Tuesday, December 7, 2010

Ahlan Wasahlan!!

Ya Habibie!! Ya Maulana!! Mere Abeoji!! Ana datang! Ana datang!! Ana mau cari unta!! Kekekekeke.. Buruk betul perangai anak Wak Daut ni. Baru ada semangat 1 Donia kan? Nilah jadinya bila kepala tak center, demam belum kebah, alih-alih nak kena jalan jauh. Jeng jeng jeng.. Ke mana ente pigi daaa??

Kisahnya, hari ni aku bertolak ke Arab Saudi. Wow!! Jalan lagi ke CikSengal ni? Ye lah. Jalan lah tu. Tapi ni bukan backpacking ye. Mau kena culik dengan Pak Arab nanti. Hehehe.. Aku memenuhi jemputan Wak Daut sebenarnya. Orang tua itu beria sungguh mahu dua orang anak dara suntinya ini datang melawatnya di sana. Aku suka aja. Nak-nak kalau tiket fully sponsor, tak reti lah aku nak tolak. Hehe..

Sebelum pergi, aku ditugaskan untuk shopping ikan bilis lah, udang kering lah, ikan masin lah, serai lah, daun limau lah, cili padi lah, kicap lah, dan macam-macam lagi lah. Barang-barang basic yang susah nak cari or dengan erti kata lain MAHAL GILA TERGOLEK DOG kat bumi Arab sana. Itu no hal. Sonang je mokcik nak cari kat Taman U. Janji jangan lah sampai berat nak memikulnya. JB-KL naik MAS je. 20kg je boleh lepas. Barang-barang sendiri satu hal. Barang-barang orang lain kirim lagi? Huh.. Kalau iman aku tak kuat, aku dah tinggal dah barang mereka. Memesan tak hengat langsung. Dia ingat aku datang pakai kapal kargo agaknya..

Well, aku pergi dengan mak nenek ~ Aida. So berdua lah terkontang-kanting packing segala. Dah settlekan packing kena settlekan lain-lain pulak. Hantar kereta balik kampung, tinggalkan si gebu dengan sepupu dan macam-macam lagi lah. Almost 3 weeks rumah ni akan ditinggalkan kosong. Kenalah buat apa-apa yang patut.

Dari JB ke KL naik MAS. Dari KL ke Jeddah, naik Saudi Air. Hah ni, kalau naik Saudi Air kau nak bawak sampai 40kg pun tak apa. Flight dari JB jam 8 pagi. Dari KL ke Jeddah pulak jam 3 petang. Melangutlah aku dan mak nenek dok tercongok kat KLIA nun. Nasib baik lah Sharir dan Din Gemok datang meneman. Si Sharir nak balik KK hari tu jugak. Sempat lah bereunion balik kami adik beradik. Setelah bereunion hari Ahad sebelumnya kat Shah Alam. Hahaha..

Masa yang dinantikan pun tiba. Setelah mendapat petua dan nasihat dari Din Gemokk (well, Din Gemokk pernah bertapa kat sana selama 6 bulan buat latihan industri) aku dan aida pun bertolak ke balai berlepas. Tak lama tu, kami boarding masuk flight. The flight was, WOW!! Besar you! Terjakun lah sekejap. Selalu naik Airbus je kan. Ni naik 747. Kan lain. Hehehe.. Well, ramai Arab yang naik flight ni dari Malaysians. Berbondong-bondong beg diorang bawak. Puaslah tu menyopping kat KL. Overall was good and nice till I saw this one stewardess ni lah. I tell you haa, she's so rude. Being sarcastic some more. Mo jugak sia tempeleng mukak dia biar seeenget. One passanger minta tolong dia letakkan beg kat overhead compartment tu. She just watched! Tak tolong langsung! Then the passanger managed to put her bag lah kat atas tu. Boleh pulak si minah gedikz ni cakap dengan muka kereknya "AS IF YOUR BAG WAS HEAVY!!" Oh my goodness! Learn some manners woman!!

After all settled down, kami pun berlepas. Aku duduk kat tengah-tengah between Aida and this one Arab lady. Arab Lady ni dah tua dah. Aku agak je based on tangan dia. Jari-jemari dia, perghhh.. Merah menyala punya kuitik. Dahsyat. Tapi muka berpurdah. Macam manalah tu ye. Nak berborak dengan aku. Tapi bantai cakap dia lah. Aku mana paham. Aku cakap sorry sorry je lah. Nak mengelak dari kena tadah telinga tak paham apa, aku pun tengok tv. Hehehe..


House with Arabic Subs. Nasib baik tak dubbing cakap arab terus.

Aida kat sebelah dah syok berbual dengan jiran sebelah dia. Indian lady. Malaysia mari lah. This lady and beberapa orang lagi baru nak mula kerja at one of the hospital in Jeddah. Wow. Sanggup mereka datang kerja jauh-jauh macam ni. All ladies pulak tu. Tapi memandangkan gaji yang memang handsome jugak jumlahnya, siapa yang nak lepaskan peluang. Kalau aku, aku pun nak.

Before we know it, it's makan time! Aku dengan tak ada selera due to demam makan lah jugak. Tak berapa best sangat. Tapi telan je lah. Dah lapar kan.


The seats were not that comfortable. Seluruh badan aku sakit-sakit. Macam-macam fesyen dah aku duduk. Orang tak pernah naik flight sampai 8 jam. Macam ni lah jadinya. Tak cukup dengan tu, mulalah sakit perut lah. Nak muntah lah. Berapa kali jugak lah aku keluar masuk toilet. And the ngongok stewardess tadi tu pandang slack yang amat bila aku masuk toilet. Pakkal je aku tak ada tenaga. Kalau tak, aku lesing dah pompuan tu. Adoyaii.. Memang cobaan betul naik flight ke Arab Saudi ni. What's worst, budak memekak melalak-lalak. Rasa macam nak tercabut kepala aku mendengarnya. Maknya boleh relaks je anak dia nangis sampai tak keluar suara. Macam tak tau nak buat apa gitu. Anak dia lapar ke. Anak dia dah penuh isi pampers ke. Buat dekkkk je. Tak paham betul aku.

Setelah berhempas pulas, akhirnya, sampai juga aku ke Tanah Arab. Kami tiba di Jeddah International Airport. Belum apa-apa lagi dah ada cobaan lain. Kami and the nurse gang tu dibuat macam orang bodoh. Di suruh isi borang ketibaan. Tapi borang tu pun tak ada. Go to that desk katanya. Dah pergi, tak ada pun. Then guard ni suruh pergi tempat ni. Bila pergi, orang kat situ, suruh pergi sana pulak. Dah pergi sana, patah balik ke situ pulak. Dah pergi situ, disuruh balik semula ke guard yang awal tadi. NO FORM!! Kata salah seorang nurse tu. Then, to my rasa nak sepuk ke nak apa ye? Tak boleh nak describe. Guard yang suruh kami ke sana ke sini tu, masuk office dia and keluarkan borang tu. Huh.. Memang angin kuskus tujuh petala langit aku kat situ. Kalau iman tak kuat memang aku dah make a scene kat situ. Tapi takutlah pulak kena tangkap dengan pak-pak arab ni. Hehehe..

Then we parted ways with the nurses tadi tu. Aku dan Aida pergi ambil luggage. Wak Daut dah pesan, jangan sampai Bangla-Bangla yang ada kat situ tolong angkat kan beg. Diorang tu laju je. Maunya kena pow baekk punya. So kami ala-ala menyorok lah kat tempat lain. Nasib kami baik sebab malam tu semua bangla-bangla ni ala-ala tak ada mood nak kerja. Semua dok melepak kat satu sudut. Selamat! Tak payah aku nak berperang beg dengan mereka.

Dalam setengah jam kemudian Wak Daut pun datang bersama-sama sidekicknya Wak Ali. Hehehe.. Gigih mereka datang menjemput kami. Harus lah kena jemput. Mana boleh dibiar anak dara dua orang ni terkontang kanting kan? Hehe.. Off we go! Naik kereta baru Wak Daut. Ngehngeh.. Terrer dah Wak Daut bawak kereta left-hand-drive ni.

Perjalanan kami mengambil masa 1 jam setengah. Wak Daut dan kaum kerabat UTM yang lain semuanya berkampung di pekan Rabigh. Pekan kecik je. Kalau Jeddah tu lain lah cerita, besar. Jauh juga. Tak boleh imagine aku besarnya macam mana. Nanti dah sampai baru tau. On the way, kami singgah menapau...

Emmy's Drive-thru..


My first treat in Arab Saudi. Wak Ali belanja. Hehehe.. Bagus lah Wak Ali ni. Tak kedekut. Dia memang suka makan. So, aku pun dapat makan free lah. Hehehe.. Lepas makan diam-diam kat belakang aku terus terlentok. Sedar-sedar dah sampai rumah. Wakakaka.. Punyalah bagus tidur sedap-sedap kat belakang. Yolah. Waktu Malaysia pukul 1 pagi. Siapa yang tak ngantuk.

Sampai jugak aku ke rumah Wak Daut. A 4 storey apartment ni. Satu floor ada 4 unit rumah. Rumah Wak Daut on the ground floor. Jiran kami siapa? Of course lah, Wak Ali kat sebelah kiri and Dr Ab kat sebelah depan. Meriah.. Meriah.. Hehehe.. Cik Ina dah tunggu dengan tersenyum lebar. Si kembong lagi lah. Buat dekk main tenet. Whoahhh.. Dengan ini, bermula lah kisah pertapaan aku di bumi Arab untuk 3 minggu yang mendatang..


Till the next entry..

0 comments :