Monday, April 1, 2013

Miyagi Guesthouse, Sendai

Kat Sendai. Kami stay kat sini untuk satu malam. Namanya Miyagi Guesthouse. Kami sampai Sendai dah malam dah. Tak ada lah malam mana pun baru pukul 6 lebih je sebenarnya tapi disebabkan winter time, dah malam sangat dah rasanya. Merangkak jugak lah nak mencari tempat ni walaupun lokasinya tak jauh mana dari Sendai Station. Jalan kaki dalam 15 minit je.

Mengikut maklumat yang diberi oleh tuan punya guesthouse, jalan je ikut penunjuk peta yang diberi dan berhenti bila nampak "Pink Car". Katanya guesthouse ni agak tersorok sikit. So indicatornya ialah Pink Car ni tadi. Now, now. What is this Pink Car? Kedai? Restaurant? Kedai aksesori kereta? Ataupun memang kereta warna pink? Ah gasaklah! Kita cari je lah Pink Car tu sampai jumpa.

Last sekali memang jumpa! And it was a pink car indeed. Kereta warna pink! Beetle pulak tu. Jumpa, dan terus belok ke kiri masuk ke lorong kecik. Sampai lah sudah ke Miyagi Guesthouse.

Pintu Masuk..


Kaunter..

The owner, LANGSUNG TAK PANDAI CAKAP ENGLISH. Kami berkomunikasi pakai bahasa isyarat dan kalkulator. Hahahaha.. Kami ambil bilik berempat. Sumbat semua orang dalam satu bilik. Harga satu malam? JPY6000. Untuk 4 orang. Paling murah setakat ni!! 

Our room next to common room..

Ja-jaaann~!! Tidur atas lantai lagi..

Bilik kami ni agak strategik jugak lah. Berdepan dengan toilet and shower, sebelah common room dan depan common room ialah dapur. 

Dapur..

Boleh masak-masak..

Sinki & washing machine..

Toilet with bidet uols!

Shower dia terbaekk..

Besoknya, dah siang baru ambik gambar kat luar. The owner pun gigih ambik gambar kami buat kenang-kenangan. Dah jalan keluar, nampaklah jelas dan nyata "pink car" tu. Memang pink sangat.

Outside..

Pink Car!

Overall, nice lah. Owner ala-ala shy-shy cat sebab walaupun tak pandai cakap English, dia sangat friendly. Senyum je. Stay kat sini pun ok jugak. Untuk tidur dan mandi-mandi je kan. Nothing much to complain. 

Nak ke sini? Ikut je peta kat bawah ni. Jalaaaaaaaaaaaan je straight dari Sendai Station tu, cross a few roads sampai lah jumpa pink car. Hehehe..

Peta..

So kesimpulannya, tempat ni boleh lah jadi salah satu option untuk bermalam kalau tiba-tiba terdatang Sendai kan. ^___^

Related Posts:

  • K's House, Hiroshima Moh sambung update pasal hostel/backpackers yang ada kat Jepang ni. Sempena menjejakkan kaki kat Hiroshima ni (tak ingat lah pulak aku hari ke berapa aku meronggeng kat Jepun ni), kami memilih untuk tinggal kat K's House. K… Read More
  • Visa ke Jepun *Mulai 1 Julai 2013, tak perlu pakai Visa dah kalau nak pergi Jepun. Tapi dengan syarat pasport tu dibuat selepas Februari 2010. Yang Kalau jenis pasport lama macam aku ni, alamatnye memang kena buat visa lah sampai ler aku… Read More
  • Konnichiwa Japan! ~ Day 9: Osaka Castle, Den Den Town, Kuromon Market, Minami Namba Sunday, 27th January 2013 Pejam celik, pejam celik, dah sembilan hari dah kami kat bumi Jepun ni. Tinggal hari ni saja nak merewang sampai pengsan sebab besok dah nak balik Malaysia dah. Rasa sedih plus excited. Sedih se… Read More
  • Hotel Toyo, Osaka Ini lah tempat tidur kami untuk satu malam di Osaka. Namanya Hotel Toyo. Nama je hotel, tapi sebenarnya taraf-taraf hostel backpackers je ni. Kami memilih untuk tidur kat sini sebab harganya murah kalau nak compare dengan t… Read More
  • Konnichiwa Japan! ~ Day 5: Shinjuku, Roppongi, Nippon Budokan & Fujikawaguchiko Wednesday, 23rd January 2013 Day 5. Dah half way dah pun trip kami ni! Walaupun dah separuh jalan, perjalanan kami ni masih jauh sebenarnya. Masih banyak lagi tempat yang kami nak pergi. Entah sempat entah tak. Masa buat… Read More