Monday, December 31, 2012

Desa Cattle Farm

Another edisi jalan-jalan with the siblings. Hari tu jalan-jalan Pulau Sapi dengan adik bongsu kesayangan. Kali ni ditambah dengan lagi seorang. Abang kepada adik bongsu tu. Dengan erti kata lain, adik aku jugak lah tu. Hehehehe..

So kami tiga beradik pergi jalan-jalan ke Kundasang. Boring betul. Kundasang lagi. Berapa banyak kali daaa nak pergi kan. Diorang ni pun dah dua kali dah pergi Kundasang ni. Cuma ada lah certain tempat tu diorang belum sampai lagi. Makanya aku plan nak bawak ke sana lah. Ke mana? Tengok lembu. Hehehe..

Yeps. It's Desa Cattle Farm. Nun kat kaki gunung Kinabalu. Siapa yang dah pernah pergi tu, bila first time pergi mesti rasa teruja seronok tak terkata kan? Rasa macam ala-ala kat overseas. Kat New Zealand gitu konon-kononnya. Kalau aku ni, huhhh.. Lembu-lembu kat situ pun dah boring tengok muka aku.

On the way..

On the way nak ke Kundasang, kami singgah sekejap lah kat lapangan tepi jalan tu. Nak tengok Gunung Kinabalu kekdahnya. Tapi hampeh. Awan banyak. Tak nampak mana pun. Sekejap ada sekejap tak ada macam chipsmore. Bengkek je si Bibik. 

Dah ada kedai kat sini..

Gunung oiii.. Menjelma lah kau!

Iols maluuuuu!!

Well, masih awal pagi. Jadi tak banyak kereta yang naik ke Mesilau ni. Area Desa Cattle Farm lah. Tenang je nak masuk. Berhenti sekejap tepi jalan, nak beli tiket masuk kami di'join' oleh konvoi motor yang entah berapa banyak tak terkira banyaknya. Walahhh.. Ni rombongan Cik Kiah mana ni. Budak-budak muda. Bawak motor ramai-ramai. Angkut aweks kat belakang. Hurmmm.. I sense aktiviti yang tak sihat ni. Hahahaha..

Beli tiket..

Harga tiket pun dah naik. Dulu RM3 je. Sekarang dah RM4. Kemain ko ye Desa Cattle Farm. Tengok lembu je pun. Huhuhuhu.. Kat sini cuaca memang dah sendu. Awan tebal. Kat area gunung kan. Suasana ala-ala mistik je. Seram pun ada. Budak dua orang ni dah macam orang kejakunan tengok keadaan sekeliling. Ye lah. Dah lama tak jumpa tempat-tempat macam ni. The brother siap cakap wargghhh ladang dia macam kat UK. Ahahahahhaa.. Yes. Teringat zaman dulu-dulu time sekolah join school trip pergi farm. Belajar tentang haiwan ternakan. Aku ingat lagi, kena masuk kat kandang babi. Cisss.. Tapi babi tu jauh ler. Bukan within reach pun. Cuma yang buat aku terkedu gila bila tengok saiz babi tu sama besar dengan lembu. Gila seram!

Misteri Nusantara..

Bibik yang tak sabo nak tengok lembu..

Masuk lah kami. Mata dah meliar cari lembu. Manalah lembu-lembu ni lepak. Tak nampak lah pulak. Kabus pulak semakin tebal. Dah semakin hampir ke kandang, baru lah nampak lembu-lembu ni bersantai. Wah wah wah.. Kemain korang ye. Bahagia sungguh baring-baring lepak-lepak macam tu. Kalau aku jadi lembu pun aku suka. Suasana tenang, udara nyaman some more. Hehehehe..

I see lembu!

Lembu ngorokzz..

Berhenti lah kejap kat tepi jalan untuk mengskodeng lembu-lembu ni dengan lebih dekat. Orang belum ramai. Jadi, ladang tu kami yang punya! Hehehehe.. Tapi sekejap je lah berangan. Tiba-tiba ramai pulak yang sampai. Tak lama tu mula penuh kawasan ladang tu. Huhuhuh.. Tak bestnya.

Spot the difference..

Mooooooooo..

Bila dah ramai tu, kami pun gerak lah. Masuk ke dalam bangunan. Skodeng apa-apa yang patut. Kalau datang waktu petang boleh tengok lembu kena perah susu. Kalau dah sampai pagi macam ni tak adanya lah nak tengok aktiviti pemerahan tu. Aku dah pernah tengok sekali. Gigih betul lembu-lembu ni berlari-lari ke arah mesin untuk diperah. Dah berat sangat kot. Hahahahha.. Kalau nak beli susu segar pun ada dijual kat sini. Perisa coklat pun ada. Sedap jugak lah.

Kabus tebal..

Kilang..

Dah tu kami ke calf pen. Jenguk anak-anak lembu. Alahai tomei-tomei na. Kat sini, boleh bagi anak-anak lembu ni dan jugak anak-anak kambing ni makan atau minum susu. Bila disua rumput dan botol susu, masing-masing berebut-rebut. Ganas betul mereka-mereka ni. 

Mak lembu bagi nenen..

Kamben oh kamben!

In the other pen..

Terhuyung hayang aku dibuatnya bila bagi makan rumput ke kamben-kamben ni. Tak cukup dengan rumput. Bila aku pusing, dia terus baham baju aku. Adoiyaaaaii kamben. Baju aku ni bukannya rumput. Sampai hati kau..

Baju aku.. sobs..

Dah! Habis dah. Kebetulan hujan pun mula turun. Apa lagi. Balik ler kami menuju ke destinasi yang seterusnya.

2 comments :

izza said...

wah best2... hehe
xsabo nak pegi KK..
izza

CikSengal said...

sila.. sila..