Huangpu River Cruise, Shanghai

Menyengal 5 hari 4 malam di Shanghai..

Hallasan, JEJU!

One of my favourite place on earth..

Madinah, Saudi Arabia

CikSengal jadi budak baik bila pergi ke sini..

The Peak, Hong Kong

Ni tahun depan baru update entries..

Showing posts with label Indonesia - Jakarta. Show all posts
Showing posts with label Indonesia - Jakarta. Show all posts

Thursday, May 29, 2014

TransJava Yuk! ~ Final Day: 8 Hours Bandung ~ Masjid Raya & Pasar Baru, Off to Jakarta and Home

Saturday, 4th May 2013

Kami tiba di stesen bas Bandung pada pukul 3.30 pagi. Mula lah blur tahap gaban sebab masih awal pagi, dan masih mamai-mamai, dah kena turun dari bas. Walaupun dah pukul 3.30 pagi, keadaan sekeliling masih meriah. Masih ramai orang, masih ramai yang berjualan, masih banyak kereta yang lalu lalang. Diorang ni tak tidur ke? 

Kami sebenarnya tak ada arah tuju nak ke mana. Nak lepak di surau, tapi penuh pulak dengan orang yang tidur kat dalam tu. Last-last kami decide untuk ke Masjid Raya je. Dah sampai sana, baru lah pikir nak buat apa. Kami ke sana menaiki prebet sapu yang gigih mencari customer pagi-pagi macam ni.

Dah sampai Masjid Raya kami lepak-lepak menanti subuh. Sementara tu sempat lah dok transfer gambar bagai, dah tu update perbelanjaan sepanjang trip ni. Serius, semuanya aku catat satu-persatu. Tapi malangnya buku catatan aku tu dah tak ada. Selamat dikebas oleh perampok durjana yang memecah tingkap kereta aku dan melarikan beg. Salah aku jugak sebab bongok tinggalkan beg kat dalam kereta tu.

Dah selesai subuh, kami lepak-lepak tergolek-golek je menantikan hari siang. Bila dah terang sikit baru lah kami keluar untuk breakfast. Beg yang berbondong banyaknya tu, kami tinggalkan di masjid saja. Ada tempat untuk tinggalkan barang/beg di satu sudut masjid ni. Alhamdulillah, tak dikenakan apa-apa bayaran. 

Wednesday, October 27, 2010

Yuk Ke Jakarta!! ~ Day 4 (Final Day)

Monday, 18th January 2010

Hari ini hari terakhir kat Jakarta. Flight balik ke KL malam. Dah tak tau dah nak pergi mana. K Awa and K Alin flight pagi balik JB. Jadinya, tinggal lah aku dengan K Abid melayan perasaan together-gether.

Seriously, tak tau dah nak pergi mana. Jalan-jalan di area Mangga Dua sajalah. Keluar masuk segala bangunan yang ada kat situ. Hahaha.. Went to this place. Lupa dah nama mallnya. Tapi ala-ala Low Yat jugak lah. Banyak jual IT stuffs. Then, satu bangunan ni penuh dengan baju-baju. Aku nak menghabiskan rupiah aku, aku beli laa baju dua tiga helai. Lepas tu blur. Masih banyak lagi masa. Kami pun bercadang pergi muzium. Hehehe.. Muzium lagi.


Baru beberapa hari habis tayang kat Korea, dah keluar dah cerita ni. Huhuhu..

Thursday, October 14, 2010

Yuk Ke Jakarta!! ~ Day 3: MONAS, Muzium Gajah, Anchol & Grand Indonesia

Sunday, 17th January 2010

Memang kami kurang bernasib baik. Hari ketiga di Jakarta, cuaca masih tak menentu. Sekejap hujan, sekejap panas. Berfikir dua tiga kali juga kalau hendak bergerak ke mana-mana.

Hari ni kami ke MONAS. It is short for MOnumen NASional. Remember what I wrote back in 2007 about these Indonesians? They simply love to shorten some-long-words to come up with new words. Much easier to say I guess. So, MONAS. Apa yang ada di sini? Satu kawasan yang sangat lapang dan ditengah-tengahnya berdiri satu menara yang cukup tinggi dengan megahnya. Aku pernah ke sini dulu pada tahun 2005. Tapi sekadar tengok dari luar pagar saja. Masa tak mengizinkan ketika itu. Kali ni, bolehlah aku ronda puas-puas.

MONAS ni dah ada sejak pemerintahan Presiden Sukarno lagi. Apa yang uniknya, the tip of the monument is all GOLD. Yeah, gambar yang aku ambik ni takde lah nampak ke'gold'annya. Sila google untuk gambar yang lebih jelas. :p


MONAS

Monday, July 19, 2010

Yuk Ke Jakarta!! ~ Day 2: Taman Mini Indah Indonesia, Tanah Abang & Grand Indonesia

Saturday, 16th January 2010

It's day two! Setelah berdiskusi dengan panjang lebar pada malam sebelumnya (sampai tertidur-tidur buat itinerary) kami pun mengambil keputusan untuk jalan-jalan ke Taman Mini Indah Indonesia, Tanah Abang dan tengok wayang!! Hahaha.. Jauh betul kami pergi tengok wayang. Nak mengharapkan Malaysia tayang movie yang mahu ditonton? Kirim salam je lah!

Hujan renyai-renyai pagi tu membuatkan mood aku rasa mendung. T__T Tak berapa seronok nak berjalan-jalan kalau hujan macam ni. Tapi apakan daya, ikut juga itinerary yang telah dirancang, pergi juga ke TMII. Naik cab ye. Tahan kat tepi jalan. Sangat terer dah bab-bab menahan teksi ni. Hehehe..


Pagi yang suram dan muram..

Tuesday, May 25, 2010

Yuk Ke Jakarta!! ~ Day 1

Cerita pasal Jakarta la ekk? Cerita pasal Bali aku letak tepi dulu sebab banyak dah lupa. Hahahaha.. Biasanya aku ada buat catitan kalau aku pergi jalan-jalan macam ni. Tapi entah mana laa scrap book aku tu pergi. Kena bercerita berdasarkan gambar lah jawabnya nanti. Gambar-gambar pun kena godek dulu. Entah kat mana aku simpan. Huhuhu..

Friday, 15th January 2010

Ok. Back to Jakarta Trip. Jalan-jalan ke Jakarta ni aku dah lupa dirancang ke tak. Aku rasa rancang jugak ni. Kalau tak silap, tiket dah beli seawal bulan 6 tahun lepas lagi. Hehehe.. Masa tu kan tengah mabuk beli tiket airasia. Mabuk berjalan. Dah meroyan kat Bangkok, meronggeng kat Bali, aku pun dengan rela hati menambah lagi keuntungan airasia, beli tiket ke Jakarta pulak.

Kali ni berjalan, BUKAN backpackers style tapi BEGTARIK punya style ni. Hehehe.. Dah malas nak fikir. Aku kebetulan masa tu baru je mula kelas. Tak sempat nak buat itu ini, nak prepare awal-awal. Kesudahannya semua aku sumbat masuk beg, tarik dan jalan!

Perjalanan aku ke Jakarta agak jauh juga. Dari KK turun ke KL dan dari KL baru pergi Jakarta. Padahal ada je flight direct KK-Jakarta. Tapi tak berani lah aku. Nak jugak together-gether dengan geng-geng berjalan yang lain. The thing is, kali ni, group jalan-jalan kami agak besar jugak lah. 10 orang. Hambik kau!! Harus ribut, huru hara dibuatnya bila ramai-ramai macam ni. Hahaha.. So, 6 orang akan bertolak dari KL dan 4 orang bertolak dari JB. We'll met up in Jakarta je nanti. Yang 6 orang dari KL tu aku, K Abid (geng Bali), Nott (Geng Bangkok & Medan), Ani (Geng Medan) and dua kawan Nott and Ani. Yang dari JB is K Awa (Forever Geng backpacker ni.. kekeke..), Oly (Geng Bangkok), K Alin and Ina.

Monday, February 8, 2010

Sendok..

CikSengal atas flight. Lapar. Order makanan.

Dalam gambar, punyalah cun gambar makanannya. Bila dapat kat tangan CikSengal, rasa sedih pulak tengok. Tapi disebabkan lapar, CikSengal layan je lah.

Masalahnya, setelah beberapa ketika, CikSengal tak diberi sudu. Apa nak suruh CikSengal makan pakai tangan ke? Kawan CikSengal kat sebelah dah mula gelak-gelak. "Sudu habis dah kott??" katanya..

Pramugari tu tersengih-sengih. Minta aku tunggu. Sehinggalah dia hilang dari pandangan, aku masih belum dapat sudu lagi. Tak lama kemudian, pramugara yang agak comel datang menghampiri..