Wednesday, November 5, 2008

Cerita Pagi Rabu

Sedih betul. Baby kesayangan aku di bawa lari. Aku menangis semahu-mahunya. Apa lah nasib aku ni. Baby dulu mati accident. Yang ni hilang pula. Kalau polis bertindak cepat, dapatlah baby aku diselamatkan. Tapi susah juga. Sekarang ni banyak sindiket yang pandai menceraikan badan baby-baby ni sampai tak dapat dikenalpasti. Sampai hati! Tak dapat aku gambarkan baby ku dicerai-cerai. Aku menangis sampai tertidur.

Pagi ni aku terjaga dari tidur. Terkejut. Lah.. Mimpi rupanya semua tu! Tapi macam mana nak explain mataku yang sarat bengkak ni? Apa betul aku menangis gila-gila dalam tidur? Tapi, mak pernah kata, kalau mata bengkak mungkin kena kencing lipas. Huh? Ada lipas ke? Nanti kau lipas! Dapat karang, tau lah nasib kau. Sebab kau la muka aku sembab hari ni! Kurang dah tahap ke'cun'an aku pagi ni. Huhu..

4 comments :

sitinurulhawa said...

#$^^($(%^#$%@#(@$@##&($%^_%$&)%^!

CikSengal said...

hehe.. marah ke? hari ni asyik kena marah je pasal entry ni.. kekeke..

amnikhassim said...

haha... aku baru nak hantar ucapan takziah..

CikSengal said...

amni,
ucapan takziah untuk mata gwe ni boleh? tihihihi..