Pagi ni aku agak mereng sikit. Mungkin disebabkan aku tak cukup tidur. Malam tadi aku diserang penyakit 'selagiakutakdapatjawapannya-selagituakutakkanpuashati-danakuakanterus-memikirkanjawapannyasampaidapat'. Fuh.. Panjang tu! Kalau ikut nama saintifik pula, namanya adalah 'sengalus tahapiricious gabanus'.
Pernah tak korang mengalami keadaan macam tu? Berada di dalam situasi di mana korang tau jawapan kepada soalan yang ditanya tapi jawapan tu korang tak dapat nak bagi? Terbayang-bayang dah di dalam kepala, tapi masih juga tak dapat nak keluarkan? Lepas tu korang akan rasa tension dan tak habis-habis memikirkan jawapannya apa. Lepas tu, bila dah dapat jawapannya korang akan rasa gembira yang amat sangat walaupun jawapannya tu jawapan yang remeh temeh? Haha.. Berbelit betul soalan aku ni!
Aku macam tu lah malam tadi, di kala aku tengah syok menonton Miley Cyrus melalak di rancangan American Idol. Nana, housemateku bertanya tentang seorang lagi minah yang lebih kurang sama dengan Miley ni. Aku tau nama wataknya. Lizzie McGuire. Tapi, nak recall balik nama pelakon yang memegang watak Lizzie tu, ya ampun! Rasa terseksa jiwa raga. Dah macam orang sewel. Eh apa ek nama dia? Alahh.. Apa ekk? Isy.. Apa nama minah tu? Adehh.. Memang sengal. Sekejap aku duduk, lepas tu aku baring balik. Mengiring ke kanan, lepas tu duduk balik. Agak lama jugaklah aku buat rutin begitu. Serious, boleh bakar kalori! Hahaha.. Nana dah mula gelakkan aku. Mesti dalam kepala dia, "Kak Yatt mereng dah".
Aku tau muka si Lizzie tu macam mana. Aku sempat recall dia berlakon filem Casper and Wendy masa dia kecik-kecik dulu. Aku boleh bayang watak dia dalam A Cinderella Story bergandingan dengan Chad Michael Murray. Aku memang tau yang dia dulunya gebu tapi lepas tu dah kurus dan bertambah cantik. Aku juga tau dia ada seorang kakak dalam industri yang sama dan muka mereka pun lebih kurang sama. Semuanya aku tau. Tapi namanya? Huhuhu.. Wo bu qi dao la! Tapi selepas lebih kurang 10 minit baru nama tu menjelma. HILLARY DUFF la ngok! Wahahaha.. Lega gila bila dapat jawapannya. Happy tak terkata! Sengal KOQ~!
Lebih kurang 11 malam aku diserang lagi dengan sindrom yang sama. Ketika itu, aku sedang merajinkan diri membuat latihan arithmetics Computer Architecture. Aku ni nak ajar orang, tapi diri sendiri kurang ajaran. Hahaha.. Tertonggeng-tonggeng aku buat. Jawapannya aku tau, tapi tak dapat nak express macam mana. Satu soalan simple, aku ambil masa yang teramat lah lama untuk selesaikannya. Dan pada pukul 3.25 pagi, ketika orang lain sedang nyenyak tidur, aku berteriak ke'happy'an bila mendapat jawapannya. Huhuhu.. Teruk betul lah aku ni!
Nasib baik hari ni masih ada FYP presentation. Kalau tidak, maunya aku sambung tidur. Speaking of FYP presentation, hari ni hari penghabisan dan tamatlah sudah segala sengsara. Penat sungguh aku mengaum macam leopard dan berkokoq~! macam ayam patah. Selepas ni apa pula? Wallah.. Exam pula ye. APAAA?? Hal-hal PLUMS lagi? WHATTT?? FYP Presentation untuk PLUMS pulak? EXAM PLUMS? PTK? KIOOQQQQQQ~!!!