Monday, 21st November 2011
Today is my birthday! Weeehuuu~!! Selamat datang 3 series. Ya. Saya sudah tua. Saya sudah masuk angka 30. Huwaaa.. Tua pun tua lah. Janji hati sentiasa muda. Kan? Kan? Kan?
Sempena birthday aku yang terbest abad ini ni, kami pergi ke luar Seoul. Jalan-jalan ke East Coast. Perjalanan ke sana memakan masa yang agak lama. Itu sebabnya kami kena bertolak awal pagi. Pukul 5.30 pagi kami dah keluar. Bergerak dari hostel terus ke Seoul Express Bus Terminal. Untuk ke Seoul Express Bus Terminal ni, boleh naik subway train dan turun di station Express Bus Terminal subway line no 3, 7 dan 9.
Kesan dan akibat dari tak tidur.. 5.45 pagi at Hoehyeon Station..
Kami sebenarnya nak ke Mount Seorak. Yey! Gigih betul sejuk-sejuk macam ni nak pergi naik gunung. Bukan nak hiking ke apa. Just nak tengok apa yang ada kat sana. Untung-untung time autumn macam ni boleh lah tengok daun-daun yang menguning, mengoren dan memerah. Kalau ada rezeki lah kat sana.
Yang mana satu? Pilihan kalbu? Donghae? Ngehngeh..
Nak ke Mt Seorak, kami perlu naik bas ke Sokcho. Then Sokcho it is. Beli lah kami tiket ke sana. Harga one way KRW17,000. Lebih kurang RM50. Terbangak lah sekejap tapi memang dah expect pun harga lebih kurang macam tu. Tak payah pikir panjang lah kan. Kalau tak, memang tak pergi.
Tiket bas.. Gerak pukul 7.10 pagi..
Bye-bye..
Naik je bas, terus membuta tak hengat. Belum tidur lagi kekdahnya aku ni kan. Balik dari Dongdaemun dah pukul berapa. Main internet lagi. Sedar-sedar je bas tengah berhenti kat rest stop. Kat mana pun aku tak tau. Tengok keliling, ala-ala takde apa-apa, sambung tidur balik. Kekeke.. Tapi tak lama. Bila dah celik mata macam susah pulak nak tutup balik.
Kat mana ni..
Apa yang ada je lah..
Tol! Baru nampak tol..
Ada farmstay..
Lebih kurang pukul 10 pagi, sampailah kami di Sokcho Express Bus Terminal. Dah sampai tu, ala-ala blur pulak. Ke mana pulak arah tuju selepas ni? Main terjah je kekdahnye kan. Nasib baik driver bas ekspress yang kami naik tu sangat lah baik hati dan tunjukkan kami satu information booth yang ada kat area situ. Ke sanalah kami beramai-ramai. The lady there speaks English. So tak perlu lah kau nak susah payah cakap bahasa Korea kau yang tunggang langgang tu. :p Dari situ kami dapat maklumat macam mana nak ke Mt Seorak. Kena naik local bus no 7 or 7-1 for 15-20 minutes. Kat mana nak naik? Kat bus stop seberang jalan je. Tak jauh dari info booth tu. Hurmm.. Senang!
Dapatkan info ke Mt Seorak..
Naik lah kami ke atas bas. Tambangnya tak silap aku KRW2,000. Tak ingat lah. Tak sure boleh pakai T-Money ke tak. Aku pakai ke tak ye? Hahaha.. Hilang ingatan dah aku ni. Best jugak lah scenery sepanjang-panjang nak pergi ke Mt Seorak. Lalu tepi pantai, lalu rumah-rumah orang, lalu kebun-kebun orang, lalu bukit-bukau, etc. etc. etc. Sepanjang-panjang jalan aku cuba besarkan mata untuk mencari restoran halal yang direcommend oleh KTO. Namanya Ilchubong Restaurant. Tapi tak jumpa lah pulak. On the way balik nanti kena bukak mata lagi besor.
Jalan-jalan cari bus stop..
Naik local bus..
Around 20 minutes later sampai lah kami ke Mt Seorak National Park. Entrance fee nak masuk tak silap aku KRW2,000. Lupa ingatan lagi. Tu lah. Lambat sangat mengupdate entry. Semua serba serbi tak ingat. Lagi pulak, trip kali ni entah kenapa aku tak jot down segala budget dan expenses aku. Bajet kaya bebenor lah aku ni. Memang lupa ingatan betul.
Too bad, autumn kami ni dah hujung sangat. Dah nak masuk winter dah kan. Jadinya, tak nampak lah daun yang berkaler-kaler tu. Semuanya semedang coklat saja. T__T
Dah sampai..
Beli tiket masuk..
Peta kawasan Mt. Seorak..
Silap haribulan kami ni datang ke sini. Hari ni, kawasan Mt Seorak sangat berangin. Kalau salah berdiri memang boleh tumbang. Bila angin kuat, sejuknya jangan cakap lah. Mulalah menyumpah seranah. Siapa punya idea ni datang sini ni? Kekeke.. Dah macam ni, kirim salam je lah kalau nak hiking naik atas. Nasib baik ada cable car service. Kita naik cable car sajalah. Kekeke..
Kalau ikut peta Mt Seorak ni, aku pun sebenarnya tak tau kami ni kat belah mana. Kat belah timur ke, belah barat ke, utara selatan memang tak boleh agak. Main belasah je. Nak naik cable car pun tak tau menghala ke mana. Naik je. Kalau orang suruh terjun gaung pun kami main terjun jugak agaknye. Huhuhu.. Naik cable car ni, tiketnya berharga KRW9,000 (return ticket) seorang.
Beli tiket Cable Car..
Tiket Cable Car..
Cepat.. Khunnie dah tunggu!
Orang ramai. Jadinya kami lepak-lepak dulu sementara menunggu mereka-mereka ni naik dulu. Hari bukan weekend pun ramai orang. Kalau weekend entah macam mana laa ye. T T
Lepak-lepak kejap..
Then off we go! Macam sardin jugak lah dalam satu cable car tu. Dah lah sesak, boleh tahan laju jugak cable car tu jalan. Tengok ke bawah gayat semacam. Bila dah nak sampai ke atas boleh pulak dia naik menyendeng dalam 10-20 degree dari atas. Seram betul aku dibuatnya.
Naik cable car.. Nice view..
Lagi view..
Itu adalah resort..
Dah nak sampai!!
Giler cepat Khunnie dah sampai atas..
Perjalanan naik cable car tak lama mana. Dalam 5 minit ada kot. Dah kat atas ni boleh lah berangan macam-macam. Kekeke.. Sambil tengok pemandangan sekeliling. Memang cantik. Kat belakang ada gunung. Mt Seorak lah. Kat depan ada laut. Donghae! Or nama lain nya East Sea. Naiseuuu..
Pemandangan ke bawah.. We can see the sea!!
Giler daebak pakcik tu naik macam tu je..
Jaga-jaga..
A story to tell..
Ice..
Kat bawah tadi angin dah la kuat. Kat atas ni, jangan cakap lah. Double aku rasa. Tertonggeng-tonggeng aku dibuatnya. Kami jalan-jalan kat tempat yang rata je. Hehehe.. Tak larat rasanya nak naik sampai ke puncak. Puncak bukit yang ada kat situ lah. Orang lain relaks je naik ke atas. Baik yang tua, baik yang budak-budak. Aku tak sanggup lah. Gear tak cukup. Orang pakai baju hiking, aku pakai baju nak pergi tengok wayang. Kensel! Karang tergolek-golek pulak aku jatuh ke bawah.
Mampukah aku ke puncak sana?
Relaxing like a boss..
Mampu ke idok?
Curam ke bawah..
hoh.. buruk tudung kena tiup angin..
Dah macam Si Tanggang dah.. Cari port nak berselindung dari ditiup angin..
Angin go away!!
Turun bawah!
Cable car dulu-dulu.. SCARY!
Sebelum balik, kita abadikan gambor kita dengan beruang ni. Kehkehkeh.. Next time kita jumpa lagi ye! Next time tu kalau dapat nak hiking lah pulak. Veraaangan je dulu.
Port wajib ambik gambo..
Surrounding..
Jom naik bas!
Dah agak-agak rasa boring tu, kami pun bergerak balik. Naik bas yang sama untuk kembali ke terminal bas Sokcho. Mata dah ready di buka besar-besar untuk cari tempat makan. Almost 1.30 petang dah. Perut pun dah bernyanyi-nyanyi gembira. Ilchubong.. Ilchubong.. Mana ni? Penat baca satu-satu signboard kedai yang ada. Then WOHHHH!! Tu dia restoran tu! Nampak dah tapi boleh pulak aku kaku tak reti nak picit loceng. Kekekeke.. What to do. Turun bas and jalan kaki loh!
Matahari terpacak kat atas kepala. Takdelah sejuk sangat. Jadinya seronok jugaklah jalan-jalan menyusuri jalan raya ni menuju ke restoran tu. Kekeke..
Sokcho!
There's a lighthouse there..
Hurmmm..
Jernih air dia..
Kami berjalan hampir 15 minit jugak lah. Kalau jalan laju-laju sekejap je sampai. Tapi ni jalan sikit, posing ambik gambar. Jalan sikit, posing ambik gambar. Macam mana.
This is the restaurant!
Hoyeh! Mari kita melantak! The restaurant kind of sunyi je. Tak ada orang ke? Tak bukak ke? Jangan. Kami lapar ni. Nak masuk pun takut-takut macam pencuri. Hehehe.. Last-last belasah je. Mengikut fahaman kami yang terhad, buat kesimpulan sendiri kena naik ke tingkat atas. Hahaha..
See the Halal sign?
Kat tingkat atas.. Tingkat 3 kot..
Ada retis datang?
Naik.. naik..
Restoran ni memang bukak. Tapi tak ada pelanggan. Kami je lah manusia yang ada. Ada dua orang pekerja kat dalam tu. Seorang pakcik and seorang makcik. Mungkin mereka ni owner restaurant ni. Husband and wife mungkin. Menu yang ada kat restoran ni agak terhad. Tak banyak choice. Kami memilih untuk makan Haemultang je. Nak makan sashimi takut ada yang tak lalu nak makan. Dah habis order, kami belek-belek interior restoran ni. Cantik jugak..
Duduk!
Pemandangan sekeliling..
Tak lama lepas tu, makanan pun sampai. Apa lagi. Bismillahirahmanirahim.. Mari Melantak!
Side dishes..
Haemultang.. Versi ni lain sikit..
Ikan panggang!
Sedap. Tapi yang kat Myeongdong hari tu lagi sedap sebab pedas. Ni kureng sikit. Tapi boleh lah. Aku ni belasah je makan. Harganya untuk 8 orang makan ialah KRW80,000. Sila convert ke RM jadi berapa? Hahahahaha..
Dah habis makan, kami tumpang sembahyang kat sini. Kat tingkat 2 dia ada sediakan ruang untuk solat. Sebenarnya bukan proper bilik solat pun. Bilik makan private yang biasa kita tengok dalam drama-drama Korea tu. Kat situ lah kami solat. Toilet pun ada disediakan kat sebelah bilik makan tu.
Dah selesai semua, kami pun balik lah semula ke terminal bas Sokcho untuk balik ke Seoul.
Menikmati keindahan pantai..
Bus stop.. Balik ke terminal Sokcho..
Ni hotel ni..
Beli tiket balik..
Mari berlepas..
Bye bye Sokcho..
Perut kenyang + cuaca sendu + kerusi bas yang empuk = TIDUR! Sedap betul aku tidur sepanjang-panjang jalan. Sedar-sedar dah sampai Seoul. Hahahahaha..
Malam masih muda. Tiba-tiba rasa gatal nak minum kopi. So, pergilah kami ke Handel & Gretel. Semalam pergi tutup. Hari ni pergi bukak! Yey. Mari order kopi.
H&G..
Ini kali pertama aku masuk ke H&G ni. Gila jakun. Hahahaha.. Ramai betul orang hari ni. Kedainya tak lah besar mana. Ada 4 meja je kat dalam tu. Dan beberapa lagi kat luar. Orang yang datang? Hohhh.. Melimpah ruah. Siap bersidai-sidai lagi kat luar. Dah lah sejuk! Yang beratur pun panjang. Sadis betul. Aku ditugaskan untuk pergi mengorder. Tersepit-sepit aku kat dalam line tu. Bila dapat masuk ke dalam kedai, sakan aku menelek setiap inci ruang yang ada. Banyak gambar-gambar Yesung bertepek kat dinding. Budak-budak SuJu yang lain pun ada lah jugak terselit sekali.
Hoyeh.. Yeye.. ^__^
Them boys at SUKIRA..
Interior.. Sangat ramai orang..
Sampailah turn aku kat depan kaunter. The girl yang ambik order tu paham basic English. So ok lah. Dari tempat aku berdiri aku nampak mak Yesung and jeng jeng jeng.. Adik dia yang comel tu. Jongjin!! Ngaaaa~!! Hahahaha.. Crazy noona..
Benda alah tu akan bergegar bila order kita dah siap..
Tiba-tiba benda alah bulat yang aku pegang tu bergegar. Macam kena renjatan elektrik aku dibuatnya. Nasib baik tak terhempas ke bawah. Sopan santun lah aku bergerak ke kaunter sebab Jongjin ada kat situ dok letak benda-benda yang diorder kat atas kaunter. Apa lagi. Snap gambar sebarang dua buat tangkal. Hahahaha..
Jongjin yang comel..
Belakang dia pun smart.. Hahaha..
Slurrrpppppppp..
Tersengih-sengih macam kerang busuk aku ni. Hahahaha.. Kami minum-minum kat luar je. Sambil jalan-jalan menuju ke KBS Building. Malam ni SUKIRA tak ada BORA. Jadi tak ada siapa kat dalam konti radio tu. Cuma aku nak pergi jumpa kawan aku yang satu ni. Hehehe..
Ni lah kawan aku! Last time jumpa last February. Hehehe..
Errrr....
Kemain..
Dah sampai KBS ni, laju je terjah toilet dia. Kat KBS ni lah salah satu tempat kat Seoul ni yang toilet dia ada bidet. Senang nak mencuci apa-apa yang patut. Kehkehkeh..
New drama yang aku tak sabar nak tengok.. Tapi sekarang nyampah.. Tak tengok langsung..
Ngaaaa.. Favourite weekend drama..
A place where I met Hyukjae once upon a time..
Dah lega pergi jamban, aku pergi skodeng konti radio. Baru pukul 9 lebih jadinya SUKIRA belum on air lagi. Mari kita tengok siapa yang tengah jadi DJ.
89.1 KBS Cool FM
Skodeng dari luar..
Siapa DJ??
It's Yoo In Na.. ^___^
Ni berangan nak 1N2D ni.. Kat tangga ni lah where they normally kick-off 1N2D..
A birthday present for myself..
Gahhhhh.. Habislah sudah hari ketiga trip kami ni. Till the next entry. CHIOW~!!
4 comments :
Waaaaa aku br je tahu pasal mt.Seorak ni...ni baca kt entri ko plak...jelesnyaaaaa tak dpt merasa gunung tu T____T
Larr benda bervibrate tu utk notify kita nye order dh siap ke??gile jakun aku ni..xtau pung..ms aku dpt tu, dia vibrate skali ngan bunyi mcm hp..heran la aku..last2 akutggal je atas meja hahah
lain kali datang lagi mek.. ko pegi kejap sangat.. banyak benda boleh explore kat korea tu..
hahahaha.. sengal ko.. abis tu ambik order macam mana?
salam...emm cmne nak pergi kbs building tu??boleh masuk dlm ke?pe y ade kt sane ea?hehe
turun kat national assembly station atau yeouido station.. boleh masuk sampai kat lobby.. boleh tengok live radio.. untung2 dapat jumpa artis..
Post a Comment