bukannya sebab ibu jari aku ni terpele'ot, terluka, sampai tak boleh identify diri aku. Bukannya sebab teknologi biometrik itu sendiri yang korup dan 'kopab'. Tapi disebabkan pintu tu sendiri dikunci dari dalam. Walawei!! Canggihnyaaa! Tak cukup dengan teknologi yang ada, dikuncinya pintu tu lagi? Memang betul2 secured ni. Tapi come on la. It's almost 8 man! Buka-buka la pintu tu. Yang dikunci lagi kenapa? Bukannya first time jadi macam ni. Dah banyak kali. Benda alah ni pun aku dah raise dalam mesyuarat pengurusan. Dah ada teknologi canggih kan, kenapa mo dikunci lagi? Jawapan yang aku dapat dari the so-called person in charge, "selalunya malam-malam sini takde elektrik. Itu sebab kami kunci". Waiyoh. SELALU MEHH?? Tak ada generator ke kat sini? Tak ada backup kuasa ke kat sini? Kalau dah macam tu kenapa kita nak buat lagi biometric ni? Buang duit je! Pfrtthhh.. Orang tu pun cakap lagi, "We will make sure that the door is opened as earliest possible.." KOROKMU! Apa jadi pagi ni? Apa jadi dengan hari-hari sebelum ni? Pfrttthhh...

Pagi-pagi before start kerja, aku go through the main office untuk punching kedatangan. Dahsyat kan? Masih guna punch card lagi kita ni. Kilang-kilang pun dah pakai barcode reader. Kata kita paling canggih? Pfrttthhh... So, nak mempunch card je aku kena go through 2 biometric doors. Tu dia. Siapa kata tak canggih? Mesin punch card tu sebenarnya kat luar main office, but at the other side. Boleh je pergi ke sana tanpa masuk mana-mana pintu yang canggih. Tapi jauh sikit lah. Kena turun tangga, pusing, naik tangga lagi. Penat betul. Paling senang through these doors lah. Satu level dengan my room and sangat dekat. Tapi hari ni, dan hari-hari sebelumnya, aku kena berjalan jauh disebabkan pintu-pintu yang terlampau canggih ni.

Well the thing is, bila identiti kita diverified oleh benda alah identificator tu, dia akan unlock the door, and create satu bunyi yang membingitkan. Tadi bunyi dah. Memang bingit. But the door won't open. Aku dah agak dah. Mesti berkunci. Then aku buat identification lagi sekali, and lagi sekali keluar lah the annoying sound tu. Banyak kali aku buat. Saja buat isyarat supaya orang dalam office tu dengar and open the damn door for me. Tapi sorang pun takde respons. Dah immune agaknya tiap-tiap hari dengar bunyi tu. Apa lagi. Aku pun buat tindakan extreme dari setakat ketuk-ketuk manja sehinggalah aku banged the door. Sampai sakit-sakit tanganku ini. But still, no respons. Hapa pekak ke korang? Huh! Siap nanti!

Nak tak nak, aku terpaksa patah balik, turun tangga, pusing, naik tangga. Fuh.. Satu kerja. Angin ni, angin.. So aku pun punch the card and again buat lagi sekali biometric identification kat tepi punch card tu. Wahaha.. So funny lah. Dah la kena punch. Kena biometrik lagi. This time for attendance. Melampau sangat. Oh, aku lupa. Kita kan canggih! We have the latest technology in the campus! Lepas ni kita pasang yang pengecaman ikut mata pulak ye. Nak canggih sangat! Pasal punch card ni pun satu. Ahh.. Tak mahu lah aku cerita di sini. Karang panjang pulak jadinya entri ni.

Aku pun masuk ke main office dengan hati yang marah. "Bang! Kenapa tak dibukak pintu sana tu?". The abang replied tanpa tengok muka aku, "Eh, tak bukak lagi ke?" Huh, bikin panas jak. Kalau bukak, takdenya aku suruh bukak. Tak dengar ke aku membingitkan bunyi tadi tu? Tak dengar ke aku menghentam pintu tadi tu? Hampeh betul. Then dia cakap, "oh pintu tu tak boleh bukak. Dah jammed..". Aku dari marah, terus nak tergelak. Jammed? Bengong betul. Ini lah jadinya. Dah nak canggih sangat. Sampai jammed pintu tu. Dah tak boleh bukak langsung. Kita tengoklah. Aku rasa hari ni pun belum tentu settle diorang fix pintu tu. Kita ni kan canggih!

Apa yang best sangat teknologi yang canggih-canggih ni yang sampai satu tahap tu menyusahkan orang? Nak ikut peredaran masa di mana kita perlu canggih? Or setakat nak mengglamerkan diri? Kita ni la paling canggih kat sini? Kita ni lah paling best? Kita ni wajar dicontohi orang lain? Supaya kita dapat pujian dari ikan-ikan jaws kat atas? Gitu? Chit poodaahh.. Canggih, tapi bangunan tak function dengan betul. Dah la design merepek. Iskk.. Kisah bangunan satu hal lagi. Lain kali lah aku cerita. Kalau dah bengang, semua sekali aku ungkit..

Friday, November 7, 2008

Cerita Balik Lunch

Just now I saw him. I ran away! Hahaha..

Thursday, November 6, 2008

Pakwemu, Pakweku Jua

Di satu malam, ketika aku dah tergolek-golek nak tidur..

Ika Kembong: Yati, tengok ni pakwe adik. Hensem kan? (ditunjuknya gambar Skandar Keynes pada skrin handphonenya)
Aku: (Tengok gitu-gitu) Elehh.. Pakwe orang lagi hensem. (Tak mau kalah, aku pun menghulur handphone aku kepadanya..) HENSEM KAN?
Ika Kembong: (Terdiam seketika. Tak lama tu dia mengangguk) A'ahh.. Hensem.

Aku pun mula pejamkan mata. Tersengih-sengih. Ika senyap. Tidak lama kemudian aku dicuitnya.

Ika Kembong: Yati, umur dia berapa? (Tak puas hati tu.. Hehe)
Aku: 15 tahun. Kenapa?
Ika Kembong: HAAA? Biar betul? (Terus dia bangun mengadap aku)
Aku: Tingkatan 3. Betul la kan 15 tahun?
Ika Kembong: Hiiiii.. Tak malu. Tak perasan diri tu dah tua. Mana boleh!
Aku: (Apa ke hal minah ni?)Kenapa pulak tak boleh? Suka hati lah! (hehe..)
Ika Kembong: Mana boleh! Cari lah yang tua sikit. Ada ke nak kat budak-budak.
Aku: Eh sukalah! (aku terus tarik selimut menyelubungkan diri)
Ika Kembong: Alaaaa..
Aku diam.
Ika Kembong: Yati...
Malas nak jawab.
Ika Kembong: Yati!!
Rimas betul!
Aku: Amende lah?
Ika Kembong: Bagi kat adik ye?
Kekeke.. Aku mengekek dalam selimut. Geli hati betul!
Aku: Tak boleh!
Ika Kembong: Ala.. Boleh laaa.. (badan aku dikorek-koreknya dengan kaki)

Aku buat bodoh. Ika tak puas hati. Terus dicapai handphone aku, onkan bluetooth dan mentransfer gambar 'pakwe' ku ke dalam handphonenya. Selamat sudah jadi Wallpaper!

Aku: (Intai dari celah-celah selimut) TAK MALU!
Ika Kembong: Wekk.. Dia tu yang tak malu nak kat budak-budak. (Terus tersengih-sengih menatap gambar pakwe ku yang baru sahaja dikebasnya)
Sadis betul. Janganlah pakwe aku di alam nyata nanti dikebasnya jugak. Parah!


*courtesy of board Gossips @ CARI

Tunku Abdul Rahman Hassanal Jefri @ Tunku Iman. Anakanda ke-5 Tunku Mahkota Johor dan Raja Zarith Sofiah. Pakwe yang menjadi rebutan ramai orang termasuk aku dan yang terkini, si Ika kembong yang tak malu tu. Hehe..

Wednesday, November 5, 2008

Cerita Pagi Rabu

Sedih betul. Baby kesayangan aku di bawa lari. Aku menangis semahu-mahunya. Apa lah nasib aku ni. Baby dulu mati accident. Yang ni hilang pula. Kalau polis bertindak cepat, dapatlah baby aku diselamatkan. Tapi susah juga. Sekarang ni banyak sindiket yang pandai menceraikan badan baby-baby ni sampai tak dapat dikenalpasti. Sampai hati! Tak dapat aku gambarkan baby ku dicerai-cerai. Aku menangis sampai tertidur.

Pagi ni aku terjaga dari tidur. Terkejut. Lah.. Mimpi rupanya semua tu! Tapi macam mana nak explain mataku yang sarat bengkak ni? Apa betul aku menangis gila-gila dalam tidur? Tapi, mak pernah kata, kalau mata bengkak mungkin kena kencing lipas. Huh? Ada lipas ke? Nanti kau lipas! Dapat karang, tau lah nasib kau. Sebab kau la muka aku sembab hari ni! Kurang dah tahap ke'cun'an aku pagi ni. Huhu..

Tuesday, November 4, 2008

Drama Terbaik 2008

Bakal memenangi banyak anugerah tahun ni dan tahun depan. Hehe..



Pelakon wanita popular, Abby Abadi nekad ‘bertentang mata’ dengan suaminya, Norman Hakim di lokasi penggambaran drama bersiri, Gerak Khas di Wangsa Maju, Kuala Lumpur tengah hari semalam untuk menyelesaikan kemelut rumah tangga mereka. - Utusan Malaysia

Dah lama aku baca kisah mereka ni. Kat mana lagi kalau bukan kat CARI. Tapi gitu-gitu je lah. Suka baca respons forumer-forumer lain yang macam-macam tu.

To Abby, semoga tabah menghadapi hari-hari mendatang.
To Norman, DAMN YOUUUU!!

Hihi.. Emo plak aku pagi-pagi ni..