Monday, September 12, 2011

Satu Hari di Kuala Lumpur

Semalam aku ke KL. Buang tebiat. Naik bas ekspres dari JB pukul 8 pagi. Sampai KL pukul 12 tengahari. Meroyan-meroyan. Pukul 7 petang naik bas balik JB balik. Amacam? Best kan? Hehehehe..

Aku ke KL untuk berjimba-jimba je sebenarnya. Nak jumpa kawan-kawan se-internet aku tu. Yang sama-sama gila SuJu tu. Dalam masa yang sama boleh lah aku ambik Mr Simple Ver B yang aku dah order hari tu. ^^

Dah berkurun lama dah tak naik bas pergi KL ni. Nak-nak no more turun Puduraya. Sekarang ni sokmo turun kat Terminal Bersepadu Selatan. Ok jugak lah kot. Tak lah crowded sangat. Agak organized jugak lah tempat ni. Bas yang keluar masuk pun agak sistematik. Terasa macam kat airport pun ada. Penumpang yang lambat siap kena announce nama suruh datang cepat ke pintu pelepasan. Fullemekk.. Terkagum lah sekejap.

Aktiviti berjimba diadakan di BTS. Hehehehe.. Bandar Tasik Selatan ke cik kak? It's Berjaya Times Square loh.. Jadinya berkumpul lah kami 8 orang kat sana. Nak sebut nama sorang-sorang bukannya korang kenal pun. :P Lepak makan-makan kat Kenny Rogers sambil distribute album. Masing-masing ala-ala mengada-ngada berdebar gitu nak tau dapat kad siapa dalam album masing-masing. Hahaha.. Bongek je bila fikir balik.

This is MINE..

Bila dah randomly choose, sesi bukak album pulak dah. Nak tau kan kad siapa kat dalam. Eksaited mengalahkan apa je. The cards as follows...

Aku punye? Yang paling kiri.. ^^

Yang dapat kad Shindong tu makan hati betul. Hahaha.. Mek, ko beli album lain je lah ye. Tak dapek aku nak nolong kau deh.

Dah makan-makan, cari pasal lah pulak. Kenny Rogers tu macam bapak kami yang punya. Duduk menebeng transfer segala jenis harta karun masuk dalam HDD. Dah tu sibuk layan Inkigayo online. Gasak! Dah macam tapak konsert dah Kenny Rogers tu dibuatnya. Nasib baik orang tak ramai. Kalau tak kemaluan lah iols kan.

Sekejap je rasanya berjimba ni. It's time to go home. Atas bas, ramai student UTM. So no problem for me lah sebab for sure bas ni akan berhenti kat Skudai on the way nak ke Larkin tu. Jadinya aku tumpang turun sekali lah. Gitu gini sampai rumah dah pukul 11.30. Terus terbongkang pengsan....

0 comments :