Friday, April 26, 2013

TransJava ~ Prologue

Kerja banyak, tapi ada hati nak berjalan. Ni lah jadinya. Besok nak meroyan TransJava. Sekarang aku tengah tergolek-golek kat lantai LCCT buat kerja. Terpaksa!
The Infosys thingy..

Oklah, relaks sekejap dari buat kerja, meh membebel pasal trip aku kali ni. TransJava katanya. Kenapa TransJava? Aku pun tak tau kenapa tapi maybe sebab kita akan menjelajah Pulau Jawa dari hujung ke hujung gitu? Lebih kurang lah kan. Ekceli bukan dari hujung ke hujung pun, Dari major city ke major city yang lain lah gitu.



So, trip ni akan bermula di Surabaya. Ada 6 orang semuanya yang akan menyertai rombongan ni. Antara 6 tu cuma K Awa seorang je yang aku kenal. Sebab dia geng backpack aku. Yang lain-lain tu jumpa di Facebook. Nanti besok lah nak depart nanti baru kenal sorang demi sorang. Macam seram jugak aku ni sebab pertama kali nak berjalan-jalan dengan orang yang aku tak kenal. Boleh masuk kah? Satu kepala kah kami ni? Jenis tak kisah kah? Tak boleh nak bayangkan lagi macam mana. Wait n see je lah besok.

So, Aku, K Rin, dan Razat akan menaiki flight yang sama dari KL ni. Zati pulak sendirian. Flight awal pagi. K Awa dan K Ayu - schoolmate K Awa akan bertolak dari JB. Dari Surabaya kami akan ke Bromo, Malang dan seterusnya balik semula ke Surabaya. Dah sampai Surabaya nanti, 3 orang akan balik semula ke Malaysia, dan 3 orang lagi iaitu aku, K Awa dan K Ayu akan meneruskan perjalanan semberono suka hati mak bapak korang ke Solo, Jogja, Wonosobo, Bandung dan Jakarta sebelum balik semula ke Malaysia.

Tinggi kan cita-cita kami bertiga ni? Pertama kali ni nak buat kerja-kerja macam ni. I mean, kat Indonesia lah. Dah pernah buat jalan-jalan jauh macam ni masa pergi Jepun hari tu. Tapi tu tak banyak sangat masalah sebab transportation sangat convenient. Yang kat Indonesia ni entah macam mana lah caranya. Cerita pasal Jepun, bila lah aku nak update entry kan? Urggghhh!!!

Apa-apa pun, tarik nafas, berusaha dengan gigih dan the rest kita serahkan pada Allah. Semoga perjalanan kami semua dipermudahkan. InsyaAllah amin!



Udah ler.. Meh lah bobok sekejap. Lalok pulak....

0 comments :