Tuesday, 5th July 2011
Hari kelima. Lebih kurang pukul 8 pagi dah kami keluar berjalan-jalan di sekitar Gwanghwamun Square. Nak ke Gwanghwamun ni senang je. Kalau dari Sunshine, jalan kaki pun boleh. Tapi kami malas. Naik train dan turun di Gwanghwamun Station. Keluar je exit mana-mana. Memang akan jumpa dengan Gwanghwamun Square ni.
Dah sampai kat Gwanghwamun Square ni, aku ambil gambar apa-apa yang patut. Last time datang, tak sempat nak explore sangat. Kali ni, kita all out posing. Hahahaha..
Jalan-jalan sekitar Gwanghwamun..
Gwanghwamun Square..
Gwanghwamun info..
So, kat Gwanghwamun Square ni kita boleh tengok statue King Sejong and statue Admiral Yi Sun Shin. Kedua-duanya nama besar ketika zaman Joseon Dynasty dulu. Seronok jugak lah kalau baca sejarah tentang mereka ni. King Sejong terutamanya, banyak bagi sumbangan terhadap pembangunan Joseon. Cerita pasal King Sejong ni pun banyak dijadikan drama. Yang paling terbaru cerita Tree With Deep Roots.
Info on Admiral Yi Sun Shin..
King Sejong..
Antara ciptaan King Sejong..
Apa yang unik, tahun-tahun penting dalam sejarah Korea berserta peristiwanya ada diletakkan di sekitar Gwanghwamun Square ni. Simple je, dipahat kat atas laluan air yang ada di kiri dan kanan dataran ni. Ala-ala kronologi sejarah Korea jugak lah ni. Tapi tak ingat lah pulak aku samada kronologi tu start dari Joseon Dynasty or zaman sebelum Joseon.
Sejarah Korea..
Gwanghwamun gate..
Melangkah ke depan, kita akan bertemu dengan Gwanghwamun gate. Di belakang gate tersebut letaknya Gyeongbok Palace. Kebetulan hari ni hari Selasa, Gyeongbokgung tutup.
Pintu tutup..
Police oppa??
Kat sebelah Gyeongbokgung ada National Palace Museum. Kalau berminat nak tau pasal palace-palace dan khazanah yang ada boleh lah pergi ke muzium ni.
National Palace Museum
Gyeongbokgung..
Dah habis merayap kat sekitar Gwanghwamun, kami ke Gyeongbokgung Station untuk pergi ke Namdaemun Market. Apa lagi. Shopping time~!! Awal-awal dah kena allocate satu slot masa untuk beli barang-barang, apa-apa yang patut. Souvenir ke, makanan ke, apa-apa lah.
Dari Gyeongbokgung, ambil subway line no 3 menuju ke Ogeum. Turun di Chungmuro dan tukar ke subway line no 4 dan turun di Heohyeon. Memang terus jumpalah Namdaemun Market tu.
Cak~!!
Namdaemun Market..
Shopping.
Benda pertama yang aku terjah ialah souvenir. Beli yang murah-murah je. Banyak kedai kat sini. Kena pandai pilih dan pandai bargain je. Boleh lah setakat nak bagi-bagi orang kan.
Beli souvenir..
Dah tu, cari sudu pulak. Ada orang kirim. Melilau cari tempat jual sudu yang murah-murah. Dapat jumpa satu kedai ni jual sebatang KRW1,000. Boleh lah. Murah jugak lah tu. Tapi tak beli pun. Konon nak cari tempat lagi murah. Lagi pulak tuan kedai tu kerek nak mampus. Menyampah pulak aku.
Jalan-jalan ke bawah, cuba cari brooch. Tapi still tak jumpa. Memang give up lah aku. Dulu datang tak jumpa. Ni datang pun tak jumpa jugak. Bila aku nak jumpa tempat jual brooch murah ni? Huwaaa~!! Last-last untuk tidak menghampakan orang yang mengirim, aku pergi jugak ke tempat makcik yang aku pergi dulu tu. Mahal pun mahal lah. Huhuhuhu..
Dah penat jalan, tak jumpa tempat jual sudu murah, aku balik semula ke tempat sudu kerek tadi. Tak apalah kalau kau kerek pakcik oi. Kedai kau paling murah. Beli je lah.
Pinggan mangkuk anyone?
Then kami jalan di luar kedai. Dari jauh ada orang laung, AKU CINTA KAMU~!! HOH?? Tak salah dengar ke aku ni? Memang tak salah dengar. Beberapa orang mamat kat tepi-tepi tu dok tergelak-gelak bila sebut aku cinta kamu tu. Aku tersengih je lah. Terus dipanggilnya kami ke kedai mereka. Ohh.. Jual kuih traditional ni rupanya. Ahahahahaha.. Yes, yes. Pernah rasa. Pernah beli. Sedap pun ye.
Mentang-mentang kami pakai tudung, terus dipanggil aku cinta kamu. Tau-tau je kami dari Malaysia. Alah. Tempat ni pun memang tempat orang Malaysia shopping. So, tak heran lah.
Aku cinta padamu~!!
Penat orang tu berdemonstrasi buat kuih, tapi aku beli sekotak kecik je. Wakakakaka.. Aku tak nak menghampakan diorang je sebenarnya. Penat diorang cakap melayu kan. Siap offer diri nak jadi pakwe aku lagi. Ahahaha.. Tak apalah. Terima kasih saja~!!
Mangkuk tepen..
Last item on the list - Kimchi Seaweed. Beli dua paket besar, and off balik semula ke Sunshine. Letak barang, solat and get ready to keluar lagi sekali. Off to Namsan~!!
Untuk ke Namsan, kami turun di station Myeongdong. Dari Myeongdong kami berjalan menuju ke arah Namdaemun Market. Sebelum sampai ke Namdaemun, kita akan jumpa satu simpang empat. Belok ke kiri dan menapak lah sikit menaiki bukit. Lebih kurang 10 minit menapak, kita akan jumpa escalator ke Namsan Cable Car.
Menapak..
Escalator..
Naik...
Dah sampai atas, kami bercadang untuk naik cable car one way je. Baliknya plan nak jalan kaki or naik bas je. So harga one way agak mahal jugak KRW6000 berbanding dengan KRW7500 untuk return tickets. Tapi belasah je lah.
Pemandangan dari dalam cable car..
Mari medaki..
Disebabkan ni kali kedua aku datang sini, aku tak banyak ambik gambar. Ala kadar je lah. Tak lupa, beli souvenir lagi kat sini. Hehehehe.. Kami tak naik ke atas. Sekadar jalan-jalan kat perkarangan kaki tower ni je.
Namsan Tower..
Persekitaran Namsan Tower..
Teddy Bear gift shop..
Karikatur..
Pokok Mangga..
Kali ni datang tempat mangga-mangga ni, berhasrat jugak nak cari lock Khuntoria. Tapi hampeh. Tak jumpa jugak. Hahaha.. Ada orang rembat dah kot.
Baru dan karat..
Ni buat apa ni?
Dari atas..
Haechi~!!
Dah habis berjalan, kami turun ke bawah. Syok jugak berjalan di bawah redup-redup pokok ni. Tapi jalan sikit je. Tak sampai bawah pun. Kekeke.. Dah kat pertengahan jalan, nampak bas, terus kami lompat naik. Kami turun di Myeongdong. Tambang pun cuma KRW900 je pakai T-Money.
Jalan-jalan..
Kat jalan..
Atas bas..
Sampai Myeongdong, destinasi pertama yang aku cari, ATM. Shopping tak ingat sampai tak cukup duit. Hehehe.. Tidak lah. Ada yang mengirim barang baru masukkan duit. Jadinya nak pergi mengorek lah ni. Bila dah korek duit, dah jadi kaya balik. Boleh shopping lagi~!! So kami ke kedai Ahjusshi kat Myeongdong Station untuk menghabiskan duit. Aku beli tumbler KRY, keychain Hyukjae and some Nichkhun stuffs for my darling little sister yang mengada-ngada tu. Kirim je pandai. Duitnye tak pandai nak bagi.
Myeongdong..
Myeongdong some more..
SEPAU..
Then kami balik semula ke Gwanghwamun Square untuk join Seoul City Night Tour. Tour bermula pukul 8 malam dan mengambil masa lebih kurang 1 jam 30 minit. The bus fare is KRW5,000. Boleh lah, nak jalan-jalan naik bas melihat keindahan Seoul di waktu malam.
Kat atas bas, boleh gunakan audio device yang disediakan untuk mendengar penerangan tempat-tempat yang akan dilalui. So, pasang tu je lah kat telinga. Sambil-sambil jalan, sambil-sambil stuck dalam traffic jam. Lemau jugak rasa sampai boleh tertidur aku ni. Tapi sempat jugak lah ambik gambar sana sini walaupun buruk gambarnya.
Dengar penerangan..
Seoul..
63 Building..
Bridges..
From Namsan..
The last stop, Chonggye Plaza. So turun kat situ lah. Sebelum balik ke Sunshine, kami singgah dulu Kyobo Bookstore yang ada kat area situ. Saja je singgah sebab Kyobo Bookstore ni jadi salah satu tempat shooting location untuk rancangan Running Man. Alah, episode yang ada Kim HyunJoong tu. Hehehe.. Sambil-sambil tu, aku nak cari majalah untuk pengirim-pengirim tegar dari Malaysia. Jumpa memang jumpa. Tapi ya ampun, berat gila~!! Boleh terseliuh tangan aku ni kalau bawak majalah tu ke sana sini. Baling anjing pun boleh mati.
Kyobo Bookstore..
Bahagian Majalah..
More section..
Dah habis pusing Kyobo, kami jalan-jalan sekitar Chonggyecheon dan terus balik ke Sunshine.
Chonggye Plaza..
Cheonggyecheon..
Min-Min for Jack the Ripper~!!
Chonggyecheon at night..
Jongno Tower..
Jalan-jalan Jongno..
Jongno lagi..
Hurmmm..
Dah malam ni baru tau lapar. Seharian tak makan kan. Nak singgah gerai udang, Ahjumma tu dah berkemas-kemas nak balik dah. Huhuhu.. Sudahnya balik makan maggi je lah.
Kkeut~!! Habis sudah hari kelima.
Perbelanjaan Keseluruhan Hari Ini:- KRW90,000
Kkeut~!! Habis sudah hari kelima.
Perbelanjaan Keseluruhan Hari Ini:- KRW90,000
1 comments :
bestnyer dapat g korea..kite bile dapat pergi situ..tunggu beberapa tahun lagilah nmpaknyer... :)
Post a Comment