Thursday, April 5, 2012

Festival Inovasi & Kreativiti UTM

Forgot to story the mory. Aku berkesempatan pergi ke Festival Inovasi dan Kreativiti UTM sempena short trip back home hari tu. Konon-kononnya nak bertenggek kat perkarangan festival tu seawal pukul 7 pagi sebab nak tengok siaran MHI secara langsung. Tapi hampeh. Katil kat rumah lagi sedap. Last-last bersiaran langsung dari depan TV je lah.


Comel je..

Tengok via TV tu, ada lah muka-muka yang dikenali. Hehehehe.. Masing-masing dah tua. Dulu-dulu perut kempis, sekarang dah maju ke depan. :P Gigih betul mereka berlumba basikal.

Aku singgah dah petang. Tu pun sebab nak meminta belas ikhsan cik Kia kita untuk tumpang dia balik KL. Dia ada pameran jabatan kat karnival ni. Aku pulak nak ke Karnival aku kat PWTC tu. Dah alang-alang dia nak balik KL, aku pun menyelit lah ikut.

Rombongan Cik Kiah..

Sementara tunggu cik Kia siap berkemas, aku pun meronda lah sekejap. Dah petang macam ni dah tak banyak aktiviti dah yang berlangsung.

Selamat datang!!

Hurmm.. Mampukah student kami buat macam ni?

E'ehhh.. Ada Mejar Faiz lah..

Ni gapo lah pulak ni?

Sekejap je aku meronda. Daripada hasil rondaan aku, aku boleh nampak lah, memang kreatif dan inovatif lah pelajar-pelajar UTM ni. Tapi, kenapa aku dulu-dulu lemau je? Hahahaha.. I have no answers for that.

So, UMS bila nak buat karnival macam ni? 

0 comments :