Tuesday, January 13, 2009

TIREN

Aku pergi menonton TIREN malam tadi di Growball, KK. Cerita hantu Indonesia. Kok namanya TIREN? TIREN tu sebenarnya short form dari maTI kemaREN. Died yesterday lah gitu. Got it? Biasalah orang Indonesia suka banget memendekkan ayat dan suku kata. Teringat aku pada Gunawan ketika aku di Bandung 5 tahun dulu. Dia telah memendekkan perkataan Menteri Besar Johor kepada Mebejo. Melekek-lekek aku gelak. Lawak sungguh jadinya.



Jadinya, TIREN ni berkisar tentang seorang umat ni yang mati pada hari kelmarin lah. Hari ni pulak dan hari-hari seterusnya dia jadi pocong untuk membalas dendam pada orang yang membunuhnya. Cerita hantu lah kan? Beraninya aku? Ye. Sangat-sangat berani sehinggakan aku pecut 110km sejam balik ke rumah pada pukul 1 pagi. Haha.. Macam lah boleh pecut laju macam tu. Sistem jalanraya kat KK ni mana lah best. Tak mampu aku. Sepanjang jalan sunyi. Macam-macam doa aku baca. Hehehe.. Jalan ke IP dah la gelap. Nak naik ke Bukit Sepangar lagi. Tak ada lampu jalan! Tawakalillah je lah aku ni. Sesekali aku tengok back mirror dengan side mirror. Takut-takut ada yang meneman aku balik. Warrggghhhhhh!

So, back to TIREN. Pembukaannya aku dah melekek-lekek gelak. Bukannya apa. Agak mereng jugak lah scene nya. Si pompuan dan si lelaki naik motor, stop di kawasan perkuburan sebab si pompuan ni mau pipis. Hangguk betul! Macam lah tak boleh pergi public toilet. Kat kubur jugak dia nak kencing. Dressingnya, ya ampun. Tapi biasalah. Indonesian. Semua belasah je. Then it turns out to be the pompuan yang kencing ni adalah TIREN.

TIREN or nama wataknya dalam cerita ni adalah Ranti. Ranti ni pulak dilakonkan oleh penyanyi dangdut yang bernama Dewi Persik. Aku tak pernah tau Dewi Persik ni siapa, tapi setelah aku tanya pakcik Google dan makcik Wiki barulah aku tau yang dia ni penyanyi dangdut yang agak hot jugaklah. Yang banyak kontroversi. Biasalah. Mana ada penyanyi dangdut yang tak ada kontroversi. Goyang gerudi lah, skrudriver lah. Whatever! So, Dewi Persik ni pelakon utama cerita TIREN ni lah bersama-sama pelakon lain yang aku tak berapa kenal.

Ceritanya simple je. Takdelah berat sangat sampai nak kena pikir panjang-panjang. Sesuai untuk hiburan semata-mata. Kisahnya, Ranti tertangkap boyfriend dia bernama Leo tengah buat projek kaw-kaw dengan kawan baik Ranti sendiri yang bernama Maya. Ranti marah dan sedih, turun dari tangga dan tergolek dog sampai bawah. She died instantly. Leo dan Maya bawa mayat Ranti pergi untuk dihapuskan tetapi akhirnya mayat Ranti dibiarkan saja di semak. Bapa Ranti pula tau yang anaknya dibunuh, lalu ketika pengebumian, dia sengaja mengikat semula ikatan kain kapan Ranti dan berpesan kepada Ranti supaya mengejar orang yang membunuhnya. Pocongnya Ranti pun menjejak Leo dan Maya sehingga kedua-duanya terbunuh. Dalam masa yang sama juga Ranti berjaya menggoda suami Maya sehingga akhirnya jadi gila dan dimasukkan ke rumah sakit jiwa. Setelah yakin selesai semuanya, barulah Bapa Ranti menggali semula kubur Ranti dan membuka ikatan kain kapan. Dan sejak itu Ranti tidak lagi berkeliaran.

Tak la serabut mana kan? Seram? Tak la seram sangat. Aku admit lah ada part-part yang aku menjerit dan menyumpah-nyumpah dan main ba ba cak tutup mata. Tapi secara kesuluruhannya, biasa-biasa je. Sebab pocong yang muncul semuanya pocong statik. Tidak menyerang, tidak bergerak kecuali dalam satu scene tu, pocong tu pandai naik beca. (Bangang gilerr..) Dan aku boleh katakan juga cerita TIREN ni cerita komedi. Diselitkan juga adegan-adegan lucu yang boleh membuat penonton gelak gila-gila. Seronok jugalah melihat aksi watak-watak tempelan buat lawak bangang bila ternampak Ranti dan TIREN lain yang dilakonkan oleh Sarah Azhari. Overall, boleh lah. Terhibur juga lah aku. Alah.. Tak seram pun, takut juga aku nak balik rumah lepas tu. Hehe..

Yang menariknya, ketika aku tanya makcik Wiki tentang TIREN aku terjumpa something yang interesting juga lah. Sebenarnya perkataan TIREN tu datang dengan perkataan AYAM. AYAM TIREN gitu. Maksudnya? Aku pun tak pasti, tapi mengikut pemahaman aku, ayam tiren tu ayam yang dah disembelih tetapi tidak dibekukan dengan segera. Lepas tu dijual kepada orang dengan keadaan tidak segar. Kualiti pun kurang bagus lah. Macam spesis ayam kena gelek motokar lah ni. Hurmm.. Gitu rupanya. Patutlaa Dewi Persik dan Sarah Azhari dipilih jadi TIREN. Dua-dua gebu-gebu macam ayam. Hahaha...

12 comments :

yantie said...

kekekkeke....eh yatt, citer lawak ke citer hantu?..mcm mane la tergerak ati nak nonton TIREN ni?..

indonesia mmg suka wat short form kan.yg WARTEL = WARung TELefon glamer abih sampai di UK pun guna WARTEL..kekekeke..hebat aahhh..

CikSengal said...

k yantie,
Lebih kepada cerita lawak kot. Hahaha.. Camne tergerak hati? Let me see. Adalah seorang kawan tu. Nak tengok wayang. Cerita action katanya. Tapi bila sampai kat cinema tak ada la pulak cerita action. Yang ada cerita komedi and seram. Kita memang tobat lah tak nak tengok cerita seram, tapi dia nak jugak tengok. So tengoklah.

Cerita seram tu pulak cerita Histeria and TIREN ni lah. Tapi disebabkan Histeria classified as U and TIREN as 18PL jadi kami assume TIREN lagi seram. So tengokla TIREN tu. Seram taik kucen! Tapi bagi orang yang penakut cam kita ni boleh kata seram jugek lahh. Seram sikit-sikit. Hahaha..

Misako said...

wah.. brani lah ko yatt..
akak bab2 crita hantu ni.. minta ampun sikit..

CikSengal said...

Ahkak Misako,
Nasib baik tak seram sangat. Kalau tak, maunya nangis tak balik rumah. Takut jugak kalau-kalau kuda emas kat Jalan Sulaman tu hidup malam-malam. Wahahaha..

Anonymous said...

baik tengok histeria. tiren ni baik download je..hehe~
lain kali, cek dulu kat
http://www.growball.com/ &
http://www.gsc.com.my/
skarang ni macam bukan musim movie..takde movie2 yg best..semua yg dah basi.. :P

CikSengal said...

r0xz,
Histeria tu citer budak2 lah. Cam tak best jek. Haha.. Nak tengok citer Aussie pun tak nyempat. Jom teman saya tengok. :p

Anonymous said...

cerita histeria tu best "jugak" laa..memang agak kebudak-budakan, sebabnya plot pun cerita pasal budak-budak yang suka mengarut..hehe~

faizul hadi said...

nampaknya, saya sdh tidak mengenali cik yati nih...ini disebabkan cermin mata beliau telah disimpan diganti dgn lens....saya pun x nak pki cermin matalah.

CikSengal said...

r0xz,
Suka mengarut? Macam bukan-bukan je cerita ni. Hehehe..

CikSengal said...

faizul,
Nampak gaya macam kena pakai balik cermin mata ni. Mata dah menunjukkan ketidakserasian yang teramat sangat. Sengal betul lah.

faizul hadi said...

hahaha....
x pe2...walau x serasi, tapi nampak lebih cun...so, x pyh la pki cermin mata....huhuhu

CikSengal said...

Cun tapi terseksa watpe.. Hehehe..