Thursday, November 18, 2010

Bali oh Bali!! ~ Day 5: Muzium Bali, Pasar Kumbasari & Kuta Beach

Wednesday, 1st July 2009

It's Day 5. Kami check out awal pagi, tinggalkan beg dekat kaunter and off pergi Denpasar town. Sebelum tu macam biasalah. Posing-posing dulu..


Queen Hotel, Denpasar..


Our room.. Breakfast teh o panas satu termos kat luar.. hehehe..




Now, now.. I can see something similar like this in KK.. :p

Pergi town, pergi mana? Kami pergi Muzium. Kekeke.. Pergi ke muzium adalah wajib dalam aktiviti backpacking kami ni. Ye lah. Kat muzium kita boleh tau banyak benda pasal tempat yang kita lawat ni. Kalau tak pergi, sampai sekarang aku tak tau yang nama Papua tu maksudnya rambut kerinting. Korang tau ke? Hahaha.. The muzium is nice. Architecture and landscape sangat menarik. Macam-macam ada kat sini.


Entrance..


Mesti ada pose ni.. Hehehe..


Dari menara tinjau..


Bahasa Bali ni..


Posing depan signbod muzium..

Tengah khusyuk membelek artifak yang ada, kami dapat news that PM Dr Md Noor Md Sap, our Advance Database Lecturer zaman-zaman master dulu meninggal dunia. Sangat-sangat terkejut. Tak boleh terima gitu. Terus aku teringat kat zaman-zaman dia mengajar kami dulu. Dalam kelas memang selalu kecut perut sebab dia suka student tanya dia soalan. Macam pelik kan. Selagi kita tak tanya soalan, selagi tu dia tak puas hati. He is a good, generous man. Tak sangka dia pergi cepat. Muda lagi dia ni. Tapi disebabkan dia terjatuh and tak sedarkan diri, dia ditahan lama kat hospital. Akhirnya dia pergi juga. Al-Fatihah.............

Next kami ke Pasar Kumbasari. Kat sini boleh lah kalau nak cari souvenir untuk dibawak balik. Kedai-kedai kain baju, pun ada. Aku adalah beli keychain sikit-sikit buat bagi orang. Itu je lah ole-ole termampu. Datang untuk jalan-jalan. Bukan untuk shopping. Tapi kadang-kadang aku pikir jugak. Buang karan je beli. Orang lain pegi jalan-jalan tak belikan aku apa pun. Hahahaha.. Mengungkit aku ni. Tapi aku ni baik hati. Ingat jugak pada orang. Beli lah jugak.


Pasar Kumbasari..


One of the entrance..

Dah puas shopping, kami balik ke hotel untuk ambik beg, tahan cab and terus ke Kuta. Cari hotel murah-murah. Gamble lagi kami ni. Nasib baik dapat. Bersih pun ye. Tapi aku dah lupa nama hotel tu apa. Hahaha.. Tapi sekarang ni kalau risau sangat hotel tak bersih ke kotor ke booking Tune Hotel je. Confirm segala-galanya cun. Senang. Lagi pula dah ada dua tune hotel kat Kuta tu. Macam biasa, drop beg takde rehat-rehat terus jalan-jalan di area Kuta pulak.




On the way to Kuta. Masa ni bakal-bakal presiden Indonesia tengah berkempen. Lupa pulak aku nak ambik poster candidate no 3 - Jusuf Kalla..


Kedai K Yanti.. Jauh dia meniaga.. Hehehe..

Dah agak-agak petang sikit kami melepak di pantai. Ramai juga orang yang sama-sama melepak kat sini. Peaceful je rasa walaupun sekali sekala mataku ini gatal melihat mat saleh tak berbaju lalu lalang bawak surfing board. Hahaha..


Ada orang meniaga jugak kat sini..


Orang melepak..


Sunset..

Dah habis tengok sunset, kami ke McD kat seberang jalan tu. Melantak sebentar and lepas tu pergi ronda-ronda lagi area Jalan Kuta and Jalan Legian sampai lah malam.


Ini namanya PaHe.. Ada paham?? PaHe tu Paket Hemat.. Value Meal lah dol.. Hahahaha..

Dah penat meronda, kami balik hotel. Tengah-tengah malam buta pergi CC, transfer gambar and update Facebook. Dah agak-agak puas hati menjelouskan orang barulah aku reti balik hotel and tidur. Hehehehe..


Next Entry...
Bali oh Bali!! ~ Day 6

2 comments :

Homestay Kuala Terengganu said...

woit..bukan dr naomie ke ajar kita adv db. arwah ni ajar kita database masa degree laa..

CikSengal said...

hoh?? aiseh.. aku tak ingatlaa PM Md Nor ajar apa.. tapi during master.. sebab yang ajar aku database masa degree En Taib.. nanti korek balik nota2 lama.. hehehe..