Tuesday, September 13, 2011

Hello Kota Kinabalu!

CAK!! Hello KK! Do you missed me? 19 hari ko aku balik kampung. Mesti semua orang rindu nak tengok muka aku kan. Hahahahaha..


A new semester. New students. New faces. New tasks. Tapi nasib baik mengajar subjek lama. Kalau subjek baru jugak mau demam aku dibuatnya. Mana nak study lagi, mana nak cari maklumat lagi. Kalau macam tu alamatnya kita belajar sama-samalah dengan students. :P

Sem baru ni jugak, aku tak sabar menanti untuk dipanggil 'akak' oleh budak-budak freshie dan 'dik' oleh budak-budak senior yang perasan mereka tu lagi tua dari aku. Tiap-tiap tahun aku kena. Apa boleh buat kan. Aku ni kan comel dan maintain ayu awet muda. Kihkihkih.. Previously ada orang ingat aku lab assistant. Dimintanya aku untuk betulkan LCD projector. Mampuihh..

Apa pun, sem baru, semangat mesti baru. Tak boleh malas-malas dah ye Cik Sengal ye. Babap nanti baru tau.. ^__^

0 comments :