Tuesday, 1st May 2012
Knobs Flat --> Milford Sound --> Te Anau --> Kingston
Sambung karangan! Entah bila nak habis cerita jalan-jalan NZ ni. Baru day-6. Ada sampai day-13 nak cover! Wawawawa..
Oklah, kisah di hari ke-6 ni bermula dengan aku yang beku kat dalam campervan. Ni spesis hapa sejuknya ni aku pun tak tau. Sakit segala sendi-sendi. Entah minus berapa lah suhu malam tadi. Bila keluar je dari van, memang terbangak lah kami dibuatnya. Satu van diselaputi frost. Tebal pulak tu. Ya ampun! Kami tidur dalam peti ais rupanya! That's it. Lepas ni takmo tidur kat non-power site! Lantak lah kena bayar lebih sekali pun. Aku dah tak tahaaaannnnn...
Dinner!!
Agak lama jugak lah kami melepak kat dapur ni sebab panas dan selesa. Lagi pulak nak menunggu mesin basuh siap memproses. Agak-agak rasa dah mengantuk tu baru lah bergerak balik ke van. Buat apa-apa yang patut dan seterusnya zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz...
Keseluruhan perbelanjaan hari ini (seorang):-
Minyak Petrol = NZD12.50
Kingston Campsite Fee = NZD16.00
Laundry = NZD3.00
Total: NZD31.50
Knobs Flat --> Milford Sound --> Te Anau --> Kingston
Sambung karangan! Entah bila nak habis cerita jalan-jalan NZ ni. Baru day-6. Ada sampai day-13 nak cover! Wawawawa..
Oklah, kisah di hari ke-6 ni bermula dengan aku yang beku kat dalam campervan. Ni spesis hapa sejuknya ni aku pun tak tau. Sakit segala sendi-sendi. Entah minus berapa lah suhu malam tadi. Bila keluar je dari van, memang terbangak lah kami dibuatnya. Satu van diselaputi frost. Tebal pulak tu. Ya ampun! Kami tidur dalam peti ais rupanya! That's it. Lepas ni takmo tidur kat non-power site! Lantak lah kena bayar lebih sekali pun. Aku dah tak tahaaaannnnn...
Frost..
Tapi marah-marah sebab sejuk pun, sekejap je sebab mata kepala ni dah disajikan dengan pemandangan yang cun malatop punya lah. Subhanallah.. Terkesima aku memandang sekeliling. Cantiknya. Berlatarbelakangkan gunung yang dilitupi salji. Uwaaaauuu.. Sengih meleret aku dibuatnya.
Gunung bersalji..
Lepas nganga mulut tengok gunung, kami breakfast ala kadar kat dapur Knobs Flat ni. Ala-ala je lah. Makan jemput-jemput yang dah digoreng malam tadi. Sejuk pun bantai je lah. Janji perut ni diisi. Nak jalan jauh lepas ni. Jauh sangat lah kan. Lepas say bye bye dengan pakcik Waldo, kami pun memulakan perjalanan.
Ke mana? Ke Milford Sound. Weeeehhuuuu.. Banyak lah aku punya weehuu kan. Padahal tak tau pun Milford Sound tu hapa. Apa yang ada kat sana, dan apa aktiviti yang boleh dibuat kat sana. Yang aku tau, kita akan pergi naik cruise! Ignorant sangat lah aku ni kan tak buat searching apa-apa pun pasal Milford Sound ni. Menonong je ikut. Tapi dalam perjalanan tu sempat lah jugak aku mengorek info dari kakak-kakak ni. At least, aku prepared lah jugak. Takde lah nak terkezutt mak yeh bila dah sampai sana.
Oii seram tak??
Perjalanan ke sana amat-amat lah menarik. Especially bila nak kena lalu satu tunnel ni. Punyalah sempit tunnel ni, bila berselisih dengan bas atau dengan lori, kami terpaksa berhenti sekejap kat tepi. Seram jangan cakap lah. Nasib baik bukan aku yang drive. Kalau aku yang drive mau aku turun kat situ jugak mintak ganti. Eii.. Sepanjang perjalanan dalam tunnel tu, aku diam je. Takut kekdahnye. Kekekek..
Yang aku jumpa kat Youtube..
Selepas lebih kurang satu jam perjalanan dari Knobs Flat, tibalah kami kat Milford Sound ni. Agak kekonpiusan jugak lah sebab tak tau nak menghala ke mana. Alih-alih jumpa carpark. Makanya, kami pun paham-paham sendiri untuk parking kat sini. Dah tu kena lah jalan sikit untuk pergi ke jeti naik cruise.
Exercise!!
Dah sampai kat bangunan perlepasan (untuk naik cruise) kami terus ke kaunter JUCY. First day haritu, masa kami sewa JUCY ni dapat diskaun untuk masuk ke Milford Sound ni. Jadinya kami pergi untuk redeem lah. Selain dari kaunter JUCY, ada jugak kaunter-kaunter company campervan yang lain.
Ambik tiket!!
Dah dapat tiket, kami lepak-lepak sebentar kat area menunggu. Ada masa lagi sebelum waktu naik ke cruise. Sementara menunggu tu, kami bertembung dengan satu family dari Malaysia. Naik JUCY cruise jugak. Sempat lah borak-borak. Nampak best je jalan-jalan satu family ni kan. Bila lah family aku nak jalan-jalan macam ni. Nak tunggu semua orang free. Hurmm kirim salam je lah.
Tempat menunggu..
Pintu ke jeti..
Tiket.. Free Muffin uolss!!
Our cruise..
Then it's time to hop on the cruise! Cuaca hari tu agak sejuk jugak lah. Menyumpah-nyumpah lah aku ni sebab takde baju tebal kan. Yang lain gigih berwinter coat bagai, bermuffler, bersnowcap bagai. Aku? Nan hado je. Apa yang ada je ni. Memang sengsara. Nak menikmati keindahan alam sekitar kat luar cruise? Mintak mahap je lah. Kebanyakan masa atas cruise tu aku memilih untuk duduk diam-diam kat belah dalam. Best sikit nak lepak sebab ada heater. Lagi pulak boleh lepak-lepak makan muffin and minum coffee/tea free flow. Nyiahahahah SYIOKKK!!
Duduk diam-diam kat dalam..
Ramai dok luar.. Aku je yang terhegeh-hegeh kat dalam..
Momommm!!
Sambil lepak sambil belajar geografi..
Sekali sekala tu aku keluar lah jugak. Ambik gambar sekeping dua. Kalau tak rugi je naik cruise mahal-mahal ni. Tapi nak menahan sejuk tu, ya ampun. Memang tabah sungguh hati aku masa ni.
Nenong nenong..
Nak ke mana kita bang?
Sepanjang perjalanan, ada guide yang memberi penerangan tentang satu-satu sudut, lekuk, bukit, air terjun yang ada kat Milford Sound ni. Aku ni sekadar dengar tak dengar je. Beku telinga aku nak dengar betul-betul. Jadinya, tak berapa nak paham sangat lah. Yang aku dapat tangkap, kalau kita bernasib baik kita akan jumpa dolphin dan anjing laut. Wah! Menarik tu.
Aku dipahamkan, ada banyak air terjun kat sini. Tapi air terjun ni bukan senang nak nampak. Kalau musim hujan memang cerah peluang nak tengok air terjun ni. Kalau tak memang lah takde rezeki gitu. Kebetulan, malam tadi hujan. Hari ni nampak banyak air terjun.
Yang sempat disnap..
Lagi satu..
Time aku kat bahagian luar cruise ni lah, dia sebok nak menghimpit ke air terjun. Apa lagi, konon macho lah tu duduk dekat-dekat dengan percikan air terjun tu. Posing sakan. Tapi tak lama mana pun, sekadar dua tiga snap lepas tu bertempiaran aku lari. Kalau lama sikit, harus dah basah lencun. Tak sanggup mak!
Cruise ni bergerak sampai nak ke laut jugak lah. Tapi tak masuk laut. Dah tu patah balik. Takde rezeki nak tengok dolphin katanya. Tapi.... jeng jeng jeng..
Tomeiiii takkk??
Ada anjing laut! Ya ampun comel banget!! Bulat-bulat gebu-gebu gitu duduk lepak-lepak sunbathing atas batu. Semua orang atas cruise dah menghasilkan bunyi yang macam-macam. Awww.. Uuuu.. Eiiii.. Ada empat ekor semuanya dok lepak-lepak. Lepas tu dia gerak-gerak. Serius macam ulat sampah aku tengok dia mengeriut-ngeriut gerak. Tapi ni versi giant. Hahahahhaa..
Lebih kurang dua jam jugak lah kami mengcruise. Seronok jugak lah. Tempat ni memang cantik pun. Bagi sesiapa yang memang menghargai alam sekitar, suka kan nature memang akan enjoy habis-habisan. Aku pun enjoy jugak cuma tahap keenjoyan tu tak tinggi mana sebab tak tahan sejuk!
Last snap sebelum meninggalkan Milford Sound..
Oraito! To our next destination. Kami akan bergerak menuju ke Queenstown. Tapi dah pukul 12 tengahari ni, tak mungkin lah kot kami akan sampai kat Queenstown sementara matahari masih ada. Kalau tak sempat, alamatnya kami berkampung lah kat mana-mana dulu. Besok pagi baru gerak ke Queenstown.
On the way balik tu kami sempat skodeng a few places lah. Mula-mula skodeng Deer Flat. Alah, tempat yang kami kononnya nak bermalam malam tadi tu. Yang seram macam hapa tu. Kekeke.. Masuk lah kami ke sana. Memang cantik tempat ni. Ada kawasan yang luas untuk mengkampungkan van kat sini. Ada anak sungai lagi. Cuma tu lah kan, tak ada facilities. Malam-malam gelap gulita. Siang macam ni oklah jugak. Dapatlah memposing seketul dua kat sini.
Sekitar Deer Flat..
Cuba bayangkan waktu malam kami je kat sini.. HUWARRGGHH!!
Perasan retis..
Next, kami singgah kat Mirror Lakes. Kenapa namanya Mirror Lakes? Sebab macam cermin gitu dowhh tasiknya. Kalau pandai cari sudut bergambar, memang macam cermin. Ramai jugak manusia kat tempat ni. Dah macam-macam pesen masing-masing gayakan untuk mengambil gambar. Tapi sayang, tasik tak tenang. Angin kuat, jadinya banyak ripples kat air. Tak nampak mirror sangat lah.
Moh pegi!
Bergerak lah kami pergi. Tapi on the way nak naik atas tu K Awa dan Nott tetiba menghilangkan diri kat celah-celah semak. Lah nak ke mana pulak lah tu. Aku dan K Abid malas nak ikut, makanya kami terus bergerak ke van. Tak lama tu muncul lah mereka berdua ni. Tersengih-sengih. Mana taknya, berjaya dapat snap gambar yang santekk..
Huhuhuhu.. Santek tak?
Puas hati! Dapat jugak gambar Mirror Lake ni. Dah tu kami gerak lagi. Tadi on the way pergi, aku dah nampak satu kawasan yang agak luas dengan rumput yang menguning. Aku cakap, kalau posing maut jadi Simba best jugak kat sini. So, on the way balik ni singgah lah sekejap. Hambik kau. Nak sangat jadi Simba kan.
Simba layan blues..
Pemandangan kat belakang..
Kami sampai Te Anau lebih kurang pukul 3.30 petang. Berhenti solat dan freshen up sekejap sebelum meneruskan perjalanan. Nott sempat jugak merewang-rewang sekitar Te Anau. Katanya ada satu kedai souvenir tu, tuannya orang Sabah. Wahwahwah.. Jauhnya dia meniaga. Dah menetap kat sini, kahwin dengan orang sini kot kan.
Sebelum bergerak ke destinasi seterusnya, kami isi petrol dulu. Sementara nampak stesen minyak kan. Kita tak tau lagi stesen minyak seterusnya kat mana. Seram jugak kalau tangki kosong nanti. Kat stesen minyak tu, kami nampak kedai kebab halal. Tapi malangnya tutup lah pulak. Takde rezeki nak makan kebab.
Hari dah nak gelap. Kami mengambil keputusan untuk bermalam di Kingston. Pekan tecit je. Dah tu ada satu je tempat untuk berkampung. Tuan tempat tu excited nampak kami. Pandai dia teka kami dari Malaysia. Dia kata ada jugak Malaysian yang datang berkampung kat sini. Tapi tak ramai.
N: Knobs Flat, O: Milford Sound, P: Kingston.. 295.4km..
Berkampung dan charging..
It's a power-campsite! Tak sanggup dah laa aku duduk kat tempat tak ada letrik. Menangis nak menahan sejuk tu. Dah dapat tempat plug ni, dengan pantasnya aku on kan heater. Nyaman sungguh..
Duduk rapat-rapat..
Seperti campsite-campsite yang lain, tempat ni ada dapur, ada toilet, ada tv room, ada computer room, ada laundry. Buat lah apa-apa yang patut. Baju kotor ada sebeban nak dibasuh. Selamat lah hantar ke laundry. Dah tu, skodeng lah kami ambil gambar bagai kan.
Computers..
Kami selamba kodok solat dalam TV room. Bajet tak ada orang lah kan. Ngam-ngam aku habis solat, ada seorang makcik ni masuk ke dalam. Dia bersungguh-sungguh kata sorry-sorry. Aku senyum je kata it's ok. Masuk lah dia ke dalam dan lepak-lepak. Entah macam mana, tetiba aku boleh pulak berborak dengan makcik ni.
TV room..
Makcik ni datang dengan kawan dia dari North Island. Dia kata kat North Island tak ada tempat-tempat cantik gunung-ganang macam ni. Dia suka jalan-jalan kat South Island ni. Boleh dikatakan tiap-tiap tahun dia turun ke sini bawak campervan dari utara. Gigih betul makcik ni. Dia kata dah takde nak buat apa. Suami dah tak ada, anak semua dah besar-besar lepas tu duduk jauh-jauh. Ada anak dia seorang dah terlepas duduk kat Seoul. Sangkut dengan orang sana katanya. Kihkihkih.. Aku cakap lah aku pernah sampai Seoul. Dia terus excited tanya macam-macam sebab tak pernah sampai Korea lagi. Satu aje aku cakap. "You should go there. It's a nice place". Sengih je makcik tu.
Then it's time for dinner! Dinner kami simple je malam tu. Spagetti and sauce, brussels sprout rebus dan salmon goreng. Sedap ko!
Dapur..
Ada TV
Sesi charging mencharging..
Dinner!!
Agak lama jugak lah kami melepak kat dapur ni sebab panas dan selesa. Lagi pulak nak menunggu mesin basuh siap memproses. Agak-agak rasa dah mengantuk tu baru lah bergerak balik ke van. Buat apa-apa yang patut dan seterusnya zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz...
Keseluruhan perbelanjaan hari ini (seorang):-
Minyak Petrol = NZD12.50
Kingston Campsite Fee = NZD16.00
Laundry = NZD3.00
Total: NZD31.50
0 comments :
Post a Comment