Saturday, October 30, 2010

Bali oh Bali!! ~ Day 2: Taman Ayun, Chandikuning, Alas Kedaton & Tanah Lot

Sunday, 28th June 2009

It's Day 2! Sebelum mengcheck outkan diri, adalah lebih baik kami pergi jalan-jalan dulu. Tak kuasa nak heret beg ke sana ke mari. Jalan Legian pagi-pagi ni agak meriah juga dengan kereta, motor etc. etc. Tapi orangnya kurang. Mana pergi mat-mat minah-minah saleh yang bergerombolan malam tadi? Aku rasa dah penat kot diorang berjoli malam tadi. So pagi ni, ala-ala tak reti nak bangun awal lah agaknye. Mat-mat saleh yang reti bangun awal pulak tak reti nak pakai baju jalan ke sana sini. Tercemar mata aku melihat six pack mereka. Wahahaha.. Yang six pack tak apa jugak. Yang boroi? Keke..


Jalan Legian


TERUSSSSSSSS!!!

Jalan punya jalan, jumpa satu kaunter kecik ni kat tepi jalan yang menyediakan tour packages. Menarik. Menarik. It's Bali Happy Tour. We stopped by and discuss-discuss dengan tuan empunya kaunter. Ira namanya. Bersungguh-sungguh dia promote. This one package sangat-sangat menarik hati kami. Harga pun sangat-sangat reasonable. Siap dapat diskaun lagi. Tempat-tempat yang bakal kami pergi adalah Taman Ayun, Chandi Kuning, Alas Kedaton dan Tanah Lot. Weehuuu!! Tak sabar gila masa ni. So sekarang juga kita check out!


Our hotel. Bahagian luar nampak menarik. Bahagian dalam menolak sehabis-habisnya. Hehehe..

Kupikirin untuk tour ni ada lagi tourist lain. Sekali kami bertiga saja daa satu van.. Wahwahwah!! SANGAT BEST!! Our guide ni senyap je. Tak cakap apa pun. Yang dia tau dia bawak kami pergi ke tempat-tempat yang dijanjikan je. Takde sikit pun penerangan ke hapa dia nak bagi. Diam je lah kami.

Jalanlah kami menuju ke Taman Ayun. It's a temple. Sacred place gitu. Kaum Hawa yang tengah period tu dilarang masuk. Nak buat macam mana, tinggallah aku kat luar sorang-sorang melayan blues. Hahaha.. But still, kat luar pun ada several places yang boleh pergi. Kawasan dia sangat-sangatlah menarik. Menghijau je. Sangat-sangat peaceful. Architecture yang ada pun sangat-sangat cantik.


Pintu masuk ke Pura..


Sebelum masuk sila pastikan dulu...








Some random scenery. Credit to K Awa sebab aku cilok gambar dia. Hehe..


Kunun-kunun nak ambik gambar cunggg..

Dah puas meronda tengok landscape and architecture kami bergerak ke Chandi Kuning. Chandi Kuning ni kawasan tanah tinggi. Majoriti kat sini adalah orang Islam. Ada masjid kat sini. Nak cari makan pun senang. Kami lunch di sini siap-siap. Manalah tau kan, lepas ni susah nak cari makanan halal. Bali ni bukannya senang nak cari makanan halal. Babi guling banyak ler. Hehehe.. Aktiviti kami kat sini macam biasalah, berposing sakan, makan-makan, solat and then off we go to the next destination.


Dari pintu masuk ke pura..


landscape yang cantik..


Masjid dari arah tasik..


Tasik kat Chandi Kuning ni..


more pic of tasik..


Pura kat tengah-tengah tasik..


Singgah lunch..


pemandangan dari arah masjid..


sempat lagi K Awa charge bateri henpon.. hehehe..


Masjid..

Next destination is Alas Kedaton. Don't know what to expect here, tapi sepanjang perjalanan kawasan penanaman padi saja. Nice scenery..




Sampai dah!!



Apa yang ada kat sini??? Ini................................



Banyak betul. Besar-besar pulak tu. Besar kucing, besar anjing pun ada. Huhuhu.. Seram aku menengoknye. Ke sana ke sini mereka berlari. Terpaksa elak-elak. Again, it's another temple. Masuk temple je kerja aku hari ni ye. Tak apalah. Aku dapat tengok different architecture yang ada kat sini. Ada makcik sorang ni bawa kami pusing-pusing. Macam tour guide lah kiranya. Ada ramai makcik-makcik guide duduk menebeng kat tepi jalan. Ambik giliran untuk bawak tourist masuk jalan-jalan.


Makcik tour guide..

Dah habis jalan-jalan makcik ni terus bawa kami ke kedai dia. Ada banyak kedai kat Alas Kedaton ni. Kedai-kedai yang ada kat sini semuanya makcik-makcik guide yang punya. Kiranya, lepas bawa tourist pusing-pusing diorang akan bawa ke kedai masing-masing. Bagus juga ek konsep macam ni. Nak beli, belilah. Tak nak beli dok diam-diam. Jangan gatal-gatal nak pergi kedai lain. Karang kena hambur pulak. Aku selamat beli kain selimut 8 hengget. Kain tu dah selamat aku buat lapik washing machine kat rumah. Muahahaha..


Makcik ni jual yang 18SX lah pulak.. Hehehe..


Kedai-kedai lain yang ada kat situ..



Then, kami bergerak ke Tanah Lot. Sepanjang jalan tengok sawah padi lagi. Sempat berhenti kejap tepi jalan ambik gambar. Jakun gitu. Aku pun dah lama tak nampak sawah padi. Last aku tengok rasanya 8 tahun lepas kat rumah Mek Yus kat Kodiang. Hehehe..

Sampai Tanah Lot ngam-ngam nak sunset. So tengok sunset lah kami sekejap lagi. Sementara tu meronggeng-ronggeng dulu tengok kedai-kedai souvenir. Dah namanya tempat tourist, souvenir pun mahal-mahal. Nak pikir dua tiga kali dulu nak beli ke tak. Tapi kalau dah berkenan sangat tak payah nak teragak-agak. Beli je. BIAR MENYESAL BELI. JANGAN MENYESAL TAK BELI. Hehehe..


Menuju ke pantai sambil skodeng kiri kanan..


Antara kedai yang ada..


pintu gerbang ke pantai.. Nice huh??


jalan-jalan lagi..


tak larat aku nak naik atas..


pura di tengah laut.. time air pasang mesti lawa kan..


sunset.. nice..

Dah habis ronda-ronda kami pergi solat sebelum balik. Kat kawasan tanah lot ni ada shoplot kosong yang dijadikan surau. Senang juga nak solat kat sini. After that kami pun balik. Kami minta guide dropkan kami di Denpasar. Perjalanan kami masih jauh. Nak ke Kintamani pula selepas ni. K Awa dah contact orang di Kintamani untuk jemput kami. Sementara tu kami ronda-ronda la sekejap kat satu dataran ni. Ada festival rupanya. Ada stageplay, persembahan tarian, booth pameran, gerai-gerai makan. Memang meriah. Orang ramai jangan cakap ler. Berasak-asak kat situ.


Antara persembahan yang ada..

Kami tunggu punya tunggu, orang yang dijanjikan tu tak datang-datang. Nak contact semula tak dapat dah. Sabor je lah. Festival pun dah nak habis. Orang semua dah berduyun balik. Tapi kami masih tercongok kat situ. Last-last ketemu juga. Itu pun melilau orang tu cari kami. Siap tanya orang yang lalu lalang lagi, ada nampak 3 budak Malaysia tak? Wakakaka.. Kami lah tu. Senang diorang nak cam orang malaysia ni. Dressing confirm lain semacam dari diorang.

Perjalanan kami ke Kintamani agak jauh. It's a bumpy ride. Sakit pungkoq aku. Sampai satu tahap, jalan menjadi gulap gulita. 4 wheel yang dipandu pakai lampu tinggi saja. Masuk jalan kecik, masuk semak samun. Masuk hutan!! Ya Allah, selamatkanlah hambamu ini. Sungguh seram aku dibuatnya. Sepanjang jalan tak putus-putus aku baca ayat kursi..

At last sampai jugak. Alhamdulillah. Lega aku! Orang yang menjemput kami adalah pekerja salah satu lodge di situ. Time of arrival lebih kurang 12 pagi. Kami duduk di lobi, tak bercadang untuk check in tapi pekerja tu dah bawa kami ke bilik. Nampak gaya kena spent the night jugaklah dalam bilik. Besok pagi-pagi pukul 4 nak naik Gunung Batur. Yey!! Tunggu next entry laa ekk..


Next Entry...
Bali oh Bali!! ~ Day 3

0 comments :