Saturday, May 12, 2012

Jay Park FM in Kota Kinabalu

Yosh. Some bits and pieces lah cerita ceriti sikit-sikit tentang my encounter with Jay Park. ^^ Although I'm not a hardcore fan of him, aku pergi jugak sebab bukan selalu dapat tengok Korean Artist datang Malaysia ni. Nak-nak datang ke KK. Masa SS501 datang sini dulu pun aku dah macam beruk mak yeh terkejut kena karan. Jadinya, peluang yang ada tu tak dapat lah aku nak lepaskan.

I was out of town. Tak ada kat KK. Jadinya kirim Cik Dila mintak tolong belikan pakej Jay Park punya showcase ni. Tutup mata sajalah membayarnya. Janji dapat dengar dia nyanyi and dapat mengadap muka dia mintak sign autograph. Kalau ada rezeki boleh buat upacara membatalkan air sembahyang terus kat situ. Hahahaha.. Sewel.

My package..

I just got the package yesterday. Just in time sebelum aku cabut pergi ke KKIA. Nak menyambut ketibaan Jay lah konon-kononnya. Berpandukan maklumat penerbangan yang K Jel bagi, gigih aku meredah jalan yang baru nak jem tu. The traffic jam in KK sucks. So I better cabut cepat.

Sesampainya kat sana, orang dah ramai. Ya ampun. Mana mereka tau Jay datang time ni? Macam lah aku sorang je ada informer. Orang lain pun ada jugak tau! Huhu.. Aku ni baru berangan nak bergambar dengan Jay. Kalau dah macam ni punya ramai, takde harapan lah. Simpan je angan-angan tu.

Yang tunggu Jay..

The crowd were crazy. Mula-mula praktis jerit, then praktis benda lain pulak. We got some cheerleaders in the house bebeh!! Siap berpompom segala, bersorak sampai naik bingit telinga aku ni. Apa dia? "OH MY GOD, YOU'RE SO HOT, GO JAYYY~!!" Macam tu ke sorakannya? Hahahaha.. Budak-budak sekolah. Biar je lah. Nasib baik tak ada nyanyi-nyanyi macam sambut FT Island hari tu. Kekekeke..

Aku duduk kat belakang je memerhatikan gelagat budak-budak ni. Konon kasi peluang lah kat mereka-mereka ni duduk kat depan untuk menatap lubang hidung Jay masa dia keluar nanti. Padahal aku takut. Takut ada umat yang aku kenal tersesat kat dalam group sorak tu. Harus lah aku kantoi nanti. Hehehehe.. Jalan selamat, duduk kat belakang je. Ada lah rezeki aku nanti untuk get close to Jay. Dah biasa sambut artis. I know how things work. Chehhh.. Poyos!

Macam mana nak tau kalau seseorang artis tu dah sampai? Senang je. Siling airport tu boleh runtuh dengan jerit pekik fans. Tu indicator untuk artis Korea lah. Artis Malaysia aku tak pasti sebab aku tak pernah pergi sambut mereka. Hari tu satu flight dengan Mawi pun orang-orang sekeliling buat donno je. Sadis betul. Jadinya bila orang start jerit je, aku pun mengatur langkah cari port baeekk punya. 

Jay dah keluar. Aku ke depan. Cari, tak jumpa. Lah. Mana Jay ni? Rupanya mamat tu kecik je. Terlindung di balik security yang ada. Puahahahaha.. Comel je rupanya Jay ni. Bak kata orang Sabah, pindik-pindik tagap. Hahahahaha..



The crowd were well behaved jugak lah. This is what I like about Malaysian fans. ^___^ Mereka memang sopan. Tak kan jumpa aksi-aksi yang boleh mencederakan artis ataupun aksi-aksi menggegar dan menggoncang van. We make sure the artist feel comfortable around us and not scared of us. 

Habis dah. Selamat jugak Jay sampai kat KK ni. Now what's next? Lemau aku ni lambat gerak. Kalau tak boleh kejar van Jay tu. Aishhh.. Mula dah aku buat ekspedisi menjelajah hotel-hotel kat KK ni untuk mencari kat mana Jay tinggal. Hahaha.. Tapi hampeh. Tak jumpa pun van tu. Terus balik rumah lah jawabnya. T__T

For the showcase, aku lenggang kangkung je datang lambat. The showcase starts at 7pm. 6.45pm lepas maghrib baru aku dan Cik Dila bergerak ke sana. Mentang-mentang bukan SuJu kan. Hahaha.. Orang memang dah ramai. Aku duduk kat belakang sekali kat section tengah-tengah. Belakang VIPs kekdahnya.

The venue is quite disappointing jugak lah. Laluan jalan kereta, ditutup sana sini, block some views and voila! Ready sudah untuk artis bertandang dan bertendang. Aku ni dah lah pendek. Depan-depan aku semuanya tinggi-tinggi. Memang tak nampak stage. Nak tengok screen, screen pun tak ada. Ada untuk orang yang duduk belakang je. Macam mana aku nak spot Jay macam ni. Huhuhuhu..

The stage..

The crowd kat belakang.. Ni yang ada tiket showcase je.. Diorang dapat tengok screen besar..

It's 7pm. Apa pun tak start lagi. Then the MC came out. It's Jin! Suka dia. Last time masa dia handle showcase 2AM pun aku suka. First we had some cabutan bertuah. Aku tak bertuah langsung. Huhuhu.. Then, several fans dipilih untuk dance battle kat atas stage. Gigih tau mereka-mereka ni mengvolunteerkan diri. And then tunggu je lah lepak sebelum showcase bermula.

I met another CARIan here. Tiba-tiba je muncul kat belakang aku. Hehehe.. First time meeting Chynez face to face here after knowing her online for quite some time. Sempat lah borak-borak panjang. Dari Chy aku dapat tau Jay stay kat Novotel. Chaitt!! Dalam 1Borneo ni jugak rupanya. Memang buang karan aku pusing-pusing KK semalam. Huhu..

Jin! I love Jin~!! 

Blur lah pulak..

Akhirnya. Showcase bermula tepat pukul 8 malam. Jay pun keluar. Lagu apa dia nyanyi? Ini..... ^___^

Nothing on You..

I cannot see a thing! Seriously. Nak tak nak aku tepaksa angkat kamera aku tinggi-tinggi, zoom sejauh mungkin and push the record button dan tengok Jay melalui skrin kamera aku yang kecik cepotet tu je. Zoom pun zoom-zoom ayam je. Sangat sadis hokkay!! Dah tu lenguh macam apa dah tangan aku. Sampaikan the next song, aku give up terus. Duduk lah aku diam-diam kat situ. The next song lagu apa pun aku dah tak ingat. Hahahaha..

Dah habis dua lagu, sesi dance battle pulak. 5 orang yang dah dipilih naik ke atas pentas. Awal-awal tu aku tengok ala-ala je. Tengok betul-betul bila dah tinggal final 2.

Jay tolong ikat tali kasut budak tu.. Cute..

Dance Battle

Mamat yang menang tu aku macam pernah tengok. Rasanya dia ada terlibat dengan flash mob Super Junior kat 1Borneo back in Nov or Dec tahun lepas. Rasanya lah. Macam familiar.

Dah habis dance battle, Jay nyanyi dua lagu lagi. Then it's Autograph Session!

Know Your Name..

Girlfriend..

Bergegar tangan aku menahan lenguh. Rasa nak tercabut je. Tapi terpaksa gagahkan diri. Kalau tak, memang tak nampak apa lah. Dengan bermulanya Autograph session maka berakhirlah showcase ni. Mana-mana yang datang untuk showcase tu dah mula melangkah balik. Kami pulak mula masuk barisan. Beratur untuk naik ke stage mengadap Jay. Hehehe..

Nahh.. I'm not a VIP..

Sebelum naik stage..

Tiba-tiba berdebar. Puahahahaha~!! Macam bongek je. Jalan ke depan Jay, said Hi, hulur album, dia sign, lepas tu dia hulur tangan dia nak salam. Macam kena pukau aku pun salam balik. Nahh.. Selamat sudah upacara membatalkan air sembahyang. Hahahaha.. Lembut gila tangan dia. Warrghhh~!! Sewel. Berdosa tau tak?? BERDOSA KAU SALAM DIA. Aku tau. Huhuhuhuhu..

Turun lah aku dari pentas dalam awang-awangan. Berangan nak snap gambo tapi abang security yang ada kat situ dah sengih-sengih say no. Huh! Balik terus lah macam tu. Nak skodeng dia kat Novotel pun dah malas.

Tapi tak balik terus. Singgah makan ni..


Sambil membelek ni..


Waaaahhhhh... Bestnya perasaan tu. Mau masuk dalam mimpi Jay malam ni. Hehehe.. Overall, it was fun. Harap-harap semakin banyaklah aktiviti macam ni berlangsung kat KK ni. Senang aku. Tak payah nak turun KL kan?

Jay will be going to KL tomorrow morning. Sorry Jay. I can't send you off. Ada kelas kekdahnya. Anyways, thanks for the sweet memories here in KK. And hope to see you again!

5 comments :

Anonymous said...

Salam..

Pergh...akhirnya..dapat gak salam..huhu..

Mila

Anonymous said...

the sign 'KK LUV JAY PARK' is mine. hehehe.

CikSengal said...

Mila, suke.. Heheheh..

Anon, naiseuuuuu... ^^

Unknown said...

kak.. aku jeles. huuu

CikSengal said...

aliah,
meh pegi next time ada FM..