Thursday, May 10, 2012

Taipei Backpackers (Main Station Branch), Taipei

Sempena trip aku ke Taipei bulan Februari hari tu, aku telah melepakkan dan mentidurkan diri kat sini di Taipei Backpackers. Lokasinya agak strategik jugak lah berdekatan dengan Stesen Keretapi dan Terminal Bas Taipei.

Backpackers ni letaknya di lorong yang agak kecil, tapi tak susah mana nak mencarinya kalau betul-betul mengikut panduan yang diberi. Ohh ya. It is on the 2nd floor. Kena naik tangga ye. Jadi pada sesiapa yang berangan nak stay kat sini, jangan mengada-ngada bawak beg berat-berat. Hehehe..

Hurm.. Aku tepek gambar lah..

Naik ke atas..


Looking down..

At the reception counter..

Taipei Backpackers..

Seterusnya gambar-gambar common room. Kat sini boleh lah mingle dengan penghuni-penghuni yang lain. Tapi aku ni jenis malas nak mingle-mingle. Kekekeke..






Yosh, after the registration and the payment, kami pun melangkah masuk bilik. Since kami berempat, kami dapat duduk dorm 4 orang. Senang nak golek-golek ke nak terbongkang ke hapa ke. Untuk 5 malam, aku bayor NTD2460. Lebih kurang RM250 lah.

Our room..

My bag..

 
Our room info..

Kat sini ada free wireless internet. Gunalah sepuas hati. Lagi satu, kalau korang terlupa nak bawak socket adaptor ke apa ke, jangan risau, sebab soket-soket kat dinding dia, dia dah sediakan mengikut keperluan plug kita. Tinggal cucuk je. Convenient yang amat. 

Lorong ke bilik..


Boleh basuh baju.. sabun disediakan..

Tempat basuh muka dan gosok gigi..

Interior deco..

Boleh eksesais..

Bila boleh sampai sini?

Tempat jemur baju..

Ada locker..


Nak masuk ke dalam ada password..

Model pintu masuk ke Taipei Backpackers..

Wokey. Overall this place is nice. Cuma dinding dia agak nipis jugak lah sebab boleh dengar orang sebelah menyebelah bercakap. Hehehehe.. Toilet and shower kongsi beramai-ramai, tapi not bad lah. 

For more info, sila skodeng http://www.taipeibackpackers.com/v1.htm.

4 comments :

Unknown said...

bagus info nie... tQ

CikSengal said...

thanks.. ^^

Jack said...

Boleh bagi alamat penuh hostel tu x?

CikSengal said...

Jack,

Saya pun tak tau masih wujud lagi ke tak hostel ni sebab bila google, tak jumpa pun. 2nd time saya pergi Taipei, saya stay di Fun Inn Taipei. Saya recommend sangat-sangat duduk situ.