Wednesday, November 3, 2010

Bali oh Bali!! ~ Day 3: Gunung Batur

Monday, 29th June 2009

Aku tidur-tidur ayam je. Bangun pun ada rasa lalok-lalok sikit. Dah penat berjalan satu hari. Dah tu rehat tak cukup. Dah tu nak panjat gunung some more. Pengsan makcik. Kami pun bersiap-siap lah. Aktiviti kami hari ni ialah mendaki Gunung Batur. Yey!! Aku ni tak bawak pakaian yang proper. Kasut pun tak bawak. Memang sengal betul. Dah berkampung seminggu kat KL, tak sempat nak balik KK, terus pergi jalan-jalan ke Bali ni. Memang tak cukup lah segala gear yang diperlukan. Kesimpulannya, aku naik gunung pinjam selipar K Abid! Geleng kepala guide yang bawa kami tu. Hahahaha.. Paling sengal, torch light pun ilek. Nak tak nak terpaksa berpandukan torch light guide je lah.

Sebelum apa-apa, kita minum dulu!! One of the guide prepare us kopi yang memang betul-betul kaw kaw punya. Memang sedap lah. Brand kapal api ke ni? Hahaha.. Sampai sekarang aku terbayang-bayang betapa bestnye kopi tu. Huhuhu..


Kopi Kaw Kaw..


Jadinya yang bawa kami ni ada dua orang guide. Sorang ni budak belasan tahun yang aku dah lupa nama dia apa. And sorang lagi awal 20an. Tapi rupa macam dah dekat 40. Hahaha.. Namanya Kadek. The boy led the way while Kadek jalan kat belakang sekali. Jalan memang gelap gelita. Lalu semak samun, laluan berbatu. Penat aku. Entah berapa lama lah selipar K Abid ni boleh bertahan.

Seriously, the ride was HELL. Boleh ke aku kata macam tu? Hahaha.. TERSANGAT PENAT HOKKAY!! Teringat aku zaman-zaman naik Gunung Sibayak dulu. Semput betul. Sekejap-sekejap kena berhenti. Sekejap-sekejap kena berhenti. Tu lah. Siapa suruh tak exercise? Sepanjang jalan aku senyap je. Kalau aku cakap karang lagi penat. Paling best, kami dipintas oleh satu family Mat Saleh ni. Siap ada budak kecik umur dalam lima enam tahun lagi ikut naik gunung. Steady je diorang. Aku? Dah berapa round dah pancit!

Kadek kata pukul 6 pagi matahari naik. Agak-agak dalam pukul 5 lebih boleh la stop sekejap solat subuh. Nak solat kat mana? Solat kat lereng-lereng gunung ni lah yang oiii!! Tawakalillah je lah. Bawak bekal air paip dari lodge buat wuduk. Alhamdulillah, kami dapat solat subuh. Seriously, walaupun dah rehat sekejap, kami memang semput. Perjalanan masih jauh. K Abid memang flat habis. Last-last, dia tak mampu nak teruskan. Turunlah dia dengan si boy jambu tu. Tinggallah aku dengan K Awa meneruskan perjalanan bersama-sama si Kadek.

We were supposed to watch sunrise kat puncak Gunung Batur. Tapi kadar pergerakan kami amatlah lemau walaupun beg-beg kami dah selamat dipikul Kadek. So, dapat tengok sunrise kat lereng gunung je lah. SubhanAllah. Sangat cantik!!


sunrise..


Aku nak posing jugak dengan sunrise..

Sayup-sayup, aku nampak lodge kami. Slowly terang. Yezzzzaahhhh!! Kami berada di lereng yang sangat curam. OMAKK!!!


Inilah Kadek yang macho tu.. Hehehe.. Lodge kami berada somewhere kat atas kepala Kadek tu..

We continued our journey naik atas. Lemau rasanya. Semakin lama semakin curam. Ni dah bukan berjalan mendaki lagi ni, terpaksa pulak aku merangkak pelan-pelan. Huwaaa.. Kenapalah aku nak naik gunung ni. Huhuhu.. Tak pasal-pasal aku dah jadi hantu ju-on. Boleh director dia ambik aku berlakon lepas ni. Hahaha..

Sepanjang perjalanan henpon K Awa tak berhenti-henti berbunyi. Bunyi alarm tu. Baru nak bangun. Hehehe.. Selagi tak matikan selagi tu lah dia berbunyi. Lagu alarm kemain best lagi. Lagu Wonder Pets nyanyian anak-anak buah K Awa. Kadek was seriously amused. Terpesona dan terpana dengan lagu wonder pets tu. Hahaha.. Suka betul dia. Dah berulang kali dengar, sampai dihapalnya tu. Tak pasal-pasal sambil mendaki sambil nyanyi lagu wonder pets. Sekali sekala boleh dengar Kadek laung "kerjaaaaaaaaasama!!!" Hehe.. Kadek.. Kadek..

Most of time, we almost gave up. Betul. Memang tak larat betul. Tapi Kadek bagi kata semangat yang melampau-lampau. Dah ala-ala coach dah. Sikit je lagi.. Sikit je lagi.. Tu dah nak sampai tu. Tapi masalahnya tak sampai-sampai jugak!!

Setelah hampir 4 jam berjalan, mendaki, merangkak, just name it semua aku buat, sampai juga akhirnya kami di puncak. I was... so SPEECHLESS.. Sangat-sangat spectacular. Ambik gambar angle cantik mana pun tak boleh nak lawan dengan apa yang aku nampak dengan mata kepala aku sendiri. Perjalanan yang teruk tadi aku dah lupa. Sangat-sangat priceless lah bila dah sampai atas ni.


pemandangan di puncak..


ada pendaki-pendaki lain..

Aku dan K Awa memang melepek habis. Yang membuat aku kagum dan terkedu ialah ada warung kat atas tu. Seorang makcik sedang berjualan. Biar betik?? Sorang-sorang pulak tu kat puncak ni. Makcik ni cakap tiap-tiap hari dia panjat gunung meniaga kat atas ni. Wow. Sangat respek lah aku dengan makcik ni. Entah pukul berapa entah ek dia naik ke atas. Demi mencari rezeki...

Sementara kami melepak, Kadek pergi menghilangkan diri. Rupanya ada projek besar. Hehehe.. Sesi mengstim telur dan pisang. Jangan memain. Gunung Batur ni gunung berapi. Jadinya, wap-wap panas keluar dari celah-celah gunung. Sangat-sangat panas. Memang sesuai untuk memasak. Hehehe..


Steaming session..


Tadaaa... Our breakfast.Sedap woo.. Ditambah dengan kopi kaw kaw yang makcik tu jual.. PERGHHHH!!!! Makan minum, lepak sambil menikmati keindahan alam dari puncak Gunung Batur. I LOIKEE!! Random pics of Gunung Batur below..







Yang hitam tu lava yang dah keras...






Gunung Abang & Lake Batur..

Kadek kata, kalau perhatikan betul-betul, belakang Gunung Abang ni ada satu gunung lagi. Aku adalah nampak samar-samar sikit. Kadek kata gunung tu Gunung Agung. Kalau daki Gunung Agung boleh nampak Pulau Lombok. Aku pun terus kata kat Kadek orang Lombok glamour kat Malaysia. Hehehehe..

Hampir satu jam juga kami kat atas. Then it's time to go down. Leceh weh.. Jalan sangat-sangat curam. Mengesot ke bawah lah aku jawabnya. At one spot kami berhenti. It's this spot...........



Wow. Curam ni!! Kadek tanya, tau tak tempat apa ni? Aku dan K Awa blur. Kadek kata ni lah tempat kamu solat tadi. WHATTTT???!!!!! Ternganga aku. Unbelievable! Macam manalah kami boleh solat kat tempat yang curam macam ni tadi? Huhuhu.. Nasib baik lah masa tu gelap tak nampak apa. Kalau terang macam ni aku rasa tak berani aku nak solat kat situ.. Sereeemmmm..

Turun punya turun, sampai juga dibawah. Nampaklah laluan yang kami lalui pagi tadi. Turun naik gunung, masuk hutan, lalu tepi kandang babi. Sabo je lah aku. Siang-siang ni havoc pulak ngongok-ngongok ni berbunyi. Pagi-pagi tadi masa kami nak naik takde pulak. Masing-masing tengah syok tidur.


Wow.. Gunung Batur's peak. I've been there!!

Semakin sayup Gunung Batur kami tinggalkan. Dari jauh tengok, tak sangka kami boleh sampai ke puncak. Kalau nak seribu daya! Memang puas hati lebih dari itu. Saya mesti pilih!! Sampai bilik, kepenatan habis. K Abid dah siap mandi and berslubung dlam selimut. Best betul. Aku pun bersiap-siap untuk menyelubungkan diri jugak. Badan dah mula sakit-sakit. Ottokke?? Akhirnya aku pun tertidur..

Lebih kurang pukul 3 petang baru aku bangun. Sedap betul tidur. Hehehe.. Keluar jalan-jalan tengok surrounding. Semalam sampai malam tak nampak apa. Tadi balik dari gunung dah kepenatan. Tengah jalan-jalan adalah beberapa mbak ni nak offer mengurut. Aku ni badan dah laa sakit-sakit. Memang sedap kalau kena urut ni. Setelah membuat urusan dengan baekkk, mbak-mbak tu pun berjanji nak datang malam nanti.


Jalan-jalan..


the lodge we stayed in..





our room..


kedai runcit..


Gunung Abang & Lake Batur dari depan bilik..


Tanam sayur..


Lake Batur...

Orang local kata Lake Batur ni sacred. Kalau ada orang mati kat kawasan ni, mayatnya akan dikebumikan dalam tasik ni. So, hanyutkan je mayat gitu? Biar tenggelam? Whoahh.. Sereeemmmm...

Setelah dijanjikan, mbak-mbak mengurut tu pun datang. Fuh.. Enak banget donk!! Hahaha.. Sambil mengurut sambil layan sinetron.. Cinta dan Anugerah. Alahhh.. Yang Ashraf Sinclair berlakon tu. Kemain mbak-mbak ni meroyan tengok Ashraf Sinclair dengan Miller. "Kok cowok Malaysia ganteng sih??" Hahaha.. Now, Miller is another Malaysian guy hokkay. Johor Bahru mari. Yang boleh dikatakan ngetop kat Indonesia. Nama melayunya aku lupa pulak si Miller ni. Sabo je lah aku dengan mbak-mbak ni. Aku pun tak layan Ashraf Sinclair. Selain dari tu, borak-borak jugak lah pasal benda lain. Kesian juga dengan diorang ni. Tak pernah keluar dari Kintamani. Sejak lahir lagi tak pernah jejak kaki ke Denpasar. Sedih pulak aku dengar.

Dah habis mengurut, mbak-mbak tu dah balik, aku pun tidur. Boleh aku tahan tak makan apa-apa kecuali breakfast kat atas gunung tadi. Daebak!!


Next Entry...
Bali oh Bali!! ~ Day 4

0 comments :