Monday, May 21, 2012

Autumn in My Heart di Bumi Korea ~ Day 5: Gwanghwamun Square, Cheonggye Stream, Itaewon, Myeongdong & Olympic Park

Wednesday, 23rd November 2011

Hari kelima jalan-jalan. Hari ini, aku tak ada specific tempat yang aku terkinja-kinja nak pergi. Dah dua tiga hari terakhir ni, aku sekadar bawa Aida, K Yati dan Fieza jalan-jalan je. Semuanya ke tempat yang aku dah pernah pergi. Jadinya tak ada apa yang menarik nak diceritakan sangat lah.

Kalau diikutkan, memang ada itinerary untuk hari ni. Cadangnya nak ke Lotte World. Tapi K Yati and Aida malas nak berjimba-jimba kat sana. Aku pun sekadar kalau pergi ye pergi kalau tak, tak apa. Tak menyesal pun. Optional lah kiranya tu kan. Lagi pulak memandangkan poket yang semakin nipis ni, kena lupakan dulu kot? Haha..

Stop pertama, kami ke Gwanghwamun Square. Sejuk pagi-pagi ni. Menggigil aku dibuatnya. Angin toksah cakap lah kan. Tu yang membuatkan cuaca semakin sejuk. Yang lain-lain sakan bergambar. Aku pulak dok menyangkung kat tepi. Cari dinding untuk menghalang dari ditiup angin. Kekeke.. 

Nun dihujung sana Gyeongbokgung sedia menanti. Diingatkan di sini! Kalau dah sampai Seoul ni, mesti pergi sini! Jangan tak pergi tau!!

Pintu masuk ke Gyeongbokgung..

Tapi untuk menjimatkan masa, kami tak masuk ke Gyeongbokgung. Jalan-jalan kat dalam tu, senang-senang boleh ambik 3-4 jam kalau nak betul-betul menghayati semua bangunan yang ada. Hari pertama hari tu dah pergi Deoksugung. Kira dah ok lah kot. Merasa lah jugak masuk istana walaupun istana kecik je. Jadinya berjalan di sekitar situ je tertonggeng-tonggeng berposing. 

Sejong Arts Centre..

Then, kami masuk ke Sejong Belt. Nak memanaskan badan sebenarnya. Hahaha.. Sejong Belt ni boleh dikatakan satu organisasi atau program lah yang menghimpunkan beberapa cultural and arts center sekitar Gwanghwamun ni. Pelawat boleh tengok apa aktiviti atau program yang ditawarkan oleh center-center ni. Pakej jalan-jalan pun ada disediakan. Kalau perlukan guide untuk pergi jalan-jalan boleh dapatkan maklumat di Sejong Belt ni. Kalau jalan-jalan jenis macam aku ni tak payah guide segala. Terjah je.


Sejong Belt..

Iris.. Gwanghwamun Square ni salah satu shooting location for this drama..

Dah habis skodeng-skodeng kami terus berjalan menuju ke Cheonggyecheon Stream. Salah satu tempat wajib pergi lah ni kalau kat Seoul. Awal-awal pagi macam ni tak ada orang sangat. Layan blues je lah kat situ. Fieza pulak aku dah hantar dia naik train pergi ke Yeouido. Dia akan berjimba-jimba dengan geng-geng yang lain di Hangang Park dan seterusnya ke Lotte World.

Cheonggyecheon..

Gwantonggyo Bridge.. Glamer bridge ni tapi aku tak tau glamer sebab apa.. Hahaha..

Layan Blues..

Senyap je masing-masing menyusuri Choenggyecheon. Di tengah-tengah perjalanan, terdapat satu ruang galeri yang menempatkan beberapa karya fotografi oleh fotografer ternama Korea. Ye kot ternama? Hahaha.. Tak paham pulak aku nak baca description yang ada.

Macam kenal tak?

Jalan-jalan kat situ, sedar tak sedar dah tengahari. Perut pun dah macam apa menyanyi. So kita ke Dongdaemun makan ikan bakar! Kedai ikan bakar ni aku dah cerita dalam trip summer yang lepas. Nak tau lebih lanjut sila godek-godek kat sana. ^___^

Disebabkan malas nak jalan, kami naik train dari Jonggak Station. Entah kenapa dok ralit sangat melayan blues, kami terlepas station. Hahhaha.. Kalau satu station boleh tahan lagi. Ni sampai 2 station. Patah balik lah jawabnye. Dah sampai Dongdaemun tu, boleh pulak aku ingat-ingat lupa nak menuju ke arah mana. No worries. Ikut instinct je. Mesti jumpa. Memang betul pun jumpa tak lama lepas tu. :p

Oleh sebab tengahari, waktu lunch, kedai ikan bakar ni penuh. We have no choice but naik ke tingkat atas kedai tu. Kelesss ko. Rendah betul siling kat ruang atas ni. Kalau duduk kat bawah boleh duduk atas kerusi. Kalau kat atas ni, sila duduk bersila ye. Memang sangat best bila dapat lunjur kaki. Tapi paling best, kalau dapat makan sambil duduk gaya orang kalah judi.

Mengetest skill Hanguk-o aku yang pelat ni, aku berjaya mengorder makanan untuk kami bertiga. Tersengih je ahjumma yang ambil pesan tu. Bahasa Korea aku sangat bagus katanya. Hahahhaa.. Ahjumma, saya sebenarnya sebelum ni dah hafal dah ayat apa yang perlu disebut. Kalau ahjumma tanya lebih-lebih, boleh terkencit saya dibuatnya. :p

Tak tunggu lama, makanan pun sampai. Mari kita melantak! Seperti trip yang lepas, kali ni aku dapat ikan free lagi. Nangis bila tengok. Banyak weh!!

3 Orang makan.. Mampukah?

Mampu tak mampu, habis jugak kami kerjakan. Tapi mengambil masa yang agak lama lah. Makan, tersandar. Makan, tersandar. Fuhh.. Senak perut. Hahahaha.. Senyum meleret ahjumma di kaunter pembayaran tu melihat kami. Ditepuk-tepuknya bahu aku ketika aku membayar. Datang lagi ye, katanya. Baeklahh~!! Next time saya bawak rombongan lagi besar!

Dah kenyang, kami meneruskan perjalanan ke Itaewon. Dah alang-alang dah masuk waktu, boleh terus solat zohor dan asar kat Seoul Grand Mosque. Sementara menunggu masuk waktu, sedap aku melepakkan diri. Ngantuk gila lepas makan. Tidur pun sedap atas karpet ni. Huhuhu..

Lepas solat kami snap beberapa gambar buat syarat. Aku tak snap dah lah. Ni dah kali ketiga aku datang sini. Banyak dah stok gambar aku. Cuma layankan je dua orang tourist ni. Hehehe..

Ketika kami menuruni jalan untuk keluar dari masjid, kami nampak ada segerombolan Malaysian menuju ke arah kami. Rombongan Cik Kiah dari mana lah ni baru turun bas. Di telek-telek, di belek-belek, terkedu aku. Macam ku kenal! Aigooyah.. Mak Iti! Apa Mak Iti buat kat Seoul ni? Jeng Jeng Jeng.. Ha? Mak Iti tu sape? Dato' Siti Nurhaliza lah! Rombongan apa pulak laa ni kan. Hurrmm.. Aku pandang je lah. Dia nampak kami dan senyum. Aku pun senyum lah balik. As a courtesy. Nasib baik aku tak minat. Kalau tak, maunye aku tarik dia ajak bergambar sekali. Hehehe..

Tourists..

Tourists ala-ala kepenatan dah..

Dah tu, kami balik ke Myeongdong. Last shopping kekdahnya. Singgah beli benda-benda merepek kat kedai Ahjusshi kat station Myeongdong tu. Senyum je dia. Aku pun senyum lah balik. Hahaha.. Hoihh bengkrap aku dibuatnya. Ika Kembong dok kirim macam-macam merchandize yang ada muka Nichkhun. Kalau boleh, Nichkhun pun dia suruh bawak balik sekali. Nangis aku. K Yati pulak beli tumbler SNSD untuk anak buahnya yang baru dapat result UPSR. Result best gamaknye. Minat Soshi pulak tu. Dapatlah hadiah exclusive dari Seoul.

Time nak bayar, Ahjusshi tu tanya, "Rafidah-ui chinggu?" Hohhh?? Siapa Rafidah? Ahjusshi ni kenal aku ke? Saspen terlebih. Hahahaha.. Penat aku pikir siapa Rafidah ni. Last-last baru lah muncul dalam kepala hotak aku yang sengal ni. Si Hadiff rupanya. Chett! Hahahaha.. Terus aku cakap ya. Ketawa besar dia dan secara automatik terus aku dapat diskaun. Wallaahhh~!! Best betul jadi kawan Hadiff ni. Huhuhuhuhu.. Aku tanya dia, mana dia tau. Dia kata dia teka je. Poyo lah Ahjusshi oii..

Then, pergi kedai handbag. Siapa yang biasa dengan station Myeongdong tu, boleh agak lah kedai beg mana yang aku maksudkan. Yang tersorok cenonet kat tepi tangga tu. Kat situ harga boleh tahan. Cantik-cantik pulak tu. Aku belikan Cik Ina handbag. Tak tau nak bagi souvenir apa kan. Dah lah asyik kena marah je sebab balik-balik aku ni kerjanya asyik jalan pergi Korea je. Aku tau dia marah sebab aku tak ajak dia sekali. Kekekeke..

Ahjumma jual handbag tu sangat friendly. Siap recommend yang mana cantik untuk dipakai oleh kaum-kaum ibu. Aku ikutkan je lah. Nak pilih sendiri memang tak pandai. Tapi yang dia pilih tu pun memang taste aku jugak. Ni silap haribulan, tak sampai ke tangan Cik Ina. Aku yang pakai dulu. Hehehe.. Sambil-sambil pilih tu borak-borak jugaklah kami ni. Berselang seli cakap English + Korea. Tiba-tiba dia tanya datang Korea sebab tengok konsert SuJu ke? Terbangak kejap aku kat situ. "Ottoke arayo?" Dia terus ketawa. Dia cakap aku ada rupa orang tengok konsert. La haii.. Sabo je lah aku ahjumma ni.

Ye.. Aku datang Korea sebab budak-budak ni..

Gitu gini gitu gini dah dekat pukul 5.30 dah. Balik lah kami ke hostel. Penat dah berjalan satu hari ni. Lepak-lepak sekejap kat hostel, fresehen up dan keluar semula. Aku keluar sendirian. Dua orang tourists tu aku tinggalkan aje kat bilik buatlah apa-apa yang patut. Hehehe..


Sempat melantak lagi on the way balik hostel.. Vege Hoddeok..

Aku pergi ke mana? Pergi sini... ^___________^ Lee HyukJae, I'm comiinnnnnnngggg!!

Dah habis tu, berlari kami pecut ke Olympic Park station untuk ke Yeouido. Semangat nak tengok MinWook DJ beraksi kat SUKIRA. Ni lah satu-satunya malam yang kami ada peluang untuk tengok diorang berBORA. Lepas ni tak ada chance dah.

Punyalah jauh station National Assembly nak ke KBS ni. Semput aku berlari. Aku dan Mulan kat depan, sementara yang lain-lain jauh ketinggalan kat belakang. Sampai depan pintu KBS ngam-ngam pukul 12 tengah malam. Terus menerjah ke arah lif. Dengan senak dan sesak nafas, terus keluarkan kamera apa-apa yang patut. Tak lama lepas tu, kelibat budak dua orang tu muncul. Just in time! Keluar, cakap-cakap and terus masuk lif. Laaaa.. Tu je? Haiyooohhh..


MinWook at KBS Lobby

Walaupun sekejap, puas lah hati aku nampak diorang. Tak sia-sia aku berlari. Kat luar, geng karatz yang lain baru je sampai. Memang tak sempat diorang nak skodeng MinWook. Cuaca dah semakin sejuk. Orang kat luar masih ramai. Masing-masing gigih nak tunggu MinWook keluar. Tapi tak keluar-keluar. Manalah budak dua orang tu menghilang. Samada masih ada lagi kat KBS or memang dah balik dah pun ikut pintu lain. Tak tunggu lama kami ni. Terus balik ke hostel naik teksi.

Masih tunggu..

Dekat pukul 1 juga kami sampai di hostel. K Yati dengan Aida pun sebenarnya baru balik dari jalan-jalan kat Namdaemun. Kami say bye bye ke Mulan, Leen and Idie yang akan terus bergerak ke airport. Flight diorang pagi besok pukul 8. Kiranya berhomeless kat airport je lah nanti. Tinggal lah kami berlima je terkontang kanting di Seoul. Alah.. Macam lah lama lagi kat sini. Padahal besok malam dah gerak pergi airport dah. Hahahaha.. 

Mata dah berat, kepala dah weng, mari kita tidooooooooooo~!!

Kkeut~!!

0 comments :