Tuesday, April 9, 2013

Spring Waltz di Bumi Korea ~ Day 3: Kona Beans, TimeOut, Myeongdong & Olympic Park

Oii bilalah nak habis edisi Spring ni. Malas betul aku nak mengarang.. T___T

Sunday, 27th May 2012

Hari ni, hari merelakskan diri sedonia gitu. Malas nak berjalan sangat, malas nak memenatkan diri. Makanya, hari ni kita santai je lah ye. Ke mana kita? Kita lepak-lepak minum kopi gitu. Do it the Seoulites way. Iyolah tu kan.

Kita pergi minum kopi kat Kona Beans! Marilah menjenguk mak-mak mertua gitu. Gila perasan ada mak mertua Korea khenn? Gasak korang lah. Yang penting kita singgah tengok Kona Beans yang satu ni. Orang semua dok cerita. Errmm.. Orang-orang yang minat bebudak SuJu tu lah. Sebok memasing dapat jumpa mak budak-budak ni kan. Orang kata kalau tak jumpa orangnya, jumpa maknya pun takpe. Tak jumpa maknya, jumpa kedai maknya pun dah ok. Gitu lah kekdahnya.

Kona Beans!


Baru pukul berapa gitu, tapi dah penuh sesak. Kemain sangat lah. Semua nak jumpa mak mertua ke? Sabo je lah aku. Aku duduk relaks-relaks je kat luar. Aku ni gitu-gitu je lah. Takde lah excited mana. Kalau excited sangat pun, aku simpan je dalam hati. Takdenya aku nak terkinja-kinja terlompat-lompat terjerit-jerit. Kenalah menjaga tatasusila gitu kan. Lagi pulak yang ramai-ramai dok menebeng kat situ semuanya budak bawah umur. Tak masuk korum lah kan.

Makanya, marilah kita beratur. Kalau tak beratur memang lah lambat nak order. Queue punya lah panjang. Ni zaman bila baru boleh minum kopi kalau macam ni.

Ramai sangat..

After 30 mins, dapat lah minum kopi. Entah kopi apa entah yang aku order ni. Janji yang paling murah. Hahaha.. Mahal koooo kopi dia. Kopi H&G lagi murah. Lepas ni kita pergi minum kopi H&G je lah. 

Mari order..

Apo laa ni aku order..

Dah dapat kopi, meh skodeng keliling. Meriah jugaklah. Interior dia nice. Cozy gitu. Kalau tak ramai orang lah. Ni ramai orang ni, sesak jugak aku rasa. 

Tu anak-anaknye.. Maknye mana?

Eeeeppp..

Kat Kona Beans ni ada toilet. With bidet lagi. Suka sangat aku ni. Senang nak tinggalkan tanda. Hahahaha.. 

Jaga-jaga Kyu tengok..

Tak lama tu, salah sorang mak sampai. Mak si Teuk itik tu. Adoihlah, semakin ramai meluru masuk nak tengok mak Teuk. Gila kau, dah jadi macam retis dah mak Teuk ni. Sebelum aku kene penyet kena himpit, baik aku keluar dulu. Kami blah dulu lah ye makcik ye. Ada rezeki nanti jumpa lagi. Poyosss..

Macam mana nak ke Kona Beans? Tengok clip bawah ni.



Lepas ni nak ke mana pulak? Lepas minum kopi kita terjah kedai aiskrim pulak lah ye? Kedai aiskrim siapa? Kedai aiskrim budak senget sorang tu. Budak senget yang bernama Micky Yoochun.

Kisahnya lah kan, sengal tak cari maklumat pasal kedai ni. Clue yang ada, dekat dengan stesen Apgujeong. Adehh.. Ceruk tuk kun mana ko nak cari. Apgujeong ni dah lah besau. Nak start kat mana pun tak tau. Kita jalan je lah. Dah agak-agak sesat kita berhenti.

Time berhenti mencari arah tu, tiba-tiba ada van hitam besor (yang selalu artis-artis Korea pakai tu) berhenti kat sebelah kami. OK kami terkejut. Berhenti sebab traffic light merah kat depan. Hahahaha.. Mula lah kepala kami terjenguk-jenguk, ada artis kah kat dalam tu. Sekali tingkap diturunkan. OHMAEE!! SASPEN!! Semua orang dah keras kejung. Siapa tu? Korang teka siapa? Jeng jeng jeng..

Entah siapa entah. Manager siapa, stylist siapa, kami tak kenal. Hahahahahhaha.. Dia turunkan tingkap, pandang kami and said "HELLOOO" dengan cerianya. Uiksss?? Terbangak kami. Bila van dah bergerak baru lah kami kembali ke dunia nyata. Terus melekek tak hengat kat situ.

Yang kelakornya, masa kami lintas jalan, van tu ikut kami! Ah sudah. Mula lah aku ni perasan gila. Yang tak puas hati tu, siapa lah tuan punya van tu kan. Ada ke orangnya dalam van tu? Curious ni. Tapi last-last dia belok tang lain sebab jalan yang kami lalu, van tak boleh masuk. Betul lah bengong. Kalau retis tu keluar van sedap jugak kami nak mengskodeng.

Jalan punya jalan, jumpa lah jugak kedai si micky mouse ni. Adehh..


Ini dia..

Kedai eskrem ni tak ada lah besor mana. Comel je. Tapi ramai jugak lah orang kat dalam tu. Kami masuk duduk kejap lepak-lepak menghilangkan penat. Aku tepek gambo je lah ye. Malas nak explain pepanjang..


Menu..


Gambo dia..


Kaunter aiskrim..


Ohmaeeee~!!

Lepak-lepak sini..

Budak senget..

*Malangnya Timeout ni dah tutup pada 24 April 2013. Tengok kat sini. T___T

Hokkay!! Time to go. Tak tau nak ke mana, kami buat operasi menjelajah Myeongdong untuk kali yang entah ke berapa ni. Jalan je lah. Mana tau ada benda yang menarik kan. Sempat lah melantak egg bread. Hulalalalala sedap banget..

WhyStyle di siang hari..

Egg Bread yang sedap!!

Next? Ronggeng time. Tak payah cerita lah kan. 

Ronggeng sama budak ini..

Kat sini..

Malam masih awal. Tapi kami dah balik ke hostel sebab ada di antara kami yang balik ke Malaysia malam ni. Nak siapkan final packing gitu.

Dah siap. Memang ringkas entri kali ni. Tak ada idea nak mengarang.. T________T

0 comments :