Friday, April 13, 2012

Cerita Driving License

Semalam aku pergi ke JPJ membuat translation untuk lesen memandu aku ni. Kisahnya, untuk trip aku yang akan datang, aku berangan nak driving. Nak buat international driving permit (IDP) tak mampu. Valid pulak setahun je. Aku nak pergi mana lagi dalam tempoh setahun tu. Jadinya aku buat translation sajalah. Nak-nak negara yang aku pergi ni tak perlukan IDP, cukup sekadar translation driving license kita ke English.

So, apa yang diperlukan? Bawak fotostat IC dan lesen memandu depan dan belakang, isi borang kat JPJ, ambik nombor dan pergilah ke kaunter. Kat kaunter tu kena interview lah jugak nak buat apa dengan translation ni. Goreng lah apa-apa yang patut. :P

Dah tu, hendaklah membayar fee yang dikenakan. RM20. RM10 untuk translation dan RM10 untuk cetakan maklumat lesen dalam BM. Aku tak nak yang dalam BM punya boleh tak? Dia kata, memang sekali. Huh.. Nak tak nak bayar je lah RM20. Then, tunggu lah around 30 minit untuk diproses.

Setelah siap, macam ni lah rupa dia..

Lesen Memandu versi English..

Lorrr.. Surat biasa je rupa dia. Macam mahal lah pulak RM10 tu. Template dah ada, tinggal nak isi info je. Lambang kepala surat dan cop JPJ tu yang mahal kot. Huhuhuhu..

Wokeh! Dah boleh dah memandu kat negara orang. Geng-geng yang lain pun dah buat jugak translation ni. Tapi dengan membayar RM10 saja ye. Saya? Hishhh. Grrrrrrrrrr........

2 comments :

Aliah Nuqmans said...

siyes xtau pon pasal neh.
mekaceh bg info. =)

CikSengal said...

ni pun nak pergi jalan baru tau..