Tuesday, November 2, 2010

Sendiri Baksu!!

Dah sebulan dah aku ikut kelas Bahasa Korea. Kenapa aku join kelas ni, tak perlu lah aku huraikan panjang lebar. Korang semua pun dah tau dah reasons nya. Hehehe..

Kelas Bahasa Korea ni dijalankan di Asia City. Setiap hari Isnin jam 7.00-8.30 malam. Kelas ni ada 4 tahap. Setiap tahap ni, cikgunya lain-lain. Bilangan student pun tak ramai. Surrounding untuk belajar pun selesa. Aku dan Daliela ni beginners. Haruslah register tahap 1. Cikgu kami, Simon Lee namanya. Untuk lesson sepanjang 3 bulan, yurannya cuma RM100 sahaja. Untuk buku, tambah lagi RM15. Quite cheap jugaklah.

Mr Lee is one funny guy. Dia lagi fasih cakap Melayu daripada English. Tapi gigih sungguh dia mengajar kami dalam English. Sekali sekala dia tersasul. Kadang-kadang tak dapat aku nak menangkap apa yang diajarnya. Sebutan Englishnya macam out of this world. Bila aku buat muka blur, dia explain dalam Malay. Last time he asked us "What is the sound of a kitchen?". Punyalah blur. Sekali, apa yang dia maksudkan tu chicken. Itu pun selepas dia sebut "Ayam.. Ayam.." Hahaha.. Might as well teach us in Malay, seongsaengnim. :-p


Buku teks, kertas ujian, buku nota, buku kotak-kotak 70sen..

Isnin lepas 1hb Nov aku pergi ke kelas macam biasa. It's quite late already, dan di kampung air sana banyak pula kereta. Aku cuba mencilok untuk masuk ke simpang. Daliela kat sebelah risau aku tergesel dengan kereta depan, tapi aku kata boleh lepas punya. Confident melampaui segalanya. Sekali, ambik kau! Tak semena-mena masuk longkang! Tayar depan belah kiri selamat tersangkut. Mengaum kereta aku cuba ke depan ke belakang. Tak guna jugak. Stuck! Hahaha.. Padan muka aku!

Kesiannya kami, tak ada siapa nak tolong. Dua orang mat saleh lalu lalang tengok saja aku bertenggek kat tepi tu. Kalau kau tolong kan bagus. Ini tidak. Gambar aku dan keretaku yang terbenam ini yang diambilnya. Sabar je lah. Boleh lah dia brag dengan kawan-kawannya yang dia ada bukti pemandu malaysia ni gila di jalan. Hahahaha.. Then after a few minutes, dua tiga orang pakcik datang menghampiri. Sungguh aku berterima kasih dengan pakcik-pakcik ni kerana sanggup tolong aku. In no time, my baby is free from the longkang! Yeay!! Mat saleh dua orang pun ikut bersorak tepuk tangan. Adehh..

Lambat masuk kelas. But Mr Lee is not there, but a lady. Aigoo.. Wife Mr Lee rupanya. Mula-mula masuk kelas aku tak tau nama wife Mr Lee ni apa, but then dia perkenalkan nama dia Saera. Saera Buin. Hehehe.. Puan Saera lah maksudnya. Saera Buin ni ajar tahap 2. Tapi student tahap 2 macam tak nampak batang hidung pulak. Mr Lee ke mana? Nanti-nantilah aku tanya Saera Buin.


Saera Buin ajar ABC. Hehehe..

I thought Mr Lee is already one funny guy. But Saera Buin ni lagi funny. Asyik gelak je aku dalam kelas. Bila aku dengar dia bercakap, aku dok imagine Kim Sam Soon yang bercakap kat depan. Gaya, intonasi, suara semua sama. Saera Buin straight forward cakap melayu sokmo. Everytime kami dapat baca and sebut dengan betul dia akan kata BAKSU!! Hehehe.. Tepuk tangan lah tu maksudnya.

Sikit-sikit baksu. Sikit-sikit baksu. Sampaikan part tak perlu baksu pun aku dengan daliela baksu jugak. Termalulah juga. "Tak apa. Sendiri BAKSU pun boleh!" laung Saera Buin. Hehehe.. Cayalah!!

Sekejap je masa berlalu. Dah satu jam setengah. Betul. Kalau kita minat suatu benda tu masa yang lama pun boleh jadi sekejap. Aku rasa macam belum puas belajar lagi. Ni yang membuatkan aku berkobar-kobar untuk datang lagi minggu depan. Saera Buin will be teaching us again. Mr Lee balik Korea rupanya for two weeks.

Aku berkira-kira untuk join kelas Mandarin pulak lepas ni. Brush up balik apa yang pernah aku belajar 7 tahun dulu. Dulu terrer bukan main. Tapi tak praktik. Semua dah lupa. Bila berkongsi pasal belajar bahasa ni, aku pernah kena sound dengan seorang kawan. Kau belajar Bahasa Arab lagi bagus. Bahasa Al-Quran. Terus telan air liur aku dibuatnya. Hehehehe..

안녕하세요!! Hello!! .............................................. BAKSU!!
이름은 Yatt 입니다. My name is Yatt. ................. BAKSU!!
제 차... My car.. masuk longkang tadi................... Padan muka. SENDIRI BAKSU!!

Hehehehehehehe..

4 comments :

Baizurah said...

Wah excitednya saya baca... sebelum ni pernah juga plan plan mau amik kelas bahasa Korea... Memang sepupu dah recommend Asia City... tapi pemalas mau check... but after reading this blog post macam teruja pula... :p

Anonymous said...

best nye baca..inspired me to learn foreign language too..before ni sama gak belajar bahasa mandarin..tp skg semua dah lupa sebab tak praktik..

blackpurple @ jowopinter said...

kau belajar bah korea selatan ke korea utara ni... Hehehe...

ohh MY~ wHy u keEp staLking?? said...

hello, sa intrest maw belajar ne language, can u help me?? d mana kmu ambi ne course, satu kg.air kunu sa pusink2, ndak jumpa ne TuT ~ help me please!! k=pop lover here ^___^..Btw nice blog and story line!!hehe~ gve me the detail ok.. email sa du:

miss.heartbeat05@gmail.com =))!! really appreciate ur kindness TuT ~