Tuesday, September 20, 2011

Summer Scent di Bumi Korea ~ Day 1: To Seoul!

Yes.. I'm back! With another edition of Korean Trip. Lama-lama duduk sana sajalah Cik Sengal oii. Tak payah kau sibuk ulang alik sana sini. Hehehe..

Friday, 1st July 2011

Trip kali ni aku pergi berdua dengan officemate, Dila. Belasah je lah meronggeng. Kunun-kunun dah terer lah ni jalan-jalan kat Seoul sana. Selamba kodok mengconfidentkan diri. Kalau tak confident, tak jalan kami ni.


Ni semua nak pi Incheon gak ni.. Hahahahaha..

Macam hari tu jugak, aku yang jauh ni ambik flight dari KK menuju ke KL. Dan dari KL menuju ke Incheon tengaharinya. Kali ni duduk seat paling belakaaaaaaang sekali dekat dengan toilet. Tak berapa meriah. Tak ada orang jalan-jalan. Tak ada orang main daun terup. Tak ada orang borak-borak. Senyap je tak macam first trip dulu. Macam pasar! Kebanyakan kat belakang ni elderly. Haruslah senyap sopan santun kan. Most of the time tidur saja.

Eoasiaekseu.. Air Asia X dol!!

Atas flight aku godek laptop saja. Boring kan. Terasa macam sangat panjang lah pulak trip ni. Bila lah nak sampai. Huhuhu.. Sampai-sampai je aku kepanasan. Hahahaha.. Berlagak lah kau minah! Yep. It's summer. Cuaca memang panas. Sama macam kat Malaysia jugak panas berdetingnya. Hari tu? Menggigil macam apa. :p

Dah sampai!!

Memang lambat sampai kami ni! Kat immigration pun ramai orang. Tunggu beg lagi. Lepak lagi. Memang makan angin betul lah. Gaya macam nak tidur kat airport je boleh lenggang kangkung macam ni. Tak sedar nak kena kejar train dan yang penting nak kejar guesthouse sebelum tutup!!

Sebelum melangkah keluar dari airport, sila pastikan T-Money sudah dibeli ye kawan-kawan. Jadinya, singgah lah kat kedai sekejap beli T-Money untuk Dila. Aku pulak mentop-up Hello Kitty aku tu. KRW20K ok! Jauh nak jalan-jalan ni. Dah tu kami singgah kaunter information lagi tanya pasal discount card. Almaklumlah sekarang tengah berlangsung Seoul Summer Sale. Tapi tak ada lah pulak kad tu. Bukannya ghairah sangat pasal sale semua tu. Tapi ghairah dengan kadnye. Hahahaha.. Gitu gini, pukul 10.30 jugak kami gerak keluar dari airport.

Tunggu beg..

Topup T-Money

Tanya pasal discount card. Tak ada!!

Seperti trip yang lepas, kami akan berkampung di Sunshine Guesthouse buat kali kedua. Aku lah buat kali kedua. Dila baru first time. Kami ambik commuter train dari Incheon terus ke Jongno. Bukan direct. Kena tukar train kat Gimpo Airport. Janji dengan si Eric ke Robin namanya tu (owner Sunshine Guesthouse), kami sampai pukul 11. Hampeh. Tak adanya. Mesti pukul 12 lebih jugak sampai ni. Risau jugak aku sebab pukul 12 takut diorang dah tutup gate dah. Apa pun tawakal je lah. Naik train kena lalu 27 stops ok nak ke Jongno! Tak apalah 27 station tu. Tapi yang harunya, boleh sesat kat Gimpo Airport. Hahahaha.. Bongek betul. Dulu-dulu naik bas. Then, siang some more. Ni malam-malam buta, mata aku pun ala-ala potek jugak tak nampak signboard. Huhuhuh.. On the train, kami

Pukul 12.15 jugak kami sampai di Sunshine. Nasib baik gate masih bukak. Rupanya owner tengah tunggu guests datang. Bukan aku je. Ada lagi guest yang belum sampai tak nampak batang hidung. Sesat macam aku jugak kot? Hahaha.. Kami disambut baik taww. Siap tanya lagi nama aku Sally ke? Puahahahaha.. Sabor je lah aku. Aku cakap lah aku dari Malaysia. Terus gelak orang tu. Ah yes. Malaysia. Yes. Yes, 6 nights. Terus dia ingat aku nak duduk sini berapa malam. Settlekan pembayaran KRW120,000 per head for 6 nights, kami pun di bawa ke bilik. Yosh! Tingkat 5 uolss!! Dapat bilik K Awa duduk dulu. Nangis lah nak turun naik lagi. Nak buat macam mana. Tu lah bilik paling murah. The floor is no longer warm. Gila kau nak lantai panas musim summer macam ni. Lain lah macam last time, tak sabor betul nak masuk bilik pastu melepek lekat atas lantai sebab lantainye panas. Hehehe.. Musim panas kita pakai aircond ye! Aircond tu pulak saja nak main cak-cak. Kena godek-godek dulu baru boleh on. Remote control yang ada, dibuat perhiasan je sebab tak functioning langsung.

Disebabkan kelaparan yang teramat, selepas settle down letak barang kami turun bawah ke common room and masak megi. Sadis je bunyinya kan. Hahaha.. Nasib baik lah ada bawak stok maggi. Kalau tak maunye tidur pun berkroek-kroek perut aku ni. Dah tu? Main internet lah pulak. Ni pukul berapa nak tidur ni. Around 2.30 pagi jugaklah baru tidur. Entah besok bangun pukul berapa lah ni ye? Maunya kesiangan...


Kos Perbelanjaan Hari ni:- KRW140,000

6 comments :

Hanis said...

Tiap kali baca blog ni mesti jeles. Wahhhh..nak pegi Korea juga. T.T

CikSengal said...

simpan duit, ada promo tiket terus beli and terus jalan.. ^^

e.l.i.z.@ said...

Kali ni ko stay sunshine sepanjang duk korea...aku pun dh berjaya booked sunshine, 2malam rm255 rasanya lupa plak...tp nape ko kata mcm ko byr kt situ je? Ko booked mcmana? Bkn ke ms booked tu kita terus byr pkai credit card?

CikSengal said...

owhh.. diorang dah upgrade website ekk?? aku tak penah bayar online.. sampai sana baru aku bayor..

Anonymous said...

nak join trip..

CikSengal said...

sanggup ke nak ikut cara kami? :P