Monday, June 11, 2012

Kia Ora, Aotearoa! ~ Day 1: Christchurch: Jucy Rentals & Rakaia Gorge

Thursday, 26th April 2012
Christchurch --------->> Rakaia Gorge

Penat tau duduk bertenggek dalam flight ni. Sengal satu badan. Nak lunjur-lunjur kaki pun tak boleh. Terpaksa jalan-jalan tak tentu hala menuju ke depan, kemudian ke belakang ala-ala attention seeker. At least dapat merenggangkan semua otot yang dah mula mengeras ni.

Seat kami row kedua terakhir. Memang dekat bontot kapal terbang lah ni. Seat belakang kami pula dikonker oleh engineer-engineer AA. Sempat aku pasang telinga dengar mereka berborak. Kekeke.. Yang sorang ala-ala excited. Yang sorang dah muak pergi Christchurch. Yang sorang lagi macam nak nangis bila kena ditugaskan pergi Christchurch. Mana taknya. Kerja ikut kapal terbang. Dah sampai Christchurch, rehat satu hari, pastu balik Malaysia balik. Hoii.. Penat kat jalan je. 

Row 2nd last..



Sila isi Arrival Card..

Ada lah sekali dua mereka menegur kami. "Student ke?" Tanya mereka. Wahhh.. Kembang semangkuk aku tau. Muda remaja lagi aku rupanya ni. Hokhokhok.. Perasan sangat lah kan. Padahal lighting dalam flight tu tak berapa terang. Tak nampak sangat kedutan-kedutan kat muka aku ni. Bluwerrgghh..

Bila nak sampai ni! Tu je lah kata-kata keramat yang asyik keluar dari mulut aku ni. Kerjanya asyik belek jam je. Bertabah je lah kan. Tapi, dah agak-agak dah nak sampai, kami disajikan dengan pemandangan yang cantik kat bawah, terus hilang rasa penat. Waaaaaa.. Excited terlebih dah ni. Tak sabar nak turun!!


Kat mana ye ni?

Dari jauh..

Mountains..

Setelah hampir 11 jam aku bertenggek dan mengerekot, akhirnya sampai juga di Christchurch. Jam menunjukkan pukul 2.20pm waktu tempatan. LEWAT tiba dari yang dijadualkan! Habislah carca merba itinerary kami untuk hari ni. Belum lagi go through custom and immigration. Belum lagi kena geledah beg makanan. Huwaaaa.. Saspen pun ye jugak. Takut semua benda alah makanan yang kami bawak ni tak lepas. Harap-harap diorang tak strict. Tak putus-putus berharap mudah-mudahan semuanya berjalan lancar.

Sampai-sampai terus lalu dalam Duty Free Shop.. Terjakun sekejap..

Dug dag dug dag jantung aku sepanjang-panjang menunggu barang untuk diselongkar. Family Chinese yang beratur di depan kami, berkotak-kotak makanan yang mereka bawak. Semuanya kena selongkar satu persatu. Maggi lah, biskut lah, jajan lah. Apa susah sangat ke mereka nak mencari makanan kat NZ ni? Lain lah kami ni kan. Aku jadi semakin saspen. Cik Ina bawakkan satu tapau sambal ikan bilis. Jangan lah benda tu ditahan. Wawawawa.. Bukan saja makanan yang kena declare. Kasut, selipar pun kena declare. Takut kita ni kena cop bawak penyakit masuk ke NZ melalui tanah-tanah yang melekat kat kasut tu. 

Dengan perasaan penuh saspen tibalah masa untuk menyelongkar barang kami. Maggi lepas, PAMA lepas, roti krim gardenia lepas, jajan lepas, kuih siput buat ngunyah-ngunyah lepas, selipar lepas, kasut lepas. Alhamdulillah. ^^ Tapi bila aku ditanya pasal tapau sambal ikan bilis aku tu, aku jadi kelu. Tak terjawab aku bila custom officer tu tanya apa kejadahnya benda ni. Aku blank seblank-blanknya. Lupa terus sambal ikan bilis tu apa dalam English. Berpeluh-peluh dah. Habis lah, selamat lah kena tahan benda tu. Wuwuwuwu.. Officer tu pun angkat and tunjuk kat kawan sebelah dia. Kawan dia pun kata “THAT’S CHILLI ANCHOVIES.. It’s OK.” HAH!! CHILLI ANCHOVIES!! BONGOK! Kenapa aku ni boleh blank? Wakakakakakakkakakaa.. Aisehmen. Orang putih tu kenal lah sambal ikan bilis. Hahahaha.. 


Visa for 3 months..

3.20pm. Waktu kami keluar dari Arrival Hall. Dah lambat sangat dah ni. Selepas ni kami akan pergi ke pejabat JUCY Rental Car. Kami sewa Campavan sepanjang jalan-jalan kat NZ ni. Senang nak bergerak dan tidur kat mana-mana yang bersesuaian. Sementara menunggu staf JUCY datang menjemput, aku skodeng-skodeng leaflets yang ada kat pejabat i-site yang ada kat situ. Kot-kot lah kan ada aktiviti yang menarik boleh dibuat. Dah tu skodeng around the airport. Kecik je airport ni. LCCT lagi meriah. 

Kami berangan nak beli simcard New Zealand. Senang kot-kot nak calling-calling, nak access internet, apa-apa yang patut. Tapi, aramakkk tuan.. Mahalnya. Terus tak jadi. Bertabah je lah dengan apa yang ada.


Macam ni je Arrival Hall dia. Sobss..

Nak pergi sini!!

Cekik darah!

Pejabat i-Site..

Pejabat i-Site lagi..

Ke mana kami?

Ni company lain ni..

Off to JUCY~!!

3.50pm. Kami di pejabat JUCY. Ingatkan jauh, sekali 5 minit perjalanan je dari airport. Chaitt.. Kat JUCY, kami settlekan hal-hal menyewa campavan. Jumlah keseluruhan yang perlu dibayar adalah NZD917 untuk sewaan selama 11 hari. Lebih kurang RM2,400. Tu dah termasuk insurans semua. Kiranya harga on the road lah. Hehehehe.. Mahal memang mahal. Tapi tu lah yang paling murah yang kami jumpa kat internet. Bila dah di bahagi sama rata, masih berbaloi-baloi jugak lah. Sewa campavan ni kami gores dan menang je. Cash tak cukup. Hehehehe..

JUCY Office..

Letak beg kat luar je..

Beg kami.. Sorang satu backpack bersama bek kanvas berisi makanan..

Kami naik benda alah ni datang sini dari airport..

Dalam office..

Ada leaflet jalan-jalan disediakan..

Antara transport yang disewakan..

MyVi pun ada.. Kekekeke..

Berurusan dengan JUCY ni kami dapat diskaun kalau nak pergi ke Milford Sound. Daebak. Memang dalam itinerary kami pun Milford Sound tu walaupun aku tak tau apa benda kejadahnya Milford Sound tu. Hahahaha.. Dah alang-alang kami ambil je lah promotion yang disediakan tu. Harganya Cuma NZD130 saja untuk 4 orang. Kalau tak, seorang je dah NZD65. Kiranya buy 1 free 1 lah ni.

Then, staff JUCY tu pun bawak lah Campavan tu ke depan mata dan batang hidung kami. MAK OI!! Besornya! Ni macam mana nak bawak ni. Dahlah kami ni comel-comel semuanya. Entah-entah kaki pun tak sampai nak tekan minyak tekan brek. Kekekekeke.. Cuba try test, nasib baik sampai. Gerek sehh.. Macam bawak van sekolah gayanya. Balik Malaysia ni boleh buat part time bawak van sekolah.

Campavan yang kami sewa ni sebenarnya Toyota Hiace. Tapi dah dimodified untuk dijadikan Campavan. Interior sangat comel hokkay. Ada katil lipat, katil dabel deker, ada tv, ada dvd player, ada dapur gas, ada sinki, ada fridge, ada meja, ada cabinet, ada heater, ada toaster, ada pingan mangkuk periuk belanga sudu garpu cawan gelas pisau. Semua complete lah! Err lupa. Toilet segera pun ada. Tapi tak kuasa lah aku nak guna toilet tu. Cam geli je. Hahahaha.. Tak dapat nak bayangkan lagi macam mana kami berempat bakal bergasak dalam van yang very limited space ni. Mau ada yang tertonggeng-tonggeng nanti.

Campavan kami! Kelihatan CikSengal yang tak sabo nak naik..


Chloe ke Claire ke apa nama dia ni dok explain manual Campavan ni..


Serabut.. Bawah beg canvas tu ada dapur gas dua tungku..

TV and DVD player gam kat dinding Campavan..

Dapur gas belah kiri. Bawahnya peti ais. Sinki belah kanan. Bawahnya kabinet simpan barang..

Poket kat atas sebelah sinki diisi dengan makanan..

Sinki.. Bawah penutup aluminium tu tempat simpan besen, periuk, kuali..

Katil tingkat atas disumbat dengan bantal dan comforter..

Belum kemas..

Sebelum bergerak kami solat terlebih dahulu. Dalam Campavan! Daebak kan? Nasib baik muat. Kekeke.. Dah tu bergerak lah kami meninggalkan Christchurch. Mula-mula jalan, tersengguk-sengguk Campavan tu dibuatnya. Belum dapat feel lagi macam mana nak kerjakan van ni. Dah dua tiga hari nanti OK lah ni.

Destinasi pertama kami ialah RAKAIA GORGE. Kami akan tidur di hutan belantara malam ni. Dengan cuaca yang sejuk macam ni, tidur dalam hutan with no heater, bertabah sajalah. Mula-mula aku ingatkan boleh guna heater dalam Campavan tu. Rupa-rupanya kalau nak guna heater kena pergi kat campsite yang ada Power Site. Adoii.. Menatang apa Power Site ni? Senang cerita, pakai kabel yang disediakan, one end of the cable cucuk kat power supply kat site tu dan the other end cucuk kat van. Canggih tak canggih. Aku dengar pun terkedu. Belum tengok lagi ni. Mau tak jakun. Nanti dah sampai kat part power site aku tepek gambo.

Christchurch to Rakaia Gorge.. 86km..

Kami bergerak berpandukan GPS handphone K Abid. Dia dah download siap-siap Sygic ke handphone dia. Free je untuk Android. Untuk IPhone? Mampuih USD39.99! Pehal mahal sangat? Bencilaaahh.. Baru berangan nak download. Senang kalau nak drive ke mana-mana. 

Perjalanan ke Rakaia Gorge sangat mendamaikan. Nampak kambing biri-biri kat tepi jalan je mula lah kami terkinja-kinja excited. Dah macam hapa dah. Mulalah terliur membayangkan dapat makan kambing-kambing itu. Huhuhuhu.. Hari dah mula gelap. Cepatlah kami sampai ke Rakaia Gorge sebelum golap gulita. Gelap-gelap macam ni susah nak cari jalan. 

Sepanjang perjalanan, tak banyak kendereaan yang lalu lalang. Lampu jalan pun tak ada. Ladang di kiri kanan jalan dipisahkan dengan pokok-pokok tinggi yang ditanam dengan rapat. Automatik pokok-pokok tu menjadi pagar sempadan memisahkan satu ladang dengan ladang yang lain. Jambatannya pun comel-comel. Majoriti jambatan yang kami jumpa adalah satu lane sahaja. Kena berhenti dan tunggu turn sekiranya ada kenderaan datang dari arah bertentangan.

Tempat yang kami bermalam ni adalah campsite DOC (Department of Conservative) NZ. Kat NZ ni tak boleh nak berkhemah, bermalam kat sebarangan tempat. Kena cari tempat-tempat yang dicertified oleh DOC ni. On the way, kami sempat singgah kedai beli telur dan susu. Buat mengalas perut malam ni. Ala kadar je. 

Conquer!!

Senang betul jual macam ni je..

Jalan yang sunyi sepi..

Lebih kurang 7.30 malam, sampai lah kami di sana. Memang gelap gulita. Tak ada lampu secubit pun. Sunyi pun ye. Scaryyyyyyy.. Aku dipahamkan oleh K Awa yang tempat ni dijaga oleh komuniti kecil yang berada di sekitar Rakaia Gorge ni. Mereka bergilir-gilir tinggal dalam satu bas yang telah diubahsuai menjadi kediaman yang disediakan disitu untuk mengawasi keadaan sekeliling. Bas tu berada di depan kami. Betul lah ni kiranya tempat yang kami cari ni. Tak lama selepas tu, ada beberapa camper van dan caravan datang bertandang dan bermalam kat situ. Kami ada kawan. Yey!! Ada kawan pun, kawasan kat situ tetap gelap. Nak pergi toilet pun kena bawak torch light. Air pun macam ais. Mandi? Besok-besok je lah. Hehehehe..

Bermalam kat Rakaia Gorge ni kami dikenakan NZD7.50 seorang. Duitnya tu bukannya dibayar terus ke orang yang berjaga kat situ, tapi dimasukkan ke dalam envelope dan seterusnya ke dalam ‘Honesty Box’ yang diletakkan di tepi toilet. Dahsyat. Orang kat sini pakai honesty honesty je. Makanya, haruslah kita jujur ye. 

Hari dah gelap, toilet dah pergi secara berjemaah, dah tak tau nak buat apa dah. Kami pun kira duit. Hahahaha.. Sementara duit banyak ni kan. Banyak lah aku punya banyak. Aku lah yang paling miskin sekali. Dah tu, kami makan apa yang ada lah. Roti dan chilli anchovies dan minum susu. Sodaaaappp.. 

Chilli Anchovies buatan Cik Ina..

Kasut dalam Campavan.. SEJUK KAUUU~!!

Kira duit.. Masih kaya masa ni..

Model menggayakan katil tingkat atas.. Memang tido kat bumbung ni..

Dah tu, tarik comforter, dan mengerekotlah kami tidur dalam kesejukan.. Till next entry!


Keseluruhan perbelanjaan hari ini (seorang):- 
Campavan (11 Hari) = NZD229.25
Milford Sound Cruise = NZD32.50
Groceries = NZD3.00
Rakaia Gorge Fee = NZD7.50
Total: NZD272.25


Psstt.. Kalau nak tengok ke mana kami menjelajah, boleh tengok kat sini --> Penjelajahan South Island, New Zealand

5 comments :

Fadhilah Maarif said...

seronoknya..

Aina.Zukri said...

besnye..cik sengal, sbnrnye last year ade nmpak cik sengal kat incheon air port.mse tu kitorg dh nk blik.cik sengal br smpai.segan nk tegur.hihi

CikSengal said...

fadhilah,
one of the best backpacking trip.. ^^

aina,
laaa.. kenapa tak tegur.. bila tu ekk? november ekk?

Aina.Zukri said...

haah.november.mse tu mmg xtegur cik sengal, tp tegur one of yr group mmbr.kitorg mse tu nk pulangkan hp kat sktelecom..
hehe..kitorg pegi korea pn byk ikut cik sengal pny blog..tengs...

cik sengal plan nk kemane plak lepas ni? boleh join..hehe

sy pengikut tegar blog ni..abis dh bace blog ni.

CikSengal said...

aina,
oic.. masa tu pun dok meleweh2 je almaklumlaa rombongan ramai.. kalau dua tiga orang dah pecut dah pegi seoul..

takde ke mana dah laa sampai hujung tahun ni.. bankrap dah.. tahun depan pulak.. :P