Thursday, January 30, 2014

Meeting Lee Hyukjae!

Tarikh: Isnin, 27 Januari 2014
Tempat: Tous les Jours, Guro, Seoul

Hari ni hari Isnin. Sepatutnya aku akan balik ke KK hari ni via Manila. I mean, balik ke Manila hari ni, stay satu malam dan balik ke KK besok paginya. Tapi disebabkan satu benda gila ni, aku buat keputusan drastik. Aku tak nak balik hari ni! Aku tak nak pergi Manila. Makanya, aku extend satu hari lagi kat Seoul ni dan beli tiket direct balik ke KL dan seterusnya dari KL aku balik ke KK. Beli tiket baru uols. Dah nekad sangat tak nak pergi Manila. Makanya tiket sedia ada tu kira burn lah gitu. Lantak lah kan. Janji tak payah pergi Manila. Nanti aku cerita kenapa aku tak nak pergi Manila. Hehe..


Tak nak pergi Manila tu sebenarnya alasan tambahan je. Haha.. Alasan sebenar adalah disebabkan seorang budak sewel ni lah. Ada ke patut, tengah aku dok terkinja-kinja excited nak jumpa Siwon semalamnya, orang kedai dia boleh tweet budak sewel ni nak datang kedai besok hari. Hari ni! Hari yang aku gedik extend ni. Serius nak melalak aku dibuatnya. Dapat berita time tengah solat kat KTO (sementara tunggu Siwon). Termenung panjang aku. Barang semua dah packed, dah checkout hostel dah pun. Malam ni dah plan nak homeless kat airport je sebab flight ke Manila pukul 8 pagi. Tiba-tiba jadi macam ni. Kalau budak tu datang kedai, confirm boleh jumpa face to face borak-borak kan. Yes. Disebabkan boleh borak-borak lah aku buat kerja gila ni. Kalau orang lain aku boleh tahan lagi kot, tapi sebab aku punya bias kan. Huhu..

Tu mukadimahnya lah sikit pasal event gila ni. So hari Isnin hari ni, aku tak ada buat apa lah melainkan melepakkan diri kat TLJ. Nasib baik ada kawan. Si Queen sanggup pulak dia biarkan kawan-kawan dia pergi menonong sendiri ke Namiseom. Hehe.. Abe bilis punya pasal lah kan. Sanggup buat last minute adjustment. Kia memang tak join lah. Dia dah balik terus ke Malaysia pagi-pagi ni.

Kami bercadang untuk gerak ke TLJ lepas Zohor je nanti. Queen akan datang jumpa aku kat hostel lepas dia hantar kawan-kawan dia ke Namiseom. Gigih minah tu menapak ke sana, pastu dah sampai sana, tunjuk jalan kat kawan-kawan dia and terus balik ke sini. Dari hostel nanti kami akan gerak sama-sama ke TLJ. Sepanjang-panjang jalan dari hostel ke TLJ tu masing-masing asyik gelak je mengenangkan kerja gila yang kami buat ni. Nak-nak aku ni. Memang gila terlebih dah ni.

Kami sampai di TLJ lebih kurang pukul 2 petang. Entah pukul berapa lah kan budak tu nak datang kan. Kat sana, fans dah boleh tahan ramai. Siap cop tempat lagi. Sabar je lah tengok bangku-bangku plastik dok beratur kat depan kedai tu. Nasib baik tak ada yang bawak tangga. Paling daebak lah kalau ada tangga tu. Masih awal lagi, kami pun sekadar tengok-tengok keadaan sekililing. Dah tu masuk ke dalam untuk beli apa-apa yang patut. Lapar. Dah lepas waktu lunch. Beli roti dan hot choco buat alas perut. Dah tu kami duduk melepak kat luar.


Dah cop tempat..


Alas perut..

Kat luar, kami ditegur oleh satu fan ni. Kalau tengok dari jauh macam kurang sempurna je budak ni. Hahahaha.. Macam tak betul je. Rajin dia ajak-ajak borak. Dia datang sorang-sorang je ke TLJ ni. Dia tegur kami mungkin sebab dia nampak kami pakai tudung. Dia dari Singapore rupanya. Chinese. Boleh tahan banyak mulut jugak lah. Dah borak-borak tu dia tanya dah ambik nombor belum. Heh? Nombor apa? Nombor queue nak jumpa Hyukjae lah katanya. Mak oiii. Kena ambik nombor ke. Ahaha.. Kena pergi kat kaunter rupanya mintak nombor. Tadi kami bayar roti tak ada pulak staff kat kaunter tu mention apa-apa. So, berlari lah balik masuk kedai dan ambik nombor. Ingatkan dapat kertas ke, kad ke apa kan. Rupanya main tulis je nombor tu kat pergelangan tangan kita. Hehe.. Nombor 157! Ni entah pukul berapa dapat jumpa kalau nombor macam ni. Ni kalau budak Singapore ni tak bagitau, memang lah sampai ke sudah tak ambik nombor.


Tulis saja bahhh..

Katanya budak tu nak datang pukul 4, so aku excited lah sebab tak lama je lagi. Dah tu tak jadi pulak. Pukul 5 lah pulak. Weng dah sebab ya ampun sejuknya macam apa kat sini. Suhu 4 darjah celsius, angin pulak mak oii entah berapa km/j punya angin ni. Kebekuan makcik. Pukul 5 tak nampak batang hidung. Last-last katanya pukul 7 malam lah pulak. Hoii.. Memang nak kena sepuk-sepuk budak Hyukjae ni tau. Aku dah frozen gila dah. Pakai berapa layer pun tak mampu nak menampung kesejukan. Dah lah tengah sejuk beku, budak Singapore ni pulak dok potpet potpet macam apa non stop. Aku dah malas nak layankan. Biar je lah dia potpet. Dia cakap dia happy lah jumpa bias dia. Dah tu hari-hari pergi tengok musical bias dia. Dah tu nangis-nangis. Bla bla bla. Eh budak ni. Aku lempang jugak. Aku ni minat, minat lah jugak tapi tak ada lah sampai nak pergi hari-hari kan. Bankrap lah aku. Boleh dia pandang slack je sebab aku tak pergi hari-hari. Eh suka hati aku lah. Stress betul aku jadinya ngadap budak ni. Tau lah ko banyak duit kan. Duduk pun kat hotel. Hotel atas SPAO kat Myeongdong tu. Pergghhh.. Hotel mahal tu kan.

Gigih lah duduk menebeng kat luar ni. Orang semakin lama semakin ramai. Mak si Hyukjae ni pulak asyik-asyik buat fans heart attack. Mana tak nya, asyik keluar masuk kedai je. Fans bajet budak tu dah nak sampai lah tu. False alarm sokmo. Aku pun semakin berderau jantung. Duduk-duduk kat luar ni, ada lah fanbase yang baik hati sangat tu pergi distribute photocard. Dah orang bagi, kita ambik je lah kan. :-)


Orang dah ramai..

Photocards..

Lama sangat menunggu kan, aku pun jadi panas hati. Badan sejuk beku, tapi hati panas. Tak cukup dengan perasaan tu, budak Singapore tu dok potpet potpet lagi, bising-bising dah sebab budak Hyukjae ni tak datang-datang. Dia kata nak pergi tengok budak lain kat tempat lain pulak. Pergi je lah kan? Yang dok terhegeh-hegeh lagi kat sini buat apa. Ya ampun bingit tau. Sakit kepala. Kebetulan Heenim pergi singgah KStory time tu, dah tu ada siapa lagi entah kat mana. Menyumpah-nyumpah dia. Nak dijadikan cerita best kan, tiba-tiba (nak dijadikan penyelamat kami) time tu ada news tengah panas kat timeline twitter aku ada SPAO terbakar. Gambar je lah. Tak tau SPAO kat mana. Terus cakap kat budak tu. Eh SPAO terbakar lah! Dia pun dah mula gabra. Sebab hotel dia atas SPAO. Hahaha.. Memang kelam kelibut budak tu. Dah ke sana ke sini dah tu mulut dia potpet potpet macam hapa last-last dia pun blah. Nak balik semula ke hotel takut jadi apa-apa kat barang dia kan. Selamat! Tak payah dengar dia membebel lagi. Melekek-lekek aku dengan Queen gelak. Jahat betul kami ni. Padahal, dia lah yang bagitau kena ambik nombor queue tadi. Memang tak akan lupakan jasa dia, cumanya aku tak boleh lah. Tak tahan aku dengar potpetan dia. Aku rasa bila dia sampai hotel tu, mesti dia angin tahap gaban nak terajang kami berdua, sebab tak lama tu baru dapat berita SPAO terbakar tu SPAO Daegu. Miahahhahahahaa..

Last-last kami give up menebeng kat luar. Masuk kat dalam bangunan pulak. Nak-nak dah gelap kat luar tu. Dah malam. Suhu pun dah menjunam. Semakin beku. Almost 7pm. Dah nak sampai kot budak tu. Ramai betul manusia dalam bangunan ni. Mana taknya, bangunan ni lead to car park. Mamat tu haruslah pergi parking kereta, then pergi ke kedai via laluan yang kami menebeng ni. Kot-kot ada peluang kan, boleh lah nampak dia masuk. Tapi macam hampeh je, sebab masing-masing kat depan aku ni tinggi-tinggi belaka. 

Dah buat laluan, siap grey carpet..

Antara fans yang menunggu, ko tengok kasut dia..

Yang kelakarnya, dalam bangunan ni ada banyak lagi kedai. Ada dua tiga kot restoran. Pelanggan restoran semuanya pelik kenapa ramai sangat berlegar-legar ni. Nak tak nak mereka semua terpaksa guna "grey carpet" untuk keluar dari bangunan tu. Dah fefeeling artis dah rupanya. Masing-masing gelak je. Penangan Hyukjae punya pasal. Agaknya lah kan, setiap kali Hyukjae datang, mesti berbulu je tokey-tokey kedai yang ada kat situ khen. Dah lah menyemak, menghalang pelanggan masuk kedai, buat bising pulak tu. 

Akhirnya, pukul 7.15 malam lebih kurang, budak yang dimaksudkan pun sampai lah. Semua orang dah macam apa dah. Aku dan Queen yang kecik kemetot kat belakang ni memang lah tak nampak apa-apa. Angkat je kamera tinggi-tinggi tapi fokus entah ke mana. Kalau ada, ada lah kan. Nasib baik ada. Hehe..


Fanatikkkk..

Giler ko! Main tolak-tolak bagai. Aku pun nyaris terpelanting. Dah tu semuanya lari lintang pukang ke luar. Kami ni dah tua. So take and easy relaks je lah. Bukannya tak jumpa nanti kan? Kan? Kan? Kan? Sedapkan hati saja lah. Dah kat luar tu, apa pun tarak nampak! Kalau kau yang kat depan tu dah berdiri atas bangku bagai, yang kat belakang ni apa lah ceritanya. Makanya duduk diam-diam je lah.

Nombor giliran dipanggil satu persatu. Sekali masuk 10 orang. Ada staf perempuan dok panjat kerusi dan jerit sekuat-kuat hati. Selain dari staf tu ada lah seorang ni aku tak tau lah siapa, tolong jerit jugak. Kami nombor 150++ so lama lagi lah jawabnya nak tunggu. Sementara tunggu ni tak tau nak buat apa. Nak tengok orang kat dalam tu memang lah tak nampak. So, dok terpacak je lah. Sesekali dengar fans menjerit, sesekali dengar awwww.. Apa kejadah lah! Sabar je lah kan tak nampak apa-apa. Kalau nampak pun through screen handphone, ipad, tab, camera orang lain. Wahh.. Budak tu nampak comel malam ni. Hikss..

Apa ko nampak dek non?

Tumpang handphone orang.. Hehe..

Sekejap kami duduk kat belakang, sekejap lagi kami tengok dari jauh, dah tu kami tengok dari arah sisi pulak. Semuanya nak kena main panjat-panjat. Disadvantage of being 5ft tall kan. Serba-serbi susah. Tapi nampak lah jugak orangnya. Tak sabar oi nak jumpa! Hehehe..

Lepak sini..

Lepak sini pulak..


Lepak belah sini pulak..

Satu demi satu group dipanggil. Akhirnya tiba kat group 141-150. Semakin seram sejuk ni. Lepas ni kami pulak! Yehettt. Hati sudah berbunga riang. Dah gabra dah, jumpa kat depan-depan nanti nak cakap apa? Nak tanya apa? Nak ajak borak apa? Nak cakap English ke? Dia paham ke tak English aku? Kalau nak cakap Korean, Korean aku pun tunggang langgang. Takkan nak tanya dah makan ke belum. Haha.. Sangat mereng tau masa ni. Kami pun tunggu lah. Punya lah lama group ni kat dalam. Kalau ikut yang sebelum-sebelum ni per group cuma ambik dalam 10-15 minit je. Ini macam dah dekat setengah jam. What happened?

Dah tu dengar lah pulak fans kat depan kami dok "aaaaaaaaaaaaaaaa.." macam orang mengeluh gitu. What? What? WHAAAAATT? Apa terjadi? Melompat-lompat aku nak tengok apa jadi kat dalam. Apa yang aku nampak orang dah takde langsung dalam kedai tu. WHAT? Hyukjae dah nak balik ke? Then bunyi lagi aaaaaaaaaaa.. aaaaaaaaaawwww.. Memang bunyi orang frustrated gitu. Jantung aku macam dah nak tercabut. Apa telah terjadi? Kalau kau balik memang aku bakor TLJ ni! Kau tau tak berapa aku spend nak jumpa kau. Time tu lah aku terus mental breakdown. Emotional gila-gila. Wakakkaa.. Bila ingat balik memang bodoh je rasa. Dah nak nangis pun ye. Kalau ku tau gini jadinya, aku balik je ke Manila pagi tadi. Sobsss..

Sekali kan, memang mangkuk hayun sungguh. Yang fans dok aaaa, aaawww bagai tu rupanya si Hyukjae buat show dengan adik dia Choco kat dalam kedai tu. CISSSS.. Memang nak kena lesing! Punyalah aku dah nak melepet ke tanah tadi. On break rupanya dia. Sementara break, dok main-main dengan Choco. Fuhhh.. Terus lega hati aku. Queen dah mengekek macam hapa tengok aku. Hahaha.. Bongok sangat.

Pukul 9 malam. Selepas hampir 7 jam berkampung kat TLJ ni, akhirnya nombor giliran kami dipanggil. Aku orang pertama yang meluru masuk kedai dulu. Hahaha.. Dah masuk tu aku terus kaku kat tepi pintu. Tak berani nak ke depan. So aku tunggu Queen yang tertinggal kat belakang masuk dulu baru kami ke depan. Sambil pilih roti, sambil jeling Hyukjae. Mereng.. Mereng.. Apa nak jadi dengan aku ni. Punyalah slow motion ambik roti kan. Padahal tinggal berapa kerat je roti ada dalam tu, kebanyakannya dah habis dikebas oleh fans sebelum ni. Nak duduk lama-lama dalam kedai punya pasal. Tapi tak dapat lah kan nak duduk lama-lama, bila tengok semua orang dah beratur nak bayar. Tinggal aku dengan Queen je belum lagi. Masing-masing gedik nak jadi orang terakhir dalam barisan. Kehkehkeh..

Semakin lama semakin mendekati kaunter. Tugas Hyukjae adalah untuk memasukkan semua hasil belian ke dalam beg plastik. Sambil buat kerja tu, sambil dia layan fans. Ya ampun, sakan dia troll budak-budak yang kat depan kami ni. Jahat betul dia tau. Jangan dia troll aku nanti sudah. Maunya aku terkedu kat situ tak tau nak balas apa-apa. Dah nak tiba giliran aku, mula lah aku goosebump satu badan. Terus lupa nak cakap apa. What. What.. Alalalala.. Apa nak cakap ni.

Dah sampai depan tu senyum dulu. Lama pulak tu. Hahahaha.. Terkedu aku kau. Letak tray roti kat atas kaunter pun gigil-gigil. Apa cashier tanya pun aku tak dengar. Aku tak tau pun apa dia tanya. Yang aku tau aku balas "Hot Choco one". Haha.. Dah tu aku alihkan perhatian ke Hyukjae. Bermula lah dialog entah apa-apa aku dengan dia.

Me: Hello.. Apa khabar?

Terus terbuntang mata dia kau. Mana taknya. Dah terer sangat dengan perkataan apa khabar tu. Nak-nak apa khabar je yang dia tau. Datang Malaysia balik-balik apa khabar je. Last year dah upgrade sikit lah boleh sebut terima kasih. Keke..

Hyuk: Ohhh?? Malaysia? Indonesia?

Haa.. Kau tau aku dari Malaysia kan. Hehe.. Comel sungguh kau bila menanya. Mesti dia tengah terpikir-pikir nak cakap dalam English ke nak bantai Korean sokmo. Muka dia dah ala-ala pucat lesi dah. Aku pun sambung senyum. Haha..

Me: Malaysia
Hyuk: Aaahh Malaysia..

Dah tu dia diam. Mesti dia tak ada modal nak cakap kan. Boleh pulak ada awkward moment masa tu. Cashier dok cakap dengan aku pun aku buat bodoh. Buat tak dengar. Sekali dia mintak duit suruh bayar. Hahahaha.. Mampuihh.. Dah order, dah beli roti tapi tak nak bayar. Penangan mamat bengong ni punya pasal lah ni. Aku yang dah sedar dari mimpi tu pun bagi duit. Dalam masa yang sama aku tanya Hyukjae lagi.

Me: How are you?

Ah sudah. Muka dia dah berubah. Hey, itu ayat standard hokkay! Korang pun belajar kan. How are you? I'm fine thank you, and you? Hahaha..

Hyuk: *this is hard (in korean cakap dengan cashier).. Yeahh fine fine fine! How are you?
Me: I'm good..
Hyuk: Good... Ok..

Nasib baik kau pandai jawab kan walaupun susah. Meh kita praktis. Senang kau nak communicate dengan international fans. Awkward moment lagi. Tak tau nak cakap apa.

Krikk.. Krikk.. Krikkk..

Me: Come to Malaysia..
Hyuk: Heh? Sure! I will come.. I will come..
Me: Come and promote SJM in Malaysia

Lagi sekali, terbeliak mata dia. Banyak-banyak subgroup kenapa lah aku mention SJM. Aku pun tak tau sebenarnya. Haha.. Maybe market Cina kat Malaysia ni boleh berkembang lagi kalau diorang datang promote kan. Aku pun tumpang gembira.

Hyuk: SJM? Ok ok.. You'll wait for me?

Sambil jari dia tunjuk kat aku pastu tunjuk kat dia balik. You and Me. Boleh tak aku nak gedik kat situ? Haha.. Hai budak. Comel sangat lah kau buat macam tu. Pengsan ahkak ni dik oii..

Me: Yes of course.. 

Alamak, hot choco aku dah siap. Terpaksalah blah dari kaunter kan. Apa nak cakap lagi, apa nak cakap lagi? Cepat kepala pikir!

Me: Err.. Can I shake your hand?

Baru aku tanya ko, dia dah hulurkan tangan dia pastu dia tarik tangan aku dan SALAM KUAT-KUAT. Let me breathe.. AAAAAAAAHHHHHHHH MOYANNNNN!! Tak cukup nafas kot aku ni jadinya. Dah tu dia senyum gummy smile dia. Khas untuk aku gitu. Puahhaha.. Gila mereng lah! Sabor mek, sabor. Jangan pengsan kat situ. Dah habis salam tu aku pun ke tepi. Giliran Queen pulak. Hyuk bila nampak Queen, dia yang tegur dulu.

Hyuk: Apa Khabar?

Kemain ko ye. Asal pakai tudung macam kami ni terus kau apakhabarkan.

Queen: Omma Khabar..

Rasa nak tersembur hot choco yang aku tengah hirup time tu. Hahaha.. Padan muka dia kena troll dengan Queen. Muka dia time tu priceless sungguh. Muka tak puas hati kena troll. Haha.. Tu lah. Omma Khabar tu siapa yang start dulu. Kau jugak yang start masa SS3 Malaysia dulu. Nak mengtroll orang kan. Padan muka diri sendiri kena troll. Hehehe..

Sambil gelak tu aku dok tengok sekeliling kedai. Mak bapak dia ada kat belakang tengah makan. Bertentang mata dengan mak dia. Aku senyum, mak dia pun senyum balik. Dah tu, cuba teka siapa dok jeling tak hengat kat aku. Princess diva seorang tu lah. Heyy.. Kemain ko jeling aku ye. Dah kena jeling ni aku terus tak pokus perbualan Hyuk dengan Queen. Aku dok perhatikan je diva tu. Mesti dalam hati dia kata, elehhhh baru dapat salam dah meroyan bagai nak rak. Aku ni tiap-tiap hari abang aku peluk aku tak heran pun. Cisss.. Nasib baik kau duduk diam-diam kat situ. Kalau tak, maunye aku lastik. Macam berani aku ni kan. Sekali dia woof woof jalan-jalan tepi abang dia mau aku lari tunggang langgang keluar kedai. Haha..

Aku dan Queen sama-sama keluar dari kedai. Ya ampun. Meroyan macam apa. Sampai aku tak tau ke mana arah tuju aku. Yang aku perasan alih-alih kami dah atas bas. Bilanya kami naik bas? Miahahhaa.. Ada orang tu sanggup pegang tiang dalam bas tu pakai satu jari je. Kalau bas emergency break harus tergolek lah jawabnya. Tak nak hilangkan bekas salam gitu. Haha.. Sangat merepek hokkay.

Turun bas, terus naik subway train. Macam orang tak betul pun ada. Banyak gelak bila ingatkan peristiwa hari ni. Aku dan Queen pun part our ways lah. Dia balik ke hostel dia, aku pun balik ke hostel aku. Aku singgah hostel untuk ambik barang dan terus ke Incheon Airport untuk homeless kat sana sebab flight balik KL besok pagi-pagi buta.

Fuhhh.. Memang experience entah apa-apa lah kan. Akan diingat sampai bila-bila gitu. Hikksss..


Bonus..

Now sakit kepala macam mana nak bayar RM2000 tu. T________T

11 comments :

Aliah Nuqmans said...

huwaaaaaaaa.... kot aku x bercakap dah nehhhh... tenung tak kelip2. tihtihtihhhh

CikSengal said...

hahahahahahaa.. jangan pengsan sudeyy..

Miss said...

untung la dpt jumpe hyuk~~~~ngahahhaa...hoiii aku nak komen2 pun kene prove aku bukan 'robot'ka..cisss...akakakka..

mrs.smile said...

homai melabur 2k tu..dasyat CS! tapi berbaloi baloi :)
kalau kiter mau beku mulut kat situ tatau nak bercakap dah

CikSengal said...

oi makcik chimei.. ko pun sama gak.. aku nak komen tempat ko pun kena jadi robot.. hahaha.. syiok wehhh.. terawang2 gitu.. hahaha..

CikSengal said...

mrs.smile,
berbaloi lah kot.. kalau tak ada yang kena bako tlj tu.. memang banyak nau awkward moment tak tau nak cakap apa..

mis chimei said...

ngahhaaha ye ker weiii..tak tau plak..maklum la aku tak penah komen kat blog sendrik..akakak..

tu arr aku nak pi jumpa nampyeon ni bulan depan..dugun2 da nih..akakakak

CikSengal said...

mek chimei, huhuhuh kem salam kat nampyeon.. aku bila lagi nak jumpa nampyeon ni.. sobss..

norsalihah shaleh said...

purghhh... memg pulun sungguh. sakit perut sy baca moment dgn ikan bilis tu..hehe... jelus smp awak dpt jmpa diaorg.. masa saya ke sana sorg pn non hado..hukhuk. walhal dh pegi time concert tp xplan nk ke konsert..hehe. xpe.a da jodoh blg jmpa my donghae nnt.. :-)

zinziemeewah

CikSengal said...

ngeeeeeeee... entah kenapa tetiba trip sewel ni boleh jadi trip paling best hehe..

norsalihah shaleh said...

selalunya benda yg tak dirancang n diminta yg tu yg dapat...ooo sgt best n jelus blm habis...hehe