Monday, December 12, 2011

Johor Premium Outlet

Semua orang bercerita tentang JPO. Especially geng-geng yang ada kat Johor ni. Masa mula-mula dengar tu, aku tertanya-tanya jugak menatang apakah JPO tu. Sengal sungguh kan? Punyalah tak terfikir yang JPO tu Johor Premium Outlet. Lorr.. Dah bukak dah ke? Lambat lah aku ni.

Aku ni kan pengunjung setia Senai Airport. Asal nak ke sana je mesti lalu tapak JPO ni. Dari awal jugak lah aku tengok dari hutan, kena tolak, ada pembangunan, alih-alih dicacaknya signboard besar-besar Johor Premium Outlet. Kelessss ko. One of a kind in South East Asia. Sebelum ni, kalau nak pergi Premium Outlet yang terdekat sila lah ke Korea ataupun Jepun.

Apa yang ada kat JPO ni? Orang kata port jual barang branded at discounted price. Alah. Kalau diskaun pun mesti masih ribu raban kan harganya? Orang macam aku yang tak reti barang-barang branded ni, setakat boleh cuci mata je lah kan? Kalau aku gilakan barang branded, mesti aku tak dapat nak meroyan jalan-jalan sana sini kan?

Alkisahnya. Dah alang-alang aku kat JB ni, haruslah menyinggah ye. Kita tengok apa yang ada. Kalau nak datang kena datang awal pagi. Time baru bukak. Masa ni, tak berapa ramai orang. Kalau datang petang, haruslah kena beratur untuk masuk ke dalam kedai. Untuk masuk je tau~! Nak lagi best, datang masa hari bekerja. Gigihkan lah diri ambik cuti kalau nak cuci mata kat sini ye. 


From the highway..

Perjalanan dari rumah aku kat Skudai ni ke JPO, mengambil masa 20 minit. Tak jauh mana. Lalu highway PLUS, and then exit ke Senai Airport / Tuas. Baru pukul 10 pagi. Tapi mak datuk, kereta dah banyak. Cuba teka kereta dari mana? Ye.. Lebih separuh kereta yang ada kat parking tu datang dari seberang tambak. Sakan mereka datang awal. Diorang kalau nak shopping pun best kan. Berapa lah sangat duit diorang nak compare dengan duit Malaysia ni.

Hurmm.. Tak tau nak cerita apa. Aku tepek gambar saja lah ye..


Pintu masuk..

Car Park.. 

Vincci.. 

Padini 







There's this one makcik who picked up Coach bag macam pilih bawang kat pasar malam. Lepas satu, satu dia ambik. Huhuhhuhu.. Banyak duit beliau. Husband kat sebelah pandang saja..



Agak-agak duit dah habis, Maybank ada. Kalau tak nak gores dan hutang lah kan?



Aku belek-belek scarf Burberry. Nipis je bendanya. Tapi harganya ya ampun. Boleh beli 2 keping tiket Air Asia pergi balik KL-Incheon~!












Ada banyak lagi kedai yang belum bukak. There's BONIA, Tommy Hilfiger and few others. Nanti kalau dah penuh ni, semakin ramai orang lah jawabnya.

Dah.. Aku tak shopping apa pun. Belek-belek je. Aku lebih tertarik dengan design bangunan dan susun atur kedai je. Hahahahaha.. So? To all brand lovers, jangan lupa singgah sini ye~!! Kita kasi sesak ini JPO~!!

Related Posts:

  • Banafee Village, Johor Bahru Staying at Hotel Selesa, aku berpeluang untuk menjengah ke Banafee Village. Tempat melantak lah youuu.. Locationnya, satu jalan yang sama dengan Hotel Selesa iaitu Jalan Abdullah Tahir. Kalau jalan kaki ada kot dalam 8-10 m… Read More
  • Coret2 Raya We meet again. Raya kali ni biasa2 je. Maybe sebab geng aku beraya dah kawen. Dah banyak tempat dia nak bagi2. Isk.. isk.. So aku geng ngan budak2 kecik n makcik2 aku je la. Malam raya masih kat rumah. Dok bertonyeh wat last… Read More
  • Festival Inovasi & Kreativiti UTM Forgot to story the mory. Aku berkesempatan pergi ke Festival Inovasi dan Kreativiti UTM sempena short trip back home hari tu. Konon-kononnya nak bertenggek kat perkarangan festival tu seawal pukul 7 pagi sebab nak tengok s… Read More
  • Johor Premium Outlet Semua orang bercerita tentang JPO. Especially geng-geng yang ada kat Johor ni. Masa mula-mula dengar tu, aku tertanya-tanya jugak menatang apakah JPO tu. Sengal sungguh kan? Punyalah tak terfikir yang JPO tu Johor Premium Ou… Read More
  • Hotel Selesa Johor Bahru Aku berkampung 5 hari kat sini sepanjang Benchmarking Visit tu. Hotel ni letaknya kat Jalan Abdullah Tahir, off Jalan Tebrau. 5 minutes drive from bandar JB. About 10 minutes drive from Johor CQI. Senang je nak cari. Memang… Read More

0 comments :