Mukadimah..
Aku masih ingat lagi. Tahun lepas sebelum bulan puasa agaknya. Tak pun time bulan puasa. Aku terima panggilan di kala aku sedang sedap lena diulit mimpi. "Yatt!! Korea jom!!!" Jerit K Awa. Huh? Sungguh aku mamai. Ha, ho, he, hiii sajalah jawapan aku masa tu. Ala-ala nak tak nak, aku cakap proceed je lah. Beli je lah tiket tu. Aku ikut je. Memang terawang-awang di kayangan. Yang pastinya, tak lama selepas tu tiket sudah berjaya dibeli. RM295 untuk tiket pergi balik Kuala Lumpur ke Incheon, South Korea. Murah kan tiket itu?? Kebetulan Air Asia tengah buat promotion tiket ke Korea. Nott ~ selaku backpacker yang tegar telah berjaya merembat tiket. Kesimpulan dari mukadimah ini, aku, K Awa dan Nott akan ke Korea pada bulan februari. Oh wait! Setelah pagi, dan aku dah fully sedar dari mamai baru aku terperasan bulan februari adalah musim dingin di Korea. Hambik kau!! Nak sangat tiket murah kan? Padan muka. Keras kejung lah kau kat sana. Hahahaha..
Saturday ~ 12th February 2011
The day has arrived!! Seriously, apa pun tak prepare. Itinerary percutian masih lagi tunggang langgang. Tapi dah ada dalam kepala dah nak ke mana bila sampai Seoul nanti. Kita gamble sajalah ya! Macam lah tak biasa kan?
Aku bergerak dari rumah KK seawal pukul 5.30 pagi. Met up with K Awa yang turun dari JB at McD LCCT. Breakfast sama-sama sambil gedebak gedebuk sambung buat itinerary. Still, tak menjadi jugak. Serabut kepala memikirkannya. Around noon K Abid sampai with lunch. K Abid is the latest addition to this trip. Kira last minit jugak lah dia join trip kami ni. Tiket mahal pulak tu. In oder to cut cost, dia akan join kami besoknya. Hari ni cuma aku, K Awa n Nott yang akan berlepas ke Incheon. Besok pulak, kami akan bentang red carpet untuk menyambut ketibaan K Abid. Hehehe..
Konon-konon buat itinerary.. Siap dengan pensel, pemadam dengan sharpener lagi. Tapi tak siap jugak.. Saja bawak netbook..
My bag.. Backpack yang boleh ditarik + satu beg recycle buat isi baju sejuk..
Nott sampai lambat. Gara-gara busy dengan kerja-kerja di office. Setibanya aku di LCCT pagi ni, Nott baru balik dari office. Belum siap packing lagi. Memang huru hara hidup minah tu. Tapi berjaya juga sampai di LCCT sejam sebelum departure. We had lunch, then off we go!!
Ni kali pertama aku naik Air Asia X. Besar jugak lah flightnya. The seating layout is 3-3-3. Kami bertiga duduk kat tengah-tengah. It's a 6 hours ride. Memang kematu bontot aku. Sakit badan lah jugak. Tapi tak sesakit time pergi Arab Saudi hari tu. Perut pun berkaraoke dengan maha hebat. Nak beli makanan, habislah pulak. Iskk AA ni. Lain kali sediakan makanan banyak-banyak. Ngokngek jugak kami ni tak buat prebook meal. Gasaklah kelaparan! Sepanjang perjalanan kami tidur, tengok Running Man via my netbook and ngumpat-ngumpat. Rasa macam sekejap je dah sampai Incheon.
Nott ada ambil brochures + pamphlets yang banyak dari KTO kat KL. Selain dari meroyan entah apa-apa, aku belek-belek jugaklah brochures yang ada ni. Semua ada kat sini. Tak payah susah-susah aku nak buat itinerary.
Antara brochures yang ada. SILA PAKAI BAJU RAYA KALAU NAK PERGI GANGWON-DO.. Hehehe..
Isi borang arrival.. Senang je nak pergi Korea ni. Tak perlu visa bagai..
Arrived in Incheon at 8.50pm local time. Sangat laju ini kapal terbang. nearly 30 minit ahead of schedule, dah sampai. Sekeluarnya aku dari perut kapal terbang, chills going up my spine. Boleh tahan sejuk. Tapi masih boleh maintain hensem. Hehehe.. Selepas deal with immigration, kami cari port lepak. Backpackers yang takde duit kan. Rugi kalau check in hotel malam-malam macam ni. So we decided to stay at the airport sampai pagi. Besok pagi baru bergerak ke hotel. Kami bergerak ke Level B1. Bajet happy gila sebab ada signboard tulis Prayer Room kat level tu. Sekali bila pergi skodeng, Prayer Room yang ada hanya untuk Christian, Catholic and Buddhist. Muslim punya ilek!! Tak apalah. Solat kat mana-mana pun boleh. Jadinya kami solat kat ruang dalam toilet! Toilet punyalah bersih dan kering. Memang selesa ya amat!
Bacpackers yang excited..
Kami lepak-lepak di level situ je. Minum kopi KRW600 yang dibeli dari Family Mart dan lepak-lepak bukak internet. Internet tersangatlah laju. Seronok betul aku urus Sengalville, bukak restaurant, buat kek dan tanam sayur. Hehehe.. All went well sehinggalah sampai satu tahap di mana heater di level yang kami duduk tu dimatikan. Warghhh!! Dah mula rasa sejuk. Tak boleh jadi. Kami bergerak ke arrival hall. Nott, tak payah tunggu lama, terus pengsan. Dah berapa hari tak tidur siapkan kerja. Aku pulak cuma boleh tidur-tidur ayam je. Keadaan sangat sejuk. Tak boleh nak cakap macam mana dah. Sama sejuk macam airport Bangkok hari tu. Aku merewang ke hulu ke hilir untuk memanaskan badan. Sempat layan 2D1N kat tv besar kat situ. Sepatah haram tak paham tapi boleh je aku gelak. Hahaha..
Our port tidur..
Dah penat merewang aku balik semula ke port tidur. Nott tidur statik sungguh. Tak bergerak langsung. Diam tak diam, aku pun ikut tertidur jugak. Sedar-sedar dah pukul 5 pagi. Orang pun dah mula membanjiri Incheon Airport......
Kos perbelanjaan hari ini:- Coffee = KRW600
Till next entry..
6 comments :
aku tak puas hati sebab aku tak boleh tidur, asik kelaur masuk toilet panaskan tangan..
Kt sana line internet tu free ke.?
Ko ada beli simkad utk hp tak?
certain tempat yang ada free wifi boleh laa dapat internet free..
kat sana takde jual simcard.. sebab semua sim built-in dalam henpon.. kalau nak pakai no sana kena sewa henpon..
borang arrival nak ambik di mna yer?
atas flight.. mintak dengan cabin crew..
Winter coat cantik!!! Beli kt malaysia @ korea?? Sy pluss size.. payah nk carik. Ada tips tak utk sy? Pergi korea time winter..
Post a Comment