Hari Sabtu. Jam 10 malam. Aku merewang seketika di bandar KK. Bertemankan Kak Rafidah and her hubby. Ke terbalik tu? Aku yang teman mereka? Hahaha.. Sekali lagi aku menjadi ubat nyamuk kat tepi. Menyemak aja aku ni kan?
Sesak betul KK malam tu. Ramai betul orang. Kereta pun banyak. Biasanya kalau jam 8 lebih je KK dah jadi pekan koboi. Sunyi sepi. Tapi malam ni lain pulak ceritanya. Apa diorang kata? Celebrate Valentine? Ye lah labu. Celebrate lah. Macam lah hari ni je ko boleh celebrate hari kasih sayang. Tiap-tiap hari pun boleh apa.
Orang bertenet kat tepi-tepi jalan, tepi-tepi longkang, bercomolot dalam kereta. Fuh.. Kalau aku jadi pegawai pencegah maksiat nak aja aku tempeleng sekor-sekor. Tapi susah jugak la kan. Duduk kat sabah ni agak sukar nak recognize muslim dan non-muslimnya. Bagi aku lah. Mungkin orang local dapat nak membezakan orang-orang ni.
Sedang rancak mata melilau ke sana sini aku pun dengan tiba-tibanya membuka topik yang akhirnya memakan diri aku sendiri. Dengan mulut senget benget aku menyumpah-nyumpah melihat aksi manusia menyambut hari valentine ni. "Siaplah. Lepas ni banyak lah babies being concieved on valentine day." Kak Rafidah and hubby dah mula mengekek. "So bulan berapa lah diorang lahir?" Kak Rafidah mencongak. "Bulan November lah kan?" "Ha'ah.. Bulan November nanti gerenti hospital penuh dengan orang nak bersalin." Aku mengiyakan aja. Melekek-lekek masing-masing ketawa. Then out of nowhere Kak Rafidah kata "Eh yatt.. Ko kan lahir bulan November gak. Jangan-jangan..........." Terus dia ketawa tak henti-henti. Kalau bukan kerana dalam kereta maunya dia berguling-guling kat lantai. Chett!
Aku ikut sekali ketawa. Aku pun diam-diam mencongak hari. Orang mengandung lebih kurang 9 bulan 9 hari lah kan? Huh.. Kalau dikira-dikira lebih kurang lah tu. Terkedu aku kat seat belakang sementara Kak Rafidah and hubby tak henti-henti gelak. Yeah.. Mungkin betul lah aku ni juga antara produk hari valentine! Tak disengajakan tu. Aku tau mak abah tak kuasa melayan valentine-valentine ni. Hahaha..

6 comments :
yeah villain's day~ kill2 die2 XD
Hari Valentine, duk umah mlepak tdorrr~ zzz xbkesempatan tgk aksi2 panas d KK hari villain~
ye.. tidur lagi best daripada sakit mata tengok macam-macam.. Hahaha..
sah la tuh.. esok aku pi tanya PM Daut
adehh.. nak tercekik aku kat sini.. kekeke..
lama x masuk...
dah byk cerita rupanya...
valentine nih rentak org barat...
harap2 yg cik tgk tuh org2 non-muslimlah...
harap-harap laa.. tapi skarang ni bukan boleh harap sangat.. haha..
Post a Comment