Wednesday, May 25, 2011

A Weekend With 2AM

Hi peeps. Last time aku dah kecoh-kecoh lah kan dapat pergi Fansign Session and Showcase 2AM 20-21 Mei yang lepas. Kali ni aku nak ceritalah sikit apa yang berlaku on both days. Very the daebak gitu!

Aku akan pergi meronggeng ke KL dengan Cik Dila. Masa mula-mula dapat tau aku dapat kedua-dua pass showcase and fansign, aku dan Cik Dila terus beli tiket flight. Memang tak fikir panjang punyalah. Excited kekdahnya. Harga pun reasonable jugak naik kunang-kunang RM160++ return KK-KL. Tarikhnya 20hb, hari Jumaat pukul 7 malam. Tapi, a few days later dapat tau, fansign session akan diadakan pada 20hb bermula jam 6 petang. Terus hangin aku satu badan..

Tak peduli. Aku beli tiket lain. Datang awal sikit. Bayar mahal pun tak apa. Janji aku dapat jumpa 2AM depan mata mintak sign. Ye lah kan. Bila lagi nak dapat peluang macam ni. Kalau pergi Korea 100 kali pun belum tentu dapat jumpa mereka-mereka ni. Jadinya, tak nak lah aku sia-siakan peluang yang mungkin tak datang lagi. Gigih tak gigih aku ni. Cik Dila malas nak beli tiket lain. Dia akan datang untuk tengok Showcase je. Jadinya terkontang-kanting lah aku keseorangan terbang ke KL. Macam lah tak biasa kan?


The Fansign Session
Wisma Bentley Music, Bandar Utama
Friday, 20th May 2011

Jumaat pagi, bergerak lah aku ke KL. Sampai KL Sentral lebih kurang pukul 1.30. Mula-mula plan nak letak beg kat KL Sentral je and pergi jalan-jalan kejap. Tapi tempat left luggage yang biasa aku pergi tu dah tutup lah pulak. Tak menyompek lah pulak aku nak meround cari tempat left luggage yang lain. So pikul je lah beg tu. Nasib baik ringan. So, I met up with my Carian friend, Seben and menghala ke Midvalley. Berngokngek-ngokngek borak-borak lah kami sepanjang jalan. Pasal komuter lambat lah. Pasal rumor JYP jadi judge konsert AF lah. Yeah, TOTALLY ABSURD!! Tapi tu lah rumor yang keluar. Kekeke.. Banyak betul lah yang dimengarutkan. Biasalah. Dah lama tak jumpa. Tak jumpa face to face. Kalau virtually, tiap-tiap hari jumpa. Kekeke..

Kat Midvalley, kami cari pressies for 2AM and lepak minum-minum. Tak buat apa sangat. Nak jalan-jalan tak larat dah. Nak kena simpan tenaga untuk meroyan sekejap lagi. Around 4pm kami bergerak balik ke KL Sentral. Dari KL Sentral kami bergerak ke stesen Taman Jaya - the nearest station to office Kia. Aku dan Seben akan pergi ke Wisma Bentley Music dengan Kia. Dah sampai sana, we met Fieza, kawan Kia from and JB, also LuvAngel. Another Carians. Yep. Aku kalau meroyan pasal KPOP ni haruslah dengan geng-geng warga CARI aku neh. ^^

Tepat pukul 5, Kia turun dari office. Kami berlima pun pecut lah ke Wisma Bentley. Kia lah yang pecut. Dalam kereta dok pasang lagu-lagu 2AM sokmo. Nak tergelak aku. Demi Showcase 2AM. Kenalah dengar mana-mana yang patut. Takdelah tergagau-gagau bila time showcase nanti tak tau lagu yang bakal mereka perform. Kalau tak kerana showcase ni, maunya cik Kia pasang lagu SuJu je kan. Kehkehkeh.. Sekali-sekala kami ikut nyanyi. Senang je nak nyanyi lagu-lagu 2AM ni. Kebanyakannya slow motion je.

Around 6pm, kami sampai ke Wisma Bentley. Tiket Fansign dan Showcase masih berada di tangan kawan Cik Dila. Jadinya, jumpa dia dulu. This friend dah beratur dari awal lagi. Aku dah dapat tiket tu sempat lagi merewang-rewang. Macam tak ada pape. Nak beratur pun malas. Jadinya kami berlima lepak di surau yang ada kat situ. Hambik kau, family CARI dah berkampung kat situ. Hahahaha.. Solat, borak-borak, catch up with latest news and everything sementara tunggu fansign session.

Then kami pun masuk ke dalam. Sebelum masuk, kami dipakaikan gelang kertas. Yo lah. Kalau takde gelang kertas ni tak boleh masuk event kekdahnye. Dah tu, aku keluarkan lah album 2AM aku yang aku beli kat Speedy tu. Then the guy tanya. Is this your album? Hoh? Dah aku pegang, aku punyalah. Takkan kau punya. Then dia tanya lagi, you bought this yourself? Erkk.. Of course!! Kenapa? Kenapa? Wae? Why? Dia kata OK and bagi aku masuk. Kekonpiusan aku kejap. Bila lalu kat pintu masuk, ada seorang staff ni bagi kami angka giliran and satu beg plastik kecik. Ada isi. Tekejut beruk mak yeh aku bila tengok kat dalamnya CD 2AM - Saint o'clock. Apa ni? Apa? Kenapa? Mengapa? Dapat CD free? Adoiii.. APAKAHHH? Rupanya signing will be done on to the album. Jadinya semua orang dapat album free. Nangis.. Terus tertayang di depan mata kisah aku membeli CD ni hari tu. Iskk.. Apa aku nak buat dengan 2 CD ni. Huhuhuhu..

Orang semua dah berasak kat depan. Tapi kami maintain duduk belakang. Duduk lepak-lepak, piknik-piknik je. Tak payah rebut-rebut. Semua orang memang akan dapat berdepan dengan mamat 4 orang tu. No worries.

Sebelum event start..

My pressies for 2AM. Dalamnya? Biarlah rahsia.. Kekeke..

My properties.. Tickets, Angka Giliran and albums..

Lambat pulak event ni start. Mula-mula kata pukul 6. Lepas tu pukul 7. Pukul 8 pun belum ada tanda-tanda nak start lagi. Mana yang boleh solat, cabut pi solat kejap. Mana yang tak tu, dok kat dalam diam-diam dengar celoteh MC malam tu, Jin from Hitz.fm. Agak sengal jugak lah mamat ni. Good PR. Then, Baki and Guibo from 8tv Nite Live pun enterframe. Ni lagi sengal dua orang ni. Layankan je lah. Dah habis sesi enterframe, ada sesi menyanyi pulak dah. 3 peminat dipanggil ke atas stage untuk pertandingan menyanyi lagu 2AM. Tak ingat lah aku nama-nama mereka ni. Tapi yang menang tu aku tau lah namanya Nasha. Hehehe..

Yang kalah dua orang tu dapat signed poster of 2AM. Yang menang pulak, dapat surprise baaaeeek punya. 2AM tiba-tiba muncul atas pentas. SURPRISEEE!! Melompat-lompat si Nasha. Hadiahnya dapat bergambar dengan 2AM. Lucky girl.


Masih terkejut lagi kekdahnye.. Courtesy of Kia's camera..

Dah habis ambik gambar, the boys introduced themselves and adalah short interview. Sengih melebar aku tengok diorang. Ye lah. Sebelum ni tengok kat TV je. Tengok depan mata belum lagi. Sesungguhnya mereka-mereka ini terlalu chantek. Kalah mak nokss!! Lepas interview tak disangka-sangka mereka perform lagu You Wouldn't Answer My Call. Adoii.. Cair dengar suara Seulong.

Interview and Performance..

Then it's time for sesi menyain. Banyak persoalan jugak kat kepala masa tu. Boleh dapat sign semua members ke? Ke seorang je yang boleh sign untuk satu-satu album? Dah tu sign kat mana kat CD ni? Aku kalau boleh nak lah diorang sign kat bookletnya. Setiap member ada page sendiri dalam booklet tu. Dapat sign kat situ best jugak. Lepas tu macam mana nak bagi hadiah? Boleh ambik gambar tak? Boleh skinship? Muahahahhaa...

Tak lama tu, the MC kata all members will sign the album. Yey!! Seronok. Seronok! But signing will be done on the cover. Ciss!! Tak bestnya. Not allowed to touch the 2AM members, take photos, whatsoever. Ciss lagi!! Sila letak hadiah-hadiah di kotak yang disediakan sebelum naik ke atas pentas. Ciss ciss ciss ciss!! Banyak ciss dari yey!! Macam mana ni?

Jinwoon & Seulong.. Courtesy of Kia's camera..

The 2AM members duduk in order of Changmin, Jo Kwon, Jinwoon and last but not least my nampyeon Seulong. Hahaha.. Bape banyak nampyeon daa. Masing-masing dok tersenyum atas pentas tu. Tak sabor aku nak telek muka masing-masing dari dekat. Eksaited! Eksaited!

The fans go up one by one. Punyalah laju proses menyain tu. Tak sampai 10 saat! Dah dapat sign Changmin, terus ditolak ke Jo Kwon. Dah dapat sign Jo Kwon terus ditolak ke Jinwoon and seterusnya Seulong. Adalah yang tukang tolak tu. Staff-staff kat situ jugak. Nak melancarkan proses kekdahnya. Tak dapek nak berbual dengan mereka. Setakat Hi Hi Bye Bye je lah. Dah habis tu terus keluar dari hall tu, turun tangga and seterusnya keluar dari Wisma Bentley Music tu. Perghhh.. Dah keluar jangan harap nak masuk balik menatap muka budak-budak ni.

Jadinya kami pun sengajalah melambat-lambatkan diri beratur. Nak tengok muka diorang lama-lama sikit kan. Sempat lah aku skodeng mana-mana yang patut. Snap snap jugak gambar. Tapi banyak terhalang dengan montot orang. Especially montot staff dengan bodyguard. BURUKSS!!

Tiba-tiba, satu muka yang aku amat familiar sangat-sangat sedang menuruni stage. Ah sudah. Siapa ni. Siapa ni? Bukan student aku kan? Oh no! Bila ingat-ingat balik, lega sebab bukan student. Hahahaha.. It's Elly. One of my Infoscion friends kat India dulu. Aku nampak dia dan dia pun nampak aku. Then sama-sama gelak. Wakakaka.. Penangan KPOP. Berjumpa kita kat sini.

Seulong..

Jinwoon

Dari jauh..

Dah tu kami mula beratur. Tapi masih ramai orang lagi tak reti nak beratur. Dah sampai satu tahap tu kami sengaja keluar barisan. Konon ada benda nak buat. Padahal nak pergi ke belakang barisan. Kot-kot dah orang last-last ni boleh lah lama-lama sikit interact with the boys. Tapi hampeh. Ada jugak fans lain yang buat macam kami. Simpan balik angan-angan nak jadi orang terakhir.

Time aku naik tu macam kejung kaki siot. Tak tau kenapa. Macam tak nak naik pun ada. Muahahaha.. Bongek lah. Slow-slow aku jalan. Hadiah aku terus kena ambik dengan staff yang ada kat situ. Cisss.. Kalau beg aku besar, aku dah nyorok dah hadiah tu dalam beg. Bagi kat depan-depan Seulong. Aku pun ditolak naik. Mula-mula berdepan dengan Changmin. Warghhh!! Kenapa kau hensem real life? Dalam tv ko tak hensem sangat? Wahaha.. Biol aku jadiknya. Setakat cakap "Hi" je kat dia. Dia "Hi" balik, sign, tengok aku and senyum. Waduh. Then it's Jo Kwon's turn. Dia tak cakap pape. Senyum je. Aku pun senyum je lah. Next is Jinwoon. Sambil dia sign, sambil dia tengok muka aku. Dengan dia aku cakap hello je. Senyum sokmo. Tak boleh cakap banyak-banyak. Kena simpan suara untuk cakap dengan Seulong. Muakakakaka.. Then, masa yang ditunggu-tunggu. Kyaaa!!~~ Abe Seulong! Adoimakk.. Kenapa kau chantek? Tetiba je terus keluar dari mulut aku " Wow, you're so beautiful.." Muahahaha.. MOTIP beautipul?? Terus dia tergelak tersipu-sipu cover muka dia dengan tangan. "Thank you" katanya. Dia pun sign album aku, tengok aku and senyum. Serius, boleh pengsan kat situ. Masa nak turun dari stage tu ala-ala ketaq lutut dah. Kena pimpin turun dowh!! Hahahahahaha..

Selingan... Credit to the uploader.. ^^


Keluar dari hall, turun tangga and terus keluar dari bangunan. Fans lain dah meroyan macam apa dah melompat-lompat sesama sendiri bila bercerita balik detik-detik berdepan dengan 2AM. Aku pun kalau boleh nak jugak lompat-lompat. Tapi segan. Kena jaga tatasusila sikit sebagai seorang pendidik. Hahahaha.. Dah tu, kami berkumpul kat luar. Seben was ready to leave. K Bel pun dah nak balik. So say bye bye kat situ je lah. Kat luar Wisma Bentley Music tu, ada 2 vans were waiting for the boys. Aku gigih tunggu depan pintu van. Tapi tak keluar-keluar lah pulak bebudak ni. Geng yang lain dah kelaparan. Masing-masing dah bergerak ke McD kat sebelah Wisma Bentley tu. Melantak lah kekdahnye. Aku je yang setia menanti.

Then, tiba-tiba je dengar suara orang-orang menjerit. Cisssss untuk kesekian kalinya. The boys naik van lain! Dah keluar dari kawasan Wisma Bentley tu. Fans-fans yang gila fanatik sengal, kejar van tu dari belakang. Aku tengokkan je dari jauh. Mula lah van tu pecut. Tapi terpaksa jugak dia berhenti sebab traffic light merah. Wakakaka.. Apa lagi. Manusia-manusia ini terus menerjah ke jalan. Seriously it's very very THE VERY dangerous. Dok lepak tengah-tengah jalan kerumun van 2AM. Rasa nak sepuk-sepuk je budak-budak ni sebab tak fikirkan keselamatan masing-masing. Minat tu minat je lah. Jangan lah sampai lepas ni ada berita dek kejarkan 2AM, fans kena gelek motokar. The boys lambai-lambai dari dalam van and bagi signal suruh ke tepi jalan. Bahaya bha! Van pun bergerak and Jinwoon sempat bagi flying kiss. Ecehh! Then they've gone..

Fuh! What a day! Aku pun bergerak malas-malas ke McD. Kat dalam, masing-masing (the Carians) dah berpotpet potpet menceritakan pengalaman masing-masing. Ada yang sempat salam Changmin lagi. Iskk.. So makan-makan, borak-borak and it's time to say goodbye. Aku and Fieza ikut Kia balik rumah. Berkampunglah aku kat Kepong malam ni. Hehehe..

Kat rumah Kia, potpet potpet lagi sambil tengok gambar and clip yang berjaya dicapture during fansign session tadi. Melekek-lekek gelak. Dengan suara entah apa-apa yang keluar dalam clip. Hehehe.. Lantak lah. Janji dapat meroyan. Hurmmm.. Tak sabar tunggu besok!!


The Showcase
Wisma MCA, Jalan Ampang
Saturday, 21st May 2011

The day of the Showcase has arrived! Showcase ni free seating. Siapa nak seat baik kena lah datang awal beratur. Tapi kami malas. Hahaha.. Tak apalah duduk kat mana pun. Janji dapat tengok. Macam sengal je kan. Mentang-mentang 2AM. Kalau SuJu? Entah-entah subuh-subuh lagi dah beratur. Kekeke.. No lah. 2AM pun minat jugak. Tapi perasaan nak berebut tu tak ada dalam diri aku masa tu. Macam best pulak relaks-relaks macam ni. Aku duduk kat Zone A. Depan lah. Fieza and Kia dok Zone B. Terpisah jauh lah aku. Dah seorang-seorang macam ni, lagi lah lemau aku nak memberaturkan diri.

Kami gerak dari rumah Kia lepas Zohor. Agak jem jugaklah nak masuk ke Jalan Ampang. Sampai kat Wisma MCA dah dekat pukul 3. Barisan Zone A dah panjang. Tak kuasa aku nak join beratur. Lepak-lepak kat tepi barisan fans yang dapat masuk Meet & Greet session. Jumpa Amy, Hide, Yana and JC. Sempat aku kirim pesan kat Amy mintak copkan tempat duduk kat Zone A. Muahahaha.. Diorang yang dapat masuk M&G ni dapat masuk hall awal. Dah alang-alang tu silalah copkan ye. ^^

Bila fans untuk M&G session masuk, kami bertiga dok melilau-lilau lagi kat perkarangan pintu masuk Wisma MCA tu. Aku ni dalam masa yang sama menunggu Eyka. Another Carian geng. Pass showcase yang aku dapat masa beli album hari tu aku nak bagi kat dia. Dah penat duduk menebeng, K Bel pun muncul. Lepak-lepak dengan kami depan kaunter registration. Then this one Indian guy datang join kami. Dia kata dia dari majalah Rentak Sejuta. Beria-ia nak ambik gambar kami. Adoi. Karang masuk majalah susah pulak. Ambik je lah. Kontrol ayu sikit. Hahahaha.. Then dia kata kalau nak tiket FM U-Kiss murah-murah boleh contact dia. Boleh dapat half price. Wowweee.. Pakkal je aku duduk jauh kan? Kalau tak harus tiap-tiap weekend aku moyan pasal KPOP ni. Minggu ni 2AM, minggu depan SuJuM, minggu lagi satu FM Jang GeunSuk, and lagi satu minggu U-Kiss. Awal bulan Julai FM Beast lah pulak. Huwaaaaaaaaa!! Boleh bengkrap!

Dah penat berdiri, duduk kat dalam Secret Recipe pulak. Penuh SR tu dengan budak-budak CARI. Merepek entah hapa-hapa. Mulan and geng pun datang join kemudian. Tak lama tu, around 5.30, kami pun masuk ke dalam barisan. Aku cepat-cepat masuk bila Amy called. Selamat dah dia copkan tempat untuk aku. Terima kasih banyak-banyak!! Aku duduk barisan kedua dari depan hujung sekali sebelah media. Sekali dengan Amy, Hide, Muun & HanaO. Spot memang baekk punya. Stage sangat dekat. Harap-harap boleh tengok the boys tanpa apa-apa halangan.

Dari tempat dudukku..

Fans.. Courtesy of Fieza's camera..

Sebelum start showcase, ada game antara fans bertuah. Malas aku nak cerita panjang pasal ni. And then ada persembahan dari pelajar-pelajar Bentley Music. Diorang main instrumental lagu-lagu 2AM. Best jugak.

Students from Bentley Music

Awal-awal ni aku berjaya snap gambar je. Mana taknya. Security duduk betul-betul tepi aku. Asal dia nampak fans sua kamera lama-lama je terus dia suluh-suluh dengan torchlight. Dah tu muka bengis je. Datang dekat-dekat and sound baekk punya. NO RECORDING!! Terpinga-pinga budak tu. Aku pun malas lah jadinya. Kalau snap gambar dia tak marah pulak. So, aku pun snap gambar je lah.

Then masa yang ditunggu-tunggu pun tiba. Around 6 something bermulalah showcase 2AM ni. The boys keluar. Once diorang keluar je, media, termasuk security semua terus menerjah ke depan stage dengan kamera gabak masing-masing. WTH?? Seriously mereka telah menghalang pemandangan aku. Mana boleh ini macam? Sengal aku dibuatnya. Sekali diorang angkat flash diorang yang gabak tu, habis semua budak-budak 2AM aku tak nampak. Seriously. Rasa nak cabut je flash tu and hempuk kepala masing-masing. Kamera diorang dah laa super duper canggih kalau nak bandingkan dengan kamera cap ayam aku ni. Kalau duduk kat belakang pun, zoom habis-habisan still boleh nampak lubang hidung Changmin. Iskkk.. Benci lah aku..

Walaupun hangin dengan orang-orang kat depan ni, aku cuba sedaya upaya lah untuk melayan performance 2AM. Lagu pertama yang disampaikan is Can't Let You Go even if I Die. Fuhhh!! Aku suka banget lagu ni. Video clip pun suka!! Bertambah-tambah suka bila Seulong duduk ngam-ngam depan aku. Straight to the point gitu. Hahahaha.. Nak ambik gambar mamat ni pun susah. Isyyy press-press ni.

Jugodo Mot Bonae!! Sape nak rasa penumbuk aku?? Kekeke..

Then ada 4 orang lucky fans naik atas pentas duduk atas kerusi. Hurmm.. Dah agak dah. Mesti fans ni dapat sorang satu member nyanyi kat tepi diorang. Adoii.. Jeles betul aku. Tapik alau aku dapat peluang macam ni belum tentu lagi aku nak naik atas. Takut woii.. Masuk majalah masuk internet semua. Tak mau aku. Hahahaha.. The boys nyanyi lagu A Confession of a Friend. One of my favourite songs jugak ni. Fans yang kat bawah semua dah meroyan macam orang gila bila Jo Kwon and Changmin pegang tangan amoi-amoi ni. Dah tu, minah yang dapat duduk sebelah Jinwoon macam over pulak terus peluk Jinwoon. Sabor je lah aku. Yang paling best, minah yang dapat duduk kat sebelah Seulong. Muka dia macam tertunggu-tunggu gitu. Bila Seulong nak pegang tangan aku neh? Bila Seulong nak peluk aku neh? Tapi Seulong reserved gila. Dah nak last-last baru pegang tangan. Tu pun hujung-hujung jari je. Badan pun jauh-jauh. Wakakakaka.. That's my boy!! Tak boleh ober-ober!! Kuikuikuikkk..

Dah habis nyanyi tu, ada VCR. Pasal ketidakpuasan hati Jinwoon dalam group 2AM. It's a funny clip. Melekek-lekek aku gelak. Rupanya clip tu intro untuk the next song ~ You Wouldn't Answer My Call.

Boleh tengok clip tu kat bawah ni. Credit to the uploader.. ^^


Dah tu terus lagu You Wouldn't Answer My Call. Aku tak ambik gambar and tak ambik video. Layan lagu ni betul-betul.

Credit to the uploader.. ^^

Dah habis nyanyi lagu tu, the boys datang ke depan. Tengok je lah media kat depan yang macam hapa ni. Kalau masing-masing angkat kamera tinggi-tinggi apa yang aku nak nampak? @!$!%#!@!.. Kalau ikutkan mau jugak aku berdiri. Tapi bila aku beridiri orang depan tak nampak lah pulak. Dah tu security suruh duduk jugak. Ada yang komplen kat security suruh press duduk or turunkan kamera diorang. Security boleh angkat-angkat bahu macam tak tau, tak tau. Cisss!! Kitorang ni bayar tau!! Press media segala tu datang free-free atas jemputan organizer. Mana boleh macam ni! Security sebok-sebok nak jaga fans suruh duduk lah tak boleh ambik video lah. Buang karan je. Lagi bagus kalau diorang sound media kat depan tu. Marah betul aku. Hahahahahaha..


Then ada aktiviti dengan peminat bertuah. Kena tiru gaya 2AM. Macam-macam aksi bebudak 2AM ni buat. Jinwoon punya paling susah. Siap mintak maap lagi dengan budak yang kena tiru gaya dia tu. Hahahaha..






Dah habis tiru gaya artis, ada aktiviti bergambar dengan fans kat bawah. Masa ni lah, media buat hal lagi. Iskkk..



Dah habis tu, ada sesi dengan peminat lagi. Kali ni peminat kena sambung nyanyi lagu yang bebudak 2AM ni akan nyanyikan. Starting with Jinwoon. Tapi aku tak ambik lah pulak video ni dari awal. Layan..

Pertandingan sambung lagu..

Changmin's english sangat-sangat perfect dah sekarang. Bagus, bagus. Berkat belajar dari JYP lah ni kot. Suka aku bila dia kata No Thanks tu. Hehehehe.. Dah habis tu ada sesi celebrate birthday pulak. Kek jeli Twin Tower. Comel je masing-masing. Dapat hadiah jugak dari fans.


Dah habis tu, diorang nyanyi balik. Kali ni aku tak peduli. Ambik video jugak. Security nak marah, marah lah. Dah aku tak nampak apa kat depan tu. Tapi lepas tu pandai pulak security ni halau media. So, clear lah kat depan tu. Dah nak hujung-hujung baru nak halau. Chaitt..

I Was Wrong..

Like Crazy..

Then it's time to say goodbye. Tapi biasalah. Mana boleh tak ada encore. Dah biasa dah aku pi konsert-konsert macam ni. Diorang tak akan blah terus. Akan ada sekurang-kurangnya satu lagi lagu sebelum diorang betul-betul balik. Then satu VCR clip dimainkan. Adoi.. Another funny one. Gelak je aku neh..

Boleh tengok clip tu kat bawah ni. Credit to the uploader.. ^^


Habis je VCR tu terus lagu This Song. Lagu berhantu ni. Liriknya pun best. Layaaaannn...


Habis je lagu This Song, the boys says bye bye. Tamat sudah Showcase. Fuh!! Best betul. Dah tu kami cepat-cepat keluar. Bersesak jugaklah kat luar Wisma MCA tu. Ramai yang masih berada kat perkarangan luar wisma tu sebab nak tengok bebudak 2AM ni. Aku entah macam mana boleh tersepit antara fans-fans yang ada. Tak boleh nak bergerak langsung. Tiba-tiba terdengar bunyi jeritan. Ahh.. The boys dah keluar lah tu. Tapi aku tak nampak apa pun. Then suara jeritan hilang - indication the boys dah blah. Hahahaha.. Kami geng-geng sengal berkumpul balik depan Secret Recipe untuk menerjah ke destinasi seterusnya - KLIA.

The boys are going home tonight. Ada harapan boleh skodeng mereka kat airport. Aku ni kan rajin buang masa. Dah ada orang bawak ke sana. Ikut je lah. Boleh merasa aktiviti menghantar artis balik. Kekekeke..

Ramai fans dah bertenggek kat airport. Some of the Carians dah macam orang homeless duduk atas lantai makan sandwich. Hahaha.. Dah laa cekik darah sandwich tu. Sabo je lah. Aku tak kuasa nak beli. Dah penat melepak tepi lift, kami bergerak ke depan. Ke pintu masuk penerbangan antarabangsa. Duduk lah kami kat tepi escalator tu dengan harapan 2AM akan lalu kat tepi kami untuk ke immigration counter. Mereka ni tak adalah VIP sangat kot. Tak macam SuJu. Jangan harap nak nampak batang hidung diorang kat airport ni. VIP route sokmo!

Apakah indicator yang menandakan bebudak 2AM ni sampai? Yes. Suara orang menjerit. As soon as kami dengar je suara orang menjerit, cepat-cepat kami bangun. Alahai.. The boys guna escalator sebelah sana lah pulak. Jauhnyeee.. Tapi boleh lah nampak. Sempoi je masing-masing. Seulong comel benor serba pink. Hikhikhik.. Bila dah tak nampak dah mereka kat immigration counter, masing-masing terus memecut ke anjung tinjau. Walaweii.. Gila ahh. Dah macam lari lintang pukang menyelamatkan diri dari dikejar seribu rimau kekdahnye. Aku relaks-relaks je jalan. Ada rezeki nampak lah mereka. Kalau takde rezeki takde lah. Buat apa nak kecoh-kecoh kan? Hahahaha.. In the end, nampak jugaklah. Eheee.. ^^

The boys are going home..

PUAS HATI!! Terus balik rumah Kia lepas tu. Kat rumah berchotchet lagi sampai pukul berapa entah. Bukannya reti nak tidur. Gitu gini borak entah pape, transfer gambar, komen gambar, tengok fancam, komen fancam, aku rasa pukul 3, 4 pagi jugak kami tidur. Besoknye kesiangan. Hahahaha.. After Zohor, aku dan Fieza bergerak balik. Kia hantar kami kat Terminal Gombak. Thanks Kia for everything!!

Flight aku balik ke KK pukul 7 malam. Tak tau nak buat apa dah, aku terus saja ke KLIA. Lepak kat sana sambil layan clip-clip yang berjaya aku rakam during the fansign and showcase. Best betul lah weekend aku ni! (^__^)V

0 comments :