Just after Isya' tadi, ada kenduri makan-makan kat rumah aku ni. The thing is Wak Daut akan balik ke Saudi Arabia hari khamis ni. Jadinya dia berhajat untuk menjemput orang-orang surau datang makan-makan di rumah. Puas hati dia agaknya dapat jamu mereka ni. Hajat sebelum balik mesti ditunaikan.
Kita tak masak ye! Penat tau masak-masak ni. Order saja sama Hj Kasdi. Nasi yang Hj Kasdi ni masak aku tak tau nama dia apa. Tapi memang marvelous sedap. Dimasak sekali dengan daging and keledek. Makan macam tu saja pun sedap. Adalah juga lauk-lauk sampingan. Pinggan, cawan pun pinjam Hj Kasdi jugak. Almaklumlah, rumah aku ni mana ada banyak pinggan mangkuk. Kesian pulak nak bagi mereka-mereka ni makan pakai pinggan kertas.
Disebabkan orang-orang surau yang datang, lepas preparation angkat makanan ke depan, terus aku memerap dalam bilik. Biarlah adik jantan aku tu yang melayan tetamu datang. Dah agak-agak reda, agak-agak orang dah beransur balik, aku pun turun ke bawah. Hambik kau! Orang-orang surau ini tengah bersilat di dapur. Bungkus berkat, basuh pinggan, basuh cawan, basuh periuk. Hambik!! Tetamu pulak dah yang susah payah mengemas. Habis semua settle. Yang kat depan semua dah bersih. Yang kat dapur pun hampir-hampir kemas. Tetiba malu pulak aku ni. Hahahaha..
Baguslah mereka ni. Lepas makan, tolong kemas. Alhamdulillah. Nasi satu periuk besar habis licin. Lauk-lauk yang lain pun langsai. No leftovers. Senang hati Wak Daut. Hati aku pun senang. Kalau banyak leftovers susah pulak nak menghandlenya. Bah. Tahun depan boleh jemput lagi. Hehehehe..
0 comments :
Post a Comment