Huangpu River Cruise, Shanghai

Menyengal 5 hari 4 malam di Shanghai..

Hallasan, JEJU!

One of my favourite place on earth..

Madinah, Saudi Arabia

CikSengal jadi budak baik bila pergi ke sini..

The Peak, Hong Kong

Ni tahun depan baru update entries..

Showing posts with label Aku Yang Saspen. Show all posts
Showing posts with label Aku Yang Saspen. Show all posts

Wednesday, March 9, 2011

Hantu Cekak Pinggang

Hari ni balik lambat. Gelap dah kat luar tu. Cepat-cepat aku jalan ke car park. Aku ni kan penakut. Baru je 2 minggu lepas tiba-tiba aku terdengar lagu keroncong dari bilik sebelah. Mana ada orang dah masa tu! Kelam kabut aku cabut. Hahahaha..

Cepat-cepat aku masuk kereta. Cepat-cepat aku reverse. Tengok belakang tak ada orang. Bila nak pusing, ada satu mahkluk tiba-tiba berdiri kat tepi kereta aku mencekak pinggang. KUUSSSSS SEMANGATTT!! Rasa nak pitam aku dalam kereta tu. Tak adanya aku nak pikir lama-lama, terus aku pecut sekuat hati..

Tapi takut-takut tu sempat lagi tengok side mirror. E'eh.. Makhluk tu masih berdiri lagi mencekak pinggang. Uhuhuhu.. Orang ke tu? Macam mana dia boleh muncul tiba-tiba. Tadi tak ada. Wakakaka.. Mintak maap lah ye. Gelap sangat. Aku memang tak nampak kau ada kat belakang masa aku reverse tadi. Nasib baik tak langgar. Kalau tak, besok mesti keluar daily express. Kuikuikuik...

Moral of the story: Patuhilah waktu pejabat. Heheheh...

Tuesday, April 28, 2009

Kisah Saye..

Kenapa kau?
Kaki saye sakit.

Kenapa kaki kau sakit?
Sebab kaki saye terseliuh.

Lah.. Kenapa boleh terseliuh?
Sebab semalam saye hampir tergolek dog hasil daripada lari lintang pukang.

Hah? Apa kes kau lari lintang pukang?
Sebab saye ni penakut.

Apa yang kau takutkan?
Entahlah. Semalam saye balik kerja dah lambat. Sekali saye rasa tak sedap hati. Saye cepat-cepat keluar office. Tiba-tiba saye terasa sejuk dan bulu roma saye mula meremang. Serentak dengan itu anjing menyalak tak henti-henti. Anjing tu seakan-akan ada kat sebelah saye saja. Banyak pulak tu. Apa lagi. Saye yang pakai high heels ni pun lari lintang pukang lah ke car park! Tak semena-mena saya terjatuh lalu terseliuh. Huhuhu..

Padan muka kau! Kau dah tau bangunan office kau tu keras, lagi kau balik lambat-lambat. Siapa suruh?
Ye. Saye tau. Saye janji saye tak buat lagi...



*saye diatas adalah Cik Sengal.

Moral of the story? Patuhilah masa pejabat! Hahahaa...

Friday, April 3, 2009

Horror!

Apakah perkara yang paling mengerikan ketika menaiki kapal terbang? Cuaca buruk? Tettt! Salah. Perkara yang paling mengerikan ialah apabila terpaksa duduk selama 2 jam setengah di sebelah orang yang tak mandi. Tersangat-sangatlah HORROR!

Aku memang ada isu dengan orang yang tak mandi ni. Buatkan aku migrain tak bertempat. Belum lagi dia datang duduk di sebelah, dari jauh dia berjalan aku dah dapat bau. Betapa sensitifnya hidungku ini. Dari hidung membawa ke kepala. Boleh demam! Asal dia bergerak sikit, terbit bau-bauan yang tidak menyenangkan. Belum lagi dia mengangkat tangan. Menolehkan kepala. Tak kisahlah apa jua pergerakannya, kesemuanya membuatkan aku mual.

Orang yang mandi, tapi kuat berpeluh, baunya tak sama dengan orang yang tak mandi langsung. Ini tengik betul. Sepanjang perjalanan aku terpaksa menahan dan menyelubung diri aku dengan pashmina Baadsha ku itu. Dah macam pocong dah aku jadinya. Setelah mendarat, cepat-cepat aku keluar. Terasa nikmatnya dunia bila berada di luar kapal terbang. Dapat juga aku menghirup udara segar. Heaven!

Kenapa ye mereka ini tak mandi? Alergik air ke? Melampau sangat lah. Budak-budak aku pun masih ada yang tak makan saman. Masih lagi datang memunculkan diri dengan tak mandinya. Dah penat aku membebel. Masih lagi tak paham-paham. Harus campak ke lombong saja mereka ni..


Poster yang kutepek di depan pintu bilik. Kalaulah aku ditakdirkan menjadi pemilik syarikat penerbangan, aku akan pastikan poster ini ditampal di pintu kapal terbang. Hahaha..

Renung-renungkan, dan selamat beramal! (amalkan mandi selalu ye..)

Friday, January 16, 2009

Aku Telah Membunuh Dia!

Suatu malam, ketika aku sedang lepak-lepak terguling-guling di depan tv aku telah menerima panggilan dari bonda. Macam-macam yang dibualkan. Dari A sampai Z. Dari kisah di JB sampai kisah di KK. Dari kisah sepupu aku nak kawen sampai kisah bila aku nak kawen. Melekek-lekek aku gelak bila disuruh kawen dalam tahun ini juga.

Jadinya, aku kalau dah ketawa tu memang tak senonoh juga lah aksinya. Habis satu lantai ruang tamu tu aku sapu. Dari hujung sini aku guling-guling sampai hujung sana. Seronok betul. Ketika berborak tu aku terasa ada sesuatu mencucuk 'belakang' ku. Aku ignore je lah. Tapi semakin lama semakin obvious. Rasa geli lah pulak benda tu mencucuk-cucuk. Bila dicheck, rupanya ada seekor lipas dalam poket belakang seluar ku. Aiyorkkk.. Melompat-lompat aku kegelian. Dah putus dah kepalanya. Bau pun semacam. Bila dikuis-kuis, ia tak bergerak lagi. Hiyerkkk..

Mesti azab cara dia mati kan? Mana taknye, aku telah menghenyak dan melanyaknya ketika aku berguling. Hahaha.. Shiaaannn dia.