Huangpu River Cruise, Shanghai

Menyengal 5 hari 4 malam di Shanghai..

Hallasan, JEJU!

One of my favourite place on earth..

Madinah, Saudi Arabia

CikSengal jadi budak baik bila pergi ke sini..

The Peak, Hong Kong

Ni tahun depan baru update entries..

Showing posts with label Aku Yang Terkedu. Show all posts
Showing posts with label Aku Yang Terkedu. Show all posts

Tuesday, January 24, 2012

E'ehh.. Keciknye..

Once upon a Tuesday, I was craving for a slice of cheesecake. So I drove myself to 1B. Yahuuuuu~!!

Bila dah mengidam sangat, tak boleh nak buat apa dah. Kena jugak pergi beli. Sedapnya kan bila dapat. Yam yam~!! I'm one happy girl bila dapat cheesecake or chocholate. So, siapa nak sogok, nak bodek aku, sila bagi dua-dua ni. Hahahaha.. 

Err.. Nak cerita pasal duit sebenarnya. Duit syiling 50 sen yang baru ni. Terkejut beruk aku bila dapat change 50 sen ni bila beli cheesecake yang diidamkan itu. Saiznya lebih kurang duit syiling 10 sen je. Aku ingatkan cashier tu salah bagi change. Punyalah sakan aku membelek. Warnanya bersinar-sinar you~!! Ala-ala gold in colour. Tak pasal-pasal terjakun sekejap. Hehehe..

50 sen.. Tecitnye..

Tak sangka pulak kan, duit syiling baru ni dah mula digunakan. So syiling yang lama ottokke? Akan dipupuskan ke? Nak kena korek tabung ni. Banyak duit syiling 50 sen dah jadi permanent resident dalam tabung tu. 

My Cheesecake..

Ok, 50 sen dah dapat. So, what about the rest of the schilling coins? Tak sabar nak tengok rupanya macam mana. ^__^

Sunday, December 4, 2011

Ada Apa Dengan ALICAFE

Pagi tadi aku bergrocery shopping. Buat stok sebulan kat rumah ni. Macam biasalah. Selalunya aku menabung kat Giant 1Borneo. Suka betul aku pergi situ. Boleh cuci mata. Boleh pergi Daiso. Boleh menebeng kat depan Money Changer some more. Opppsss~!! Nak ke mana lagi lah CikSengal ni kan? Hahahahhaa..

By the way, sedang aku tengah khusyuk mencari barang, aku terdengar suara-suara dalam bahasa yang agak familiar. Agak kecoh jugak lah. Aku pun pergi ke arah suara-suara itu. Ok. Seorang Korean ahjusshi, seorang ahjumma ~ isteri ahjusshi tu kot along with a friend dekat isle instant drinks. Chot chet chot chet chot chet.. Apa lah yang dikecohkannya tu. Rupa-rupanya dia tengah suruh pekerja yang ada kat situ turunkan beberapa kotak Alicafe yang berada kat shelf paling atas tu. Kotak-kotak tu dimasukkan ke dalam troli. Wow.. Terbuntang mata aku. Banyaknya pakcik? Buat stok ke? Borong nak bawak balik Korea sana? Bagi souvenir kat saudara mara? Hahahaha.. Tengah sakan aku menonton scene tu, tiba-tiba ahjumma tu terus terpandang aku. Di kala mata kami bertentangan, dia terus tergelak. Aku pun ikut gelak sekali. Hahahaha.. Macam tau-tau je apa yang aku fikirkan ye ahjumma?

Alicafe...

Hurmm.. Sedap ke Alicafe ni? Sampai berbondong-bondong pakcik Korea tu beli? Sekali rasa pasti nak lagi? Entah ye. Kena buat kajian ni.

Jadi aku berjalan-jalan lagi. Entah agaknya hari ni Hari Bertemu Orang Korea kot. Aku terserempak dengan beberapa Korean lagi. This time 3 Korean ladies. Kecoh-kecoh nak beli jajan. Secara tak sengaja aku terpandang ke arah bakul grocery mereka. Guess what I saw? Yepss.. Beberapa bungkus Alicafe~!! Yowwwzaaaa!! What happened? What happened weh? Kenapa semua orang kemaruk Alicafe? Tengah aku dok fikir macam mana connection tercetus antara Korean and Alicafe, aku dikejutkan dengan laungan seorang perempuan. Oh. Kawan kepada these ladies rupanya. Serius aku terus tergelak kat situ bila the chingu datang ke arah kawan-kawannya dengan memeluk 2 paket Alicafe 3-in-1. Wakakakakakaka.. Dah macam orang sewel aku nak cover-cover gelak kat Giant tu. Tolak troli sambil tersengih-sengih macam kerang bacen. Adoilaaa..

So, dengan perasaan curiousnya, balik rumah aku terus google pasal Alicafe..


Bukak-bukak main page je dah nampak bendera Korea terselit kat situ. Oh.. Dah sampai Korea rupanya Alicafe ni. No wonderlah. Si Queen pun bagitau yang dia pernah nampak Alicafe ni ada dijual kat Shinsegae. Dah glamer rupanya Alicafe ni di kalangan orang Korea. Bila godek-godek corporate profile, baru ku tahu company ni based kat JB. Kampung makcik~! Hahahaha.. Sumpah aku tak pernah tau sebelum ni. Sebab aku tak pernah nak ambik tau. Bila insiden kat Giant ni terjadi baru aku terhegeh-hegeh nak godek. Hahahaha..

Belek bahagian spokesperson pulak. Ada Farah, Rosyam Nor, Dafi and Raymond Lam. Cepat-cepat aku bukak site Korean punya.....

Spokeperson COMING SOON~!!

Wohhh~!! Siapalah bakal jadi spokesperson untuk Alicafe Korea? Super Junior? Wakakakaka.. Mau berkotak-kotak aku beli buat stok macam ahjusshi tadi. Hahahahahahah..

Dah nak habis merepek ni, aku still tak tau kenapa Korean borong Alicafe ni banyak-banyak. Maybe kat Korea sana harganya mahal? Borong banyak-banyak kat sini lagi murah? Orang tengok mesti pelik kan. Alah.. Sama je dengan orang kita yang memborong face product kat sana berbondong-bondong banyaknya. Opppsss~!!! Hahahaha.. Orang-orang sana pun mesti rasa pelik tengok kita.

Nantilah. Kalau aku ada rezeki terserempak dengan Korean yang memborong Alicafe ni aku nak tanyalah. Wae manhi manhi saji? Wakakakaka.. FAIL~!!

Tuesday, June 28, 2011

Kerana Lagu Cina

Siang tadi aku ada terima 3 calls. Kesemua 3 calls aku tak jawab. Sebabnya? Sebab nombor KL. Malas aku nak angkat. Entah-entah orang nak jual insurance lah, orang nak verify credit card lah. So MALAS nak layan hokkay!! Nombor-nombor HP yang tak ada dalam phonebook aku pun aku tak layan. Kalau penting sangat sila SMS.

Kisahnya apa yang menarik pasal 3 calls ni, 2 calls yang mula-mula tu setakat ringing sekali je. Dalam hati aku, orang ni saja-saja nak mainkan aku ke apa ni? Then 10 minit lepas tu baru ringing panjaaaaaaaang sikit. Huh. Jangan harap aku nak angkat! Biar je. Tak lama lepas tu dapat mesej. Dari CIMB Bank. Please call back. Wakakakaka.. Tau pun. Kalau penting sila SMS ye! Hehe..

So aku call lah CIMB. Rupanya pasal aku dah terbayar lebih untuk credit card aku, padahal aku dah terminate dah kad tu. Kiranya dia nak pulangkan baki lah tu. Aigoo.. Susah-susah je kau call. Tranfer je lah siap-siap ke akaun bank aku. Tapi manalah tau kan, diorang nak authorization pengesahan segala. Ye lah. Den paham. Tapi yang menariknya masa mula-mula panggilan aku bersambut tu. "Saya call Puan tiga kali tadi tak berangkat.." Aku kelentonglah aku ada dalam meeting. Kekekeke..

Tadi, lepas buka puasa mata aku berat sangat. Tidur lah sekejap. Then aku terima call dari Cik Ina. Dia tanya " Kenapa orang bank cari kau?" Hoh?? Biar betul. Aku yang mamai-mamai tu tanyalah bank mana yang call. CIMB katanya. E'ehh.. Jauh bebenor lah Cik Kak tu mencari aku. Setelah borak-borak dengan Cik Ina, barulah aku tau misteri di sebalik 2 calls yang pertama (ringing sekejap) and call yang ketiga (ringing panjang). Melekek-lekek aku gelak. Terus besar mata aku. Tak jadi nak tidur. Hahahahahahhaa..


Cik kak CIMB: "Dua kali saya try call dia tadi, tapi keluar lagu cina. Saya salah nombor kot. Saya call rumah ni nak minta no handphone dia ni......"

Beria Cik Ina gelak. Aku bila dengar pun gelak guling-guling.. By the way Cik kak, itu bukan lagu cina ye. Itu lagu Korea. Harap Maklum.

Wednesday, March 16, 2011

Salam Dari Innolife

Tiba-tiba je dapat email..



Hello

This is innolife

We are taking the reservations for the premier DVDs of Mary stayed out all nightThe DVDs will be released on the later of March.

The reservation site is like below :

Thank you!

Ni gara-gara CikSengal angau dengan YB hari tu lah ni. Sorry lah Innolife, CikSengal takde duit dah!!

Monday, January 3, 2011

Padan Muka..

I wrote this last Friday.............



Today....

1. Woke up late..
2. My make up things cari pasal.. Cannot find mascara, eyeliner broke.
3. Car broke down. Cannot start. Terpaksa tumpang Murni pergi kerja.
4. Sampai office, kunci office tertinggal kat rumah.. DUSHH!!


Lain kali, silalah gedik lagi menaip yang bukan-bukan ya. Huhuhuhu.....

Friday, August 21, 2009

Cerita Hari Jumaat

Sekejap je dah hari jumaat. Cepat betul masa berlalu. Bila ada banyak kerja yang perlu difikir dan dibereskan, memang lah cepat. Cuba kalau satu hari tu belek facebook dan main YM je. Mesti rasa lama kan? Hahahhaa..

Minggu ni cuti sem. Ingatkan kalau cuti sem ni ringan lah segala beban kerja dan kurang lah segala stress-stress yang terkumpul tu. Tapi tak ada maknanya. Semakin parah ada lah. Tiap-tiap hari meeting. Setiap kali meeting ada saja kerja baru yang diagih-agihkan. Boleh muntah darah macam ni. Ni belum lagi topup dengan kerja-kerja yang masih hanging terawang-awang di udara. Hehehe.. Bisinglah kau Yatt. Dah tau kerja banyak, ko masih mengada nak menaip kat sini. Sekali sekala kita kena lah take a break kan. Tak lah rasa bekerja macam mesin. Teringat pulak iklan Kit-Kat kat tv tu. :p

Belum habis kisah MQA, ada kisah 3P. Belum habis kisah 3P ada kisah PLUMS pulak. Belum habis kisah PLUMS ada kisah fail kursus pulak. Belum habis kisah fail kursus kena buat fail meja pulak dah. Lepas ni kena buat fail kabinet, fail kerusi, fail pintu dan fail lain-lain lagi gamaknya. Macam dah tak cukup kerja aku ni. Apa kebenda fail meja ni pun aku tak tau sebenarnya. Hahahaa.. Nantilah aku google apa menatang fail meja tu.

Macam hari-hari sebelumnya, asal lunch break je aku balik rumah, memekak. Asal lunch break je aku balik rumah, memekak. Bukannya terer mana pun. Tapi aku boleh dapat rasakan satu kepuasan yang teramat sangat. Sedikit sebanyak stress yang dikumpul pada waktu pagi pun hilang. Eh, buat sementara waktu je tu. Bila balik office semula, mula laa balik stress. Hahaha.. Kalaulah baby aku tu portable, nak aja aku bawak ke hulu ke hilir. Bawak masuk office pun ok jugak. Kita lawan siapa lagi kuat. Suara aku ke suara orang sebelah ni. Hehehe...

Tengahari tadi aku menyumpah seranah lagi di jalanan. Kali ni kereta kancil putih pulak yang buat hal. Punyalah sakan dia mencilok sana sini. Sekejap ke kanan, sekejap ke kiri, Tiba-tiba ada di depan aku, tiba-tiba pi belah sana pulak. Sekejap laju, sekejap slow. E'ehh.. Ko ni mabuk ke hapa? Lepas tu duduk stay kat tengah-tengah jalan. Bukan di lorong kiri dan bukan di lorong kanan. Kalau orang belakang nak potong belah kanan dia masuk lane kanan. Kalau orang belakang nak potong belah kiri dia masuk lane kiri. Apa kes? Apa jalan tu bapak kau yang punya ke? Menyusahkan orang betul. Memang angin kus-kus ku datang melanda. Jangan nasib ko sama dengan nasib viva putih yang dulu tu sudah. Pantang hari jumaat macam ni aku menyumpah seranah tau. Hahahaha..

Tadi aku masuk drive-thru McD. Tengah queue, aku ada nampak 2 orang awek berjalan ke parking yang kat belakang tu. Yang sorang dah masuk ke dalam kereta kat tempat duduk pemandu, kawan dia pulak dok berjalan ke arah sebuah lagi kereta selang 4 parking lot dengan cawan plastik McD di tangan. Oh, diorang datang berasingan kot. Aku buat assumption sajalah. Sekali, aku terkejut badak. Awek tadi tu letak cawan yang dipegang tadi kat atas bumbung kereta tu dan berjalan balik ke kereta kawan dia dan sama-sama pergi naik satu kereta. HUH? Tak paham aku. Apa motif dia buat macam tu? What? Ha? HUHHH? Haahahaha.. Pening pulak aku pikir sebab dan musababnya. Nak kata bongok, pakai baju macam kerja pejabat. Bongok ke dia? Kalau lah dah tak mau minum lagi air tu letak je laa kat tepi. Yang kau susah-susah jalan jauh-jauh pergi ke kereta lain tu buat apa? Keliwon betul. Sampai tahun depan pun susah nak selesaikan misteri nusantara ni. Hahahaha..

Hurm.. Kejap je ekk. Besok dah puasa dah. Ambik kesempatan lah kat sini nak ucapkan Selamat Berpuasa pada semua geng-geng, sahabat handai, sedara mara dan semualah yang menyinggah kat sini. Semoga Ramadhan tahun ini membawa berkat kepada semua. Yuk terawih malam ni!

Tuesday, October 21, 2008

Dua Kali Terkejut..

Aku terima dua berita yang mengejutkan malam tadi. Tergamam, terkedu tak terkata apa.

Pertama, aku dikhabarkan yang Sharir ditransfer kerja ke KK! Huih. Terkejut beruk aku. Akhirnya, berkampung di KK juga rupanya dia. Baru je berangan nak jadi orang KL. :-p Aku rasa happy ye, rasa tak happy pun ye. Hehe.. Happy sebab ada kaum kerabat terdekat yang sanggup memboringkan diri bersama-sama aku kat sini. Rasa tak happy mungkin bila dia ada kat sini, dia akan report apa yang aku buat pada mak. HARU! Mak pulak macam sedih je. Sempat aku call dia semalam. Katanya, "kenapa lah semua orang nak duduk KK.." Huhu.. Sedih pulak aku dengar.

Keduanya, aku dikhabarkan seorang rakan SCK UTM meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya. Nor Azlina Jalil. Zaman study dulu, dia agak famous di kalangan student Sc Comp disebabkan suka mengenakan heavy make-up. Disebabkan kelas kami mempunyai ramai Nor Azlina, kami menggelarkan dia Lina Tepung Gomak. Dia tau, ramai yang bahasakan dia macam tu. Tapi sedikit pun tak ambil peduli. Dia baik dengan semua orang. Generous pun ye. Sekarang dia dah tak ada. Salam takziah untuk keluarganya especially hubby - Zul. Semoga roh lina dicucuri rahmat hendaknya. Amin.

Mmm, mak & abah akan ke Jepun petang ni selama seminggu. Semoga selamat pergi dan kembali dan membeli souvenir yang banyak untuk aku. Hehe..

Sunday, October 5, 2008

Darn!



Baru beli semalam..
Hari ni berangan nak pakai..
Belum sempat apa-apa dah terjatuh ke lantai..
Habis pecah berderai..
Damn it!
60 hengget melayang..
Sakitnya hati................


Tapi tadi beli lagi. Hehe..