Huangpu River Cruise, Shanghai

Menyengal 5 hari 4 malam di Shanghai..

Hallasan, JEJU!

One of my favourite place on earth..

Madinah, Saudi Arabia

CikSengal jadi budak baik bila pergi ke sini..

The Peak, Hong Kong

Ni tahun depan baru update entries..

Showing posts with label Free Time - Korean Class. Show all posts
Showing posts with label Free Time - Korean Class. Show all posts

Tuesday, January 3, 2012

Kimbab Party~!

Semalam kami ada party kimbab~! Nom nom nom~!! Kisahnya, Simon Lee sonsaengnim sebelum Krismas lagi dah sakan SMS all the students to come for the party. Aku pun iyakan sajalah. Syok jugak kot dapat kumpul-kumpul makan-makan kan? A few days later, another SMS datang lagi. Kali ni entah dari siapa. Grace kot. Pesannya, Please come! We have some Korean Friends joining us~!! Wahh.. Ini sudah bagus, kataku dalam hati. Kot-kot ada yang hensem ke kan. Hahahaha.. Banyak lah kau punya handsome. Yang handsome of course lah dah jadi artis kan?? 

The day has come. Aku agak huru hara jugak lah because the party starts at 6pm. Aku ni dah lah almost a day berkelana kat jalan. Dari Johor Bahru ke Kuala Lumpur dan seterusnya ke Kota Kinabalu. Bermula dari 7 pagi di Johor Bahru sehinggalah pukul 4 petang tiba di Kota Kinabalu. Gilersss.. Penat jangan cakap lah. Ting tong ting tong pukul 5 baru sampai rumah. Ting tong ting tong lagi 5.45 baru keluar rumah. Sampai sana dah pukul 6.20. Solat maghrib dulu sebelum terjah party. 

Masuk-masuk je kelas, si Grace dah sergah. HAH~!! "Sila bayar dulu.." katanya. Iskk.. Yoja seorang ni. Rajin pulak dia nak cakap Melayu dengan aku hari ni. Tersengih Gace bila aku hulur RM10 padanya. "Ok. Boleh join sini." Diushernya aku dan Dila ke satu meja. 

Aku pun duduk lah. There's these two Korean girls sudah menunggu. Aiseh. Perempuan kah? Mana lelakinya? Hahahaha.. Lambat kami ni kan. Mula-mula rasa masak jugak lah bila fikir macam mana nak communicate dengan budak dua orang ni. Korean aku dah lah lama tak brush up. Kelas pun dah berapa kali dah aku ponteng. Padan muka aku kan. Sekali hambik kau. They spoke fluent English. Nganganganga....

Yang seorang nama Tina. From Seogwipo-si, Jeju-do. Tersengih aku. Mana taknya. 3 hari aku dan geng melepak kat sana back in February 2011. Yang seorang lagi namanya Lyn. Sakan you all masing-masing pakai nama English. Senang kot nak sebut. Alah, kalau bagi nama Korean pun, tak adanya aku nak tergeliat lidah nak sebut. Lyn ni dari Busan. Ngaaaaaaa... Suka aku kalau nak dengar dialek Busan. So, bebudak dua orang ni dan beberapa lagi kawan-kawan mereka datang dari Gyeongin University kalau tak silap aku. Somewhere in Incheon. Ambik course Education for Elementary School. Wahh.. Bakal cikgu lah ni. Kenalah pandai serba serbi macam ni. Menyanyi, menari, bersukan, bercerita etc. etc. etc. Diorang beramai-ramai datang dengan dua orang Prof diorang. Cuti-cuti ke Malaysia kekdahnya sambil mingle with the Korean Community yang ada kat KK ni. 

Lyn..

So kami borak-borak lah. Aku lebih banyak berborak dengan Lyn daripada Tina. Tina dok melayan lagi dua orang Chinese girls ni. Lyn ni comel jugak lah. Ceria sentiasa. Manja pun ye. Banyak aegyo minah ni. Hehehe..

Then it's time to melantak~! Sebelum melantak kena buat kimbab sendiri ye tuan-tuan dan puan-puan~!! So, the Korean kids pergi mengcollect bahan-bahan untuk dibuat kimbab.

Simon Lee sakan memberi instruction. Belasah dia campur cakap Melayu, English dan Korean. 

Getting ready..

Meja sebelah..

Meja depan dah start buat..

Ok. Kenapa kimbab bernama kimbab? Kenapa tak nama lain? Basically "kim" ialah seaweed, "bab" ialah rice. So, seaweed rice lah jadiknya. Senang kan? Hahahaha.. 

Ini ialah "kim". Excited sangat sampai pegang "kim" terbalik..

The ingredients..

So, bermula lah aktiviti kami membuat kimbab. Tina pun ikut excited sebab dia pun tak pernah buat kimbab ni. Hahaha.. Aku tanya kenapa. Dia jawab "Because my mom made it for me...." Cheh~!! So bahan-bahan yang ada :- seaweed, nasi, timun, telur goreng, carrot, pickled radish and sosej. Aku tenung je sosej tu. Entah sosej apa yang Simon Lee ni bagi. Hahaha.. Jadinya kimbab aku, aku tak letak menatang tu. Tepek punya tepek. Gelek punya gelek. SIAPPP~!!

Jajan~!! My Kimbab!!

Kebetulan Simon Lee pun lalu. Ditanya sosej apakah itu wahai sonsaengnim? "Chicken.. Chicken.. Ayam.. Halal tu.." katanya. Laaa.. Awat tak habaq awal-awal. Takpe lah.

Sesi memotong~! Sebelum potong, sila sapukan kimbab anda dengan minyak bijan. Kata Lyn untuk menambah rasa disamping buat gam supaya kimbab tu tak terburai. Selain dari bahan-bahan ni, Lyn kata kita boleh kreatif. Letak lah tuna ke. Daging ke. Ikut selera kitalah.

Potong~!

My Kimbab~!! Lyn kata, boleh kahwin dah.. Hahahaha..

Hujung-hujungnye.. 

Ok. It's time to makan~! Ada lauk-lauk disediakan. Kebanyakannya adik beradik kimchi. Fuhh.. Pedas berdesing kau. Sedap. Sedap.

Kimchi Tauge..

Bean paste soup..

Sambil makan, sambil borak. Banyak aku korek dari Lyn. Hehehe.. Sakan minah tu nak cari Malaysian Boy. Sabor je lah aku. Sebelum ni Lyn ambik course Psychology. Dah grad dah. Ni ambik course Education pulak. Gigih lah minah ni belajar. Aku ni bila pulak nak sambung belajar? Huhuhuhu..

Dah habis makan, it's movie time~!! Cerita apa ye? Into the Fire kooo.. Cerita perang lagi. Alahai.. TAKDE SUB~!! Hahaha.. Buat dialog sendiri lah aku. Walau tak paham apa, sedih banget lah cerita tu. Semua orang mati kecuali pakcik sorang tu. Huhuhuu..

Dokko Jin~!!

Dah habis movie, kami sempat bertukar-tukar email, facebook and no tel. Lyn pulak sesedap ayam masak merah pergi install KakaoTalk dalam handphone aku. "Kakao me OK??" Katanya berulang kali. Ye lah Lyn oiii.. Nanti aku datang Korea bolehlah kita jumpa kan. ^___________^

With Lyn and Tina.. Jae Hanguk Chingu.. ^__^

Kkeut~!! Tamat sudah Party Kimbab kami. They will be staying here till Wednesday. Selamat mengenjoykan diri kat KK ni and have a safe journey home~!!

Tuesday, December 6, 2011

New Sonsaengnim

Dah sebulan aku tak pergi Hangul class. Mesti kena sound dengan Jeonghui-nim ni. Adoilah. Karang dia tanya mana aku menghilang, tak kan aku nak cakap aku pergi balik kampung dia. Hahahaha.. Semalam aku gagahkan diri jugak untuk pergi. Ehh.. Jeonghui-nim tak adalah. Dia balik kampung. Fuhhh.. Nasib baik tak bertembung kat mana-mana. Hahahah.. Tapi, siapa ni? Cikgu baru kah?

Yep. Cikgu ganti. Muda lagi. Anak siapa ni? Anak Sera-nim ke? Entah ye? Tiba-tiba dia tegur aku. What is your name? Wahh.. Bagus. Dia pandai cakap English. Hahahaha.. Kalau dengan Jeonghui-nim memang tak dapat punya lah. Dia cakap bla bla bla bla. Dalam hati aku, wow. Her English is good. Korean kah dia ni? Her name is Grace. She's definitely a Korean. Itu je yang aku tau.

She's funny. And STRICT. Lagi aku ternganga bila dia start cakap Melayu and Cina bila kami tak paham. DAEBAK~!! Hahaha.. Hari pertama dia mengajar dah suruh kami buat karangan. Gasak lah kau Yatt. Dah lama kau tak menulis. Macam mana nak buat karangan? Apa lagi. Bukak google translate curi-curi. Hahahhaa.. Bengong. Nasib baik tak kena marah. Bukan saja kena buat karangan. Ada homework lagi. Ngaaaaaaa... Nangis lah aku. Mana sempat nak study ni. Huhuhuhu..

Our new textbook..

Next class, kami akan guna buku baru. Nae~!! Semoga aku semakin terer membaca, menulis dan mengadakan perbualan. AJA~!!

Nak balik tu, kami korek latar belakang Grace. She'd just graduated from Ewha University. Woww.. So? Apa dia buat kat Malaysia ni? Kenapa dia ada kat sini? Katanya, her family is here. Dah bertahun-tahun duduk sini. Laaaaa.. Gitu rupanya. No wonder she can speak Malay and Chinese. Dia dah grad tak tau nak buat apa. So balik KK lah.

Macam balik kampung gitu ekk. Aku yang Malaysia totok ni berangan nak buat Seoul tu kampung aku. Pigiraaahhh~!!!!

Monday, June 20, 2011

Ramyeon, Kimchi & Noraebang!!

Kelas hari ni supposed to be fun. Last week, Sera-nim kata kita buat KIMBAP!! Tapi bila sampai-sampai je Sera-nim tengah dok melepek kat meja kemalasan. Tak jadi buat kimbap katanya. Laaa.. Ottoke? Buku tak bawak ni. Dia kata lepak-lepak je lah makan ramyeon. Hahaha.. Suka hati lah cikgu!

Sera-nim sibuk potong kimchi..

Operasi mengagih-agih ramyeon. Aku tak makan. Tak halal kekdahnya..

Kimchi!! Yang ni aku makan. Perghh!! PEDASSSS!!

Aku tengok je lah masing-masing melantak ramyeon. Nak tumpang sekaki tak halal lah pulak. "Ini boleh makan punya. Cuma sapi saja bukan babi.." kata Sera-nim. Aigoo.. Rata-rata masih lagi kata kalau tak halal tu maksudnya piggy wiggy. Penat aku mengeksplain kat Sera-nim. Itu macam ka? Tanyanya. Pening dia. Hahaha..

Dah habis melantak, aktiviti seterusnya? Melalak!! Melalak kat satu tempat yang bernama DOREMI Noraebang. Kat Asia City jugak ni. Tak tau pun aku ada noraebang macam ni kat KK ni. Dey.. Berapa tahun dah kau duduk KK ni? Hahahaa.. Ye lah. Aku bukannya jenis orang yang suka berpoya-poya. Jenis duduk kat rumah je. The owner, Korean jugak. Spesis macam Sera-nim jugak ni. Dah berbelas tahun duduk Sabah. Cakap Sabah terer ohh!!

Sakan tau mereka-mereka ni menyanyi. Aku nak nyanyi apa pun tatau. Baca hangul masih fail. Nak nyanyi lagu yang aku hapal lirik pulak, tak ada dalam senarai. Dushh.. Takkan nak menari pulak dah. Tambourine banyak tu. Teringat pulak aku sesi karaoke dalam My Lovely Samsoon. Hahahaha..

Noraebang!!

Dah nak balik baru lah jumpa satu lagu yang aku hafal betul-betul. It Has To Be You. Yey!! Nyanyi lah makcik ni. Dapat score 95%. Fuhh.. Terer jugak aku ni. Hahahaha.. Adoiyaii. Sakan melalak ni tak sedor besok nak kena present proposal. Satu apa pun tak buat apa lagi ni. Huhuhuhu.. Nak tak nak pukul 9.30 kami cabut. Kalau tak kerana proposal tu, maunya sampai pagi jugak kami menebeng kat sini. Kekekekeke..

Monday, April 18, 2011

야 임마!!

Tak dapat aku nak imagine kalau aku kena jerkah macam tajuk entry ni. Mana taknya, Saera-nim dah ala-ala naik hantu dah hari ni. Dah diajar dalam kelas banyak kali pun masih tergagap-gagap aku ni. Mana taknya, tak reti nak buat revision. Bila ditanya, mestilah tergolek dog. Temper je cikgu aku yang seorang tu. Hehehe.. Mianhae sonsaengnim!! Saya berjanji akan belajar dengan lebih rajin lagi. Huhuhuhu..

Monday, April 4, 2011

Sarangeuro

Saera-nim dah balik! Kepanasan dia. Tak berhenti-henti mengipas. Ye lah. Kampung Saera-nim kan sejuk beku. Mana nak sama dengan Malaysia.

Hari ni Saera-nim ala-ala tak ada mood nak mengajar. So dia ajak kami nyanyi. Hadoi.. Lagu traditional lah, lagu zaman 60an lah. Saera-nim, kan best kalau kita nyanyi lagu Super Junior. Ni lagu lama-lama tak minat lah!

Paling tak tahan, balik-balik nyanyi lagu Sarangeuro. Minggu lepas dah gigih dah nyanyi dengan Mr Park. Minggu ni nyanyi lagi. Dah la sekejap tinggi sekejap rendah melodi dia. Lepas nyanyi, sakit tekak aku dibuatnya. Mula-mula tension jugak. Tapi lama-lama sedaplah pulak lagu ni. Hehehe..

Siapa yang nyanyi lagu Sarangeuro ni? Aku pun tak kenal. Lagu zaman tok kaduk kot. Bila search kat youtube, ini yang keluar.


Bongek!! Hahahahaha..

Boleh lah. Kena masuk dalam playlist ni. Saera-nim kata kalau ada event nyanyi-nyanyi nanti dia nak suruh kami nyanyi lagu ni. Huhuhu..

Dah penat nyanyi, aku bersembang dengan Amy and Amanda - geng sekelas. Korek punya korek, si Amanda pun pergi juga tengok SS3. Gigih betul. Masih sekolah rendah lagi tu. Tapi dia amatlah jeles bila dengar aku duduk seat VIP. Muekekeke.. Tak payah lah jeles. Patutnya aku yang jeles dengan kau sebab kecik-kecik lagi dah dapat pergi tengok konsert. Bertambah-tambah jeles dia bila tengok clip-clip yang aku capture malam tu. Paling tak tahan Mr Park pun join sekali tengok. Menjerit-jerit ala fanboy dah orang tua tu. Aigoo..

Monday, March 28, 2011

Namanya Mr Park

Dah dua minggu aku tak pergi kelas. Sekali sebab kemalasan. Kedua kali sebab rumah aku tak ada elektrik. Tak kuasa nak pergi kelas dengan tudung renyuk. Rindu betul aku kat Saera-nim. Tapi dia rindu kat aku tak? Haahahaha.. Tapi Saera-nim tak ada. Dia balik kampung 2 minggu.

Kelas kami siapa yang ajar? Tak ada siapa. Aku join kelas tahap 1. Tapi masalahnya Saera-nim laki bini balik Korea. Dah tu? Jeng jeng jeng.. This one guy datang ke depan untuk menggantikan cikgu-cikgu kami. Yess. Aku kenal dia. Namanya Mr Park. Dia ajar kelas tahap 4. Tapi hari ni dia ambil alih kelas tahap 1 n tahap 2. Gigih!!

Gigih bukan apa. This guy = no English, no Malay. GASAK!! Sepanjang kelas, hanguk mal saja donk! Gigih aku pasang telinga nak memahamkan apa yang dia dok cakap kat depan tu. Serius blur. Satu part je yang aku paham. Dia nak ajak kami pergi Korea skodeng artis. Wakakakaka.. Sonsaengnim, DAEBAKK!! Saya suka. Saya mesti pilih!

Penat dia cakap Korea sorang-sorang kat depan. Yang tahap 2 ni boleh lah paham sikit-sikit apa yang dia cakap. Yang tahap 1 tu, blur sepanjang masa. Last-last tak tau nak buat apa, dia ajar nyanyi. Tajuk lagu: Sarangeuro.

Gigih betul aku nyanyi lagu-lagu purba Korea..

Tuesday, November 16, 2010

He's Back!!

Our Sam (songsaengnim) is back!! Dua minggu dia balik kampung. Rindu aku nak dengar cerita "kitchen" dia. Hehehe..

To my surprise, ada lagi kisah kitchen. Hahaha.. Biasalah, he was supposed to say chicken. Tapi kitchen juga yang keluar. Perkataan ayam atau chicken atau Sam punya "kitchen" dalam bahasa Korea ialah "닭", pronounced "dark" atau "dalk". Bunyinya boleh lah nak dekat sama dengan English's "duck". So, Sam kata, there tend to be some confusion lah antara ayam dengan itik ni. Orang Korea dok sebut-sebut dark, dark. Tapi foreigners seems to understand that the supposed to be chicken is duck. Daripada gigih nak makan ayam terus mati selera bila dengar itik. Kekdahnya macam tu kot. Hehehe.. So belajar lah ye. Itik dalam bahasa korea ialah "오리", pronounced "ori". Macam ori original tu. Hehehe..

Then, cerita Sam lagi, orang Korea sangat sukakan anjing. Kitchen kureng sikit. Kitchen lagi Sam ni. Hahaha.. Nak sebut kucing tu. Tak semena-mena sebut kitchen jugak. Hahaha.. Sam, Sam.. Kalau jumpa anjing mesti "aigooo.. comelnyeeee!!" Something like that lah. Ni bagi spesis-spesis poodle lah ni. Bulldog apa comel? Hehe.. Memang tersangatlah suka anjing orang-orang Korea ni. Kalau jumpa kucing? Huh!! Mau lari kalau jumpa. Hahaha.. Kucing garang katanya. Tak berapa comel. Tapi Heenim lain pulak spesisnya ekk? Kekeke..


aku ni tak comel ke??

Sam kata, lain pulak kisahnya dengan kat Malaysia. Kata Sam, orang Malaysia lagi suka kucing berbanding anjing. Kucing comel, anjing garang. Hehehe.. Anjing kat Malaysia, kalau jumpa orang Korea dengan orang Malaysia, dia akan pilih orang Korea. Datang lenggang lenggok mencomelkan diri mong mong mong depan orang Korea, sebab dia tau orang Malaysia tak suka dia. Kalau kucing, tak mau punya pergi ke orang Korea. Mesti datang gesel-gesel ke orang Malaysia sebab dia tau orang Korea tak suka dia. Hahaha.. Macam-macam Sam ni. Boleh buat kajian ni.

Next week entah belajar apa pulak. Aku rasa mesti ada cerita kitchen lagi tu. Hehehe..

Tuesday, November 2, 2010

Sendiri Baksu!!

Dah sebulan dah aku ikut kelas Bahasa Korea. Kenapa aku join kelas ni, tak perlu lah aku huraikan panjang lebar. Korang semua pun dah tau dah reasons nya. Hehehe..

Kelas Bahasa Korea ni dijalankan di Asia City. Setiap hari Isnin jam 7.00-8.30 malam. Kelas ni ada 4 tahap. Setiap tahap ni, cikgunya lain-lain. Bilangan student pun tak ramai. Surrounding untuk belajar pun selesa. Aku dan Daliela ni beginners. Haruslah register tahap 1. Cikgu kami, Simon Lee namanya. Untuk lesson sepanjang 3 bulan, yurannya cuma RM100 sahaja. Untuk buku, tambah lagi RM15. Quite cheap jugaklah.

Mr Lee is one funny guy. Dia lagi fasih cakap Melayu daripada English. Tapi gigih sungguh dia mengajar kami dalam English. Sekali sekala dia tersasul. Kadang-kadang tak dapat aku nak menangkap apa yang diajarnya. Sebutan Englishnya macam out of this world. Bila aku buat muka blur, dia explain dalam Malay. Last time he asked us "What is the sound of a kitchen?". Punyalah blur. Sekali, apa yang dia maksudkan tu chicken. Itu pun selepas dia sebut "Ayam.. Ayam.." Hahaha.. Might as well teach us in Malay, seongsaengnim. :-p


Buku teks, kertas ujian, buku nota, buku kotak-kotak 70sen..

Isnin lepas 1hb Nov aku pergi ke kelas macam biasa. It's quite late already, dan di kampung air sana banyak pula kereta. Aku cuba mencilok untuk masuk ke simpang. Daliela kat sebelah risau aku tergesel dengan kereta depan, tapi aku kata boleh lepas punya. Confident melampaui segalanya. Sekali, ambik kau! Tak semena-mena masuk longkang! Tayar depan belah kiri selamat tersangkut. Mengaum kereta aku cuba ke depan ke belakang. Tak guna jugak. Stuck! Hahaha.. Padan muka aku!

Kesiannya kami, tak ada siapa nak tolong. Dua orang mat saleh lalu lalang tengok saja aku bertenggek kat tepi tu. Kalau kau tolong kan bagus. Ini tidak. Gambar aku dan keretaku yang terbenam ini yang diambilnya. Sabar je lah. Boleh lah dia brag dengan kawan-kawannya yang dia ada bukti pemandu malaysia ni gila di jalan. Hahahaha.. Then after a few minutes, dua tiga orang pakcik datang menghampiri. Sungguh aku berterima kasih dengan pakcik-pakcik ni kerana sanggup tolong aku. In no time, my baby is free from the longkang! Yeay!! Mat saleh dua orang pun ikut bersorak tepuk tangan. Adehh..

Lambat masuk kelas. But Mr Lee is not there, but a lady. Aigoo.. Wife Mr Lee rupanya. Mula-mula masuk kelas aku tak tau nama wife Mr Lee ni apa, but then dia perkenalkan nama dia Saera. Saera Buin. Hehehe.. Puan Saera lah maksudnya. Saera Buin ni ajar tahap 2. Tapi student tahap 2 macam tak nampak batang hidung pulak. Mr Lee ke mana? Nanti-nantilah aku tanya Saera Buin.


Saera Buin ajar ABC. Hehehe..

I thought Mr Lee is already one funny guy. But Saera Buin ni lagi funny. Asyik gelak je aku dalam kelas. Bila aku dengar dia bercakap, aku dok imagine Kim Sam Soon yang bercakap kat depan. Gaya, intonasi, suara semua sama. Saera Buin straight forward cakap melayu sokmo. Everytime kami dapat baca and sebut dengan betul dia akan kata BAKSU!! Hehehe.. Tepuk tangan lah tu maksudnya.

Sikit-sikit baksu. Sikit-sikit baksu. Sampaikan part tak perlu baksu pun aku dengan daliela baksu jugak. Termalulah juga. "Tak apa. Sendiri BAKSU pun boleh!" laung Saera Buin. Hehehe.. Cayalah!!

Sekejap je masa berlalu. Dah satu jam setengah. Betul. Kalau kita minat suatu benda tu masa yang lama pun boleh jadi sekejap. Aku rasa macam belum puas belajar lagi. Ni yang membuatkan aku berkobar-kobar untuk datang lagi minggu depan. Saera Buin will be teaching us again. Mr Lee balik Korea rupanya for two weeks.

Aku berkira-kira untuk join kelas Mandarin pulak lepas ni. Brush up balik apa yang pernah aku belajar 7 tahun dulu. Dulu terrer bukan main. Tapi tak praktik. Semua dah lupa. Bila berkongsi pasal belajar bahasa ni, aku pernah kena sound dengan seorang kawan. Kau belajar Bahasa Arab lagi bagus. Bahasa Al-Quran. Terus telan air liur aku dibuatnya. Hehehehe..

안녕하세요!! Hello!! .............................................. BAKSU!!
이름은 Yatt 입니다. My name is Yatt. ................. BAKSU!!
제 차... My car.. masuk longkang tadi................... Padan muka. SENDIRI BAKSU!!

Hehehehehehehe..