Yosh.. Cerita pasal SS3 3D lah pulak. Siang tadi aku terjah Singapore semata-mata nak layan SS3 3D. Punyelah gigih. Kelakar pun ada bila ingat balik. Hehehe..
Masa dapat tau SS3 3D singgah Singapore, aku dah mula berangan dah nak pergi. Kebetulan aku memang ada kat JB masa tayangannya. Nak menyeberang tambak bukan lah masalah besar mana. Dan SS3 ni pulak setakat tengok kat panggung wayang je, tak perlu aku nak menyakitkan jiwa aku mengadap fans Singapore. Ehehehe.. Sorry lah ye fans from Singapore. Aku ada masalah sikit dengan korang. Dua konsert aku pergi kat Singapore ni, dua-dua kali aku makan hati dengan perangai korang yang tak semenggah tu. Bukan aku saja yang fefeeling macam ni. Kawan-kawan aku pun majoritinya sama rasa macam tu. Even Singapore fans sendiri pun ada yang rasa macam tu jugak. Tu yang membuatkan aku give up dan malas dah nak pergi meroyan tengok konsert kat Singapore ni even though my favourite band/idol datang perform. Tak sanggup lagi dah!
Tapi bila tau tarikh tayangan SS3 3D ni musim raya aku terpaksa lah melupakannya. Gerenti Wak Daut and Cik Ina ajak beraya ke mana-mana. Memang tak dapatlah aku nak menerjah kan? Redha je lah. Terima je lah kenyataan bahawasanya bukan rezeki aku untuk ke SS3 3D ni. Tapi wait! Tarikh tayangan kena extend! Sampai lah 7 Sept! Hulalalala.. Ada harapan boleh pergi ni! Aku pun terus menyerang website Golden Village dan mengskodeng whether ada lagi tak available seats. Hurmmm.. Tak banyak dah tapi adalah jugak. 2 rows from front masih banyak kosong. Kalau dah nak sangat pergi, duduk depan sakit tengkuk sekali pun rela. Janji dapat tengok! Gigih ni nak beli. Terus contat partner in crime - Fieza untuk join dalam misi ni. Dia pun OK je. Apa lagi. Tanduk pun sudah naik atas kepala. Hahahaha..
Alkisahnyalah. Tengah isi details segala nak beli tiket online ni, aku sangkut kat bahagian contact details. Cissss!! Dia nak no HP Singapore je. Aku isi no contact aku tak muat! Bila tak isi, tak boleh nak proceed. Ngada-ngada betul. Tak boleh lah ni? Geramnya aku. Discuss punya discuss dengan Fieza, kami mengambil keputusan untuk terjah je Singapore keesokan harinya. Hari ni lah! Hari Ahad. Gamble je. Hari Ahad ada show pukul 2.45 petang kat GV Marina. Kalau ada tiket, rezeki kami. Kalau tak ada, kita jalan-jalan je lah cuci mata kat Orchard Road ke, mana ke. Boleh aje macam tu. Semangat. Semangat!
Janji jumpa kat City Square around 9.30 pagi. Aku gerak dari rumah dalam pukul 9. Naik bas lagi you dari rumah. Senang. Nak parking kat JB sana susah. Tapi biasalah. Naik bas terkedek-kedek jugak. Dekat pukul 10 baru sampai. Terus aku call si Fieza. Menjerit dia. Sebonar-bonarnya dia tengah desperate tunggu aku call sebab dia dah habis kredit. Tak dapat nak topup. Tak dapat nak contact aku. Kisahnya mak dia ajak beraya! Ah sudah. Fieza kata, besok dia masuk opis dia godek no HP budak-budak Singapore. Then beli tiket online je. OK lah macam tu. Tak ada rezeki dia nak pergi. Tapi, aku dah sampai CS ni, nak buat apa lah pulak? Tak kan nak balik rumah terus? Malu la muka ni sebab dah bergebang berlagak dengan orang-orang kat rumah nak beraya kat Singapore. Hahahahahahah..
Last-last buat keputusan drastik. Call balik si Fieza, cakap kat dia yang aku pergi je masuk Singapore and beli sendiri tiket untuk show hari Rabu. "Ko bior betul?" tanyanya. Betul lah ni. Dah tak ada nak buat apa kan. Dah separuh jalan dah. Baik proceed je terus. So ting tong ting tong, bergerak lah aku ke JB Sentral. Before I knew it aku dah sampai Woodlands. Hahahaha.. Perjalanan hari ni sangat lancar sebab tak ramai orang masuk Singapore. 5 minit dah settle immigration segala. Tak macam hari tu sampai 2 jam setengah. Nak mampus aku beratur.
Naik bas terus ke Queen St. Dah tu menapak ke Bugis MRT Station. Sebenornye aku tak tau pun jalan nak menghala ke sana. Masa jalan-jalan dengan Seben hari tu pun ingat-ingat lupa. Jadinya aku main ikut orang je lah. Ni ramai-ramai menghala ke satu arah ni, confirmlah kot ke MRT Station. Hahahaha.. Nasib baik betul koo.. Selamat aku naik MRT. ^^
Show hari Rabu. Yang ada cuma di GV Vivocity and GV Plaza. GV Vivocity aku check kat site, show start 8.45 malam. Dah lambat sangat dah tu. Nak balik JB semula pukul berapa? So aku check yang kat GV Plaza. Show pukul 6.45. Boleh lah kot. Menghala lah aku ke sana. Naik MRT senang je. Keluar station Dobhy Ghaut, sampai dah kat Plaza Singapura tu. Terus aku menerjah ke GV. Naik-naik escalator terus nampak...
Ngahaaaaa... Excited tak cukup tanah!!
Alhamdulillah. Dapat tiket! Seat row no 2 dari depan tepi dinding. GASAK!!
Our tickets!!
Settle dah. Baru pukul 1 tengahari. Nak buat apa? Shopping? Duit tarak! Jalan-jalan cuci mata? Kat JB pun boleh buat. Arrghhh.. Nak buat apa ni? Tak kan nak balik dah? Terus aku teringatkan show pukul 2.45 kat GV Marina tu. Apa lagi. Masih ada masa. Tanduk sudah muncul. Menerjah lah aku ke sana! Hahahaha..
Yoshh.. Sesat barat aku nak ke Marina tu. Yang aku tau cuma turun kat station City Hall je. Lepas tu nak menghala ke mana pun tak tau. Ikut instinct je. Last-last jumpa jugak. Instinct aku ni memang terer lah. Tabik spring toing toing. Tapi dari station City Hall tu nak ke GV Marina punyalah jauh. Senak jugak nak berjalan. Gatal pakai heels pulak aku ni. Padan muka! Tak semena-mena aku terpelecok. Ya ampun.. Malu gila! Hambik kau. Terus bengkak buku lali aku. Dah macam orang tempang dah berjalan. Sekejap-sekejap berhenti. Tak pernah-pernah aku macam ni. Tapi gigih jugak tu sampai ke panggung. Semangat SS3 3D punya pasal!!
Selamatt!!
Dapat jugak tiket. Seat no 3 dari depan. Tepi dinding jugak. Boleh lah. Daripada tak dapat langsung. Excited. Yey!! Kalau tak disebabkan kaki aku yang bengkak ni aku dah melompat-lompat dah depan kaunter. Hahahaha..
Seriously, dahsyat gila sakit kaki. Terpaksa berdengkot-dengkot cari farmasi. Nasib baik ada Guardian around situ. Singgah beli krim muscle pain relief. Pastu masuk jamban, aku dok urut-urut kaki. Hahahaha.. Lega sikit. Habislah satu panggung bau krim tu nanti.
Then balik semula ke panggung. Orang dah ramai. ELF yang ada pun sakan pakai baju biru. Aku duduk sekejap kat sofa yang disediakan kat situ. Kat sebelah, aku nampak macam admin-admin fanbase SuJu. Kalau tak silap lah. Masing-masing dengan laptop masing-masing. Pastu berbondong-bondong beg penuh diisi dengan 5th jib SuJu. Album-album lain pun ada jugak. Aku ni tak peramah pulak nak tanya. Sekadar menjeling je. Tak lama tu kami pun masuk ke dalam panggung.
ELFs yang bersemangat..
Tiket.. check! 3D glasses.. check!!
Panggung yang besor.. Ada yang dah nyalakan light stick..
Then yang dinanti-nantikan pun tiba. Show bermula. Semua orang jerit bagai nak rak. Meriah ko. Nak-nak part sorang-sorang budak SuJu ni keluar. Yang paling kuat sekali bila Wookie keluar. Soheh. Satu panggung ni penuh dengan fans Wookie.
It's time for the intro. Part Donghae terbang ke langit tu. Ya Ampun. Handsome gila baban. Time rambut dia pendek kemas gila tu. Serius, sangat chantek. 3D some more. Macam boleh capai je. Hahahaha.. Dah habis tu terus Sorry Sorry. Semua orang dah jerit. Aku masih kontrol ayu lagi. Segan nak meroyan. Takde geng. Kalau ada geng maunye suara aku paling kuat. Hahaha.. Seating aku ni best jugak sebab Hyuk selalu muncul kat belah aku ni. Hulalalala.. Nak pengsan tengok dia. Hahahah.. Gila. Tengok 3D ni, semua extra handsome. Sengih melebor aku jadinya.
Dah habis Sorry Sorry terus Don't Don. Aku ingatkan ada Super Girl, tapi tak ada. Terus skip ke Don't Don. Fuhh.. Time ni laki aku memang superb. Hahahaha.. Gila! Dah tu muncul laa sesi drum kat tengah-tengah tu. Heenim yang seksi pakai baju bahu londeh. Fuhhh.. Then. Eh.. Usin ke tu? E'ehhh.. Usin lah yang nyanyi rap rock tu. Hahahaha.. Usin rupanya. Aku ingatkan Zhoumi sebab kat Malaysia Zhoumi yang nyanyi kan. Tapi yang aku tengok ni Usin!! Kehkehkeh.. Siapa Usin? Usin = Sein (My Bittersweet Life KBS World Mon-Fri 7.25pm) = Jay Trax. So Usin nyanyi, Jungmo main gitar. No Henry. So no violin! Tapi mantop ko!! Time kamera fokus kat sorang-sorang, fans masing-masing menjerit. Kalau Kyu keluar, adalah fans Kyu kat hujung sana menjerit. Belakang aku plak fans MinMin. MinMin keluar, orang belakang aku pulak jerit. Yang hujung sana diam. Lepas tu kat belah lain pulah menjerit bila Siwon keluar. Boleh ekk macam tu? Kalau panggung ni penuh dengan geng CARI maunya non stop jerit. Siapa-siapa keluar pun kita jerit kan? Kat sini pelik. Dan yang paling kuat sekali jerit bila Wookie keluar. Adoi..
After Don't Don, it's No Other. Sebelum tu, adalah scene budak perempuan kecik tu tiup belon. Comel je. Time No Other ni, masing-masing buat muka comel. Hahaha.. Tak tahan tengok. Klimaks nya bila budak dua orang tu terbang ke langit lah. Rasanya macam anytime diorang boleh jatuh atas aku. Hahahah.. Perasan nak mampuih!
After that, it's ABDUL MABOKOP segment!! Kehkehkeh.. Apa lagi. Intro lagu Tok Tok Tok tu lah. Gila baban meroyan tengok ABDUL MABOKOP turun dari langit tak pakai baju in 3D. PENGSAANN!! Biasalah segmen ni. Kan masing-masing biol. Bila tengok yang 3D ni baru aku perasan dada MinMin penuh dengan bulus-bulus panjang. BUDUHH!! Hahahaha.. Then ABDUL MABOKOP pun kata I'll Be Back!! ^^
It's Tok Tok Tok time. Awatlah rambut Teukie buruk macam tu. Si Ikan Bilis memang sokmo macho lah. Heenim apa lagi. Ramai jugak peminat Heenim dalam panggung ni. Aku rasa semua orang dok sorak sebab dia dah tak ada masuk army dah. Sambil-sambil nyanyi, adalah aksi spastik mereka ni. Dah habis nyanyi tu masing-masing dok sujud. Heenim membebel entah apa entah. Subtitle cina kan. Aku mana nak paham. Tapi satu panggung dok gelak. Mesti something yang lawak.
After Tok Tok Tok, lu You and I. Paling daebak! Siwon dukung Leeteuk. Donghae dukung Hyukjae. Then maknae dok melompat atas belakang abang long. Huru-hara! Perangai masing-masing memang tak semenggah langsung. Aku banyak gelak masa ni. Dan banyak kali jugak meroyan. Nasib baik tak tergolek dari kerusi. Hahaha.. Dah habis You and I, lagu A Song for Elf pulak. Biasalah scene santai budak-budak ni. Satu panggung histeria. Sabo je lah kan.
Then terus ke lagu It Has To Be You. Lagu berhantu ni. My favourite song some more. Masa intro lagu ni je, semua orang dalam panggung menjerit. Bila Yesung mula nyanyi je, semua senyap. Memang sesenyap-senyapnya. Macam tengok wayang sedih koo.. Dari awal sampai habis. Tak ada seorang pun ikut nyanyi. Not even the chorus. Aku ni bajet lah ada orang join nyanyi walaupun part chorus. Tapi tak ada langsung. Aku seorang je yang gigih ikut nyanyi. Lagu yang aku hafal dari awal sampai habis ni. Even budak yang duduk sebelah aku pun duduk statik tak bergerak. Adoiyaaaii.. Sabor je lah aku dengan they olls ni. ㅠ__ㅠ
Then ada VTR superstar mereka-mereka ni. Alah yang masing-masing dok berposing shooting, kena kejar paparazi semua tu. Then it's Miinah! Sangat macho tak hengat mereka-mereka ini pakai baju hitam. Part ni banyak long shot. So mereka-mereka ni ala-ala jauh jugak lah. Tapi pelvic thrust in 3D.... PENGSAANN!! Dengan Mabokop yang pakai vest saja. Hambik kau. 3D ABS!! Nangis tengok! Nosebleed habis lah kiranya. Hahaha.. Then A Man in Love. Ni pun long shot banyak. Hyukjae sakan selak baju time ni. Sakan meroyan!! Kyu punya pelvic thrust lepas dia muncul kat tengah-tengah tu... ㅠ__ㅠ Ending lagu A Man in Love ni dok fokus kat Siwon. Sambil turun ikut lubang kat stage tu, sambil dia bukak vest dia. Habis togel. Semua orang dalam panggung dah meroyan ala-ala tak puas hati sebab dia dah hilang ke bawah stage. Tak sempat nak tenung si Shirtless Mabokop ni lama-lama. Aku pun frust. Kehkehkeh.. Dah habis A Man in Love, lagu Dancing Out pulak. Macam biasa. Segmen untuk mereka menyengal. Habis tawaf satu stadium buat perangai sewel. Macam-macam aksi lah.
Next Cooking Cooking!! Before tu adalah clip sayur-sayuran tu bersenam segala. Sangat comel. Hahahaha.. Masa keluar tu masing-masing sangat tak boleh blah. Hyuk dengan baju tauge dia tu. Masa kat Malaysia dia pakai baju cendawan tak silap sampai terguling-guling kat lantai dikerjakan Baby Kyu. Seksanya aku tengok diorang bergerak. Teukie dah tergolek kat lantai tu, memang tak boleh bangun. Second half of the song memang kat lantai je. Dah tu semua orang mensandwichkan dia. Gasak lemas dia kat bawah tu. Then mabokop pun tergolek jugak. Motiplah. Tak gagah rupanya. Hehehe.. After Cooking Cooking, lagu Way for Love. Separuh lagu ni, Heenim masih lagi dalam outfit chilli dia. Tergedik-gedik dia menari. Sakit perut aku gelak. Teukie pulak sempat kidnap sorang budak lelaki dari crowd bawak naik atas pentas. Anak siapalah yang dia kidnap tu. Budak tu relaks je.
Dah tu ada sesi berucap. Sesi menyengal jugak. Masing-masing bengong. Berjoget-joget lah. Yang aku faham Teukie ucap thanks pada ELF yang datang. Dia pun mula sebut satu-satu negara. China, Jepun. Bila dia sebut Taeguk, ada yang menjerit dalam panggung. Bila sebut Malaysia, aku pulak yang terover menjerit. Hahaha.. Ada dua tiga orang jugak yang ikut jerit dari hujung belah sana. Owh. Ada orang Malaysia jugak dalam panggung ni. Then Teukie sebut Philippine. Ada jugak yang menjerit. Dah tu segala tok nenek negara-negara Europe dia sebut. Dah tu habis! Budak-budak Singapore ni dah macam ala-ala menanti Teukie sebut Singapore. Hahaha.. Kesian pulak aku tengok. Ada jugak aku dengar suara-suara sebut SINGAPORE?? Takde. Teukie tak hengat korang! Hahaha.. Jahatnya aku. Maybe sebab SuJu belum pernah buat show kat Singapore kan. Tu yang tak terfikir nak mention Singapore tu. Jangan risau. Lepas ni adalah dia sebut tu. ^^
Dah tu, lagu You're The One. Ehh.. Ke lagu ni dulu baru sesi ucapan? Hahaha.. Lupa dah. Last but not least, Wonder Boys. Sesi menyengal lagi. Masing-masing dah macam apa dah. Donghae dah macam ghostbuster pikul senapang asap. Habis semua orang ditembaknya. Leeteuk pulak gatal sangat masuk kat tempat fans. Habis kena keroyok. Siwon pulak relaks je pikul Kyu kat bahu dia. Macam ringan je budak Kyu tu. MABOKOP kan. Haruslah gagah perkasa! Dah tu habis dah!! The boys said goodbye starting from Kyu and ends with Leeteuk. Paling memorable goodbye dari Sungmin. Dia nak buat performance katanya. Hahahaha.. Sabo je lah aku. Dia berjalan ke belakang, pusing and buat aksi tembakan dia yang glamer tu. Tak tahan aku dengan budak MinMin ni. Siap ada replay lagi. Encore performance. Hahaha.. Dah habis tu, screen pun mula gelap. Then tiba-tiba keluar something. Tulis kat screen EPILOGUE FROM KANGIN. Then, terus tayang segmen Rinaldo. Dengan kertas-kertas kecik berterbangan. Macam jatuh kat atas aku je kertas-kertas tu. With Kangin lambai goodbye, show pun habis. TAMAT SUDAH!! 1 jam 20 minit terasa sekejap sangat. Even though bukan full concert, aku enjoy sangat-sangat. Rabu ni layan lagi with Fieza. Can't wait!!
The boys say bye-bye..
Lepas show habis aku bergerak balik. Kaki masih tak stabil so agak lemau jugak lah berjalan dari Marina ke City Hall MRT tu. Dari City Hall aku terus ke station Kranji. Dari Kranji naik bas balik JB. Sampai JB Sentral dah pukul 6 petang. Baru lah aku dapat berkomunikasi dengan dunia luar. Hahahaha.. Gitu gini naik bas, sampai rumah dah dekat pukul 8 jugak. Fuhh.. Penat!!
Tamatlah sudah kerja bengong ku meroyan seorang diri di Singapore semata-mata SS3 3D. Sewel tapi berbaloi. Tak sabar nak tunggu Rabu. I'll be back!! Hohohohohoho...
3 comments :
cik kia lagi di sini... huhuhuhu ~ sgt jeles dgn ko yg dpt tgk SS3 3D ni... nak gak aku meroyan dlm panggung pegang litestick & berfanchanting bagai... sob sob sob... tp aku enjoy baca entry ko ni... aku dpt bygkan aku berada dlm panggung tu jugak... dr aper yg ko citer, situasi nye sama dgn time concert gak. time biased memasing jer dorg dok bising. kalo la semua geng Cari dlm tu, mmg dr mula sampai ke sudah la dok spazzing x cukup tanah kan... ^^
alah mek.. sama macam tengok konsert jugak.. port SS3 mesia kita aritu jauh lagi best.. tapi bila tengok 3D ni macam boleh capai laa mereke2 tu.. alahh.. SS3 mesia aritu pun kita boleh capai gak kan.. cuma segan je nak capai.. hahahaha..
betul2.. meh kita buat petition SS3 3D in malaysia.. pastu kita sewa satu panggung penuh dengan budak CARI je.. sure gempak habis!!
betul3, sure la yg real lg best kan!! mcmaner ek nak buat petition suh panggung kat mesia bwk ss3 ni?? kalo aku la, tiap2 hari pun akan masuk panggung dgn litestick bagai!! waduh, aku dah dok byg2 kan aku hayun litestick dlm panggung & spaazing dlm wyg!!
Post a Comment