Thursday, September 8, 2011

Singapore Lagi!

Semalam aku masuk Singapore lagi. Yes. Buat kerja yang sama aku buat Ahad lepas. Kehkehkeh.. Kali ni masuk berdua dengan Fieza. Adalah geng nak meroyan.

Masuk Singapore pun dah pukul 2 petang. Macam nak pergi Jusco je gayanya. Lenggang kangkung mak limah je. Sama macam hari Ahad lepas, immigration smooth je. Bagus. Tak payah nak beratur lama-lama. Sebelum sampai ke tempat meroyan, kami pusing-pusing dulu area Merlion. Ambik feel. Skodeng Marina Bay Sands some more. Last time aku pergi, masih under construction. Bila lah merasa nak naik kat atas sana ye? Dah tu, berangan lah posing tak hengat kat tempat si Eric posing for Spy Myungwol. Perasaaaannn tak sudah. Hehehe..

Cak!!

Dah tu baru lah gerak ke Plaza Singapura. Hari ni penonton agak ramai. Spazzing style? Sama je macam hari tu. Focused on bias masing-masing. Lantak lah. Yang penting aku dapat meroyan lagi. Bila lah nak insaf ye? At the end, part yang sebut satu-satu negara tu, tak ada pulak budak negara-negara lain yang sorak. Tapi part Teukie sebut Malaysia je, aku dan Fieza dua orang je yang sorak macam nak runtuh panggung tu. Hahahaha.. Kemaluan iols. Bila dah habis, lampu dah on, semua orang dok pandang-pandang ke depan cari mana budak Malaysia yang meroyan tadi tu. Kihkihkih..

Then, one last round pusing kat area Merlion lagi sebab bila malam, pemandangan agak cantik. Lampu-lampu banyak and Marina Bay Sands agak lawa jugak lah bermandikan cahaya. Gitu gini dah almost 9.30pm. Berlari kami balik. Sampai JB Sentral dah dekat pukul 11pm. Alamatnya bas dah takde. Terpaksalah Fieza hantar aku balik. Hehehe..

Tengok dengan mata lagi cantik..

Apa pun, today was fun. Bila SS3 3D ni nak sampai Malaysia ye?

6 comments :

Wawa Tasliman said...

Best jalan-jalan kat Marina Bay. tapi singa tu masih ada lagi ke? tuhari wawa pergi takde dah.

CikSengal said...

aikkk.. singa ni memang now and forever kat sini sejak azali.. tak pegi mana2 pun.. hehehehe..

Wawa Tasliman said...

serius.. tuhari ada building yang dibina around singa tu, so memang tak nampak singa tu from outside. maybe time u pergi dah takde kot buiding tu.. hehehe.. kot2 la singa dah lari ke. hehehe..

CikSengal said...

hahaha.. ada buat renovation ke kat situ? pegi bila? boleh singa tu pi nyorok2 ekk..

Wawa Tasliman said...

hahaha main nyorok2.. time pergi tu ada event or dinner party dalam building yang sama dengan singa tu. wawa pergi bulan 5 tuhari.

banyaknya pergi melancong..rasa2 mana paling best?

CikSengal said...

oic.. maybe laa kot kan..

ermm.. lain2 tempat lain2 perasaannya.. ada best dan tak bestnye yang tersendiri.. so tak dapek laa nak cakap yang mana best.. hehehe.. semua best!!