Friday, April 5, 2013

K's House, Hiroshima

Moh sambung update pasal hostel/backpackers yang ada kat Jepang ni. Sempena menjejakkan kaki kat Hiroshima ni (tak ingat lah pulak aku hari ke berapa aku meronggeng kat Jepun ni), kami memilih untuk tinggal kat K's House. Kenapa K's House? Sebab bila time booking tu, tanya banyak-banyak hostel, hostel ni yang bagi respon dulu. Hehehehe..

K's House ni sebenarnya tak berapa jauh dari Hiroshima Station. Boleh jalan kaki. Kalau tak larat jalan kaki, boleh naik tram. Tapi kami ni kedukuttt taik hidung masin kan. Selagi boleh berjimat, kami jimat. Gasaklah jalan kaki 15 minit pikul beg 10kg. Aku kan terer. Hahaha..

Jalan kaki ikut anak panah..


Oklah, kisahnya bila dah ikut laluan yang dimaksudkan, dari jauh boleh nampak signage K's House ni. Tak kan sesat lah. 

Signage..

Dari depan..

Kami sampai pagi, entah boleh check in entah tak. Cuba try test je lah. Person in charge kat kaunter yang mengalu-alukan kedatangan kami ialah seorang lelaki separuh umur. Tak separuh sangat kot? Early to mid 40s? Sangat lah peramah ini pakcik. English dia kelesss kau. Jadi tak kan ada masalah komunikasi kat sini. Lagi pulak, ramai kokesen mata biru berlegar-legar. Cuci mata iols. :P

Kaunter..

Not bad jugak lah tempat ni. Kemas dan teratur. Yang penting bersih. Aishh.. Dah mula dah angan-angan aku nak bukak backpackers ni. Cita-cita tu. Kalau ada duit, ada modal, aku nak bukak jugak backpackers. Kat KK ke. Kat JB ke. Bestnya bila berangan. Tapi modalnye hampeh tarak..

Komputer..

Info tentang Hiroshima..

Kami check in bilik berempat. Harga satu malam, satu kepala ialah JPY2700. Belasah je lah kan. Janji dapat tidur. Kalau tak, ada yang naik nobi-nobi malam ni. Hehehe.. Kebetulan, bilik kami memang kosong cuma belum dikemas lagi. Pakcik tadi cakap "You sit and wait first, I go up and clean.." Terbaik lah pakcik. Duduk lah kami menonong kat ruang yang disediakan tu..

Bilik kami tingkat 3. No worries. Ada lif! Bagus sungguh. Boleh bermalas-malasan heret beg. Tak larat dah nak pikul.

Lif..

Our room..

Meh bukak..

Tadaaaaa..

Luas jugak bilik ni. Japanese traditional room gitu. Memang selesa sangat. Kat dalam ni ada meja, ada tv, dan ada satu gobok beso. Dalam gobok tu ada futon, tilam jerami bagai. Ada ke tilam jerami? Hahaha.. So, the bed, DIY lah jawabnye kan. Mula-mula tu gabra jugak lah. Banyak nau item yang ada. Ni mana dulu, mana kendian lah ni. Tapi, jangan risau, ada disediakan instruction macam mana nak setup tilam ni.  

Ambik kau!!

Cara mengsetup...

TV..

Ok. Dah settle pasal bilik, kita skodeng bilik air pulak. Bilik air letaknya kat luar bilik. Sinki kat tempat lain, toilet kat tempat lain, shower kat tempat lain. Kenalah gigihkan diri berjalan dari satu tempat ke tempat yang lain. Tak jauh mana pun sebenarnya. 

Sinki.. Got hairdryer..

BIDET~!! I Loikeeee..

Shower.. Best gilak..

Selain lif, ada disediakan tangga jugak lah untuk naik turun. Kalau rasa malas nak naik lif lah kan. Boleh naik tangga. Exercise sikit.

Tangga..

Dah skodeng tingkat atas, meh skodeng tingkat bawah pulak. Kita tengok common room dan dapur dia, best ke tak. Best jugak lah. Common room dia cozy. Comel pun ye. Ada sofa (sofa ke tu) untuk lepak-lepak, ada meja makan. Nice..

Common room..

Meja makan..

Kat hujung, ada laundry room. Nak basuh baju senang lah. Tapi aku tak ingat lah pulak kena bayar ke tak. Nanti aku tanya kengkawan. Rasanya bayar kot. Tapi, entah ye.

Laundry room..

Washing machine and dryer..

Sebelah laundry room ialah kitchen! Kitchen dia kemas dan teratur. Sukanya aku tengok. Bersih je tempat ni. Wahhh.. Semakin menggila cita-cita aku ni. 

Dapur..

Microwave and oven and fridge..

Sinki..

Nice. Nice. Kalau aku datang Hiroshima lagi, aku akan duduk kat sini lagi kot. Hehehehe.. So? Boleh sangat-sangat lah kan duduk sini? Puas hati..

For more info, go to K's House Hiroshima.

0 comments :