Tuesday, May 17, 2011

My 900 Kalori Diet

Sila baca tajuk. Lepas tu tengok rupa fizikal Cik Sengal. Apakah reaksi yang terbit dari muka anda? Wakakakaka..

Huh. Tension bila fikir. Makanan-makanan kat Malaysia ni mana ada yang ciput-ciput kalorinya. Semuanya kebaboom tinggi. Nak tak nak kenalah aku masak sendiri kan? Dah tu bukannya boleh main taram goreng, rendam minyak segala. Kena rebus lah, stim lah. Huhuhu..

Bye bye NYCheese.. huhuhuhu..
* pic taken from my.0163286699.com

Kenapa melampau na sampai 900 kalori je yang boleh aku makan ni? Aku ni ada target. By July ni, vvvverangan gitu nak selim melim. Nak turun Seoul lagi sekali. Baju-baju kat sana lawa-lawa wo. Dah tu murah some more. Kalau aku dah selim melim boleh lah aku beli baju kat sana kan? Huihh!! Best betul cita-cita aku ni. Semoga tercapailah hendaknya. Kekeke..

900 kalori. Apalah yang aku makan? Makan je apa-apa. Janji intake satu hari tu tak lebih 900 kalori. Macam mana nak kira kalori dalam makanan kita? Deyy.. Google ada. Ko taip, ko tekan enter, keluar lah info pasal makanan yang kau makan. Lain lah kalau kau makan benda pelik-pelik macam kari kepala unta ke apa. Susah makcik nak tolong. Dalam menu diet aku ni, aku avoid gula dan makanan berminyak. Kalau aku TERmakan makanan berminyak aku akan mintak tolong Enchek Xenical. Hahaha.. Siapa pernah guna Xenical? Paling terbaeekkk effect dia. Tak cuba, tak tau kesan dia macam mana. Boleh buat life kau agak miserable sikit satu hari tu. Hahahaha...

*pic taken from weightlosscheats.com

Kenapa lah 900 kalori? Sebab aku ni malas exercise. Kalau aku rajin exercise, intake kalori aku mungkin lebih dari tu. Nak ambik 1200 kalori pun tak apa. 1500 kalori pun boleh. Nak buat macam mana. Spesis malas. Aku dah kira-kira dah (poyo kira pakai sistem excel buat sendiri), kalau nak kurangkan berat dalam masa yang ditetapkan kenalah aku ambik 900 kalori je sehari. Terpaksa dol!

Dengan tak malunya aku tulis kat sini aku start diet ni dengan berat 67kg. Ini minggu lepas ye, hari Jumaat 13 Mei. Tak payah lah nak buat-buat terkejut. Memang aku gemok pun. Jadinya, kita tengok dalam tempoh sebulan ni. Kalau ada orang perasan aku semakin kecik, memang raya sakan lah aku. Hahaha..


Aku share sikit apa yang aku buat:-

Breakfast
Soto Ayam OR Roti Canai + Kuah Kari (400-500 Kalori)
Limau Suam (25 Kalori)
Cari makanan yang mengenyangkan sampai ke tengahari and kalau boleh sampai ke petang.

Dinner (before 7pm)
Roti bakar dua keping + 1tsp Margarine spread (190 Kalori)
Tomato sebiji (22 Kalori) - Optional. Fefeeling macam orang putih pulak makan sandwich letak tomato. Hahaha..

In between Breakfast dengan dinner, kalau lapar aku minum milo 3 in 1 panas secawan (121 Kalori)


Tak pun, aku buat macam ni..


Breakfast
Nestle Fitness Cereal + Susu HL (190 Kalori)
or
Jacob's Hi Fibre cracker 3 keping (121 Kalori)
Milo 3 in 1 (121 Kalori)

Lunch
Sup sayur masak sendiri kat rumah (200-250 Kalori)

Dinner
Makan roti macam kat atas nun.. And minum milo lagi in between..


Kalau ditambah-tambah kalori tu, tak sampai 900 Kalori pun. Pandai-pandai lah korang mix-match ikut kesesuaian. Kalau boleh, makan frequently tapi dalam kuantiti yang sedikit. Macam ada kawan sorang tu makan setiap 4 jam. Hehehe.. Janji jangan lebih 900 Kalori. Kalau terlebih, pandai-pandai lah rajinkan diri exercise untuk bakar kalori berlebihan tu.

Kalau lapar lagi, teguk air jarang je. Kita kena minum air jarang 8 gelas sehari hokkay! So ambik kesempatan, kalau lapar tu minum air banyak-banyak. Bangun pagi-pagi sebelum buat apa-apa, sebelum gosok gigi, minum air segelas. Nak tidur pun sama. Minum lagi segelas. Bagus untuk kesihatan.

Tapi aku ada masalah besar ni. Weekend ni turun KL. Minggu depan balik JB = syurga makanan. Ottokke?? Huwaaaaaaaaaaaaaa!!!!

7 comments :

DeLancrettLurpak said...

good luck yatt.. confirm boleh punya.. make sure ko makan buah2 in between, air milo tu sekali sehari cukup kot.. tapi kan, 900 kalori? extreme tu babeee....

CikSengal said...

ahahahaa.. lupa plak aku nak masukkan buah dalam diet aku.. memang bapak extreme ni.. kalau tak kecik jugak tak tau lah..

Anonymous said...

gud luck cik yatt..agak mencabar..tp menarik bg sy sbb berat kte lbh kurg jer..hehe..diet sy no CARBO at night..roti pon x bleh..ni sy dpt info dr pakar dkt london weight managment..ehehe

CikSengal said...

anon.. lain orang lain responsnye.. saya dah try low carb tapi tak jalan.. ni try low cal pulak..

rukiaichigo said...

adeh, motip dah type pjg2 dia hilang pulak?? aku buat dia jd pendek jer la ye. aku doa kan ko berjaya dgn diet 900 kalori ko ni. aku ni mmg la malas giler nak diet2 bagai. cukup la hanya dok berpuasa selagi boleh & mampu... aper2 pun, FIGHTING chingu...


nota kaki:
eh, berat badan kiter sama la.... *high five* ^^

en_me said...

gudluck oke.. ehehe

mek yusz said...

eee..aku lg gemokss dr ko ni..aku berat 68kg on march'11... lastweek timbang 62.5kg..ni mayb gara2 sejak kejadian tersebut....