Wednesday, June 13, 2012

Autumn in My Heart di Bumi Korea ~ Final Day: Nami Island & Petite France

Thursday, 24th November 2011

Hari terakhir kami di Korea! Dah hari-hari terakhir ni, aku jadi tourist guide je. Setelah siap kemas-kemas pagi ni, kami letakkan barang di bilik Asue. Asue balik besok, jadinya kami check out and sumbat semua barang kat bilik dia. Dah selesai semua, kami berempat pun bergerak ke luar Seoul. Asue tinggal sorang-sorang and pergi jalan-jalan sendiri. Terer dah dia jalan sorang-sorang. ^^

Kalau dah ke luar Seoul tu, untuk first timer datang sini, ke mana lagi lah kan aku nak bawak? Aku bawak tourist-tourist ni pergi Namiseom dan Petite France. Dah terer naik train, kita naik train je lah ye. So, naik train lah kami sampai Gapyeong Station. Dari Gapyeong station, kami naik teksi ke Namiseom. Harga teksi tak mahal mana. Dalam KRW2,500 je. Malas nak tunggu bas punya pasal. Lagipun kalau naik bas, tambang sorang KRW1,000. Empat orang dah KRW4,000. Dah tu kena ikut schedule pulak tu. Teksi je lah pilihan terbaik. 

Macam biasa, dah sampai jetty kena beli tiket masuk and tiket feri. KRW8,000 in total. Dah tu tunggulah sampai feri tu bergerak. Dalam feri punyalah ramai manusia dari Malaysia. Kekekee.. Aku berkenalan dengan seorang Chinese Uncle dari perak. Dia datang ikut rombongan ramai-ramai. Terkedu pakcik tu bila tengok kami berempat je. "Waa... Pandai lah you.." Uncle, kalau dah 3 kali datang sini, tak pandai jugak aku tak tau nak cakap macam mana. Hehehe..

Tu baru kat atas feri. Kat Namiseom? Hohh.. Bersepah-sepah Malaysian. Malaysian yang ada jalan-jalan kat Korea ni ada dua jenis ye. Satu jenis yang pandai nak senyum, nak tegur, bersapa tanya khabar dari mana and so on. Yang satu lagi jenis, jenis muka riak sombong tak hengat, senyum pun tidak, tak user friendly langsung. Kalau dah nampak orang senegara dengan kita, senyum je lah kan. Tak luak pun. Aku dah senyum, dah, diorang tak nak balas sudah. Yang aku pelik, yang bukan Melayu ni yang rajin bertegur. Yang Melayu, perghhh.. Macam dia lah paling terer datang Korea ni. Padahal pakai agent, datang pun pakai tourist guide. Pffttttt.... Yes you Malaysian out there yang melayu-melayu ni. Kalau pergi sana, jangan kau buat muka sombong kau. Sila senyum sikit ye. 

Tourist kat pintu masuk..

Icy road..

Sampai-sampai je terus nak terjah tempat makan. Hahahaha.. Lapar punya pasal sebab belum breakfast kan. Tapi Yongajiga tak bukak lagi. Haishhhh.. Awal lah pulak kami ni. Jadinya jalan-jalan dulu.


Frust CikSengal..

Tak tau nak cerita apa dah pasal Namiseom, tepek gambar je lah mana-mana yang patut.


Jalan-jalan..

Giant..

Pokok gondol..

Hotel..


Park Yong Ha's in memory..

Haiyorrkkk~!!

2 deg celcius with 18km/h wind.. Ginilah jadinya..

Dah penat jalan-jalan, baru lah balik semula ke Yongajiga. Ramai pulak lah orang yang duduk kat luar. Nasib baik kat dalam ada meja kosong. Lega. Lagi pun tak mampu nak duduk luar sebab sejuk ya amat.

Kat dalam, ada rombongan dari Malaysia. Ikut agent ni aku rasa. Some of the makciks smiled at me. Aku pun senyum lah balik. Yang muda-muda haram jadah, pandang pun tak. Tak kisah lah. Kau memang tak user friendly. Mereka baru nak mula makan. Kelihatan yang veteran ni terpinga-pinga melihat makanan yang tiba. Pakcik, makcik, tu lah lunchbox orang Korea. ^___^

Aku pulak dengan poyonya pergi mengorder. Harus pakai skrip yang dah dihapal dari awal. Kekeke.. 4 lunchboxes + 1 kimchi pancake. Air minum air sejuk je. Ambik sendiri dari peti ais for free.


Minah-minah kelaparan..

Jajannn~!!


Hasil goncangan.. Hahahaha..

Kimchi Jeon..

Kedai tiba-tiba kosong..

Menu..


Huh. Dapat jugak makan kat sini. Last time datang time summer, tutup kedai ni sebab ahjumma meniaga tu sakit kepala. Hahahaha.. Dah tak ada apa nak buat, kami pun beransur ke jetty untuk balik ke darat.

Dah sampai darat, melantak lagi. Kentang stim KRW3,000. Kekekeke.. Nyam nyam nyam..

Slurrrppppp..

Next? Petite France. Kami naik teksi je ke sana. Bas ada, tapi yang aku tau bas day-tour. Aku tak sure ada ke tak local bus dari Namiseom ni nak pergi ke Petite France. Nak tunggu bas day-tour tu ada schedule. The next one pukul 2 lebih dari Namiseom. Tak larat lah nak tunggu. Baik naik teksi je. Ramai-ramai macam ni jimat.

Perjalanan dari Namiseom ke Petite France lebih kurang 30 mins. Tambang pulak lebih kurang KRW18,000. Aku pun tak ingat dah the exact amout. Tapi tak cecah KRW20,000 lah. 

Petite France ni pun aku dah pergi buat kali kedua. Dah tak tau ceruk mana dah nak ambik gambor. Jadinya aku duduk diam-diam je lah kat tepi while the rest jalan-jalan berposing.

Petite France..


Sunny..

Boss yang sengal..

Running Man's Jail..

Game zaman-zaman dulu..


Lari pulak gambo ilusi ni..


Nak tengok gambo-gambo lain kat Petite France boleh tengok kat sini --> Summer Scent Day 4.

Dah habis posing, balik lah kami. Kali ni, aku nak cuba balik ikut jalan lain pulak. Kalau dulu, balik semula ke Gapyeong Station untuk balik ke Seoul. Tapi this time nak balik ikut Cheongpyeong Station pulak. Sebenarnya dua-dua station ni berada di line yang sama. Cuma Cheongpyeong Station ni lagi dekat kalau nak pergi dari Petite France kalau nak compare dengan Gapyeong station.

So, we took a local bus. Dari Petite France ni ada lah pulak local bus. Tapi ikut schedule jugak. Kena tunggu mengikut masa yang ditetapkan. Don't worry, segala jenis pengangkutan awam kat Korea ni on time. Tak payah nak risau kalau bas tu datang awal ke, datang lambat ke. Memang on time. Tambang aku tak ingat berapa tapi rasanya dalam KRW2,000 seorang.

Sampai jugak kami di Cheongpyeong Station. But wait.. Ni bus station! Mana train station ni? Hahahahaha.. Mampuih! Ah sudahh.. Ke mana nak pergi ni. Terpaksalah tanya orang kan. Explanation pun ke laut sebab aku tak paham apa yang dia cakap. Pakai bahasa isyarat. Secara generalnya tau lah kot nak menghala ke mana. Takpelah. Jalan slow-slow. Kalau tak jumpa jugak, tanya lagi.

Dah jalan ke depan, rasa macam dah sesat. Kami siap ketuk tingkap kereta yang berhenti kat tepi jalan tu, tanya pemandu ke mana arah Cheongpyeong Station. Fuhh.. Lega sebab uncle tu pandai cakap English. Jalan straight je. Dah tu jumpa tanah lapang. Lorrr.. Apa laa ni. Tanya pulak tauke restoran seafood kat situ. Dia tunjuk TUUUUUU DIA Cheongpyeong Station. Kena lintas tanah lapang. Mak datuk! Jauh banget. Hahahahaha.. No choice. Jalan je lah.

Jumpa pun~! Jauh hokkay jalan kaki dari bas station dia. Sobbss..

Cheongpyeong Station..

Tunggu train..

Bye-bye Cheongpyeong, Hello Seoul~!! Sampai hostel ahjumma lebih kurang pukul 6 petang. Kemas apa-apa yang patut, say bye bye to Asue, dan bergerak lah kami ke Incheon. Naik KTX. First time ni aku naik. Senang naik KTX ni sebab direct pergi Incheon Airport dari Seoul Station. Seoul Station ni pulak sekangkang kera je dari hostel ahjumma. Jalan kaki je.

Dah sampai, we checked in and ready for boarding. Sedih pulak nak balik kan. Hahahaha.. Sengal betul. Time nak masuk gate tu, jeng jeng jeng. Aku nampak seseorang yang agak familiar. Siapa? Mak Iti and geng! Laaa.. Balik sekali rupanya. Satu flight kita ekk? Heheheh.. Oklah Mak Iti. Kita jumpa kat dalam je nanti.

Boarding pass AA yang cantik..

Mak Iti..

Boarding..


Beg aku yang banyak giler..

Yoshhh.. Balik lah kami. Sampai LCCT lebih kurang pukul 6 pagi. Aida terus ke Perlis sebab ada kenduri kahwin kawan dia, Fieza balik ke JB, K Yati balik ke KK. Aku? Masih mood meronggeng. It's 25th November 2011. 2PM's Hands Up Tour in Stadium Merdeka malam ni! Hahahahahah..

There should be some reviews on the Hands Up Tour, tapi masih dalam draft tak siap-siap. Malas nak mengarang kekdahnya. Sementara nak menunggu pergi konsert, aku lepak kat LCCT je. Ehh.. Aku mandi tau. Kat LCCT ada shower. Sampai-sampai je terus serbu sana dulu. Hehehe..

After the concert, aku balik semula ke KLIA, homeless for the night and went back to KK on the first flight out besok paginya. Balik rumah, siap-siap and masuk Dewan Konvo. Fuhhhh.. Gilers penat.

Dah. Officially tamat lah sudah Autumn In My Heart di bumi Korea. Sekian terima kasih. Nantikan edisi seterusnya ~ Spring Waltz di bumi Korea. Kohkohkoh..

6 comments :

tim-mystic-crafts said...

Koya-KLIA-2PM Concert-KK, perghh!! mmg daebak la itinerary hang cik blankie oi!! -salam from cik stanum yg x pueh meronggeng di bumi Koya-

CikSengal said...

kekekekeke... fully utilized masa yang ada.. :P

Anonymous said...

Salam..

Saya plan nak gi Korea hujung Okt-awal Nov 2013..Since akak dah jelajah Korea semua musim, masa autumn ni ada jualan murah ke (nak beli jaket & sweater di SPAO cadangnya)? Boleh recommend tempat mana yang bagi reasonable and cheap price utk beli souvenir?

CikSengal said...

anon,

insyaAllah ada.. try skodeng.. souvenir murah2 boleh cari kat namdaemun market.. kadang2 kat insadong pun ada yang murah jugak..

biku said...

Hi...

last sept my 1st trip to seoul.xsempat balik malaysia on 2nd day dah rasa ''oh..nanti ada rezeki nak datang lagi lepas ni''..
masa kat sana mmg jumpa 2 species org malaysia. 1 yg friendly sgt - kita senyum, tegur sapa elok bersembang. 1 lagi yg mmg sombong gile - kita senyum sengih pun xlayan.tp kadang buat muka tebal try tegur jugak.rupanya mostly yg mcm ni dah ada member kat seoul/dah biasa dgn seoul.cit!! berlagak..org yg bukan malaysia pulak yg friendly bila nmpk kita pakai tudung, tegur bagi salam..

btw...enjoy baca cik sengal punya catatan..travelling sgt free n easy.kenapa sblm ni xjumpa blog ni awal2?..sob sob sob...T__T

CikSengal said...

hi biku,

thanks sebab menyinggah bagi komen kat sini.. ^__^ yes.. macam-macam pesen orang malaysia ni.. rasanya kat mana-mana pun sama jugak.. tapi yang paling ketara jumpa perangai macam ni kat seoul lah.. stress rasa.. hehehe..

insyaAllah ada rezeki pergi lagi.. ^__^